Tuesday, September 30, 2003

Tongkang

Seperti yang dijangkakan, bebudak labmate yang aku dah jemput ke rumah semuanya tidur mati hari ni. Setiap sorang 3 kali aku call, langsung tak berjawab. Begitu hebat penangan air najis tu. Dengar cerita semalam pukul 2 pagi baru diorang beransur pulang. Hmmm... Aku cakap kat diorang tunda hari Khamis ni ajerlah.

Pergi lab, experiment pun tak boleh buat hari ni. Experiment minggu ni terpaksa syer satu alat 2 orang (dengan senior Master 2nd year). Alat ni reganya mahal sangat tu yang tak boleh nak borong banyak-banyak tu. RM 60,000 satu! Senior Mat pernah berjenaka sekali. "Apa kata kita bawa benda alah ni gi jual, pas tu angkat Supra (sejenis model kereta Toyota-gempak siot) sebijik. Hehehe...". Bagus betul idea ko yer Tsuchiya! Kalu Mat, Mat nak beli tongkang jer lah. Senang sikit nak gi balik Malaya, gi keliling jelajah dunia.

Malam bersengkang mata kononnya nak tengok live Real Madrid vs FC Porto, pukul 3.30 am. Musa mati-mati cakap match hari ni. Hampeshh... Esok la Musa! Bola punya pasal sanggup bersengkang mata ko yer Mat. Kalau berqiyamullail... Tepuk dada...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Sufian bin Abdullah r.a katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Terangkanlah kepadaku suatu perkara yang dapat aku berpegang dengannya. Baginda bersabda:
Katakanlah: Tuhanku adalah Allah, kemudian tetaplah berada di atas jalan yang benar. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau bimbangkan terhadap diriku? Baginda memegang lidahnya sambil bersabda: Ini.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Monday, September 29, 2003

Meninjau Anak-anak Buah

Belum pun hilang sengal-sengal badan bersukan hari Sabtu lepas, aku sekali lagi diajak me'nyengsarakan' badan. Hari ni selesai saja presentation, budak-budak lab ajak main bola & baseball. 1 hari 2 game. Kesian kat badan aku. Tengaharinya main tendang-tendang bola, sejam berikutnya tukar main baseball pulak. Rasa sangat kelainan semasa zaman sekolah dengan zaman jadi mahasiswa sekarang. Dulu kalau main tiap-tiap hari pun, orait jer. Sekarang.....

Habis game, aku minta diri balik ke rumah rest & mandi. Sebenarnya mencari akal untuk melepaskan diri. Baru teringat, aku ada janji dengan Takahashi, Matsumoto & Kim untuk masak masakan Malaysia esok hari. Ayam belum beli lagi nih. Idea! Ya! Ikut plan asal, selepas game diorang nak adakan party 'melanggah air kencing syaitan'. Manusia kalau dah tak der agama grad lah dari Oxford ke MIT ke, satu pun tak guna! Dah menjadi kebiasaan student Japanese di sini menganjurkan party nomikai (melanggah air kencing syaitan), dan selalunya aku disediakan dgn jus buah-buahan & coke buatan Yahudi laknatullah. Aku sedaya upaya akan cuba lari dari majlis seumpama ini yang semestinya dilaknat oleh Allah SWT.

Memang patut lah Allah mengharamkan arak semasa zaman awalan Islam diwahyukan. Aku dah banyak kali melihat dengan dua biji mata ku sendiri bagaimana Japanese ni mabuk dan akan menjadi seperti orang hilang akal. Jangankan nak mengenal Tuhan, mengenal diri sendiri pun dia tak mampu saat-saat itu. Kalau kau nak cungkil rahsia dia, memang boleh sangat la waktu tu. Tanya lah apa-apa pun, dia akan jawab dengan sejujur-jujurnya (dalam keadaan tak sedar), dan keesokan harinya dia tak akan ingat apa yang berlaku sehari sebelumnya. Budak-budak lab aku kalau malam tu pekena air najis ni, esoknya pukul 2 petang belum tentu bangun tidur lagi. Betapa hebatnya penangannya. Ya Allah, selamatkanlah imanku dalam menjalani kehidupan di daerah yang terlalu mencabar ini.

Balik ke rumah selesai solat Maghrib, rest kejap menunggu jam bertukar digit ke 19:30pm. Seboleh-bolehnya cuba mengelak dari terkandas dalam jam. Alhamdulillah pkl 7:30 malam nak kata lengang, tak la jugak...ermm lalu lintas malam ni agak lancar. Baru teringat duit belum dikeluarkan lagi. Bergegas ke bank, alhamdulillah 5 minit sebelum ditutup. Di sini tak banyak bank (ATM) yang boleh keluarkan duit 24 jam seperti di Malaysia (kecuali big bank). May be for safety. 45 minit sampai lah aku di Mito. Bandar Mito masih lagi meriah tatkala jam dah pun pukul 9pm lebih. Melepasi Daiku-machi, kawasan 'melanggah air najis' dan 'bla bla bla...' terbesar dalam Mito. Kelihatan teksi yang berbaris panjang menanti penumpang setia yang mabuk setiap malam. Inilah dunia yang berseri-seri lampu neonnya, tetapi malap lampu Iman (Iman aku pulak bagaimana samarnya yer??...tepuk dada...)! Moga dikurniakan Hidayah buat mereka.

Pukul 9:20 malam sampai di Pakistan shop. Aku tak pasti namanya yang sebenar sebab dah banyak kali bertukar owner, yang pastinya kitorang panggil Pakistan shop. Borong banyak juga malam ni ayam & daging. Maklumlah bukan selalu boleh datang. Selesai memborong aku mengubah haluan ke Route 55, jalan ke International House tempat student 1st year tinggal. Aku pernah di situ 3 tahun yang lalu (1st year student akan menghabiskan setahun di main campus sebelum berpindah ke campus engineering). Kita yang tua, kenalah pergi jenguk-jenguk adik-adik yang baru ni. Kalau tidak nak harap kepada siapa lagi? 2 orang yang bermukim di sini, Epol dan Shida. Sempat berjumpa Epol saja. Berborak-borak pasal summer vacation, studi dan result exam yang baru keluar. Memberi advice sekerat dua hasil pengalaman lalu. Pukul 10:30 mlm minta diri, aku mau pulang. Kantuk menjelma. Tak ingin igauan lama terjadi kembali.

Perjalanan balik pun agak lancar. Sebelum pulang ke rumah, sempat singgah ke rumah adik-adik junior yang lain (dlm 1km dari rumah aku). Perkampunganku 5 bulan yang lalu. Ziarah bertanya khabar. Nampak ceria-ceria jer diorang. Tak sabar nak memulakan semester baru gamaknya (1 Oktober semester baru bermula). Ermm, nampaknya tinggal lagi satu semester sebelum zaman degree ku akan berakhir...Ureshii? Kanashii?

Reply:Etake, budakcomel, toksik, basrie, thurayya, idham, kak G, MBA, hanyasayang youkoso(welkam) 2 my weblog dan terima kasih atas sokongan anda! InsyaAllah akan menjadi satu AZIMAT buat Mat utk terus berceloteh. Budakcomel: arigatou, ganabaruyo! moshi Saizeriya de tabetakattara kocchi ni koreba... Idham: mat pun sebenarnya masih berguru lagi. Insyaallah cuba berkongsi pengetahuan yang ada. Kak G: yer Mat di Nihon ni. Pernah tinggal di sini ke dulu? MBA: kalu nak taiken quake meh la ke pulau Honshu ni dan MBA akan merasai betapa selamatnya tinggal di Okinawa tu. Minna, Arigatou...

