Pedih betul menahan kelopak mata biar terbuka. Tidur lepas Subuh, pukul 5:00 am, bangun 7:00 am. 2 jam SAHAJA kasi chan badan rehat. Hari ni Mat perlu menghadiri satu sesi perjumpaan dengan General Manager Company
Y***** di
Shizuoka (300 km dari sini). Mulanya serba salah juga nak pergi ke tidak, sebab memang Mat dapat offer kerja di situ, tapi ntah la belum buat keputusan lagi hendak terima atau tidak.
Di persimpangan memilih satu antara dua; satu offer di
Malaya (P*******c), satu lagi di sini,
Jepang. Alhamdulillah rezeki Mat kali ni agak baik. Check balik e-mail yang diterima semalam.
'Tiket pergi dan balik boleh diclaim kemudian'. Ahh, orang dah nak kasi duit tambang, pergi je lah. Nak kerja ke tidak tu belakang kira. Hehe...Jahatnyer aku...
Naik bas di depan school pukul 7:56 am ke
eki (station). Sasarannya
Fresh Hitachi (Rapid Express Train) pukul 8:13 am. Tapi biasalah pagi-pagi begini, semuanya berasak-asak ke tempat kerja, melembabkan keadaan trafik. Pukul 8:12 am sampai di eki, baru jer hulur bayar duit tiket tengok train dah pun meluncur laju meninggalkan Mat dengan labu-labunya. Cipan! Terpaksa menunggu train yang seterusnya
Super Hitachi (laju sikit dari Fresh Hitachi) pukul 8:52 am.
Tengoklah betapa punctualnyer bangsa mata sepek ni! Dulu masa mula-mula sampai Mat pun bingung jugak tengok jadual train. Pukul 8:11am, pukul 10:59am. "Alaa, seminit dua pun nak berkira", mungkin itu luahan orang kita. Tapi itulah hakikatnya. Adakah mereka memahami lebih dari kita sumpah Allah
wal-asr??...
Kalau di Malaysia kebanyakannya dibundarkan sahaja. Senang sikit. Tu pun selalu ralat.
Alhamdulillah, dapat seat. Ngantuk sangat ni sebenarnya. Sedar-sedar dah pun sampai
Ueno Station, pukul 10:28am. Satu benda yang aku suka tengok dekat stesyen-stesyen di Tokyo ni ialah pemandangan Japanese yang berjalan macam lipas kudung. Macam ada pertandingan marathon pulak. Demi Masa... Agaknya. Dari
Ueno Station aku ambil train
Keihin Touhoku (Rapid) Line (10:34 am), sampai di
Tokyo Station 10:40 am. Sebelum ni dah 2 kali aku sesat dalam
Tokyo Station. Besar sangat! Aku pun ala-ala
Japanese lipas kudung, menghayun langkah ke platform
Shinkansen (bullet train). Mana sempat kalau naik biasa punya. Naik
Kodama (shinkansen termurah) pukul 10:56 am, tiba di
Mishima Station pukul 11:47am.
Dari
Mishima Station, ke
Numatzu, dan terus ke
Iwanami Station (kecik jer station ni). Sampai di
Iwanami pukul 1:02 pm. Majlis bermula pukul 1:30 pm, so tak der la nak kena rush sangat. Sampai di Main Building Company Y pukul 1:15 pm. Orang lain dah sampai lagi awal nampaknya. Terasa bersalah la pulak, walhal still tak terlewat lagi. Kitorang semua ada 11 orang, semuanya recruit baru dipanggil sebagai
Global Team (semuanya makhluk asing-bukan Japanese).
Karol Koronczi (Slovakia),
Fernando Ayala (Mexico),
Andree Davidoiu (Romania),
David A. New (US),
So Byon Ok (Korea),
Ko Ii Ling,
Xia Weng Feng,
Go Yuu Ki (China),
Mohamed Rasuldeen (India), dan
Wey Jong Lee (M'sia). Sebenarnya kalau aku terima offer ni pun, lambat lagi nak kerja. Bulan April tahun depan. Ermm, nak kerja sini ke tidak ar??...
Aku sedikit kebingungan sebenarnya sepanjang majlis berlangsung. Gara-gara tak cukup tidur. So, malas la nak cerita perjalanan majlis. Selesai saja majlis, aku bergegas ke station mengejar train. Jam dah pun pukul 5 pm. Balik pun nak kena guna
Shinkansen juga la gayanya ni. Takut tak sempat sampai rumah. Tak per, diorang kasi duit tambang 18,400 yen (lebih kurang RM 600) tadi. Guna jerlah. Fikir-fikir naik train biasa jer lah, untung sikit. Tapi mana sempat la...
Perjalanan balik langsung aku tak sedar apa. Naik jer train terus terlelap. Sampai station nak tukar train sedar balik, pas tu tidur balik sampai la ke station terakhir (pukul 9:30pm). Arghh, bas dah tak ada. So terpaksalah call Syed (junior) datang ambil (thanks Syed). Aku memang tak suka minta orang tolong ambilkan di
eki, tapi terpaksa kali ni. Pernah sekali tu bas dah tak ada, aku bertegas juga tak nak ganggu orang, berjalan kaki ke rumah. Nah 25 minit baru sampai. Ambik kau...
Syed ajak dinner di
Saizeriya. Aku dah makan sebenarnya, tapi orang dah berbudi takkan aku nak menolak pulak. Temankan
Syed dan
Epol ke
Saizeriya. Pesan
Peperonchino jer malam ni. Itu jer aku mampu suap.
Berakhirlah satu hari yang agak memenatkan.
Allah beri kita 2 biji mata. Satu untuk melihat kebaikan pada orang lain, dan mencontohinya. Dan satu lagi untuk melihat keburukan pada diri sendiri dan memperbaikinya.