Friday, November 21, 2003

Salam Aidilfitri - Kullu 'am wa antum bikhair!

Pengumuman: Tuan rumah sedang pulang bercuti dan blog tak akan berupdate sehingga 1 Disember. Sekian dimaklumkan.

Hambatan masa, lambakan kerja, keserabutan minda antara beberapa alasan yang aku dapat berikan di atas kelewatan mengupdate blog seminggu dua ni. Maaf jika aku menghampakan kalian. Tak berniat begitu... Kad-kad raya yang tak seberapa yang aku janjikan pada kalian rasanya sebahagian besar sudah diterima. Siapa yang belum terima sila bagitau.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Sambutlah Syawal yang bakal tiba dengan penuh kesederhanaan. Ingatlah pada insan yang kekurangan. Salam manis, salam aidilfitri, eid mubarak! Maaf tak sempat reply semua komen.


Salam Aidilfitri dari Mat. Jumpa di mana-mana tu jangan segan-segan tegur yer... :)

Tuesday, November 18, 2003

Mata Dah Kuyu!

Semalam pukul 1:30 am baru balik dari lab. Aku berbaju tebal yang kurang tebalnya terketar-ketar berjalan pulang di bawah suhu yang menjunam 5 degree (Etake, tempat ngko lagi sejuk aku rasa... :) ) . Masak untuk sahur, bereskan kerja itu dan ini selepas Subuh (around 6 am) baru dapat me'landing' berehat sebarang dua. Mimpi baru jer habis mukaddimah, jam loceng dah pun berbunyi. Pukul 9 am sudah kena bangun. Terlalu banyak duties yang perlu dilangsaikan sebelum pulang bercuti hujung minggu ni. Sebolehnya aku ingin selesaikan satu persatu, tanpa kelam-kabut, takut nanti kepala aku berserabut!

Semalam juga aku telah merosakkan sebuah mesin yang harganya sekitar RM 50,000. Cuak! Memang cuak! Member aku minta tolong padamkan suis mesin pukul 7 pm semalam, sebab katanya mahu pulang ke rumah mengisi perut yang kosong. Tulah aku, ambil lewa semasa mamat ni terangkan cara mematikan mesin. Ada 3 suis yang perlu aku matikan. Dengan konfidennya, aku pun buatlah seperti yang diajar. Tiba-tiba terjadilah perkara yang tidak ingin kita lihat...hehehe... Aku tersalah butang! Suis apa ntah yang aku tekan (memang tak pernah guna pun mesin ni sebelum ni). Tetiba terdengar satu letupan kecil. Argggghhhh....

Pagi ni bergegas segera ke lab kena bantu repair mesin tu. Sebab letupan dah dikenalpasti. Sebaik saja aku switch off suis vacuum (tanpa terlebih dahulu menutup laluan udara ke piston, masa tulah udara dari luar bertindak balas dengan bahan bakar dalam piston dan........ Nasib baik Prof tak minta ganti rugi (bukannya rosak semua pun). Huhhh. Kalau tidak mana aku nak cekau??

Jadi, pagi ni beban tugas aku bertambah lagi satu. Buat eksperimen sambil-sambil me-repair mesin hingga ke malam. Berbuka seperti semalam hanya dengan setin caffe au latte. Tsuchiya mengajak dinner di Gusto. Alamak!! Takder tempat lain ker?? Dekat tu memang la dekat. Tapi apalah sangat yang boleh aku jamah di situ. Perut dah hyper lapar ni. Pukul 10 pm ke sana. Memesan nasi berlaukkan tuna (raw) yang telah dicincang dan udon (mee Jepun). Perlu mengisi lebih sebab malam ni pun belum tentu pukul berapa baru boleh pulang. Mood masak? Memang dah hilang. Sudahnya, pukul 11 pm kembali ke lab menyambung kerja-kerja. Dah 2 hari berturut-turut terlepas jemaah tarawikh ni. Ruginya!!! Kalau berjemaah habis satu juzu' tapi kalau solat sendiri, hmmm ayat lazim pendek-pendek ajer yang dibaca. Erkkk...

Tadi dapat surat dari company Y. Surat tempahan baju/uniform kerja. Mak aiii!!! Awalnya... Aku kena isi ukur lilit badan, pinggang, dada dan yang sewaktu dengannya. Tak pernah-pernah pulak aku ukur badan sendiri ni. Macam mana nak buat yer??? Bingung! Sudahnya aku letak ke tepi sambung mengarang, merangka draft untuk present esok pagi. Pukul 0:30 am sampai di rumah dan tidurnya pukul 6 am. Pukul 8 am kang dah nak kena bangun ni. Dua hari 5 jam tidur. Adoiii, sakit kepalaaa... Biarlah rentak hidup begini ditamatkan di zaman degree ni sahaja. Tak sanggup lagi!