Sunday, September 28, 2003

Kelam Kabut

2 bulan cuti dari bersukan, inilah padahnya. Bangun pagi rasa sengal satu badan. Adoii, mengalahkan orang tua... Plan asal nak ke Mito beli ayam. Stok simpanan dah pun habis. Maleh la pulak nak drive dalam keadaan cenggini. Tambah-tambah lalu Route 6 (Jalan utama yang menyambungkan Tokyo dan Sendai-bukan highway). Route 6 ni tak reti nak lengang. Dari pagi sampai malam (kecuali tgh malam dan awal pagi), mesti jam! Bawa pulak kereta manual, adoi bosan nak tukar gear. Baru masuk gear 2 dah kena stop free gear, masuk gear 1 balik.

Naik helikopta ler kalu nak senang en. Mat oiii!

Esok ada presentation lagi. Tak prepare habis lagi ni. Baru balik dari lab sebab nak kena check balik ada 1, 2 data yang agak sangsi. Mata dah tak larat nak buka dah. Esok jerlah sambung yer... Wa nak rehat. Oyasumi...

Hari ni hari jadi mak. Terlupa nak telefon rumah. Teruk betul la anak mak ni kan...

Saturday, September 27, 2003

Kampung Ini Kembali Ceria

Semalam dapat SMS dari member ajak sepak-sepak bola pagi ni. Bagus jugak. Hampir 2 bulan (sepanjang summer break) dah tak bersukan. Badan pun rasa naik lemau semacam jer. Macam mana nak bersukan kalau dah yang tinggal hanyalah 3,4 kerat jer. So pagi tadi, berlangsunglah International Match kelas 'C-' antara students Malaysia vs Japan (main mini game ajer). Berat juga rasa kaki nak kejar bola. Start main pukul 9:45 pagi gitu & stop pukul 12:45 tgh gitu. Arghh, rasa penat & mengantuk bercampur aduk.

Balik rumah tidur kejap selepas Zohor. Semalam 3 jam jer aku tidur. May be tu yg rasa mengantuk sangat tu. Set alarm pukul 3:00 petang. Dah berjanji dengan Noguchi semalam utk ke lab sambung experiment yang masih tak siap-siap.

Kadang-kadang rasa jealous jugak kat budak-budak lab lain. Tak der presentation tiap-tiap minggu, tak der nak kena baca Journal (Journal experiment yang dah di'present' di seluruh dunia) & present, tak der peraturan utk datang ke lab sehari paling kurang 8 jam dan experiment pun tak der nak kena pulun sangat mcm budak-budak lab aku buat sekarang. Sabtu dan Ahad bagi diorang adalah holiday, tak macam kitorang. Dep. E&E di sini semuanya ada 13 lab. Lab yang senasib dengan aku ada dalam 2,3 lab saja. Yer, Prof. lab aku sememangnya 'super' rajin. Ingat kitorang (4th year student degree) ni tengah buat Master ke? Hehe... kat sini jerlah berani cakap. Nak complain kat depan dia, huhh tak pasal kang kena extend setahun. Aku tersalah pilih kot? Tapi tak per lah. Nak patah balik pun dah tinggal satu sem jer lagi. Go on jer. May be pengalaman yang berguna sebelum kerja kot. Nanti takder lah malas sangat. Harapnya begitu.

Sebelah malamnya, yess chef Mat tak perlu masak utk dinner malam ni. Janji dengan bebudak ni tadi utk dinner di Sushi Ondo. Semalam Italian, hari ni Japanese food. Rindu benar aku dengan sushi. Lama dah tak makan. Bertujuh malam ni. Yer, orang kampung dah berkumpul balik! Nafsu awalnya nak 'makan besar' tapi baru 8 piring dah surrender! Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Sushi Maguro, Anago, Kani Maki, Hotate, bla bla bla ....... , anyone? Ermmm sedap hingga menjilat siku! Erkkk, alhamdulillah...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada al-Miqdam r.a, daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda:
Seseorang yang memakan dari hasil usaha tangannya sendiri itu adalah lebih baik. Sesungguhnya Nabi Daud a.s memakan dari hasil usaha tangannya sendiri.

(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Friday, September 26, 2003

Quake!

Fajr hari ni pukul 4:03 pagi. Selesai solat, aku 'on'kan PC check e-mail, baca paper dll. Cadang tu pukul 5 pagi nak tidur balik. Ngantuk sangat (Jangan tiru. Satu contoh yang tak baik. Islam tak galakkan kita tidur lepas Subuh). Tepat pukul 4:50 pagi, aku rasa lain macam jer. Habis satu badan aku bergoyang sakan. Hahh sudah. Muda-muda dah nak kena parkinson, fikir aku. Aku cuba berdiri, betulkan kedudukan dan duduk balik. Sama jugak. Bergoyang lagi, then aku pandang atas tengok lampu pun bergoyang jugak. Sah! Aku bebas dari parkinson! Jishin (quake) rupa-rupanya. Tapi lain lah aku rasa, sebab selalu kalau ada quake aku akan dengar bunyi lain macam sebelum ada gegaran. Kali ni langsung tak dengar apa-apa pun. Gegaran lama pulak tu, dekat 1 minit!

Terus on TV, selalunya kalau ada quake lepas seminit dua terus ada liputan dalam TV. Pantas betul la Japanese ni. Ini soal hidup mati beb!... Allahuakbar!...Terpapar di skrin TV, quake tadi berpusat di bahagian timur Hokkaido , Kushiro (about 800km from here) dan bermagnitud 8.0 Ricther (tempat aku dalam 3.5 Richter). Walaupun jarak terpisah sejauh 800km masih dapat dirasai gegaran di tempat aku. Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara se-Islam aku di sana. Quake kali ni mencatatkan gegaran kedua terbesar selepas Quake Tokyo 1927 yang mengorbankan 140 000 orang! Quake Kobe 1995 baru-baru ni, magnitud 7.2 Richter mengakibatkan lebih 6000 jiwa terkorban. Hendak menyalahkan takdir?? Oh tidak! Semuanya kan datang dari Allah. Dari Dia kita datang dan kepadaNya jua lah kita akan kembali. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya Dia jualah yang lebih mengetahui. Mungkin satu peringatan buat kita yang leka diulit tipu daya dunia! Mengajak manusia kembali ke landasan yang sebenar, mengenal zat pencipta alam semesta.
Setakat jam 9:30 mlm tadi dilaporkan angka mereka yang tercedera mencecah 489 orang. Tiada kemalangan jiwa setakat ini.

Keadaan semasa gegaran.

Petang tadi, budak-budak lab ajak keluar dinner sekali. Berempat (Kim, Tsuchiya, Noguchi) ke Saizeriya lagi. Oh ya. Mungkin ada yang tertanya Saizeriya tu restoran mcm mana yer??
Saizeriya ni sebenarnya sebuah rangkaian restoran Italian Food dan menjadi 'port' bagi kebanyakan student Malaysia di seluruh Jepun. Tengok, tak payah pegi Italy pun boleh makan Italian Food! Rasanya sama ke tidak, wallahua'lam. Menu utama, spaghetti. Sebab apa kitorang suka lepak sana? Sebabnya murah! Drink Bar bayar 100yen minum sampai buncit! (Jangan, berhenti sebelum kenyang). Malam ni order Peperonchino Spaghetti & Cheese Foccachio (macam roti nan). Alhamdulillah, chef Mat tak payah masak malam ni. Hehe... Cuti.

Pukul 10:35 mlm, dapat call dari family di M'sia. Bertanyakan keadaan aku. Alhamdulillah, Mat OK di sini. Tak payah risau sangat. Berita quake ni dah keluar kat TV M'sia kot... Bimbang mak & abah.

"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari qiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti kami akan mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai penghitung". (Surah Al-Anbiya ayat 47)

Thursday, September 25, 2003

Tukang Masak

Max: 20 C
Min: 14 C Angin: 2-3 m/s. Mendung, hujan di sebelah petang.

Haha, macam penyampai ramalan kaji cuaca pulak. Ya! Sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Sakura ini, ramalan cuaca menjadi salah satu rancangan kegemaran aku. Di Malaysia dulu langsung tak peduli pun. Tapi di sini, ramalan cuaca adalah salah satu rancangan yang tak dapat tidak kena ambil tahu. Keadaan suhu perlu diambil kira untuk menyesuaikan helaian dan jenis pakaian. Hari ni aku kenakan kemeja lengan panjang dgn vest lengan pendek di luar. Nampaknya suhu hari esok lebih kurang hari ni jugak. Style yang sama la esok.

