Tuesday, June 29, 2004

Euro yang haru biru

Prestasi kerja di seluruh dunia satu bulan ini mungkin agak menurun, gara-gara demam Euro 2004. Paling memeritkan, mungkin peminat-peminat bola di benua asia. Terpaksa bersengkang mata di awal pagi memandangkan gap masa yang agak besar dengan waktu tempatan Portugal. Itupun, bagi yang setia menantilah...

Kejutan demi kejutan telah berlaku sepanjang Euro 2004 kali ini. Bermula dengan kemenangan bergaya pasukan kerdil, Greece ke atas pasukan tuan rumah, Portugal 2-0 dalam perlawanan pembukaan. Diikuti dengan kegagalan pasukan elit, Spain, Italy dan Germany untuk muncul dalam senarai 8 pasukan ke suku akhir.

Kemudian, tundukknya France dan England pada peringkat suku akhir, menjadikan kejohanan kali ini kejohanan pertama tanpa kelibat 5 pasukan gergasi benua eropah (England, France, Italy, Germany, Spain) di peringkat separuh akhir sejak ia mula diperkenalkan. Menarik!!

'Fenomena' ini agak mirip dengan kejohanan Champions League beberapa bulan yang lalu. Yang menjadi tanda tanyanya, adakah prestasi pasukan-pasukan gergasi ini semakin merosot ataupun terdapat peningkatan yang besar dalam pasukan-pasukan lain??...

Hahh, nama pun bola. Apa saja bisa berlaku... Ataupun roda sudah mula berputar??...

Agaknya beginilah resam dunia. Yang kuat tak selamanya kuat. Yang lemah tak berkekalan di bawah. Tiba masanya, putaran akan berlaku. Yang kuat akan lenyap, sebagaimana sirnanya Empayar Rom dan yang lemah akan muncul taringnya. Begitu jugalah dengan kehidupan kita barangkali ya. Ada waktu sinar dan ada kalanya malap...

Mat: Menanti sinar baru kegemilangan Islam...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan masuk syurga orang-orang yang suka menyebarkan fitnah.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Sunday, June 27, 2004

Bencana di Saga

Puting beliung telah membuat kerja-kerja 'pembersihan' ke atas sebuah kawasan dalam Saga prefecture (terletak dalam pulau Kyuushu) petang tadi. Angin pada kelajuan 50-69 m/s telah mengakibatkan hampir 330 buah rumah rosak teruk. Beberapa buah kereta juga telah berjaya dihumban sejauh 5-10m. 13 orang tercedera, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bencana sana-sini. Sudah uzur sangat nampaknya sang bumi... Apakah saat-saat 'itu' sudah hampir tiba??

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya nabi s.a.w bersabda:
Jagalah diri kamu dari sifat dengki kerana sifat dengki itu akan memakan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.

(Hadis riwayat Abu Daud).

Wednesday, June 23, 2004

Mari bermandi-manda

Hari terakhir berulang alik ke FIA. Diberi pelepasan awal hari ni, sekitar jam 12:30 pm. Mungkin sudah tiada soalan yang hendak diajukan, atau melihat pada kelibat aku yang sudah naik bosan ataupun aku ni terlalu membosankan???...

Diberitahu tadi oleh Paul akan destinasi seterusnya untuk Mat berkelana. BATH, kota lama, kota yang indah (khabarnya), kota kecil di barat London. Nantikan kedatangan aku yaa!! Tarikh berangkat masih belum diputuskan. Mungkin seminggu, 2 minggu atau pun berminggu-minggu lagi dari sekarang...??? Alhamdulillah, dimurahkan rezeki...


Lambaian Bath

Pulang ke Y-City, terus mengakses internet, memasukkan kata carian, b.a.t.h. Huhh, meneroka dan meninjau destinasi yang masih asing buat diri. Kepenatan seharian membantutkan kerja-kerja penerokaan. Esok-esok sambung semula. Berilah peluang untuk aku melayari mimpi indah, mimpi menjelajah ke kota menawan, kota Roman Bath.


Lambaian Bath 2


Lambaian Bath 3

Selamat malam BATH...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Darda' r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap orang Islam yang mendoakan saudara Islamnya yang lain tanpa pengetahuan saudaranya itu, maka Malaikat akan berkata kepadanya: Dan untuk kamu seperti itu juga.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Monday, June 21, 2004

Taufan no.6

Hari pertama cuti panjang. Awal-awal pagi lagi bergegas ke Iwanami Station, mengambil train Gotemba Line ke Susono Station. Dari Susono, berjalan kaki sekitar 10 minit sebelum tiba di FIA. Ada sesi interview dan orientasi ringkas bersama Mr. Paul. Mamat Canada ni salah seorang counselor yang akan memantau perjalanan 'Adventure School Program' Mat.

Fuhh, lama juga di FIA. Jam 5 pm baru selesai. Opss belum selesai lagi, esok dan lusa masih dengan rutin yang sama. Angin di luar kencang menggila. Meliut-liut pokok ditiupnya. Oh ya, mungkin pengaruh dari taufan no. 6 yang mendarat pagi tadi di pulau Honshu. Hmm, inilah hukum alam, kan sudah diatur oleh-Nya...

Tiupan angin (taufan) sekitar 15-30 m/s menyebabkan perkhidmatan densya (komuter) terpaksa dihentikan selama satu jam. Suhu petang panas, kelembapan terlalu tinggi. Lekit-lekit pada badan membuatkan Mat mengalah untuk terus menunggu densya memulakan perkhidmatannya semula. Tahan cab dan terus cabut pulang ke Y-City...

Berita jam 7, 4 orang terkorban dan 100++ yang tercedera di seluruh negara akibat taufan yang melanda. Eh, bukan, sebab ajalnya dah tiba. :D
Ya Allah, mudah-mudahan saudara-saudaraku yang lain selamat semuanya...

Sembang-sembang:
50: ko katne nih, jepun?
yup..ada member/saudara ker yg tinggal sini?
Jamal: A'kum,kenapa blog ko nie sunyi jer Mat?..ko ada problem ker?biasanyer ko yg peling ceria!anyway jgn pikir sgt...berdoa agar ada kelapangan utk penyelesaiannyerrr..Mat...kes party kat jepang nie memang dah sokmo sgt aku dengar...adalah member2 dok citer...air setan tu memang dah jadi budaya depa....memang hancusss laa...but member aku nie still steady...memang iman dia kuat pun....
thanx Bro Jamal, susah susah jer ngko risaukan pasal Mat..kawe alhamdulillah OK..cuma semenjak 2 menjak ni masa tak mengizinkan utk mengupdate lebih kerap ditambah dengan demam euro..inilah sebahagian dari medan ujian.. :D
thurayya: mat.. bila tercampak ke dunia asing baru kita tahu susahnye kehidupan kan....syabas la mat masih ditebalkan iman....syabas sekali lagi..
itulah, selagi tidak keluar dari kepompong kehidupan, selalunya jarang untuk kita bersyukur atas rahmat yang telah dilimpahkan..doa2kan supaya Mat tak tertewas dengan ujian2 yang maha hebat di sini, dgn iman yg semakin hari semakin menipis..insyaAllah, di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung :)

Saturday, June 19, 2004

Masak-masak di hujung minggu

Menghabiskan siang Sabtu dengan memasak, melahap dan menyembang... Berganding tenaga dengan si Rasuldeen menyiapkan juadah. Tetamu hari ni, Ueno-san (org Human Resource Dep. yg bertanggungjawab menguruskan hal ehwal global recruits). Pagi-pagi lagi keluar beli barang, balik masak, melantak dan berbual hingga ke jam 4:30 pm.


Menu bujang...

Sembang-sembang:
Op: uiiii tandas hahaha. tu dah terlebih kreatif la tu org jepun ni heheehe
diorang memang cam ni Op..kepala tak betul sket..muahahaha..
chubbychan: haha,mak warning ye?yap yap,awek malaya tak kurang mcm awek jepang,tp mesti sedap kene sound dgn mak kn?hihihi..huyo,toilet pakai remote,bg org mesia pakai abis jahanam..
amboiii..seronok dia ngutuk aku er??..org Mesia bagi apa pun jahanam..paip getah dalam tandas awam tu pun kdg2 boleh dikebasnya..huhuhh
nitro aka kulat: beh aa guna ni ! aku pernah pakai
kimochi eenaa!
wkdin: sepupu wkdin pindah kobe
kobe?..hmm jauh tu dr tmpt Mat..dia kerja sini ke sekarang ni wkdin?..

Friday, June 18, 2004

Ujian Berat di Bumi Jepang!! (2)

...sambungan

Sampaikan, walau satu ayat! Seharusnya kita bersyukur, kerana kedatangan pedagang-pedagang Arab satu ketika dulu menabur benih-benih Islam di Tanah Melayu kepada nenek moyang kita secara tidak langsungnya telah memungkinkan kita lahir sebagai seorang Muslim. Ya! Kita menerima Islam melalui warisan keturunan!!