Menanti masa untuk menjadi togel!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
Apabila salah seorang di kalangan kamu lupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan dan minum, dia hendaklah meneruskan puasanya kerana sesungguhnya dia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.a.w.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Sunday, November 16, 2003

Sepakat Membawa Berkat!

Bersahur juadah lebihan iftar semalam, berjemaah di musolla. Alhamdulillah, meriah benar! Pertama kali bersahur ramai-ramai tahun ni. Terubat kesepian berpuasa di perantauan. Terimbau kenangan silam! Selesai Subuh beransur pulang. Sambung tidur...heheheh...


Subhanallah. Indah benar ciptaan Allah!

Tiada agenda menarik hari ni. Semestinya aku mahu rehat puas-puas kerana yang menanti esok ialah timbunan duti. Hari ni 2nd day Hari Terbuka Universiti (Engineering Campus). Langsung tak kepingin hendak ke sana. Yelah, selalunya hambar jer aku tengok. Tak semeriah di Main Campus! Semalam tu pun sebab kena jaga pameran. Kalau tak memang tak jejak ler kot. Heheh...


Pemandangan deretan ichou berhampiran cafeteria.

Maghrib pukul 4:28 pm hari ni. Pukul 4 pm keluar rumah menghala ke bank. Tepon kena potong. Haha, terlupa langsung pasal bil. Aku rasa kalau aku jalan kaki lagi laju kot. Bank yang letaknya lebih kurang 2km dari rumah mengambil masa hampir 15 minit! Terus ke au shop (mobile shop), langsaikan bil. Jam di tangan dah pun pukul 4:40 pm. Kebetulan ada vendor machine dalam kedai tu, terus sambar sekotak jus berbuka dan bergerak ke musolla. Iftar berjemaah lagi hari ni. Alhamdulillah...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Anas r.a, nabi s.a.w datang ke rumah Saad bin Ubadah lalu Saad menghidangkan roti dan minyak kepada nabi s.a.w lantas baginda makan, kemudian nabi s.a.w bersabda:
Orang yang berbuka di rumah kamu adalah orang-orang yang berpuasa dan orang yang memakan makanan kamu adalah orang-orang yang bertaqwa lagi soleh serta para malaikat mendoakan untuk kamu.

(Hadis riwayat Abu Daud).

Saturday, November 15, 2003

Bergegar!

Dalam dunia hari ini rasanya telah banyak kejadian-kejadian yang pelik tapi benar yang telah kita tatapi atau telah kita dengari. Rasanya pernah kita dengar ada orang yang digilis dengan treler, tapi tiada sebarang kecederaan ataupun hanya mengalami luka-luka ringan sahaja, kerana Allah takdirkan ajalnya bukan di situ. Ada orang yang cuba bunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi, tapi tetap tidak mati.

Sebaliknya pernah juga kita dengar ada orang yang langsung tiada sakit, pendek kata sihat walafiat tapi tiba-tiba pergi menemuiNya. Lain contoh (rasanya ramai dari kalian yang mendengar/melihat kejadian /berita ni - bukan niat mengaibkan, cuma sebagai peringatan untuk kita semua), seorang pemain bolasepak Cameroon, Marc Vivien Foe yang tumbang di pertengahan permainan menentang Colombia dalam pertemuan semi-final Confederation Cup baru-baru ini dan terus kembali kepada Maha Pencipta. Pendek kata sihat, sakit, hidup dan ajal semuanya datang dari Allah Azzawajalla.

Ironisnya, daerah aku pagi tadi sudah masuk kali ke-4 dalam minggu ini dilanda quake! Tengah bersiap-siap menyediakan juadah untuk bersahur, tiba-tiba satu gegaran yang agak kuat menggoncang seluruh bumi di daerah ini. Magnitud 5.3 skala Richter (Ahad lepas 3.1 Richter, Rabu 6.3 Richter dan semalam Jumaat 2 lebih). Boleh diklafikasi sebagai quake yang agak kuat! Melihat pada dinding rumah yang meliut-liut, lampu yang bertukar menjadi bandul, mulut aku spontan terkumat-kamit dengan kalimah syahadah. Hanya kepada-Nya aku berserah. Kalau ditakdirkan ajal aku sudah datang, biarlah aku akhiri dengan kalimah tauhid ini. Begitulah setiap kali dilanda gempa. Rasa-rasanya sejak aku datang ke sini (3 tahun setengah dah berlalu) dah tak terbilang jumlahnya. Kalau ia membuatkan aku untuk tidak lupa pada kematian yang pasti, alhamdulillah...