Balik dari lab, buka peti sejuk check apa yang boleh dimasak. Ayam, udang, ikan daging dan yang sewaktu dengannya semua habisy. Tengahari tadi ada pergi bayar bil air, on the way balik terlupa pulak beli udang/ikan. Kalau nak makan ayam/daging, terpaksalah tunggu sampai hujung minggu ni baru boleh beli. Agak jauh juga kedai yang menjual ayam/daging halal. Lebih kurang 30km dari sini. Telur saja yang tinggal. Telur pun telur lah. Aku ni tak memilih sangat bab-bab makanan ni. Apa yang ada semua aku bedal (Of course yang halal sahaja). Sayur pulak green pepper, cabbage, & broccoli (sesi menghabiskan stok).

20 minit, siaplah menu dinner malam ni. Telur goreng dengan sayur goreng. Cepat, sedap dan berkhasiat! Dulu sebelum datang sini, kalau masak pun takat tolong mak goreng ikan ker ayam ker, cucur pisang ker, tak pun masak nasi. Itu jer. Tapi di sini, dari potong ayam sampailah ke saat menyenduk nasi, semuanya kerja aku! Sedikit memenatkan, tetapi InsyaAllah satu pengalaman yang amat berguna. Ni baru bab masak memasak, tak sentuh lagi bab mengemas rumah, basuh baju dan bla bla bla lagi. Bakal suami mithali. Hehe, naik lif tekan butang (istilah baru yang dipinjam-pakai). InsyaAllah... Oh ya, esok hari Jumaat. Hari buang sampah (sampah hanya boleh dibuang pada hari Selasa & Jumaat sahaja, dan perlu diisi dalam beg plastik yang telah ditetapkan- perlu beli, mahal lak tu). Pergi buang sampah, dan tidur mimpi yang indah-indah...

Kongsi Ilmu: Antara golongan yang mendapat hak istimewa di sisi Allah SWT di akhirat kelak ialah golongan yang menjalin persahabatan atas dasar cintakan Allah Taala. Persahabatan kerana Allah Taala adalah persahabatan yang melahirkan sifat terpuji, mendahulukan kepentingan orang lain dari kepentingan diri. Menjaga hubungan persahabatan sehingga tidak ada hati yang terguris. Melupakan keburukan sahabat dan mengingati kebaikannya. (Sumber:Persiapan Menghadapi Maut Siri-7; Azab dan Nikmat Akhirat)

Wednesday, September 24, 2003

Dalam Proses Upgrade.

Pengumuman: Weblog ini dalam proses meng'upgrade'. Dalam sehari dua ni, mungkin ada bahagian yang tak boleh diakses. Jazakallahu khairan kathira buat CNMA yang telah banyak membantu menyiapkan template baru. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu. Sekian dimaklumkan.

Hari ni balik agak lewat dari lab. Pukul 7 ptg. Takahashi mengikut aku balik. Katanya belum buat lawatan lagi semenjak aku berpindah rumah baru-baru ni. Nasib baik masih ada lagi baki anggur yang aku bawa balik dari ladang semalam. Kalau tidak teguk jus sajalah ngko. Buka kabinet tengok ada biskut. Biskut pun biskut la. Tetamu mesti dilayan! Mudah-mudahan kau tertarik dengan 'keindahan' Islam. Insyaallah. Itulah harapanku.

Asyik berborak, tengok jam dah pun pukul 8 malam. Beritahu Takahashi aku perlu ke surau, ada tadarus Al-Quran. Ya, benda-benda begini kita perlu bertegas! Dia pun minta diri nak ke sport complex berhampiran Univ, nak berjogging sikit katanya. Memudahkan untuk tidur. Di luar sana awan yang agak sarat petang tadi dah pun memuntahkan isinya. Aku mempelawa supaya tumpang kereta aku ajer. Tanpa banyak songeh, menurut sajer dia.

Malam ni, berempat tadarus Al-Quran. Qusai, Musa & Rameez (Sri Lanka). Harapnya bila sekolah buka balik, akan bertambah bilangan. Malam ni dah pun masuk surah yang ke-40 juzu' 24, surah Ghafir. Lagi 6 juzu' untuk khatam. Pelan-pelan takper, asalkan konsisten membaca. Dapat tambah ilmu lagi malam ni. Beberapa huraian/penerangan mengenai ayat-ayat yang agak sukar untuk difahami dari Brother Qusai (Jordan). Trimas!

Tuesday, September 23, 2003

Ke Ladang Anggur

Hari ni public holiday. Autumnal Equinox Day. Seperti yang dijangkakan, member-member yang lain semuanya agree saja dgn plan hari ni nak ke ladang anggur. Alhamdulillah. Tapi komuniti rombongan ke ladang anggur tahun ni, terlalu kecil jika dibandingkan tahun-tahun sebelumnya. Kami berempat (Apek, Musa & Kulat) sahaja kali ni. Yang lain masih lagi bercuti di tanahair terchenta. May be hujung minggu ni sampai la kot. Sesampai di ladang, aku disapa oleh tuan kedai. "Terima kasih kerana sudi bertandang lagi tahun ni. Saya ingat lagi awak. Tiap-tiap tahun awak datang sini kan?". Terharu. Memang tak susah nak mengingati muka-muka janggal di bumi asing begini. Yang susahnya aku nak mengingat muka diorang dengan namanya sekali. Lebih kurang jer aku tengok! Ya, memang tiap-tiap tahun aku akan datang ke sini. Menikmati anggur yang fresh fresh. Yang tak bisa di cari di Malaysia. Tapi bukannya free... Hehehe... Terlupa bawa alamat keluarga angkat. Tahun lepas ada mengirim anggur terus dari ladang. Gembira betul mak angkat aku. Katanya sedap anggur yang Mat poskan tu. Dah anggur, memang ler sedap. Apa kata kalau aku pos buah kelapa sawit?
Anggur 2,3 tangkai sememangnya tak dapat nak balas budi yang banyak dicurahkan selama ni. Sungguh! Tak terbalas aku. Terima kasih Murata-san sekeluarga. Dah hampir 4 bulan tak melawat mereka. Rindu jugak. Ketaksamaan masa lapang membantut pertemuan. Masa aku lapang, diorang sibuk. Begitu sebaliknya. Boku o' mattetene... (tunggu kedatanganku ya!)

3 kali summer break berlalu, tapi kesemuanya aku habiskan di sini. Kenapa aku tak balik yer?? First reason, may be tiket summer paling mahal dalam setahun. Second, sepanjang cuti summer sebelum ni aku banyak habiskan dengan menerokai segenap pelusuk prefecture-prefecture lain. Dari paling utara Hokkaido, sampailah ke Hiroshima. Okinawa dan Kyushu jer belum sampai lagi. Tak sampai seru kot. 1st year habis separuh Jepun aku tawan. Dari Yamanashi, Nagano, Niigata, Yamagata, Akita, Aomori, Hokkaido, Iwate, Fukushima. Sebulan hidup dalam van! Hehe, macam pelarian la pulak. Tapi aku memang suka aktiviti begini. Adventurer! Segar lagi memori-memori summer milennium 2000. Thanks to Tut, Yob, Ki-chan Aja & Epa. Saat-saat bersama kalian tak akan kulupakan. Tour tu lah yang menemukan aku dengan Curren ku sayang. Dulu kau berkilat, segak mata memandang. Badan kau pun sihat. Tak banyak meragam. Sekarang, kau pun dah lanjut usia agaknya. Selalu saja meragam. Tapi tak mengapa. 3 tahun ni terlalu banyak jasamu.

