Bersengkang mata hingga ke pagi. Sempat lentuk sejam gitu, sambung menaip thesis. Pagi ni Prof nak tengok 30 muka surat pertama. Diberi cuti winter seminggu dan juga diberi 'habuan' homework yang hampeh ini. Huhuhh... Sama saja macam tak cuti... Sebelum ke lab sempat pekena
Kopi Radix, pemulih tenaga, dengan harapan dapat bertahan hingga ke malam karang.
Hampeh. Sememangnya hampeh!! Kerja sudah siap, orang yang nak 'melihat'nya tiada. Prof outstaion ke
Osaka.
Nyesal tak tidur semalam. Tapi kira orait la jugak sebab dah lepas satu beban. Lebih kurang 1/3 dari thesis sudah beres. Selebihnya ada lagi satu bulan setengah untuk disiapkan. Ganbare!!
***
Sekembali dari lab tadi, menyiapkan dinner dan sempat menjenguk ke laman group alumni sekolah. Terjumpa ID seorang senior yang beralamat di
Toyama, Japan. Sempat juga bertegur sapa. Senior 7 tahun lebih tua. Bercerita itu dan ini, berkongsi pengalaman hidup di bumi kafirun, sambil mengimbas kisah silam zaman remaja ribena.
Lalu terimbas dalam memori satu kisah lucu. Kenakalan masa zaman sekolah....
Sekolah aku ni agak asing dari kawasan penempatan manusia. Tengah-tengah sawah padi, dalam 3,4 km dari
bandar pekan Kangar. Nak keluar pekan di hari minggu hanya ada 2 pilihan. Naik teksi atau bas sekolah pendek kepunyaan seorang apek yang kitorang panggil
Ba! Ringkasan dari
Baba kot. Hehe.. Mana lah aku tau, semua orang panggil macam tu takkan aku nak panggil nama lain kot. Tu la, tak terlintas pulak masa tu nak tanya nama penuh dia. Hehe...
Nak dijadikan cerita, minggu tu giliran boys
outing. Peluang untuk keluar dari kawasan sekolah dua minggu sekali sememangnya susah untuk dilepaskan begitu saja. Sekali terlepas
jenuh menunggu 2 minggu berikutnya. Seperti biasa menunggu bas
Ba di bawah pohonan rendang depan sekolah. Oleh kerana
Ba ni hanya ada sebuah bas untuk mengangkut kami semua, terpaksalah menunggu dalam tempoh yang agak lama. Latihan kesabaran... Kelihatan juga beberapa buah teksi yang mundar-mandir mengambil dan menurunkan penumpang di depan pintu masuk sekolah. Aku dan beberapa teman anak-anak rakyat jelata lebih rela bermandi peluh menunggu bas
Ba. Tambangnya murah!
Setelah lama menunggu, akhirnya sampai juga bas kuning tu terkedek-kedek pada kelajuan 40 km/j. Terkedek-kedek pun, banyak jasa oo bas tu kat aku nih. Sesampai di perkarangan sekolah, si
Ba ni pun terus buat U-turn dan
park di bawah pokok rendang hampir dengan tempat kami semua menunggu. Dalam kalut si
Ba ni buka pintu turun dan berlari anak ke toilet Dewan Besar Sekolah. Dah tak tahan agaknya si
Ba nih. Yang menunggu masa tu tak la ramai sangat sebab hari dah menjengah ke tengahari, ramai yang sudah keluar awal-awal lagi. Agaknya. So, tak perlu lah berebut-rebut seperti selalu. Masa tu Mat keluar dengan beberapa orang teman se-form (form 5).
Si
Ba masih belum kunjung tiba (ada dlm toilet lagi). Haha, mulalah syaitan cucuk jarum time nih. Ada la sorang member aku nih nakal sikit. Tak jahat, nakal. Lain tu! dari
seat belakang berjalan ke
seat driver dan dengan selambanya menghidupkan enjin bas. Haha,
Ba ada tinggalkan kuncinya. Hah, apa lagi, kelam-kabut si apek tu keluar dari tandas bila dengar enjin basnya menderum. Dah berbelas, mungkin berpuluh tahun setia, takkanlah tak cam bunyi bas sendiri kan. Huhuh... Apa lagi, berdekah-dekah budak dalam bas ketawakan si
Ba. Kalut, memang kalut!
Cerita ni tak habis di situ. Member aku ni pun masukkan
gear dan menggerakkan bas sedikit. Lagilah kalut
Ba dibuatnya. Adehhh, bila terbayang balik, sakit perut aku..... Ada la dalam 3,4 meter bas tu bergerak member aku ni pun stopkan enjin dan lari ke
seat belakang balik. Tercungap-cungap si
Ba ni buka pintu bas dan maki kami semua (dia tak dapat cam sebenarnya siapa yang buat kerja nih, so logiklah semua kena maki. huhuhhh...). Aku pun dah lupa apa yang dia makikan. Logik la kena maki, atas sikap
kurang ajar nakal kami nih. Aku tak buat benda nih tapi rasanya bersubahat.:D
Bila terbayang wajah
Ba yang kelam-kabut berlari keluar dari toilet mengejar bas sendiri tu, terasa seperti nak putus urat perut nih. Adoii, jahatnya aku!
***
Takut benar pokcik nak guna alat nih...
Dalam gambar tu ialah alat untuk mengukur kerataan/ketebalan sesuatu substrate yang unitnya dalam mikro. Terkejut juga aku masa mula-mula lihat pada label harganya. 3,000,000 yen ++ (sekitar RM 100,000 ++)! Gilo!
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang mengambil hak orang Islam dengan sumpahnya, Allah mewajibkan neraka baginya dan diharamkan syurga untuknya (sekiranya mati sebelum bertaubat dan mengembalikan hak orang lain tersebut). Sahabat bertanya: Walaupun benda yang diambil itu sesuatu yang amat sedikit wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Walaupun sekecil batang
kayu sugi.
(Hadis riwayat Imam Muslim).