***

Petang tadi ada iftar berjemaah di musolla. Tak tercapai hajat untuk menyediakan menu special memandangkan ada tugasan yang diamanahkan oleh Prof untuk menjaga pameran sempena Hari Terbuka Universiti hari ni. 30 minit saki baki yang tinggal sebelum berbuka, hanya mushroom soup yang sempat aku sediakan. Yang lain semuanya sahabat-sahabat lain yang sediakan. Jazakallah semua. Nasi ayam, kari, sup ayam, nasi tomato, coleslaw, ayam goreng, ayam masak merah, kek batik bermacam aneka. Iftar bertukar menjadi pesta makanan. MasyaAllah... Salah aku juga. Perancangan yang tak kemas... Takper, sahur pagi esok tak payah masak dah. Esok pun InsyaAllah sahur berjemaah la macam ni (lauk berperiuk yang masih tinggal).


" Abang 'Khus' dengan Musa, apa pandang-pandang???" kata cameraman che Adam.

Reply: etake, cnma, atik, khairusy, alJabal, pelawat kecil, baby, ct cute, wawa, wkdin, MBA dan kepada semua (maaf kalau ada tercicir nama): terima kasih buat semua. doumo arigatou :) etake:jgn bersedih noo...:D wkdin:harap2 begitulah, insyaallah...memang tak sabar2 ni wkdin..hehe, zhoulsz: raya ni insyaallah balik bercuti 10 hari..tu pun puas merayu tuh..insyaallah kalau berkesempatan nak juga ke R&K..lama dah tak peneka nih..huhuh

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi apa yang dia dapat dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga sahaja dan berapa ramai orang yang bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi apa yang dia dapat dari usahanya bangkit mengerjakan sembahyang malam tersebut hanyalah sekadar keletihan bangun malam sahaja.

(Hadis riwayat Imam Ahmad).

Thursday, November 13, 2003

Syukur Pada-Mu Tuhan (Hari Istimewa)...

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya nan indah hari ini. Masih dikurniakan waktu untuk melangkah ke usia yang baru. Masih diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kesilapan. Masih diberi ruang untuk menjadi insan yang 'cemerlang'. Masih diberi masa bertaubat untuk menjadi insan yang taat.

Syukur pada-Mu Tuhan atas segala nikmat yang dikurniakan. Nikmat sihat, nikmat pancaindera, nikmat makan dan minum, nikmat udara yang fresh (free of charge pulak tu), dan yang paling penting, nikmat Iman dan Islam. Sungguh tak terhitung kesemuanya. Namun apa yang ku 'persembahkan' kepada-Mu teramatlah sedikit cuma. Itu pun belum tentu kau terima. Belum tentu ia dicatat dalam buku catatan kananku. Hanya kepada-Mu lah aku berserah. Mengharap Redha-Mu...

***

Lebih kurang 6:42 pagi, mendapat call dari famili. Sudah mengagak apa tujuan, cuma tekejut seawal pagi begini. "Selamat Hari Lahir, semoga menjadi anak yang soleh, insan yang beriman..." ucapan demi ucapan, gagang bertukar tangan, dari mak, abah, kakak dan adik-adik. Terharu!! Alhamdulillah. Masih ingat kalian pada hari istimewaku.

Ya! Hari ni genaplah aku usia 23. Melangkah ke usia baru! Masih muda?? Ooo, jangan sangka yang setiap dari kita akan melangkah ke usia 63. Rakan seperjuanganku, ada yang 'pergi' menghadap-Nya pada usia belasan remaja. Kerana umur manusia rahsia tuhan, lalu apakah kita masih boleh berasyik dan alpa pada mainan duniawi. Aku pun tak terlepas sebenarnya dari helah dan muslihat ini. Sering aku bertaubat mengharap keampunan-Mu, tapi sering jua aku ingkar. Aku tewas! Lalu, layakkah aku mengharap syurga-Mu?? Allahummagh fir li zunubi.......

Banyak perkara yang perlu direnovate, diperbaiki, dikemaskini. Azam yang timbul tenggelam, nawaitu yang kadangkala tersasar arah tuju, sikap dan tingkah laku (sebagai role model for non-muslim). Begitu juga dengan pengurusan masa. Masih kurang memuaskan. Itu, ini dan itu bla bla bla......... (ngantuk la, tak larat nak taip...)

***

Mamat Kim beria sangat ajak aku ke Saizeriya. Celebrate birthday katanya. Engko pun ingat jugak besday aku?? Ish, ish, ish... Aku mengangguk saja. Lagipun perut dah lapar ni. Berbuka tadi pun dengan tamar 5 biji (Tamar yang dikasi oleh Bro Qusai, katanya hadiah dari salah satu negara jazirah Arab. Aku tak pasti, tapi di plastik luar ada tertulis UAE. Jazakallah) dan sky water sahaja. Berat juga aku makan malam ni. Terlupa 'pesanan' yang 1/3 sahaja dari perut yang perlu diisi makanan, 1/3 dengan air dan 1/3 untuk dikosongkan (not for sale).