Diazan dan diiqamahkan sebaik sahaja keluar dari rahim ibu. Didodoikan dengan zikir-zikir memuji tuhan. Disuapkan dengan makanan-makanan yang halal belaka, InsyaAllah. Betapa beruntungnya kita!!

Kalaulah, Mat kata kalau! Nauzubillah, tapi kalau ditakdirkan kita dilahirkan sebagai non-Muslim, agak-agak apalah nasib kita ya?? Bayangkan, kalau dah terbiasa dengan kehidupan yang tanpa batasan, buat apa sahaja tanpa perlu fikir dosa pahala, tiba-tiba datang orang berdakwah mengajak kita mentauhidkan Allah, apakah mudah untuk kita menerimanya di kala itu??

Hmmm, di bangku sekolah dulupun, kita degil, keras kepala, bila disuruh patuh pada undang-undang sekolah, apatah lagi dalam situasi begini, bila diajak supaya menukar secara total cara hidup yang telah kita jalani selama ini... Huhhh!! Macam nilah, tiba-tiba kita didatangi mubaligh kristian, bercerita pasal Jesus dan Bible. Hmmm, Mat yakin kalian hanya akan pekakkan telinga atau halau jer mamat tu, ataupun mamat tu habis kena belasah dengan korang. Muahahaha...

Agaknya, apalah yang berputar dalam kepala otak diorang (Japanese) ya bila Mat cerita pasal Islam?? "Mat ni gila ker??..", "Pelik punya orang!!", "Buang tebiat, nak mampos ke budak ni???..." . Hahaha, tak payah nak peningkan kepala Mat, fikir benda-benda ni! Hidayahkan milik Allah :D .....

Ingatan buat diri sendiri, dan teman-teman yang masih berada di sini, mahupun di benua yang lain, gunakan peluang-peluang begini untuk mendekati non-Muslim. Perbaiki akhlak diri dan sebarkanlah agama Allah ini, sedaya yang mungkin...

Nak buat tak semudah ucapan :D ...

Berbalik kepada cerita nomikai tu, dalam perjalanan pulang ada yang masih normal dan ada yang sudah mabuk tak ingat diri!! Arghhh... Tiba-tiba member Mat, Amano-kun termuntah membuak-buak. Uweeeeeekkkkk. Busuk bau ayor kencing setan tu satu, muntahnya yang colourful tu hampir-hampir membuatkan Mat muntah sama. Bengong!!!

Sembang-sembang:
kinky: eeee.... apa laa. mangkuk tandas pun guna remote yer..kalau takde elektrik mcm mana? tak boleh buang laa? hehehe... haru betul
Elektrik di sini, jarang sekali putus..4 tahun sepanjang Mat di sini, seingat Mat hanya sekali terputus bekalan..itupun hanya beberapa minit..kalau terputus juga, haha, balik kepada manual la..
azell: hi mat... agak-agak, berguna ke toilet beremote tu yek? creative yang amat org-org kat sana tu..
hmm, berguna la kot terutamanya bg siapa yang dah malas tak ingat tu..hehe..org kita pun rasanya tak kurang creative..cuma R&D masih belum terbudaya gamaknya di negara kita dan kurang bantuan/galakan, tak macam di sini..
abrar: chubbycan, awek mesia tuh dia maksudkan ko la mat, modem dibekalkan tapi bayaran naik x?
ko jgn cari pasal abrar, kang tak pasal dia report kat abe e-take dia..hehe..bayaran rasanya agak murah..sekitar RM 130-150 sebulan..murah la tu kalau dilihat pada taraf hidup di sini..
nitro aka kulat: arek? nak basuh punggung pun ada rythmn ke? rizmu tu hape bende mat?....chigau...rizumu tte, nandarou ?
haa, tu yg spesel tu..rythm apa yg mung nak, cak leng pong, zapin, boleh aja..rythm tu lebih kurg sembur sambil massage la..huhuhh..
farihah: assalamualaikum...
waalaikumussalam sis Farihah..trimas sudi bertandang :D

Thursday, June 17, 2004

Ujian Berat di bumi Jepang!! (1)

Sudah hampir 2 minggu Mat di tempat baru, Shimada. Esok hari terakhir sebelum bercuti tanpa gaji 6 bulan. Seperti perancangan yang telah diaturkan oleh Sugimoto-san (team leader), hari ni akan diadakan party (nomikai: pesta minum-minuman, songgel-songgelan) bagi menyambut kedatangan 2 ahli baru dalam team, Mat dan Amano-kun. Haha, acara yang amat-amat aku tak suka. Dan kalau boleh, nak escape!!

