Hmmm... Naik hairan jugak ya...??? 4 tahun lepas semasa datang ke sini dulu, hanya 3 buah beg sahaja yang dibawa bersama. Satu beg berisi pakaian, kalau tak silap hanya 6, 7 helai sahaja yang Mat bawa dari Malaya. Itupun atas nasihat para senior yang kata mereka baju-baju yang biasa dipakai di Malaya tak sesuai dengan keadaan cuaca di sini. Dan 2 beg yang lain berisikan segala macam rempah ratus, perencah Pak Berahim dan Mek Adabi, bawang, belacan serba mak nenek
Dari asalnya 3 buah beg tu, kini menjadi separuh kontena. Waduh... Dari mana datangnya barang-barang lain ni haa??? Sendiri beli, sendiri mau tanya kaa? Semalam ke supermarket Sanyu mencari kotak untuk mengisi barang-barang nih. Ada ke patut dia kasi kotak kobis?? Sampai di rumah baru terperasan yang kotak tu tetap ternganga walau setelah ditutup. Huk alorr... Kemudian bergegas ke Maruto pulak. Nasib baik Maruto ada stok kotak kosong yang banyak. Kalau tidak alamat mengangkut barang berpindah dengan beg plastik lah. Huhuhh...
Pagi tadi, seawal 4:40 am sekali lagi ke bus stand depan SunGarden Hotel menghantar si Izuddin pula yang akan pulang ke Malaysia. Hah, awang Malaya tinggal 2 orang jadinya. Aku dan Musa. Ore mo kaeroukana, tinggalkan Musa... Heheh... Izuddin-san, 4 nenkang iroiro arigatou, otsukare-san. Maaf atas segala salah dan silap. Korekaramo ganbarimasyou. Sayounara to iitakunai na... Mata aou!
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari).