Monday, March 29, 2004

Perjalanan Seterusnya...

Maaf, maaf dan maaf! Mat terlalu sibuk dengan urusan-urusan sebelum berpindah ke daerah baru. Banyak cerita yang mahu dikongsi, tapi masa amat mencemburui. Esok, Mat akan bertolak ke bumi Shizuoka dan InsyaAllah akan berorientasi 2 minggu sebelum memasuki sesi praktikal kemudiannya. Kemungkinan blog ni tak akan berupdate hingga ke tarikh tersebut. Maaf, kalau menghampakan kalian. Doa-doakanlah mudah-mudahan semua urusan berjalan lancar.

3 hari lepas, Mat menerima satu tawaran yang amat-amat mengejutkan dari company, iaitu berkursus (aik, belum kerja dah nak gi berkursus???) di U*. Pucuk dicita ulam mendatang. Hehehhh... Tempoh masa yang ditawarkan 6 bulan / 1 tahun. Masih lagi fenin untuk buat keputusan. InsyaAllah, mudahan impian jadi kenyataan!

Semoga ukhuwwah yang terbina terus berkekalan.

Reply: zett:insyaAllah, mudah2an...ct_cute:alhamdulillah, baik2 aja...etake: aik, bukan US punyer pun power gak ker??...may be disebabkan oghe jepung nih bekerja rajin terlebih agaknya...hehe... kakngah: thanx kembali kak ngah...Mat kadang2 berspek, kadang2 bercontact :D cik_lebah: sila, sila...insyaAllah nanti boleh diaturkan...blog ni akan kesunyian tanpa sokongan dari pembaca2 budiman :D ... yup! Mat baru jer habis bulan nih...alhamdulillah...lepas ni kena gigih bekerja la pulak...huhuhh kinky: thanx! :D ...nasib baik terjumpa awal...hehehe...itulah, mmg mencabar hidup di luar tanahair nih...tambah2 bila jadi kaum minoriti di tanah kafirin nih...huhuhhh... sokongan dari teman2 semua insyaAllah akan menjadi AZIMAT buat Mat untuk terus cekal mengharung hidup di sini :D... alqas: undi pos?? tak sampei2 pun kertas undi di tangan Mat...??? mely: alhamdulillah, sihat...pesan cell phone? nk buat perhiasan boleh la :D (tak boleh digunapakai di Malaya)... nk order apa? bihun, sphagetti, kari? org bujang punya resipi hahaha...weekend yg bz :( ... muring-wien: mudah2an dikurniakan kemenangan buat pejuang2 agama Allah!...allahuakbar! jiella: tapi sayang, cantiknya tak bertahan lama...lepas 2 minggu, habis gugur ke bumi :( heart: amin... genny: tk bagi copy?? kalau right click, mmg ler tak boleh...huhuhh...kalau nk copy, gerakkan mouse pada gambar dan klik pada gambar floppy disk yg muncul dan copy lah kalau anda suka... keindahan alam milik Allah, bukan milik peribadi :D

Tuesday, March 23, 2004

Tarikh keramat

Paksa diri tidur awal semalam. Takut tak terjaga awal paginya. Rugilah kalau terlepas majlis graduasi hari ni. Majlis Graduasi akan dilangsungkan di dewan serbaguna Budoukang, tak jauh dari main campus. Buat pertama kalinya kesemua students yang telah berpecah setelah menamatkan tahun pertama di main campus Mito ini akan bersatu kembali. Ya, di sini jugalah kita pernah berkumpul 4 tahun yang lalu, beramai-ramai berikrar dan memadu janji untuk menggalas harapan ibu bapa, serta para pendidik sebagai seorang mahasiswa.


Graduasi tak segempak di Malaya


4 tahun, terima kasih segalanya...

Dan hari ni, kita seolah-olah baru melengkapkan larian satu pusingan penuh balapan 400 meter. Melangkah ke garisan penamat yang juga merangkap garisan permulaan. Tahniah buat semua yang telah berjaya mengatasi rintangan dan halangan sepanjang perjalanan ke garisan penamat dengan jayanya. Jangan leka dan mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapi sekarang, kerana perjalanan seterusnya pasti lebih berliku. Buat yang tersungkur di pertengahan jalan, rebah tak bererti kalah. Bangunlah dan terus melangkah. Siapa tahu, hari mendatang masa depan kalian lebih cerah...??


Pertemuan terakhir


Budimu kubawa mati.


Bila pula boleh bertemu dengan kome semua???