Jam 11:45 pm begitu, ke rumah adik-adik junior. Hasrat ingin open table di Dennys. Seorang dah tidur, seorang ada banyak kerja, yang lain hilang, hmmm orang nak belanja tak nak sudah. Besday aku setahun sehari ajer, so esok jangan claim arr...huhuhuhh...


2 tahun lebih rasanya aku tak berkatil. Akhirnya malam ni dapat jugak tidur atas katil baru. Air-O-Space Bed!! ZzzZzZ...

Kongsi Ilmu: [Surah Luqman:16] (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

Tuesday, November 11, 2003

Fobia

Seperti biasa, Selasa adalah hari persiapan terakhir bagi aku menyiapkan eksperimen sebelum dipresentkan pada pagi Rabu. Lewat ke lab pagi tadi, memandangkan baki eksperimen yang perlu dihabiskan tinggal sedikit saja lagi. Mencari-cari idea untuk ditulis dalam artikel yang perlu dihantar kepada Prof petang esok.

Maghrib semakin awal (4:32 pm), siang semakin pendek,.Berbuka dengan air paipsi lagi hari ni. Tak berkesempatan pulang berbuka di rumah memandangkan tengah bereksperimen. Tak boleh nak tinggal suka-suka gitu ajer. Kang, meletup lab tak grad aku. Pukul 5 pm gitu, switch off alat-alat untuk berhenti solat. Selesai solat ke cafeteria, bercadang dinner di sana saja. Ntah, malas nak masak pulak hari ni.

Di pertengahan jalan terserempak dengan Mariko-chan (budak Civil Eng). Macam mana ntah mula-mula dulu aku boleh kenal dengan minah ni??... Oh ya, masa 1st year dulu. Time tu aku ada presentation dalam Japanese class. Dia ni kiranya tetamu undangan lecturer la. Ermmm, dari situ la kot mula kenal. Agak aneh jugak minah Jepun kalau ambil kursus engineering. Kalau di fakulti pendidikan, fakulti sains atau fakulti sains sosial memang majoriti la kaum Hawa ni. Tapi tidak di engineering faculty. Boleh dibilang dengan jari. Department aku, seorang saja. Kesian aku tengok...

Hmmm, lama benar tak nampak minah ni. Dekat 5 bulan rasanya. Tapi seboleh-bolehnya aku memang minta simpang terserempak dengan dia ni. Tak, dia budak baik. Tapi 'terlampau ramah'. Kalau mula bersembang tak reti nak stop. Lagi satu tangan dia ni bergerak dalam 'gerakan Brown'. Itu yang aku takut tu. Selalunya aku memang membiasakan diri dalam keadaan berwuduk ke sekolah. Tiba-tiba jer nanti 'kelepek' dia bagi kat pipi. Hahh, bateyy wuduk aku. Pengalaman pertama dan terakhir aku kena 'kelepek' tu buatkan aku jadi fobia. Tadi pun just tegur gitu-gitu dan aku terus minta diri. Grrrr, takut!

***

Separuh Ramadhan telah berlalu. Solat tarawikh sehari satu juzu', malam ni dah pun melepasi pertengahan al-Quran. Alhamdulillah. Mudah-mudahan hari-hari berikutnya juga aku diberikan kesempatan untuk bersama-sama sahabat-sahabat lain di musolla. Itupun kalau usiaku masih dipanjangkan, InsyaAllah. Selesai bertarawikh terus ke stesen minyak. Kehabisan bekalan toyu (minyak tanah). Eh, orang di Jepun masih guna minyak tanah?? Buat apa? Takkan pakai lampu minyak tanah lagi kot... Ohh, tidak. Toyu aku gunakan untuk fan heater. Kan sekarang dah makin sejuk...


A-fatihah buat dua puteri, merangkap rakan seperjuangan (Allayarhamah Teh Nanni Roshema Roslan & Norhananim Zainol - University of Michigan, Ann Arbor US), yang telah kembali ke Rahmatullah dalam satu kemalangan pada petang Ahad lepas. Mudah-mudahan mereka ditempatkan di kalangan para salihin. Amin.

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Pahala ibadat Umrah yang dikerjakan pada bulan Ramadan adalah sama dengan pahala mengerjakan ibadat Haji.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Sunday, November 09, 2003

Pilihanraya Umum

Satu Jepun hari ni terkena demam pilihanraya. Hari keluar mengundi, menunaikan tanggungjawab. Tapi, peratusan yang keluar mengundi di sini masih rendah, sekitar 63%. (Pengetahuan am: Negara Australia dan Singapore mempunyai peratusan keluar mengundi tertinggi di dunia, 94% !! Di Australia, denda akan dikenakan kepada sesiapa yang tidak keluar mengundi.) Anak-anak muda di sini kebanyakannya langsung tidak mempedulikan hal ehwal pentadbiran & politik negara, apatah lagi pilihanraya. "Untuk apa pergi mengundi??", kata mereka.