Naik 2nd year, mulanya aku dah blank nak ke mana. Dah separuh Jepun aku tawan. Last-last plan pegi summer camp, then panjat Fuji buat kali kedua. Cuti selebihnya banyak dihabiskan dengan kerja-kerja part time. Lebih baik dari dok saja kan. Naik 3rd year jelajah ke selatan pulak. Turun ke pulau Shikoku. Ke Ehime, tempat Yob, Tut dan Danny. Nasib tak baik tak berjumpa dengan Yob. Time tu mamat tu ke Turki, menyertai satu program volunteer. Terkejut jugak aku mulanya. (Tahun sebelumnya dengar khabar dia ada pergi Mongolia!) Haaa... Perjalanan balik singgah di Kagawa, Okayama, dan kemudiannya bermalam di Kobe, rumah Loly. Sempat bertemu Ab dari Osaka. Seterusnya ke Universal Studio Japan, di Osaka. Menarik jugak. Persinggahan seterusnya, Nagoya dan Kyoto. Indahnya saat-saat itu! Habis berjalan, balik buat part time sampai habis cuti.

Dan 4th year, tahun ni. Baru aku terasa nak balik bercuti ke Malaysia. Tapi mungkin dah ditakdirkan tiada summer break(cuma 2 minggu, budak-budak lain 2 bulan!) utk student final year, maka tersadailah aku sepanjang summer ni di sini. Sunyi sepi! Nak buat part time pun tak menang tangan. Banyak kerja yang perlu dilangsaikan di lab. Sabau jelah...

Arghh, apa aku merepek berjela-jela ni. Tapi dah nama diary, bantai jerlah apa aku rasa nak tulis. Hahaha... Nak kena tidur awal ni. Esok ada appointment ngan prof pukul 9 pagi. Pukul 10:30 dia dah nak berlepas ke airport. Khabarnya menghadiri seminar di New Orleans, US selama 12 hari. OK, oyasumi (selamat malam)...zZzzZ... Opss, terlupa baca doa tidur.

Monday, September 22, 2003

Kun Fayakun...

Benarlah, Allah bisa menjadikan dan mentiadakan sesuatu dengan kehendak-Nya. Allahu akbar! Kun fayakun... Ramalan cuaca semalam melaporkan Taufan no.15 yang besarnya lebih kurang seluas separuh semenanjung Malaya akan melalui negeri aku. Tapi pagi ni, nampaknya taufan tersebut menukar haluan ke sebelah timur laut Pasifik. Hanya sedikit terkena tempias. Alhamdulillah. Kasihnya Allah pada hamba- hambaNya!

Sesudah selesai presentation pagi tadi, prof. Takeuchi meminta aku menyertai satu gakkai (presentation di satu seminar anjuran Japan Elect. & Electronic Eng. Society). Dengan berat hati aku pun cakap "ok, saya join (dalam hati Insyaallah)". Sesungguhnya teramat sukar utk buat presentation dalam Japanese sbb kita tak boleh kelentong sesuka hati. Lain lah dengan bahasa ibunda. Habis tak reti nak jawab question pun boleh la kelentong sedikit sebanyak. Sukar dalam Japanese. Kalau nak tahu Japanese amat-amat teliti setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita. Keluar dari meeting room, masuk bilik semak kalendar balik. Gakkai 29 Nov. 2003, oh tidakkk... 5 Syawal, aku dah planning nak balik beraya di Malaysia ini tahun. Dah 3 kali beraya di sini. Cukup la. Aku nak balik. Ada la alasan aku tak payah pergi gakkai. Yesss... Pergi jumpa prof., bagitau hal sebenar. Prof. masih tak berpuashati. Dibeleknya kalendar gakkai. "OK, kalau awak tak dapat join bulan November punya awak kena join bulan March nanti. Adoiii, tak suka betul aku kena paksa paksa cam gini. Tak boleh nak lari jugak. 6 March 2004, hmmm boleh ke tidak tak tahu la aku. Final viva tgh bulan February nanti, pas tu nak kena packing barang-barang yang 'setongkang banyaknya' ni. Ada planning nak pergi jalan-jalan March nanti. Aku pun cakap "OK", sememangnya itu saja pilihan jawapan. Wait and see! Hehehe... Ada saja akal nak lari.

Tadi aku dah cabut wayar kipas angin dari plugnyer dan simpan baik-baik dalam oshi ire (lebih kurang macam stor kecil dalam rumah). Tamat sudah jasanya kepada aku, may be tak akan digunakan dah lepas ni (selama-lamanya). Tunggu untuk diwakafkan. Then, aku keluarkan heater, pun may be akan berjasa buat kali terakhir buatku sepanjang autumn dan winter ni. Hari ni maximum 18 degree, minimum 14 degree. Berlalu sudah summer. Musim yang paling banyak syaitan melancarkan anak panahnya ke mata-mata manusia! Astaghfirullahalazim... Salah musim ke salah manusia itu sendiri???

Esok Selasa, cuti Umum. Autumnal Equinox Day. Haa, dah masuk autumn dah pun. Autumn yang ke-4 sepanjang aku di sini. Tip tup cepat betul masa berlalu... Tak payah pegi lab esok. Terfikir-fikir hendak ke mana. Anggur, ya anggur. Sekarang masih lagi musim anggur. Ok jugak kalau menjenguk ke ladang anggur esok. Tak berapa jauh dari sini. Dalam 25km gitu. Hmm, kena tanya member-member yang lain dulu la. Gila aper, nak pergi sorang-sorang! Tapi Insyaallah diorang akan bersetuju kot dgn 'proposal' planner program tergesa-gesa ni. Selalunya begitu. Hihi... Pernah sekali tu aku baru jer sampai sini, balik dari bercuti di Malaysia. Time tu pukul 10 malam, sampai di rumah lepas drive dari Narita (oh ya, aku selalu park keter dekat Narita time balik Malaysia. Senang sikit nak bawa barang-barang.) Tetiba jer terasa nak pegi main snowboard. Pukul 12 tgh malam, pergi cari maklumat skiing ground, sempat rest 3 jam, pukul 4 pagi bergerak ke sana, around 9 pagi sampai. Main sampai pukul 5 petang, balik aku jugak yang drive. Total pergi balik dalam 350 km. Tak terasa letih kalau dah minat tu. Fikir-fikir balik sekarang, haa... Kerja Gila!!!

Saturday, September 20, 2003

Bumi Ujian.

Hujan renyai-renyai dari awal pagi. Hajat di hati nak ke lab pagi ni, tapi suhu sejuk begini (18 degree) sesuai benar berselimut. Hehehe... Mat, mat. Apa nak jadi dengan kau ni??? Dapat SMS dari Takahashi menanyakan aku nak ke lab tak hari ni. Katanya siang ke Mito, ada part time job. So, malam baru boleh ke lab. Kalau tak keberatan minta aku temankan. Haa, elok la tu. Terus aku tarik selimut balik, tidur sampai Zohor. zZZzzZZzz.....

Hujan bertambah lebat sebelah petangnya. Buka TV, ada siaran langsung dari Parlimen Jepun. Pengiraan undi bagi pemilihan perdana menteri utk penggal baru. Nampaknya Koizumi Junichiro terpilih lagi (kemenangan yang agak besar) untuk menerajui kerajaan dalam tempoh 2 tahun akan datang. Pencabar terdekat Koizumi, Kamei dengan manifestonya untuk menghapuskan tol lebuhraya nampaknya gagal memberi saingan hebat. Tukar channel 1, masih dengan siaran langsung pertandingan sumo. Tukar channel 4, ada laporan kajicuaca. Taufan No. 15 (ingat banduan dalam jail saja ke yang ada no. bersiri, taufan pun ada ooo...) semakin menghampiri pulau Honshu dan dijangka melalui negeri aku pada esok harinya. Dikategorikan sebagai taufan yang agak kuat. Sebelah siangnya daerah aku dikejutkan dengan 3 gegaran gempa bumi. Selang satu jam. Tak la besar sangat. Dah sebulan lebih dah tak der gempa bumi ni. Ya Allah, selamatkanlah aku dan rakan-rakan semua. Tukar channel 6, ada siaran langsung bola sepak. Pasukan tempatan negeri aku, Kashima Antlers vs Jubilo Iwata. 1st half Kashima mendahului 1-0. Kemudian Jubilo mendapat sepakan penalti untuk menyamai kedudukan 1-1. Kemudian, TV yang tengok aku. Aku dah di alam mimpi. Arghhh, kenapa ngantuk sangat hari ni...

