London, aku datang lagi! Seperti biasa, bas RYAN mengangkut Mat dan rakan-rakan, menurunkan kami di tepi jalan dan berlalu pergi. Perjalanan dari Bath memakan masa hampir 3 jam (
jam teruk tadi)! Dan sekarang, sudahpun jam 12 tengahari. Fuhh, 5 jam untuk menawan London. Mana cukup sih...
Apabila pelajar-pelajar lain berpecah kepada beberapa kumpulan (mengikut
student helper), Mat mengambil keputusan untuk menjelajah London secara solo. Lebih bebas untuk ke mana-mana, lebih menjimatkan masa dan tak perlu keluh-kesah menunggu budak-budak lain. Mungkin sudah terbiasa dengan tempo orang Jepun gamaknya. Uhukss...
Di pertengahan jalan ada dua mamat Jepun (
Sunao &
Akira, sama
course) menegur Mat bertanya nak ke mana. Mat cakap nak ronda-ronda secara solo, dan mereka bagitahu nak tumpang sekaki. OKla, okla, meh jom jom!!
Pemandangan London Eye dari Houses of Parliament
Dari
Westminster, menuruti
Circle Line ke
South Kensington Station. Destinasi pertama hari ni,
National History Museum. Mat dah buat keputusan hari ni nak masuk tempat-tempat
free sahaja. Kena berjimat-cermat sebab selepas ni ada projek besar!
Besar juga muzium ni. Tak tahu dari mana hendak mulakan. Kalau Mat datang sorang-sorang, senang sahaja buat keputusan. Tapi dah mamat berdua tadi tu ada sekali, terpaksa tanya pendapat masing-masing bahagian mana yang mahu dilihat.
Dari luar muzium
Secara ringkasnya,muzium ini menempatkan pelbagai artifak mengenai kajian alam haiwan, tumbuhan, galian, manusia dan pelbagai. Mat mulakan penerokaan ke bahagian arkib mengenai serangga dan
dinosaur. Dan kemudiannya ke bahagian
human biology (lebih kurang gitulah namanya, tak ingat). Mat dah dapat rasakan yang 2 mamat yang beriya-iya sangat nak ikut Mat tadi tu macam tak suka jer muzium nih. Buat muka sebek jer. Huhhh...
Mereka baru saja makan dinosaur nih. Tengok tu, tinggal tulang jer!
Beberapa minit kemudian,
Akira 'hilang' (orang ramai sangat sih). Tak tahulah kalau-kalau saja menghilangkan diri. Kawannya (
Sunao) tersedar dan diajaknya Mat mencari. Berpecah 2 haluan pusing-pusing keliling muzium mencari mamat tu. Alih-alih dua-dua ekor hilang. Cess... Merosakkan majlis betul la. Mat bukannya tak suka berjalan dengan orang lain. Kalau tak buat perangai tak apa, tapi kalau dah jadi begini, kadang-kadang sakit hati beb...
Bahagian arkib galian
Cuba tenangkan hati bersangka baik. Tapi sampai bila boleh tahan beb?? 30 minit Mat menunggu (di tempat yang Mat janji dengan
Sunao nak jumpa balik selepas mencari
Akira), bulu hidung pun tak nampak dan Mat yang sudah separa panas ni pun buat keputusan tinggalkan ajer mamat-mamat nih. Mat terus ke tingkat atas muzium, ke bahagian galian meneruskan kembali penerokaan yang tergendala.
Habis jelajah muzium, Mat pun bergegas keluar untuk ke destinasi seterusnya. Jauh di satu tempat, di tepi jalan luar muzium Mat nampak kelibat 2 mamat nih. Tersengih-sengih kambing. Mat bertanya, pergi mana tadi? Diorang cakap pergi cari restoran untuk
lunch. Hahh... Kalau lapar sangat pun bagitahu la ke mana nak pergi, tak la aku penat, mati kutu menunggu diorang dalam muzium...
Selesai berfotografi di luar muzium, Mat pun menyusuri
Cromwell Road sambil diekori 2 mamat nih. Singgah di satu restoran, pesan makanan dan
Akira buat hal lagi. Dia ajak kitorang
lunch sambil berjalan ke
Buckingham Palace. Kalau setakat cekelat
Hacks tak kesah la cik oii. Ini berkepit dengan kentang, air, kameranya lagi, huhhh kang ada yang kena jentik hidung nih. Mat bertegas nak makan dalam restoran tu, dan membiarkan dua mamat Jepun tu berlalu pergi. Peluang untuk meloloskan diri nih. Tapi aisey, tersilap berjanji dengan mamat-mamat ni pulak nak jumpa balik depan
Buckingham Palace 20 minit kemudian. Hmmm, masalah dunia betul la...
Harrods
Selesai makan, Mat bergegas keluar menuju ke
Buckingham. Dah berjanji, kena tepati beb! Sampai di sana, sepuluh minit mencari tak jumpa-jumpa dan Mat pun angkat kaki. Dah la tu, aku dah meluat! Bahaya kalau lebih lama Mat berjalan dengan bebudak ni, kang ada yang balik dengan telinga sebelah jer. Huhuhhh...
Buckingham Palace
Berpatah balik ke
Westminster. Program hari ni dah rosak habisy, masa yang tinggal (sejam sebelum ke pukul 5pm) harus digunakan sebaik mungkin. Sekali lagi menyusuri
Circle Line, tapi kali ni ke arah timur ke
Tower Hill Station. Hanya mahu bergambar sekitar
London Bridge dan
Tower of London.
Berhampiran Westminster Station
Kali ni Mat terpaksa berhati-hati agar tak tersilap langkah. Setibanya Mat di
Tower Hill Station, masa yang tinggal (untuk kembali ke bas RYAN) hanyalah sekitar 45 minit gitu. Naya sih tertinggal dek
RYAN.
Tower of London
Selesai berfotografi, berehat sejenak di tebing
River Thames. Dengan harapan hati yang 'panas' terbakar tadi disejukkan kembali. Mana tak panas beb, program dah rosak, aktiviti lawat-melawat bertukar menjadi aktiviti
'2 Japanese Hunt', hajat nak ke
Madam Tussaud's tak tercapai, tiket satu hari
tube yang dibeli hanya dipakai 2 kali. Hmmm...
London Bridge
OK, hati dah pun sejuk, jom balik!!
Maaf, entri yang agak emosi kali nih.