Aku pun sebenarnya tak berminat sangat nak ambil tahu politik Jepun ni. Tapi ada sebabnya yang membolehkan aku tahu menahu serba sedikit mengenai politik Jepun. Seawal semester satu (1st year), aku terpaksa mengambil subjek luar fakulti (social science subjects). Antara pilihan yang diberi, subjek Constitution..., Law, Philosophy, Sociology dan Politics. Pening aku memilih. Sebelum datang ke sini, tak pernah aku belajar vocab benda-benda ni semua. Macam manalah nak belajar ni?? Atas nasihat senior-senior maka aku pun ambil lah subjek Politics. Huhuhh...


Antara 2 orang anak muda yang tak keluar mengundi, Hiruta & Sugihara. Heheh...

Ingat lagi aku masa masuk ke kelas Politics pertama kali. Dah la dengan senseinyer speaking Japanese macam Shinkansen. Tambah pulak masa tu vocab yang aku tahu mengenai Politics berapa kerat la sangat. Senkyo (election), seiji (politics), seitou (parti). Tu jer lah kot... Kalau aku duduk di barisan belakang tak per la jugak, kurang-kurangnya boleh aku tidur melamun... Tapi, hari tu aku kat barisan kedua (kalau tak salah aku). Ternganga aku sejam setengah! Habis jer lecture Prof datang menanyakan aku, faham ke tidak. Aku tak faham. Langsung!! "Kalau ada yang tak faham sila datang tanya saya (sambil menulis no. bilik dan serahkan kat aku)". Aduhai, prihatinnya Prof. Appreciate it!

Nota yang diberi bertimbun-timbun. Masuk minggu ke-5, orang lain (Japanese) baca nota baru, aku baru habis mengeja membaca nota minggu pertama. Muahahaha... Manalah aku pernah belajar kanji (Japanese character, mcm tulisan Cina tu) pasal Politics. Dan dari situlah aku boleh tahu serba sedikit pasal politik di Jepun.

*Berbalik kepada cerita pilihanraya* Adoiii, bosan. Sungguh bosan! Semua channel membuat liputan terkini pilihanraya, kecuali channel 3 (channel TV pendidikan...hmmm, nak tengok aper??). Proses pengiraan undi berjalan begitu pantas. Keputusannya, Liberal Democratic Party (LDP) berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan walaupun jumlah kerusi yang dimenangi berkurangan. The Democratic Party of Japan gagal menyekat LDP dari menguasai majoriti 2/3 jumlah kerusi. Namun ada banyak peningkatan yang telah ditunjukkan oleh DPJ dalam bilangan kerusi yang dimenangi. Terdapat juga beberapa ahli Parti Bebas yang melompat parti (ke LDP) sebaik saja keputusan diumumkan. Taktik nak hidup???... Tak kurang juga beberapa nama-nama besar yang tewas mengejut di kawasan masing-masing. Adat pertandingan kan!!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada al-Harith bin Malik r.a katanya: Pada hari pembukaan Kota Mekah aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:
Selepas hari ini Kota Mekah ini tidak akan diperangi lagi sehingga ke hari kiamat.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Saturday, November 08, 2003

Bising!

Sepatutnya semalam, semalaman aku di lab, tapi disebabkan kepala terasa memusing ajer, maka aku mengabsenkan diri. Hajat di hati nak berehat-rehat di pagi Sabtu. Menenangkan fikiran yang berserabut, tak keruan.

Pagi Sabtu aku diganggu lagi. Satunya bunyi 'tong, tang, tong, tang' construction sebelah rumah. Oh ya, terlupa nak bagitahu! Sebelah rumah aku ni sebenarnya ada construction. Projek membina rumah sewa bertaraf mansion 3 tingkat. Pertengahan Ogos lepas mula bina, sekarang dah pun sampai ke tingkat ke-3. Ntah bila kan siap. Rasanya dah tak berapa lama (di sini mana-mana construction terlalu pantas disiapkan-komitmen kerja yang tinggi kot). Dan sejak itulah aku menderita. Sakit tulang osikel!

Duanya, bunyi ahli-ahli politik yang sakan berkempen pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum esok hari. Cara mereka berkempen mungkin agak berbeza dengan Malaysia. Di sini, ahli-ahli politik akan menaiki kenderaan (kereta/van selalunya) ditemani dengan orang-orang kuat mereka, memegang sebiji mic dan bermulalah sesi rayu-merayu memancing undi. Semua orang di dalam kereta akan melambai-lambai ke luar dan bersandiwara tersenyum meleret sampai ke telinga.

Rumah aku ni dekat ajer dengan jalan raya besar. Kalau sekali kereta ni lalu, memang boleh dengar sampai ke dalam rumah. Tapi kereta ni bukannya lalu sekali ajer, ntah berapa puluh kali dia tawaf pun aku tak tahu. Kalau ada 5 calon dari parti yang berlainan, hahh, jenuh sumbat kapas dalam telinga.