Pukul 10:30 malam, seperti yang dijanjikan aku ke lab. Nampaknya ada seorang prof. yang belum balik lagi. Prof. Tsuji. Orang Jepun bagi diorang kerjaya no.1, didahulukan melebihi family. Satu contoh yang perlu aku sempadani. Prof. Tsuji ada maklumkan yang esok harinya satu kampus (Engineering Campus) akan terputus bekalan elektrik, atas sebab kerja-kerja baikpulih. Nasib baik aku datang malam ni. Kalau tidak, naya jer... Alhamdulillah, sempat siapkan satu eksperimen malam ni. Pukul 1:30 pagi, baru balik rumah. Ish ish ish... Ketika para abid sedang khusyuk sujud menyembah-Mu, hamba-Mu ini masih lagi sibuk dengan urusan duniawinya. Masya-Allah...


Firman Allah: "Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Al-Ankabut ayat 64)

Friday, September 19, 2003

Bila Nikmat Tak Disyukuri...

Langit tak selalunya cerah, hujan tak selalunya berpanjangan. Sekering-kering gurun pun boleh menjadi subur. Lembah yang menghijau tak mustahil boleh menjadi padang jarak. Bumi yang tenang mampu bergoncang meranapkan hutan-hutan batu. Bayu yang damai menyapa kadang-kadang boleh menggila segila taufan. Balasan Tuhan ataupun satu ujian? Semuanya berlaku atas kehendak-Nya. Besar sangatkah kita hendak melawan Tuhan. Apakah punca membuatkan manusia kerap mengingkari perintahNya? Tak sedarkah asal-usul kejadian kita. Hanya dari setitis mani yang hina! Terlalu kerdil di sisiNya. Justeru bersyukurlah atas segala apa yang dikurnia.

Summer tahun ni lain sikit dari kebiasaannya. Time Europe kena heat wave, di Jepun suhu sejuk semacam jer. Suhu dalam 18-24 degree . Nyaman betul macam autumn la pulak. Alangkah baiknya kalau sepanjang tahun begini. Tapi yang peliknya banyak suara-suara rungutan dari nada kesyukuran. "Sejuk, macam mana nak berjemur di pantai.", Ala, cam gini tak boleh nak berpicnic, berbarbeque la." Bersungut hukum Tuhan. Ada pulak dokumentari berkenaan pak tani di kebun-kebun sayur. Masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati. Banyak rugi sebab sayur tak menjadi, sayur pun kesejukan agaknya. Takperlah, sekali-sekala. Sebelum ni kan dah banyak untung...

Teringat kenangan zaman Ribena dulu (kalau tak silap ketika aku dalam darjah 2). Abah ada belikan buku cerita mengisahkan dua orang saudara, seorang di pantai barat dan seorang lagi di pantai timur. Sepanjang musim tengkujuh si abang selalu mengeluh tak boleh turun ke laut pada ayahnya. Tetapi ketika itulah adiknya di pantai barat (musim kemarau) teramat suka sebab dapat menoreh getah dan memungut hasilnya setiap hari. Sebaliknya, bila tiba musim kemarau, si abang teramatlah gembira dapat ke laut, manakala si adik di pantai barat (musim hujan) bermuram durja. Getah torehan tak membeku. Dipendekkan cerita ketika abang, adik dan ayah berkesempatan untuk bertemu muka maka berbincanglah ketiga-tiga beranak ni mengenai hal masing-masing. Lalu pesan si ayah, "ketika kita bergembira, ada orang lain yang berdukacita dan begitulah sebaliknya". (Mungkin penulis terlupa untuk menambah sedikit, mengajak pembaca untuk bersyukur atas segala nikmat pemberian-Nya).

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulah hakikat insan diciptakan. Bersabar atas apa jua ujian dan musibah. Ada balasan yang menanti di alam sana. Syurga untuk yang beriman dan neraka buat mereka yang kufur. Sejak membaca buku tersebut, kalau hari hujan ingat lagi aku akan termenung keseorangan memikirkan apalah nasib penoreh getah dan nelayan ketika itu. A'ah. Masa kecik-kecik dulu aku memang selalu termenung sorang-sorang. Tambah-tambah sesudah habis membaca buku cerita. Ya! Dulu memang hobiku membaca tetapi sekarang??? Ke mana menghilang yer...


Daripada Abdullah bin `Amru bin Al `Aas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya Allah s.wt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulamak, maka apabila sudah ditiadakan alim ualamak orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagi pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

Wednesday, September 17, 2003

I Need Some Rest...

Semalam, sepatutnya ada presentation experiment. Aku minta excuse dari prof. Tak dapat concentrate. Seharian di rumah. Pegang keyboard tak kena, buka buku pun tak nampak huruf. Petang, lepas tidur lega sikit.

Tengahari tadi ke pejabat Universiti, minta pinjam fail rumah sewa. Carikan untuk Ahmed. Pantang aku nak menolak permintaan orang. InsyaAllah akan ku cuba yang terbaik yang mampu aku lakukan. Kita hidup di dunia ni mustahil kalau langsung tak bergantung dengan orang lain. Kadang-kadang kita perlu meminjam bahu orang, dan sebagai balasan, apa salahnya kita pinjamkan bahu kita pulak.

Ahmed datang bersama adiknya yang baru sampai dari Bahrain. Melancong menghabiskan cuti summer katanya. Aku agak sebaya aku. Sebab katanya sedang belajar di salah sebuah universiti di Jordan dalam final year.

Malang betul. Fail yang bulan Aprilnya tebal macam kamus, hari ni tinggal nipis macam muqaddam. Tak banyak pilihan sangat. Kebanyakan rumah sewa dah pun berpenghuni. Dalam tak banyak pilihan tu copy 5 helai, dan cari rumahnya. Pergi rumah pertama, call oyaa-san (tuan rumah). Oyaa-san cakap dah penuh. Rupanya pihak pejabat dah lama tak update fail tu. Hampesh...

Call rumah kedua dan ketiga. Kedua-duanya tak berjawab. Pergi cari sendiri, tak jumpa la pulak. Peta yang dia lukis terlalu simple sangat. Rumah keempat, penuh. Rumah kelima pergi, hahahaha... Rumah ke jelapang ni??? Belek-belek kertas, patut la. Dah berusia 35 tahun rumahnya. Agaknya datang sekali gempa bumi kuat dalam 6 skala Richter(betul ke spell ni?), mau reban. Sian ko Ahmed, nasib tak baik. Jam dah pun pukul 1, perut dah lapar. "Thanks tolong temankan cari rumah hari ni. Kita cari hari lain pulak. Sekarang kita pergi lunch dulu."... Ahaks! Aku rasa bersalah la pulak. Cari punya cari, masih tak berjumpa. Tiada hasil. Kemudian diberikan ucapan 'thanks'. Aku membalas dengan "Maaf, tak berjumpa rumah hari ni." Satu harapan yang telah disandarkan ke bahu aku, tak tergalas rupanya. Aku berjanji akan tolong carikan sampai jumpa.

Lunch di Saizeriya. Time bayar bil, aku hulurkan note 1000 yen, cepat-cepat ditarik Ahmed. Puas aku menolak, tapi tak terdaya. "Takper, saya belanja hari ni", berulang-ulang pinta Ahmed. Adoi, bertambah-tambah rasa bersalah dalam diri aku. Nak menolak teringat pulak pesan abah, kalau kita dah puas menolak tapi orang tu tetap juga berkeras nak bagi, jangan hampakannya. May be dia berniat untuk beramal, saham akhirat. Nak menerima, lagi la susah. Aku ni memang jenis susah nak menerima pemberian orang. Mungkin dah dididik begitu sejak kecil. Thanks Ahmed!