Tapi, oleh kerana party ini ditujukan khas buat kami berdua, maka dengan hati yang berat pergilah Mat ke sana. Berat, teramat berat... Sungguh! Ya Allah, tetapkanlah imanku ini walau yang wujud hanyalah sebesar biji sawi...

Sekitar 13-14 orang yang hadir. Yang anehnya, perancang party sendiri, Sugimoto-san langsung tak muncul-muncul. Cinabeng betul!! Mat terperasan yang air-air kencing setan semuanya diorder secara gelas, bukannya botol. Alhamdulillah, selamat satu benda. Kalau diorder dalam botol, hah mengikut adat di sini, yang muda akan menuangkannya ke gelas yang tua. Tapi Insyaallah Mat tak pernah dan tak akan tuang kalau pun benar-benar diorder secara botol. Nauzubillah... Cuma nak menerangkan kepada mereka ni jer satu hal.

Hidangan dijamah dan mulut pun masing-masing berpot-pet. Soalan yang Mat tunggu-tunggu, "kenapa ngko tak minum?". Menunggu sebab dari soalan inilah Mat boleh berbicara panjang mengenai Islam! Dari soal akidah, ibadat hinggalah cara hidup sebagai Muslim. Japanese mudah bersembang dengan mereka pasal agama nih kerana mereka agak hormat pada yang beragama! Nak terima ker tidak tu terpulanglah. Tugas kita hanya menyampaikannya. :D

Mulanya yang tekun mendengar hanyalah seorang, Komaki-san yang duduk bersebelahan dengan Mat. Tak lama kemudian, bertambah seorang demi seorang seolah-olah berminat hingga terbentuknya satu bulatan kecil 6 orang. Macam buat usrah plak.. hehehe... Alhamdulillah, masing-masing tekun mendengar. "Eh, cantik benar ajaran Islam ni yer..." komen dari Yamada-san dan yang lain dan, termenung seketika seperti tengah bermuhasabah diri (ker dia masih tengah pening tak paham-paham penerangan dari Mat..hehe..wallahua'lam)....

bersambung...

Tuesday, June 15, 2004

Japanese dan rekaciptanya

Terima kasih kepada yang sudi menjawab soalan cepu emas dari Mat. Tahniah kerana berani mencuba. Tapi malang sekali, tiada jawapan yang betul. Hehehe...

Remote air-cond, TV, radio, kipas angin, pintu kereta dan seangkatan dengannya sudah lama direkacipta. Lampu pula tidak memerlukan remote kerana kebanyakan lampu pada bangunan baru di sini menggunakan censor.

Jadi, remote dalam gambar entri terdahulu tu apa gunanya ya?? Jeng jeng jeng...


Ni lah gunanya...

Ya, remote basuh p**g**ng dan tut tut! Muahahaha... Macam-macam la orang Jepung nih. Kelajuan air, kedudukan nozzle, dan sebagainya boleh dikawal dengan remote nih... Apakah tangan-tangan manusia zaman sekarang semakin pendek??

Sembang-sembang: zalina: w'salam..merantau ke tanah org, dgn azam ingin menimba ilmu dan pengalaman utk dibawa pulang :D .. syanana: hah, lama kome menghilang..great news!!. amacam kerja skrg best?? semoga sukses sukses slalu.. Jamal: i-allah Mat cuba reply secepat yg mungkin. kawen?? erkkk, tgk masa dan keadaan.. hehehe.. kinky & Op: opss, tidak betul!! tp anda berjaya membawa pulang hadiah saguhati :D cuba lagi.. chubbychan: cewek Jepang??.. tk bleh.. mak dah siap warning.. huhuhhh.. cewek Malaya pun apa kurangnya kan??...

Sunday, June 13, 2004

Remote sana sini

Bertolak semula ke Shimada petang tadi. Arghhh, esok dah nak masuk kerja balik. Cepat benar cuti...

Ada satu benda yang Mat jumpa dalam apartment baru ni. Benda yang pernah tengok selama ini, tetapi jauh benar fungsinya. Tak terfikir eden... Ya, seketul remote. Ala, apa yang peliknya dengan remote?? Jakun ker apa Mat nih??...

Jakun ker tidak, kome tengok benda nih dan agak-agak nate gapo yang hendak dicontrolnya ???... Mereka yang tahu Japanese adalah dilarang menjawab sama sekali!! Jawapannya akan diberitahu pada entri berikutnya...


Nate gapo nih??