Selamat Bertarung!

Tengahari tadi bumi ini bergegar lagi! Quake 4.1 skala Richter... Syukurlah kalau ianya dapat mengingatkan aku tentang kematian yang pasti datang!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Thursday, November 06, 2003

Syif Malam

Rutin harian terpaksa diubah hari ni, esok dan lusa. Kalau kebiasaannya aku akan ke lab di awal pagi, tapi hari ni aku tidur di sebelah siangnya dan akan ke lab pukul 10 pm dan akan pulang ke rumah pukul 9 am pagi esok. 180 darjah terbalik. Gara-gara terpaksa syer alat eksperimen dengan senior, Sakurai. Habis la kurus puasa aku. Lagi satu tidur pun tak puas. Mana taknya, tidur, bangun solat, tidur, bangun solat dan prepare juadah untuk iftar.

Bertukar selera sikit hari ni. Guna perencah bihun goreng masak mee goreng. Bedal jer! Boleh tahan rasa... Takat nak buka kedai tu boleh la. Penjual dan tukang masak aku, pembelinya pun aku. Hehehe... Cerita hari ni di lab, lab dan lab...


Spot menarik yang aku jumpa dalam campus


Terlupa la pulak apa nama pokok ni...Dah menguning, tunggu masa gugur

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Bersahurlah kamu sekalian kerana di dalamnya terdapat keberkatan.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Wednesday, November 05, 2003

Akibare (Cerah Di Musim Luruh)

11 Ramadhan. 1/3 Ramadhan telah berlalu dan kini masuk ke fasa pertengahan. Begitulah detik waktu di akhir zaman. Begitu pantas masa berlalu.

Pagi tadi nasib baik aku tak terlupa yang hari ni ada presentation. Selalunya pukul 5 pagi aku akan bangun siapkan draft, tapi disebabkan draft untuk minggu ni dah disiapkan minggu lepas, tu yang bermanja-manja dalam selimut tadi tu. Bangun 4 am, bersahur, solat Subuh dan tidur balik. Buka mata dah 8:40 am. Selamat...

Subhanallah, cantik sungguh suasana pagi ni. Langit biru yang tiada awan. Tiada 'perintang' yang menghalang cahaya matahari menyinari bumi, menghangatkan pagi yang dingin. Tidak seperti biasa, pagi ni aku dengan hayunan langkah yang perlahan ke sekolah. Aku tak sihat ker? Tidak, aku sihat. Cuma helah... Hehe. Hari ni Prof ke Tokyo, jadi aku memperlambatkan hayunan dengan niat nak masuk lambat ke meeting room. Ingat best ker dengar orang lain present?...

Buka jer pintu bilik, aikk baru 4 ekor jer yang sampai. Aku orang ke-5. Sakurai dan Kutsukake ke Tokyo bersama Prof, bermakna lagi 6 orang yang belum sampai. Hmmm, budak-budak ni pun 2 kali 5 dengan aku. Mentang-mentang la Prof tak ader. Amik kesempatan yer... Sekali sekala! Ahaks...


Langit Biru

Sebelah petangnya tiba-tiba terlintas nak ke Joyful Honda (homecenter) yang terletak kira-kira 20 km dari sini. Ada barang yang hendak dicari... Letaknya berhampiran Hitachi-Naka Port. Keluasannya pun boleh tahan jugak la. Pelbagai barang yang ada dijual di sini. Alat-alat berkebun, pet shops, barang-barang rumah, perabot, lengkap seribu satu macam. Dua tempat yang aku selalu singgah, kedai sukan The Sports Authority dan kedai barangan interrior. Berbuka dengan sebiji tamar, secawan yogurt, solat Maghrib dan bertolak ke sana.


Pukul 5:30 pm, gelap gulita

Banyak betul kereta petang nih. Mana taknya, rush hour, orang baru balik dari kerja. Traffic terlalu lembab. Best betul layan blues sorang-sorang dalam kereta. Di pertengahan jalan, berhenti sekejap di 7-11. Perut dah lapar! Sambar seketul onigiri (nasi kepal) dan sekotak jus aloe vera. Alhamdulillah, nikmat!


Singgah Sebentar di 7-11

Jam di tangan sudah pun pukul 6 pm. Tempat dituju tutup pukul 7 pm. Sempat ke tidak ni??... Lalu-lintas agak lengang bila melepasi lampu isyarat berhampiran loji nuklear di Tokai-Mura. Hahh, apa lagi?? Darah muda. Pecut selaju yang boleh. Sampai di Joyful Honda dah pun pukul 6:35 pm. Sempat! Membeli itu dan ini dan lagu Sayonara pun berkumandang. Di sini rata-rata kedai akan memainkan lagu Sayonara beberapa minit sebelum premis ditutup. Isyarat menghalau la tu. Kadang-kadang ada juga yang buat-buat tak faham. Aku pun pernah. Huhuhh...