Bingo! Hadiah tempat ke-7

Sunday, March 21, 2004

Farewell party

Terima kasih semua, Musa, Poji, Maru, Bro Qusai, Bro Rameez & Sis Syafana, & Bro Ahmed kerana bersusah payah meluangkan masa dan menyediakan pelbagai juadah untuk farewell party sebentar tadi. Dan syukran buat Bro Qusai atas cenderahati sehelai T-Shirt yang cukup hensem! Jazakallah... Bergunung sudah budi terhutang.


Jazakallah semua...

Kenapakah dibiarkan pertemuan ini terjadi ya kalau sudah diketahui di hujungnya nanti akan ada saat berpisah. Tapi, tanpa pertemuan, manakan lahir ikatan persahabatan, ukhuwwah persaudaraan, dan manakan mekar kelopak-kelopak kemesraan... Biarpun kalian jauh di mata, tapi insyaAllah akan senantiasa dekat di hati eden!

Saturday, March 20, 2004

Malam terakhir

Cuaca tak menentu masih berterusan. Tengahari tadi tiba-tiba langit yang cerah bertukar menjadi salji lebat sebelum bertukar menjadi hujan sejuk! Masih jauhkah spring yang dinanti-nanti?? Hmm, usah dipertikai apa yang terjadi. Serahkan sahaja, kan itu urusan yang maha Esa.

Pusing-pusing bandar Hitachi dengan Musa. Mencari kedai membuat inkang (cop nama) untuk adik-adik junior yang akan tiba di sini memulakan pengajian di tahun pertama seminggu lagi. Di sini inkang menggantikan signature dalam banyak urusan, terutamanya urusan-urusan perbankan. Selalunya inkang dibuat pabila junior-junior sudah sampai ke sini, tapi ingin buat satu perubahan kali ni. Buat siap-siap! Jimat masa nanti.


Inkang

Dalam cuaca begini, agak sukar untuk survey dari satu kedai ke satu kedai. Ke Yamashin Home Center mulanya. Tapi, hampa dengan tawaran harganya. Cekik darah! Kalau boleh, mahu carikan yang termurah untuk adik-adik yang akan sampai. Elak pembaziran! Lalu bertawakkal, dan memacu kereta ke Joyful Honda Home Center melalui route 245. Firasat aku seakan ada terjual di sana dengan harga yang murah. Yup! Alhamdulillah, harga untuk sebatang inkang 1/3 lebih murah dari kedai sebelumnya. jadi, mengapa berbelanja lebih??

***

Esok, berduyun-duyun rakyat Malaya akan turun mengundi. Hmm, Mat kena tunggu 5 tahun lagilah nampaknya... Nak buat macam mana, takder rezeki. Tentunya malam ni semua dah set dalam kepala, kepada siapakah undi akan diberi. Kepada yang masih buntu lagi tu, ambillah masa dan fikir-fikirkanlah dengan bijak dan waras. Kuasa di tangan anda!

Tentu kalian lebih arif dan bijak dalam hal ni. Mat, masih mentah lagi. Hehehe... Pilihlah mereka yang layak, dan betul-betul jujur memperjuangkan nasib agama, bangsa, tanahair dan masa depan kita rakyat marhaen semua. Bukannya calon yang lembut lidah manis berbicara hanya ketika pilihanraya dan kemudiannya lesap sibuk mengaut harta entah ke mana.

Meminjam kata-kata seorang pejuang;

Janganlah kita menjadi pengkhianat agama & bangsa dalam keadaan kita merasa membuat jasa!!

Friday, March 19, 2004

Lesen

Belek-belek international license, tersedar yang tarikh sahnya dah pun berlalu. 13 Mac lepas. Huhuhhhh... Bahaya nih kalau kena tahan. Minta simpang! Selalunya Mat akan pulang ke Malaya setiap kali spring break menjelma dan memperbaharui lesen setiap tahun, tetapi tidak untuk tahun ni. Berfikir-fikir dari semalam, hendak convertkan saja lesen Malaya ke lesen Jepang. Kalau dapat, tak perlu lagi lesen antarabangsa. Renew pun 5 tahun sekali. OK gak yer...

Selesai solat Jumaat tadi, ke Mito untuk urusan-urusan pertukaran lesen. Kiranya tak berlesenlah memandu hari ni. Argghh, macam tak biasa. Bukan masa datang mula-mula dulu setengah tahun tak berlesen ker?? Syutttt, jangan cakap kuat-kuat! Huhuhhh... Menumpangkan sekali si Maru & Poji yang katanya ada urusan pembaharuan visa di City Hall. Beres, no halnyer...