Sembang-sembang: wkdin: waras wkdin! abrar: yope! kulat: meh la amik aku kat sini.. hehe, tk larat nk drive arr.

Saturday, June 12, 2004

Jang, oii jang!!

Semenjak memasuki alam pekerjaan ni, hari-hari minggu Mat sudah tak sespesel dulu. Kalau dulu, pantang cuti ada saja destinasi yang akan dituju. Memang jarang lekat di rumah. Tapi sekarang, tiba sahaja hujung minggu, lebih selesa berguling-gulung atas tilam yang empuk. Huhuhh... Betapa hambarnya diari hidup...

Tadi, Rasuldeen & Rajesh (India) ajak dinner reramai. Rezeki, jangan ditolak. Huhuhh... Hadir bersama seorang minah dari US, minah Slovakia, dan awang dari Samoa. Kesemuanya aku lupa nama. Huhuhh.. Masakan vegetarian India. Kacang, kacang, kacang, dal, dal, kacang, dal lagi, erkk, dan kubis-kubos. Ohh, gini rupanya makanan orang vegetarian yaa... Kekacang belaka!!

***

Rindu nak dengar suara omak & abah, terus call Malaysia tadi. Ceria ajer dengar suara mak. Rindu pada anak terunanya ni mungkin. Huhuhh...

Mak: Bila balik sini Mat??
Kawe: InsyaAllah hujung tahun ni kot mak.
Mak: Hahh, eloklah tu. Ingat nak buat kenduri kakak kamu tuh. (Hehehe, Siapalah yang berjaya cairkan hati kakak aku nih? Beria-ia dulu tak nak kawen lagi. Muda lagi katanya. Disuruhnya eden melangkah bendul.)
Kawe: Haaa, bagus la kalu gitu. Benda baik ni biar disegerakan...
Mak: Apa kata kalau disekalikan ajer dengan Mat???
Kawe: glulppppppppp..#$%%%!!*+#&'ghytausjiehkkkjhcfrplkokljj............

Sembang-sembang: Op: tu la pasal. Mat jadi mangsa keadaan! nak buek guano? negara orang... Mely: w'salam. amacam lagu baru Mely? bleh?? cik lebah: mung pun sama cik lebah. ganbare! Jamal & zuril: w'salam. kadang2 kalau server geocities down mmg tak blh dengar. cuba try test lagi. kalu tk dengar jugak, tunggu aku nyanyi live nanti! muahahaha :D ... cik lebah: patut la pak arab kayo2 belaker. tk perlu bayar cukai rupanya. heheh. apa kata kalu mung pegi mencuba nasib di sana??

Friday, June 11, 2004

4503, aku kembali!

Bertiga dari Shimada tadi. Bersama Go-san, Ou-san (kedua-duanya dari tanah besar Republik China). Kesemuanya ingin menghabiskan cuti hujung minggu di kaki Fuji. Shimada masih asing gamaknya...

Di Shimada, Mat berkongsi apartment 2 bilik bersama rakan sekerja Takagi-san (berasal dari Aichi prefecture katanya). Agak selesa juga rumah tu. Masih baru. Lengkap dengan mesin basuh, dapur, air-cond dan sebagainya. Bayaran yang dikenakan sama dengan yuran hostel di kaki Fuji. Huhh, rezeki... :D Cuma entah betah ke tidak, tinggal bersama-sama non-Muslim nih. First experience...

Maaf, beberapa hari AZIMAT tak berupdate. Tiada kemudahan untuk mengakses. Heheh, alasan mudah. Notebook akan dibekalkan setelah kembali dari bercuti panjang nanti. Huhh, lambat lagi la kalu gitu... Tak kesah la, janji benda pree. Muahaha...

Sembang-sembang: cik lebah: politik negara kita pun tak kurang dahsyatnya. cuma mungkin kurang didedahkan pada umum :D ... kulat: yup, sono toori! Jamal: nasib baik aku tr trdelete mail mung..heheh... cnma: w'salam..alhamdulillah, baik2 saja..hahh, lama menyepi. mana mung pegi??... Jamal: bab2 ni laju jer mung yer.. :) ... cik lebah: skali skala pinjam bahasa 'jiran' kita.. :D

Monday, June 07, 2004

Permisi

Pagi ni Mat akan bergerak ke selatan, lebih kurang 100 km dari sini. Ke destinasi baru, Shimada. Mungkin akan kembali ke kaki Fuji ini, Jumaat petang. Tengoklah, kalau ada kemudahan di sana untuk Mat mengupdate, berupdatelah AZIMAT nih.