Keluar dari pintu premis, dengan hayunan lemah gemalai bak senaman tai-chi menuju ke kereta. Mengambil angin malam. Sejuk la tapinya. Memerhati dari jauh sepasang suami isteri dalam lingkungan 80-an membimbing beg plastik yang sarat. Simpati!

Tiba-tiba si isteri jatuh tersembam menyembah tar. Ya Allah! Dengan spontan kaki aku berlari ke arah nenek tersebut. Memapah nenek berdiri. Si suami, datuk yang berjalan di sebelahnya nampak seperti tak terkudrat mengangkat. Masing-masing dah di penghujung usia. Bertanyakan keadaan nenek, "obaasan (nenek) tak apa-apa ker?". "Saya tak apa-apa. Terima kasih ya nak." suara nenek termengah menjawab. Aku lihat ada sedikit calar di pipi nenek. Mempelawa untuk membantu mereka menjinjing beg plastik yang sarat, namun pelawaan aku ditolak. "Dah dekat tu ha, dengan kereta." balas nenek. Melihat nenek dah stabil berdiri, aku pun melepaskan tangan meminta diri walaupun sungguh berat dalam hati.

Perjalanan pulang, fikiran aku berlegar-legar memikirkan nenek tadi. Seribu persoalan yang menghantui diri. Itu dan ini...


Joyful Honda

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Manusia tetap berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Monday, November 03, 2003

Culture Day

2 tahun menunggu untuk ke sana. Tapi, biasalah kan kita manusia, makhluk yang lemah. Apa jua perancangan kita yang menentukannya hanyalah Allah s.w.t. Ke mana ya?... Ermm, Mat dah lama berhajat nak ke Tokyo Motorshow, acara dwi-tahunan yang diadakan di Makuhari, Chiba. Teringin nak tengok dari dekat kereta-kereta terkini yang canggih manggih. Nak beli? Haha, Jangan mimpilah...

Bercadang untuk ke sana hari ni, sempena cuti Culture Day. Tapi, prof pulak buat hal. Hari Jumaat lepas ada arahan kena datang lab hari ni. Hampesh tul... Patuh arahan atau kena extend satu tahun. Grrr, tak nak cari pasal. Apapun pasti ada hikmahnya... Aku kadang-kadang hairan jugak tengok prof ni. Weekdays dah tentulah tiap-tiap hari di Univ. Tapi selalunya weekend atau public holiday pun rajin benar dia datang. Mana masa untuk bersama anak isteri? Mana masa untuk berekreasi (kalau golongan tua, golf lah yang menjadi pilihan-tak tau nak buang duit, mungkin), masa itu dan masa ini... Hakikatnya memang ramai Japanese yang begini. Mementingkan kerjaya lebih dari segalanya.

Sebelah petangnya dapat satu bungkusan dari Sagawa Takkyuubin (salah satu sykt perkhidmatan menghantar kiriman barangan). Tiket pulang! Yeay... Boleh la menghitung hari ni :) . Macam-macam berligat dalam kepala. Ole-ole untuk famili di Malaya, hadiah istimewa untuk bakal raja sehari, kiriman / pesanan barang dari sahabat-sahabat di tanahair, agenda dalam masa percutian yang singkat. Bikin fonin!


Gambar World Cup 2002 (3)-Ireland vs Germany

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan palsu (bohong) malah dia terus melakukannya, Allah tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam tindakannya meninggalkan makanan dan minuman (tidak ada gunanya dia meninggalkan makanan dan minuman kerana Allah tidak menerima puasanya).

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Sunday, November 02, 2003

Posing Jangan Tak Posing!

Bersahur tomyam lebihan semalam. Serik untuk tidur-tidur ayam lagi. Biarlah ayam jer yang tidur lagu tu. Aku, dengan caraku. Hehe... Bila yer kali terakhir aku bersahur dengan famili?? Rasa-rasanya tahun 2000 (sebelum menjelang Syawal awal tahun). Raya 2 kali setahun kan masa tu. Ya! Masih segar di kotak memori... Kini, aku sepi!

Oleh kerana foto hasil sesi penggambaran semalam kurang memuaskan, maka sekali lagi sekumpulan model berbaju melayu dan kurung turun ke gelanggang berposing gitu gini. Foto yang diambil semalam dalam surau, so view pun terhad. Mulanya semua bergerak menuju ke tepi padang sekolah. Sekor-sekor jalan macam unta tergeliat kaki, malu kot orang lain dok usha. Sekerat jalan, si Roy bagi cadangan tangkap kat tempat lain ajer. Hmmm, berpatah balik ke perkampungan, menuju ke mobil dan bergerak tanpa arah tujuan.