* Thanx to bebatu biru, cnma & amyz yang menjadi antara pengungjung terawal Di Angin Lalu sejak dipromosikan. Jikai mo omachi shite orimasu (I'm waiting 4 ur next visit). To bebatu biru, sebenarnya template weblog ni masih dalam proses pembikinan. May be ambil masa sikit, since terpaksa membahagi-bahagikan masa sebaik mungkin. Mengenai biodata, setakat ni, cukuplah sekadar saya memperkenalkan diri sebagai Mat. Lain-lain tu InsyaAllah lama-kelamaan akan terbongkar juga. Macam kisah misteri la pulak. Good luck, belajar rajin-rajin. Saya doakan impian anda utk ke sini akan tercapai. Amin.

Monday, September 15, 2003

Allah Lebih Menyayangimu.

Pukul 1:22 pagi 15 Sept.2003:- 604-4*****7...Nombor dari Malaysia! "Mat, nanti call balik OK?". Resah gelisah melanda fikiran. Call rumah balik.

Aku: A`kum...apa khabar?...ada apa-apa ke?
Kak: Khabar baik. Nah, cakap dengan mak.
Mak: Mat, tokwan dah tak dak dah pagi tadi....................... .
Aku: Innalillahiwa innailaihira jiun...??????..........

Hadiahkan al-Fatihah dan bacaan Yasin buat arwah tokwan.

Terkedu... . Teramat sedih, pilu, manik-manik jernih dah memenuhi luar bola mata. Cuba ku tahan dari berlinangan keluar. Tapi tak terdaya. Cuba lagi tenangkan fikiran. Air mata ini tidak akan menggembirakan tokwan. Aku perlu tabah!

Sejak aku celik melihat alam ini, aku hanya sempat mengenali seorang tokwan (arwah tokwan sebelah abah dah lama kembali ke rahmatullah sebelum mak dan abah kahwin lagi). Tokwan yang bagi aku, sangat pengasih, penyayang, banyak membantu aku melentur kendiri ketika aku masih di peringkat rebung, banyak mengajar aku erti kehidupan, pendek kata tokwan yang terlalu besar ertinya dalam hidup aku. Mana boleh aku lupa suka duka sepanjang bersama tokwan ketika zaman kanak-kanak dahulu. Semuanya masih segar dalam kotak ingatan ini, walaupun sudah sedekad lebih ianya berlalu.

Arghh, tak mampu aku nak teruskan imbasan masa silam... Sedih!

Adik perempuan aku sedang menduduki UPSR ketika ini. Hasrat di hati memang ingin pulang segera ke tanahair, tapi untuk tidak mengganggu konsentrasi, terpaksa melupakan walaupun sungguh berat bagi aku.

Hadir ke jamuan perpisahan buat Syafeeq di rumah Qusai tadi. Aku cuba selindungkan berita duka ini dari pengetahuan semua. Tak mahu majlis khas untuk meraikan Syafeeq bertukar menjadi muram sunyi. Sebelum majlis selesai, Qusai mempelawa berjemaah Isya' di rumahnya. Selepas azan aku memberitahu semua tentang hal ini, minta kalau tak keberatan untuk sama-sama menunaikan solat jenazah ghaib selepas ba'diah Isyak nanti. Alhamdulillah, semua selesai.

Sedikit terkilan kerana diberitahu agak lewat, 7,8 jam selepas jenazah arwah tokwan disimpan.

Ya Allah, cucurilah roh tokwanku, tempatkan dia dalam golongan orang-orang yang beriman dan para salihin. Tabahkan hatiku menerima dugaan ini. Amin.

Sunday, September 14, 2003

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Dapat call dari Qusai (brother dari Jordan). Dia minta tolong carikan rumah sewa untuk seorang brother yang baru datang. Ahmed dari Bahrain. Bagusla, bertambah umat Muhammad di daerah ni. Aku cadangkan supaya dicari melalui pejabat Universiti sahaja, lebih murah tak perlu bayar key money. Kalau cari melalui fudousan (agensi yg menguruskan rumah sewa) sebelum masuk rumah siapla tambah tolak dalam RM5000! Cekik darah! Hari ni Ahad, pejabat tutup. Esok Isnin, juga tutup. Cuti Umum. Tak ingat pulak cuti apa. Tapi takder kaitan ngan aku. Aku cuti tak cuti sama jer. Kenalah tunggu hari sampai Selasa ni. InsyaAllah aku cuba bantu yang terbaik.

Tapi dapat pulak berita sedih lepas tu. Brother Syafeeq (Pakistan) akan pulang ke tanahairnya Jumaat ni. Kepulangan selama-lamanya. Bukannya vacation. Rindu family katanya. Tahun ni masuk tahun ke-8 dia di bumi Sakura ni. Ermm, aku faham perasaannya. Aku yang baru 3 tahun lebih bermukim di sini pun terlalu tebal rinduku pada tanahair, inikan pula dia yang sudah hampir sedekad menghabiskan usia-usia hidup di daerah asing ni. Pulanglah ke pangkuan keluargamu. Aku pasti mereka di sana juga teramat merinduimu. Harapanku moga ukhuwwah yang telah terikat tidak tamat di sini saja. Ingat-ingatlah kami di sini selalu. We'll miss you.

Qusai dapat kupon bowling 1 game free untuk 8 orang. Diajaknya aku hayun bola malam ni. Sebagai kenangan pertama dan terakhir bersama Syafeeq katanya. Rameez (brother dari Sri lanka) & Ahmed pun join sekali. Isteri Qusai, Arwa dan si comel Mohannad pun turut sama, jadi penonton. Rindu betul aku dengan Mohannad ni. Rasanya dah sebulan lebih tak berjumpa. Aku busy sikit. Diterkamnya aku sebaik dipanggil namanya. Manja betul budak cute ni dengan aku. Maklumla, dari umur 4 bulan lebih sampai sekarang dah pun nak masuk 3 tahun aku yang jadi 'pengasuh'. Student Malaysia aku dan Musa saja yang pergi. Yang lain masih tengah bercuti. Selama 3 tahun lebih aku di sini, tak pernah lagi keluar main bowling bersama-bersama brother2 ni. Sungguh! Budak Malaysia, selalu sangat. Cuma tahun ni saja jarang sikit. Dulu senior-senior rakan sparring ramai, tu yang selalu hayun tu. Sekarang junior-junior semua 'mandom' sikit. Hehe... Score pun menjunam turun. Alasan??? Nampak sangat budak-budak Malaysia lebih berfoya-foya yer. Yer ker?? Tapi aku rasa mungkin kitorang semua masih muda remaja kot. Takder family lagi macam diorang ni semua. Betul!

Score malam ni pun seperti yang dijangkakan. Macam hampeshh. Last-last baru nak panas. Style aku lah ni. Lambat panas. Agaknya sebelum main kena lari pusing padang se-round dua dulu baru OK kot? Ahaks!

Habis main aku ngan Musa stop di Saizeriya (Restoran Italian Food). Dinner dan terus balik. Esok ada jamuan perpisahan untuk Syafeeq. Insyaallah cuba untuk hadirkan diri.

"Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah ia akan kemudaratan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (meng-hilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-ngadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka." - (Ayat 8, Surah Al-Zumar)

Saturday, September 13, 2003

Dunia, dunia...

Imam Kyusai (brother dari Jordan) rupa-rupanya solat Jumaat di Tsukuba, 60 km dari sini hari ni. Sorang pun tak prepare khutbah. Akhirnya 4 orang hamba Allah ni bersolat Zohor sahaja.