Mat dah gantikan lagu Hinamatsuri dengan lagu ni, Sakura (mengelakkan kebosanan), buat sementara waktu. Lagu yang berentak perlahan, tapi sedap didengar! Agak lapuk jugak sebenarnya. :D .. Lapuk pun lapuklah... Lagu ni hit di awal tahun ini. Mungkin mengambil masa untuk mendengarnya (file yang agak besar untuk didownload). OK, selamat mendengar :)

Doakan keselamatan perjalanan Mat hari ni...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w mengutuk penerima (pemakan) riba, pemberi riba, orang yang menjadi saksi dan orang yang menulis riba.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Sunday, June 06, 2004

Konflik (2)

Kucar-kacir
Beberapa hari lepas juga ada disiarkan pergaduhan (tinju) beberapa ahli politik dalam dewan parlimen di Jepun. Beberapa ahli politik dari parti pembangkang (Minsyuutou - The Democratic Party of Japan) telah menerpa dan melepaskan penumbuk ke arah seorang ahli politik dari Jimintou (Liberal Democratic Party) yang baru turun dari pentas utama sesudah selesai membentangkan pembaharuan akta nenkin ini. Haha, malunya!! Satu negara tengok. Mungkin meter kesabaran sudah pun melebihi limitnya. Huhuhhh...

Di stesen-stesen TV (channel-channel wilayah Kantou), pelbagai program berbentuk forum telah diadakan, dan rata-ratanya menjadikan pembaharuan akta nenkin ini sebagai topik perbincangan. Dengan selamba dan lantangnya ahli-ahli panel dan pengacara program mengkritik dan menghentam dasar / pendirian yang telah diketengahkan oleh parti pemerintah, Jimintou. Perdana Menteri, Koizumi Junichiro pun tidak terkecuali kena 'balun'. Muahahaha...

Yang menariknya, semasa pengacara majlis menggulung dan merumuskan keseluruhan forum, sempat lagi menyeru supaya rakyat bertindak sesuatu bagi menghalang Jimintou dari bertindak meminda sebarang akta sesuka hati mereka. Hmm, bagaimana ya?? Hah, kan bulan July nanti ada pilihanraya umum. Maksudnya menyeru agar rakyat menumbangkan Jimintou pada pilihanraya umum yang akan datang ini. Huhuhhh, inikah yang dinamakan DEMOKRASI??? ...

Mat: Kullu haq, walau ka na murran... (terus terang, Mat masih lagi fail dalam bab nih, insyaAllah berusaha sedikit demi sedikit :D )


Tidur awal! Esok nak bermusafir...

Sembang-sembang: Hj Supar: woww, bestnya kalau cam tu yer.. tak terasa penat sangat walaupun kerja mmg penat :D ..memang ada hajat ke sana haji.. tp bukan dlm masa terdekat la kot.. cari experinece sini kejap buat bekalan, sebelum merantau ke tempat lain pula :) .. jd, sepanjang berada di sini, nampak gayanya terpaksa bayar sajalah benda-benda tu.. tiada pilihan...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Saturday, June 05, 2004

Konflik (1)

Duit Pencen
Setiap penduduk dewasa (20 tahun ke atas) di sini dikehendaki membayar 'nenkin' (duit pencen utk menyara warga-warga emas) setiap bulan. Kadarnya 13580 yen sebulan ( = RM 465 ). Huhh!! Itu baru sebulan. Kalau setahun??? Belum dicampur lagi dengan bayaran insuran kereta, insuran kesihatan (Mat terpaksa bayar 6400 yen ( = RM 219 ) sebulan untuk insuran kesihatan), insuran nyawa (insuran menghadapi kematian) bagi warga emas.

Beberapa minggu lepas, seluruh Jepun digemparkan dengan berita ahli-ahli politik yang lantang bersuara menyeru rakyat jelata supaya membayar nenkin setiap bulan didapati tidak membayar bagi pihak sendiri untuk satu tempoh yang agak lama! Kes cakap tak serupa bikin la nih... Dulu, masa zaman student, tak pernah ambil kisah langsung pun pasal nenkin-nenkin nih. Sebab terdapat pengecualian sebagai foreigner student. Tapi bila dah bekerja dan sudah DIPAKSA bayar (dipotong dari gaji), hahh, Mat pun jadi PANAS la jugak. Huhhh.. Bukan sikit tu!!! Dan, yang pastinya Mat tak akan dapat merasa duit-duit tersebut (tak sempat nak menua di sini.. huhuhh).