Sampai di pusat bandar, ada si polan yang bercadang ambil gambar di depan civic centre sahaja. Ahaksss... tempat berkumpulnya muda-mudi di sini. Aku mulanya naik segan jugak tengok kelibat ramai orang di situ. Arghhh, apa nak malu. Diorang bukannya kenal kita pung. Lagipun kan kita tengah pakai baju kebangsaan ni, kenalah bangga sikit. Hehe... Muka aku naik tebal 18 inchi setengah. Masing-masing mengontrol... Hahaha... Belum turun dari kereta lagi dah ada yang menjenguk-jenguk dari luar. Apatah lagi bila dah turun. Terasa macam artis la plak. Glemer, memang glemer!

Selalunya aku minta orang yang tengah lalu lalang jer tolong ambilkan gambar. Tapi selalunya hampesh, tidak menjadi. Kali ni aku bawa tripod yang baru dibeli. Baru puas hati sikit. Dari civic centre ke tepi jalan, kemudian ke atas puncak bukit, bila rasa malu dah hilang, hmmm satu bandar kalau boleh nak dijadikan background.


Duta Kecil

Selesai berposing balik ke surau solat Asar, berbuka dengan tamar sebiji dua, solat Maghrib dan ke destinasi seterusnya. Nak bergambar lagi?? Tidak, kali ni nak pergi melantak. Berlapan ke Namaste (restoran India). Razak (senior dari Saga Prefecture) turut serta. Menu yang diorder tak banyak berbeza macam yang lepas. Habis melantak, bergegas pulang. Rugi kalau terlepas tarawikh...

Banyak betul aktiviti hari ni. Maklumlah esok cuti, Culture Day. Haha... Selesai tarawikh, melayan VCD citer Melayu, bla bla bla berborak, sambung dengan perang UNO sampai 3 pagi. Ramadhan aku berlompang lagi... :(

Seharian tiada di rumah, maka takder lah juadah untuk bersahur. Bertiga dengan Syed dan Musa ke 7-11, bersahur di sana.

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNya, bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan iaitu: Apabila dia berbuka puasa, dia gembira dengan waktu berbukanya dan apabila dia menghadap Tuhannya, dia gembira dengan amalan puasanya.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Saturday, November 01, 2003

Nasi Beriyani

Lauk dan nasi sudah dimasak. Tomyam ayam special, tunggu hanya untuk dijamah. Tunggu punya tunggu (niat nak melambat-lambatkan sahur), akhirnya aku terlelap. Bangun celik mata 5:00 am... Dah Subuh! Hehehe, nasib kau la labu... Ikut rasa binasa. Sejam yang aku tunggu kalau diisi dengan bacaan Kalamullah, solat Tahajjud / solat sunat, berzikir, maupun mentelaah lembaran-lembaran ilmu, InsyaAllah tak terbuang begitu saja dan sahur pun tak melepas!...
Pengajaran berguna buat hari-hari mendatang!

Sabtu pagi, mengikut perancangan akan ke padang hari ni menyepak-nyepak benda yang boleh disepak. Pukul 9 pagi, perutku mengalunkan irama sumbang bak orkestra yang kehilangan pengemudi. Ermmm...cancel! Akhirnya aku menarik mofu (selimut tebal) membungkus diri, menunggu sang mentari terpacak terik di langit tinggi. Enak sungguh tidur ditemani dingin pagi.

Iftar jemaah di surau petang ni. Bro Qusai memesan awal-awal lagi jangan menjamah apa-apa sebelum sampai ke musolla (tahukan kalian kenapa?...). Aku patuh, lalu bergegas ke surau awal sebelum masuknya waktu Maghrib. Dihidangkan kurma 'istimewa' dari Jordan. Meneguk air secawan dua, dan terus qiyam solat Maghrib. Selesai Maghrib dilayan pula dengan nasi beriyani Jordan. Mmmpphhh... sedap! Berselera aku, 2 pinggan menjadi mangsa! Ya, aku melantak!
Jazakallah buat Bro Qusai. Hanya Allah yang layak memberi ganjaranNya buatmu...

Usai solat tarawikh, para Malaysian masih tidak berganjak. Mahu ditambah lagi ke rakaatnya? Oh, tidak. Sesi fotografi Salam Aidilfitri. Haha... Berposing sakan, snap 3 keping, akhirnya satu pun tidak berkenan di hati. Tak per, esok kita berposing lagi. Kali ni bukan dalam surau, kat luar sana pulak. Biar mata Japanese tercangak hairan melihat gelagat kita dengan baju melayu / baju kurung yang berwarna-warni...


Gambar World Cup 2002 (3)-Penyokong-penyokong Croatia & Germany

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang mendirikan sembahyang sunat pada waktu malam di bulan Ramadan kerana keimanan kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t, dia diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).