Habis solat masuk lab, pukul 1:30 tgh, start. Susah rupanya guna kaedah centrifuge method ni. Percaya atau tidak 9 jam aku mengadap centrifuge! Macam nak terbonjol keluar biji mata tengok benda alah ni. Berhenti solat asar & maghrib, makan malam pun entah ke mana, sedar-sedar dah pukul 10:45 malam! Perut bukan takat berkeroncong, berpancaragam aku rasa. Takahashi minta tolong temankan sampai pukul 11 mlm. Mamat tu pun rupanya dua kali lima la ngan aku. Dunia semua ni! Kalau 9 jam ni aku disuruh sujud, beribadah menyembah-Mu mampukah aku??? Ya Allah, aku selalu mengharap syurga-Mu. Namun, tak pernah aku bersungguh-sungguh ke arah itu. Aku bermohon kepada-Mu, jauhkanlah aku dari terjebak ke dalam golongan yang kau murkai...

Alangkah terasa hidup sia-sia, jika ruang fikiran hanya dengan kesibukan dunia. Alangkah ruginya usia yang pergi, jika amalan bukan untuk negeri abadi!

Friday, September 12, 2003

Bila Tak Bertegas Pada Diri...

Bangun pagi bersemangat nak buat experiment baru. Kena belajar benda baru hari ni. Nak measure toner adhesion force by using centrifugal method. Tak pernah buat pakai kaedah ni. Minta Noguchi tolong ajarkan. Pukul 11:30 pagi baru berjumpa dengan mamat ni. Kalau nak start sekarang sure tak sempatnya sebab pukul 12 tgh dia nak lunch, aku pun nak balik solat Zohor. Dia cakap habis 'koman' pun ambil masa 3 jam. Tak boleh sukat main tinggal-tingal cam tu jer. Kang tak pasal jer meletup lab, sebab guna high voltage above 1kV!

Balik rumah pukul 12, lepas Zohor tidur jap tengahari. Selalunya kalau tidur tengahari 15 minit dah cukup bagi aku nak refresh balik, hilangkan ngantuk. Tapi hari ni lain sikit! Pasang kipas paling laju, tidur. 3,4 hari ni panas sikit dalam 31 degree. Nama pun summer. Buka mata tengok jam baru pukul 12:45, lepak la dulu. Second time buka mata tengok dah pukul 2:30 ptg! Alamak, terlajak. Mesti Noguchi tengah menunggu di lab ni. Arghh, ampun pak! Ingatkan experiment boleh buat kat 1st lab jer ( Lab Electronic Materials ada dua, satu kat dlm 3rd floor bangunan E&E satu lagi kat tepi padang). Rupanya kena turun bawah buat kat lab yg lagi satu. Masuk dalam 2nd lab, alamak terlupa bawa sample pulak. Pergi naik atas ambil sample. Turun bawah balik, tengok bebudak ni dah pegang bola, glove ngan bat. Nak main baseball la ni. Sini baseball sukan paling glamer. Lebih dari soccer. Semua nak tiru US. Oleh kerana aku pun tak pernah pun main benda alah ni, tertumpang la sekaki. Main punya main pukul 5 ptg baru berenti. Peluh dah bersimbah, basah baju. Adoi, bila nak start experiment ni?? Matsumoto blah, mamat Kim pun ikut sama. Penat, tak der mood nak sambung experiment katanya. Waaaa, aku pun jadi tak der mood. Rimas badan, peluh + panas. "Aku buat esok jerlah yer" pintaku sambil tersengih macam kerang busuk kat Noguchi. Habisyy satu hari. Satu kerja pun tak jadi!

Thursday, September 11, 2003

Busy!

Aku dapat 24 jam setiap hari, sama macam orang lain. Tapi kenapa aku rasa masih tak cukup-cukup? Pengurusan masa tak betul gamaknya. Ataupun terlalu banyak benda yang aku mau cuba, mau mendalami banyak bidang?? Ermm, kena cermin-cermin diri la sikit. Jangan samakan diri kau mcm Ibnu Sina, Al-Farabbi, Ibn Rusyd ataupun Al-Kindi, Mat! Ukur baju di badan sendiri! Kalau badan saiz XS kenapa nak dicari saiz XXXL?

Demam bz datang balik. Tadi ada presentation, alhamdulillah everything OK. Balik tidur tengahari jap 30 minit, pegi balik lab sbb experiment 2 hari lepas yg aku buat diragui resultnyer. Petang sebelum balik jumpa prof bentang result and discuss plan experiment seterusnya. Balik rumah ingat lepas maghrib nak landing jer, ada game bola Japan vs Senegal pulak. Khusyuk juga tengok 1st half. Masuk 2nd half mata dah tinggal separuh jer terbuka, sedar-sedar dah lost time. Nasib baik sempat tengok gol. Senegal won 1-0. Tak best game malam ni. Bosan! Tu yang aku tertidur kot. Hehe...

Tadi dpt mail & call dari company Y, suruh datang 2nd interview di Shizuoka (lebih kurang 300km dari sini). Hai, berapa banyak ko nak gi interview ni? Tamak ke aku? Arghh, nak pergi ke tidak? Ntah la, semenjak dua menjak ni malas jer nak berjalan jauh. Penat! Tengok la nanti macam mana.

Tuesday, September 09, 2003

Sunyinyer Hari Ni...

Setengah hari menghabiskan masa di lab. Persiapan terakhir sebelum presentation esok. Time tengah buat kerja Wagatsuma datang dengan muka moyok jer. Macam ada sesuatu yang tak kena. Cuba bertanya, lalu bercerita la dia. Erm, nampak gaya berat jugak masalahnyer. Dihalau professor dari lab sekarang. Puncanya hanya kerana menghabiskan masa agak lama di cafeteria. Tak adil betul aku rasa professor ni. Baru sekali buat salah dah mengamuk begini. Hanya kerana nyamuk seekor habis satu kelambu dibakar. Selain dia, 2 orang lagi member aku turut dihalau. Tapi aku dah faham benar dengan perangai professor lab dia tu. Dah 2 kali aku pernah belajar dengan dia. Kelas Electric Circuit Ⅲ & Electromagnethic Theory. Ntah la, apa yang dia fikir pun aku tak tahu. Ikut hati mati, ikut rasa binasa! Kalau bertegas nak didik student, aku rasa ok la, memang patut. Tapi ini banyak menyusahkan student ada la. Macam kelas Electric Circuit Ⅲ, tiap-tiap tahun lebih kurang 110 calon yg ambil (budak 3rd year + budak yg extend), dan yang akan lepas tak sampai pun 30 orang. Batch aku ada 68 orang dan yang extend tahun ni 1/3, ada dalam 24 orang. Punca utama, subjek professor ni lah. (Biadapnya aku...menuding jari...). Sistem di sini takder extend satu sem. Kalau ter'extend', haha, berjanggut la tunggu satu tahun.

Kau terlebih dahulu makan garam dari aku (aku tak pasti garam halus ke garam kasar), mungkin kau lebih mengerti...

Argh, banyak pulak aku membebel pasal prof ni. Baik buruk pun dia prof aku, cikgu aku. Pernah menadah ilmu dengannya. Tapi amarah aku tak dapat dibendung gara-gara tingkahmu. Maafkan aku, terlalu biadap terhadapmu. Tapi aku memang kesian betul la kat member aku ni. Dah bulan 9 sekarang, boleh dia halau. Masa yang tinggal lagi setengah tahun jer lagi, jenuh la member aku ni nak rush siapkan research baru pulak. Memang tak patut!!! Aku cuba pujuk supaya bersabar. Mana ada manusia dalam dunia yang tak ditimpa masalah.

Aku cuba tukar topik, tak sanggup melihat member bersedih. Bercerita tentang masa depan, rancangan setahun akan datang. Aku sebenarnya dah memungkiri janji, janji bersama teman-teman se'course' yang lain. Dulu aku berjanji sama-sama nak sambung master di bumbung tempat aku berada sekarang. Pertengahan April time list ranking department keluar, kitorang teramat-amat gembira. 5 dari kami dapat sambung master tanpa perlu menduduki exam terlebih dahulu. Tetapi nampaknya aku terpaksa melupakan cita-cita, melepaskan peluang yang dah terhidang kerna aku tiada scholarship utk sambung pengajian 2 tahun berikutnya. Aku decide utk bekerja dulu setahun dua. Sempat kumpul sumber kewangan sambil dapat mengaut experience sebanyak mungkin, InsyaAllah. Mungkin takder rezeki kali ni. Insya-Allah mungkin setahun, may be 2,3 tahun akan datang aku akan teruskan jua hasrat yang terbantut ini. Wagatsuma ada bertanya tentang kerja aku. Hmm, alhamdulillah rezeki aku agak baik di kala ini, dapat 2 tawaran kerja, satu di tanahair ter-chenta dan satu lagi di bumi Sakura ni. Bingung aku, tak tahu nak pilih yang mana. Aku kena buat istiqarah banyak-banyak, mudah-mudahan diberi petunjuk, jalan yang terbaik untuk aku lalui. "Kerja sini la dulu, takkan dah nak balik?" , aku dipujuk. Serba salah aku dibuatnya. Nak balik Malaysia, rasa macam ada kekurangan lagi yang perlu ditimba. Nak tinggal lama di sini, ini bukan medan aku yang sebenar. Hahh, buntu! Ya Allah berikanku pedoman.

Malam, balik dari lab rasa sunyi semacam jer. Terfikir saat-saat aku akan melangkah pulang meninggalkan bumi Sakura yang penuh tercoret suka-duka kehidupan 4 tahun di sini. Terimbau kenangan silam. 25 Mac 2000, sebaik sahaja kitorang (budak-budak tajaan JPA) berpecah di Tokyo aku datang ke daerah ini sebatang kara. Sahabat-sahabat di universiti lain semuanya berteman kecuali aku dan 7 orang lagi member yang lain. Mungkin dah nasib kitorang, takder member se-batch. Ditempatkan pulak di main campus masa 1st year. Jadilah aku pak kaduk Melayu tunggal di tengah-tengah ribuan student Jepun yang lain. Wagatsuma, Kim, Matsumoto, Robin, Ana, Chei,Takahashi, Sugihara, Nakano, Yuka, En Ni dll, tak mampu aku menyenaraikan kesemuanya. Terima kasih kalian kerna sudi menghulurkan tali persahabatan dan menceriakan hidupku yang suram awalannya. Naik 2nd year barulah aku kembali berkomuniti dengan masyarakat Melayu (setelah berpindah ke Campus Engineering), komuniti sekerdil 8 orang.

Then, terpikir pulak seorang ibu yang tengah merindukan kepulangan anaknya yang bertahun-tahun di perantauan. Arghh, kenapa aku terfikir ini semua. Dah, tak nak sedih-sedih lagi... Dah pukul 12:55 malam. Esok awal pagi ada presentation. Kena tidur awal. Moga esok lebih baik dari hari ini. Tidur dengan mimpi yang ceria-ceria. Oyasumi...

Sunday, September 07, 2003

Selamat Pengantin Baru

Baju weblog ni nampaknya masih lagi dalam proses pembikinan. Mungkin ambil masa yang agak panjang memandangkan aku masih amatur dalam bidang2 ni. Insyaallah bila dah siap 'dijahit', akan di-update selalu.

Hari ni, 7 Sept, 2003 tarikh bersejarah dalam keluargaku. Abg sulungku melangsungkan perkahwinannya hari ni. Selamat Pengantin Baru, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat! Mak & abah, tahniah dan selamat menyambut menantu sulung! Maaf kerana tak dapat menghadirkan diri. Jarak geografi dan tugasan research membatasi niatku. Insyaallah jika diberi kesempatan, aku akan balik jua menghadiri kenduri di rumah kita di bulan Syawal nanti.

Semalam hari sabtu. Sememangnya hari utk aku beristirehat di rumah. Tapi nampaknya Sabtu minggu ini bukan milikku. Awal-awal pagi lagi aku dipanggil ke lab. "Experiment kena buat hari ni jugak sbb masa teramat suntuk sblm presentation Rabu ni" ujar seniorku Sakurai-san(student master 2nd year) yg diamanahkan profesor utk bantu aku siapkan research tahun ni. Dengan berat hati aku bergegas jugak le lab.
Sesampai di lab, baru aku teringat petang ni aku harus pergi kerja. Semalam dapat panggilan dari boss di kilang tmpt aku buat part time. Dia minta tolong aku ke sana hari ni. Tak bisa aku menolak permintaan orang yang dah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada aku.

Selesai saja experiment terus pulang ke rumah, berehat sejam then terus drive ke kilang. Parking lot di kilang lengang hari ni. Biasalah hari cuti. Salin baju, masuk tempat kerja aku kehairanan. Aikk...Takkan aku sorang jer yg datang hari ni???...Haa, memang betul. Hari ni aku keseorangan buat kerja. (Aku buat kerja sorang-sorang dalam department aku la, bukannya dalam kilang tu. Hihi...) Tapi serius wa cakap bosan!! Tunggu sejam berlalu pun lambat benor. Tengah bekerja sambil berkhayal, tiba-tiba Iwamoto-san(rakan sekerja department lain) datang dgn 2 kotak air di tangan. "Nah, pilih mana awak suka", alamak situasi yg benar-benar aku tak suka. Bukannya aku sombong tak nak terima pemberian orang tapi berat benor hati nak ambil. Aku takut terhutang budi. Demi tak menghampakan dia aku pun ambillah jus di tangan kirinya, jus grape fruit. "Arigatou!". Sedap! Kalau tak salah aku, sebulan lepas ada dia bagi setin Pepsi, kali ni jus pulak. Ni yang membuatkan aku segan ni. Takper next time wa belanja lu pulak.

Berborak kejap ngan Iwamoto-san. Mamat ni dulu kerja kira hebat jugak la. Ada dia bagitau aku sebelum ni dia pernah bekerja sbg perancang pemasaran salah sebuah hotel elite Jepun di oversea. Negara Europe, sebut ajer negara mana, semua dia dah pernah pergi. Tapi sekarang sebagai pekerja biasa di kilang ni. Aku cuba mengorek sejarah silam dia. Then, Iwamoto-san pun mulalah bercerita. "Kerja sebagai eksekutif di hotel tu lah yang membawa kepada perceraian saya dgn bekas isteri saya. Saya terlalu sengsara. Saya kerja dgn gigih, tak pernah terlintas niat utk menipu apatah lagi untuk memecah amanah, tak pernah menduakan isteri, tiba-tiba perkara ni terjadi. Apa salah saya hingga dihukum begini? Saya faham perasaan bekas isteri saya, mungkin dia terlalu sunyi. Maklumlah dalam setahun hampir 300 hari saya di oversea. Kalau balik ke rumah pun kurang seminggu. Jadi saya tekad utk memulakan hidup baru. Biarlah gaji tak seberapa asalkan saya bahagia.".Kemudian dia minta diri utk sambung kerja-yang masih belum selesai. Raut wajahnya nampak sedih. Aku bersimpati dgn nasibnya. Rasa bersalah jugak aku. Ya Allah berikanlah Iwamoto-san hidayah-Mu sepertimana yg telah engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang terdahulu.
Aku akui akhlaknya terlalu baik, tutur bicaranya, sikap dan tingkah lakunya, cuma mungkin sinar iman sahaja belum ada padanya. InsyaAllah aku cuba sedaya yang mampu untuk berdakwah kepada-Nya. Ya Allah, bantulah daku.

Monday, September 01, 2003

Sepatah Dua

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, maka dgn ini aku merasmikan weblog yg ntah hapa2 ntah ni.
Dengan ini bertambah satu lagi rutin harianku. Harap-harap ianya tak seperti hangat-hangat t**i ayam. Kalau diimbas balik zaman sekolah dulu, aku ni memanglah jenis yang tak suka karang mengarang ni, dari UPSR sampailah ke SPM. Alih-alih jer datang angin nak menulis ni. Harap-harap pengalaman yang dicoretkan di sini dapat dikongsi bersama kalian.
I realize that I'm not a good writer but I'll try my best. Insyaallah.