Mat pun sebenarnya kurang arif sangat pasal akta nenkin yang sedia ada nih (kurang berminat dengan politik Jepun sebenarnya sebab banyak sangat vocab yang digunapakai susah untuk difahami)... Tapi dari perbincangan ringkas dengan sahabat-sahabat Japanese, nampak gaya macam terlalu membebankan golongan pertengahan dan bawahan.

Baru-baru ini juga pelbagai pendedahan telah dibuat oleh beberapa stesen TV (oh ya, stesen-stesen TV di sini tidak dikongkong oleh mana-mana parti politik, kalau ada pun mungkin NHK (RTM Jepun), jadi bebas berbicara dan bebas mengkritik.. hehe.. iinaa.. ) mengenai penyelewengan duit nenkin rakyat ini. Antaranya, duit tersebut disalahgunakan dengan membeli lot-lot tanah di beberapa tempat dan didirikan mansion untuk kegunaan ahli-ahli politik, dan beberapa projek mega yang membazir! Maksudnya, ahli-ahli politik telah mengeksploitasikan nama nenkin (mengikut takrifnya, duit saraan yang perlu dibayar pada golongan warga emas) untuk memerah duit rakyat!! Hahhh, tersentak Mat!!! Terasa tertipu...

Bersambung...

Sembang-sembang: kinky: nak cari mana cili?? Cili kering pun susah nak dapat. Haha.. Lagipun itukan utk Japanese, taruk cili kang ada pulak yang cirit-birit. Glamor plak kang Mat masuk berita :D

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah mempunyai seratus rahmat dan Dia menurunkan hanya satu sahaja dari seratus rahmat itu untuk jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan satu rahmat itulah mereka saling sayang menyayangi dan dengan satu rahmat itulah juga binatang buas mempunyai rasa kasih sayang terhadap anaknya. Adapun rahmat yang sembilan puluh sembilan lagi Allah menyimpannya untuk diberikan kepada hambaNya di hari kiamat, sebagai rasa sayang terhadap hamba-hambaNya.


(Hadis riwayat Imam Muslim).

Thursday, June 03, 2004

Nomad Alaf Baru

Esok merupakan hari terakhir Mat akan ber'training' di Y-City nih (21 apr - 4 mar). Training di sini merupakan fasa kedua, proses yang perlu dilalui sebagai pekerja baru di sini, setelah tamatnya fasa pertama (1 apr - 19 apr), fasa orientasi.

Tadi, tempat kerja Mat yang sebenar telahpun diumumkan. Di bandar Shimada (R&D Center - Electronic). Masih dalam negeri Shizuoka, tetapi letaknya sekitar 100 km ke selatan. Adey, nak kena pindah lagi... Hahh, kan cinta pada tanah kaki Fuji, baru saja berputik. Haruskah putik tersebut dibiarkan terbantut begitu sahaja, tanpa mekar??? Apa nak buat, itukan arahan...


Merenung dan menduga liku-liku hari esok

Mulai Isnin minggu depan hinggalah ke Jumaat minggu kedua, Mat akan menjalani OJT di sana (Shimada). Kemudiannya akan bercuti selama 6 bulan. Cuti tanpa gaji. Cuti bersalin. Muahahaha... Nageee... Selama tempoh tersebut, Mat akan mengikuti Adventure School Program di luar sebelum kembali meneruskan OJT pada penghujung Disember tahun ni, InsyaAllah.

Beginilah caranya bagaimana company (kebanyakan company besar) Jepun mendidik/melatih/mengorientasi pekerja-pekerja mereka sebelum memulakan tugas sebenar. Training saja memakan masa setahun! Dalam tempoh ini, setiap pekerja akan ditanamkan perasaan cintakan company. Bila dah digula-gula begini, tak timbul lagi masalah 'lompat-melompat' ke company lain. Tak dinafikan, gejala 'lompat si katak lompat' di sini sebenarnya wujud. Tapi tidaklah sekerap seperti di tanah Malaya sana :D ... Adakah dengan ini mereka berjaya memastikan Mat tidak 'melompat'??? Hmm, masa dan keadaan akan menentukannya. Hehehe...

Mat: akan melompat kalau ada longkang di depan :)

Sembang-sembang: kulat: aik, tuduh aku takut plak?? .. haa, tu la. dulu masa aku dok sana, tk nk ajak.. i-allah bila2 lapang blh la main nanti :D .. Jamal: Mat cakap chess ni hobi Mat.. mmg tak terer mana pung :D .. i-allah kalau ada masa nanti blh la kita main.. suka2 saja ya, bknnya nk tentukan saper terer saper tidak :) .. kalau niat tk sama dgn perbuatan?? ermm, maksudnya niat dah lari lah tu :D .. ataupun dh melalut kata org2 utara sana.. mcm mana nk buat?? hmm, nk buat mcm mana ya?? eden pun kurang faham sebenonyer .. hehe :D .. zuril: suka & terer, lain maksudnya tu zuril :D .. Mat tk terer pung.. zuril minat tgk movie er?? kisah misteri??.. azell: salam.. alhamdulillah, baik2 saja :D .. pos nasi?? takut sampai sana nanti jd makanan ayam jer .. hehe.. pos gambar boleh laa :) .. diyana: rupa ngan rasa tak selalunya selari :) .. kome punya masakan jauh lebih baik dr Mat! sama ngan buku?? hahh, iyerlah tuu.. mungkin frying-pan nyer yg sama.. hehe.. kulat: yerlah, korg kalu bg sekawah pun belum tentu cukup.. huhuhh.. makan mengalahkan unta bukak posa! hehe.. :D

Wednesday, June 02, 2004

Hai lam mim...

Minggu lepas, sahabat-sahabat baru di sini ada buat permintaan. Nak merasa masakan Malaya. Hmmm, sejak Mat berpindah ke sini rasanya senduk dan kuali hanya dipegang pada hujung minggu (cafeteria tutup). Tak seperti zaman budak sekolah dulu... (Ececeh, baru grad 2,3 bulan eksyen noo!) Hari-hari kerja selalunya makan di cafeteria Y-City.

Tadi, lepas balik kerja jenguk ke dapur, apa barang yang boleh dimasak buat insan-insan mata sepek nih. Hehe... Mood lepas kerja, biasalah. :D ... Akhirnya buat keputusan masak nasi goreng hailam & sup daging sahaja. Haa, tu pun nasib baik ada lagi serdak-serdak kerajinan. Kalu tidak tak merasa la kome masakan eden. Huhuhh...

Nak panggil semua, eden mano ado kawah bosar. Lagipun beras pun tinggal beberapa cawan jer lagi. Hahaha... Mamat-mamat yang bertuah malam ni, si Hiropong, Takean, Waki, Rasuldeen (semuanya watak-watak baru dalam AZIMAT). Suka Mat tengok budak-budak ni sapu licin nasi dalam frying pan. Mungkin sodap gamaknya, ataupun diorang ni memang lapor??...


Kalah nasi goreng mapley nih...hehehe

Satu benda jer yang Mat selalu berhati-hati bila masakkan sesuatu untuk Japanese nih. Jangan kasi podas melampau. Kosian tengok nanti, jadi macam ayam berak kapor. Muahaha... Masa tu, air mata keluar meleleh-leleh sekalipun dia tetap kato 'sodap!'. Tapi, nak buat macam mano?? Munafik ker tidak, itu dah budaya demer...

Sembang-sembang: Jamal: kalau nak sembang ngan saya, i-allah saya akan online pada hujung minggu :D .. kpd siapa nk di'propose'kan ayat tersebut?? ..hehehe..bahasa yg indah?? hmm, nk Mat bgtau di sini atau pd YM? ..alhamdulillah la kalau nasib mereka (kg-kg yg dinyatakan) sudah terbela :D .. nampak sgt Mat dah lama tk buat lawatan kerja :) .. maaf ya kpd sesiapa yg brkenaan (penduduk-penduduk kg-kg brkenaan), kalau terasa :D .. cuma sedikit rasa simpati dr Mat.. kulat: lohh, mcm mana leh jd gitu?? tkpun ko serahkan jer kebun ko tu kat Musa.. ork kg: hmm, org kg yg mana satu nih?? .. tu la pasal, melepas eden kenduri-kenduri demo .. lenkali buatlah kenduri time eden balik :D .. muahaha, ikut suka dia ja.. ada ker nk kawen pun kena sesuaikan ngan cuti ngko Mat??

Tuesday, June 01, 2004

Kaki Fuji dan jerebu...


Hikayat Mat di negeri kayangan...


Di belakang ni sebenarnya ada bangunan WHQ 7 tingkat. Jerebu telah mengaburi mata Mat.


Pandu selamat!

Pagi tadi khabarnya terdapat beberapa kemalangan (kecil & besar) sekitar kawasan ni.

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a katanya: Seseorang bertanya Rasulullah s.a.w: Orang Islam yang bagaimanakah yang baik? Baginda menjawab:
Orang yang menyelamatkan (tidak mengganggu) orang-orang Islam yang lain dari gangguan lidah (percakapannya) dan tangannya.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).