Sampai di City Hall, turunkan mereka berdua ni dan Mat meneruskan perjalanan ke License Centre. Tak tahu pun tempatnya, main redah ajer mengikut gambaran yang Bro Qusai berikan tadi. Alhamdulillah, senang jer mencari. Hmmm, tak lah semudah yang dijangka nak dapatkan lesen Jepun nih. Banyak juga songehnya. Kena siapkan terjemahan lesen Malaya ke Japanese terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian. Terjemahan lesen hanya boleh didapati dari Embassy atau JAF (Japan Autombile Federation). Nak pergi embassy?? Adeyy, bukannya dekat tu. Kalau ke JAF, satu masalah juga nak mencari tempatnya. Gamble!

Jam dah pun ke pukul 4 pm. Bermakna tinggal setengah jam sahaja lagi sebelum kaunter pendaftaran JAF ditutup. Bertarung dengan masa dan kerenah lalu lintas yang cukup sesak. 4:26 pm. Hmm, putus sudah harapan... Datang minggu depan pulak ler jawabnya nih. Tiba-tiba terpandang satu papan tanda besar, JAF. Fuhhh, syukur padaMu ya Allah! Harapan yang tadinya sudah punah, kembali bersisa. Park kereta dengan tergesa. Semasa tiba di kaunter, melihat jam di tangan 4:29 pm. Huhuhhhh... Dalam hati, ketawa sendiri.


Sakura dah pun mula kembang di Tokyo, Kanagawa dan di beberapa tempat di bawah sana.

Pertarungan dengan masa benar-benar menyakitkan jiwa!

Thursday, March 18, 2004

Bukan demam biasa

Cuaca tak menentu seminggu dua nih. Semalam, suhu mendadak naik ke paras 22 degree (suhu sekitar bulan May). Best! Keluar rumah tanpa stokin (sepanjang winter, terasa macam orang dalam pantang pulak, berstokin sentiasa...huhuhh!). Tapi, tak berpanjangan. Hari ni, menjunam semula. Maksimum sekitar 10 degree sahaja. Hujan berterusan dari awal pagi hingga ke lewat petang. Renyai-renyai sahaja tak selebat hujan di Malaya. Memadai untuk kereta Mat yang berdebu lama tak dicuci jadi berkilat-kilat! Hehehe... Hujan rahmat, petang Khamis!

Melayari dari blog ke blog, dapat gambaran yang satu Malaya kini dilanda demam hebat! Demam yang tak berubat... Alahai, terasa ruginya diri, tak dapat balik mengundi. Nak tak nak, terpaksalah eden tunggu 5 tahun lagi. Itupun kalau usia masih dilanjuti. Menyemak akhbar perdana. Ermmm, 'demokrasi' kita masih di 'takuk lama'. Demokrasi Jepun pula bagaimana ya?? Di sini??? Semua orang diberi hak untuk bersuara, sama rata. Media massa milik bersama... Kadangkala, sendiri kehairanan. Persidangan dewan rakyat seakan-akan siaran langsung perlawanan bola!...

Tuesday, March 16, 2004

Teman baru

Setelah 31 bulan berjasa pada Mat, hari ni si Tosh TFT (merujuk kepada handset kesayangan buatan TOSHIBA & tambahan TFT pula merujuk kepada kehebatan Tosh suatu masa dulu yang muncul handset pertama menggunakan paparan Poly Silicon TFT) dengan rasminya menamatkan perkhidmatannya. Serba salah juga pada mulanya. Iyalah, tiada sebarang masalah pun yang ditimbulkan oleh si Tosh ni. Tetapi memandangkan function yang dibekalkan pada si Tosh agak 'ketinggalan zaman' (teknologi di sini terlalu pantas!), maka dengan berat hati, terpaksalah Mat carikan pengganti yang baru.

Lantaran itu, petang tadi, muncullah SonEr (handset baru buatan Sony Ericsson), model A1402S dalam hidup Mat. Penangan 'cinta pandang pertama'! Kecute-an SonEr telah benar-benar merampas hati Mat. Tawaran harga hebat kepada para pengguna yang telah lebih 25 bulan menggunakan perkhidmatan au (salah sebuah syarikat telekomunikasi di sini) dan tambahan potongan harga 4000 yen bagi pengguna yang telah mengumpul 2000 points ke atas menyebabkan Mat terus nekad untuk memiliki SonEr!


Rekabentuk terkini

Fungsi-fungsi yang terdapat pada SonEr secara keseluruhannya sememangnya masih belum mampu menandingi kehebatan telefon-telefon bimbit keluaran NTT - Do Co Mo (bayaran perkhidmatan yang dikenakan agak mahal), tapi bagi Mat ianya sudah cukup canggih.


'Teman baru'

SonEr ni merupakan handset dengan QVGA color Display terkecil di dunia! 89 mm panjang, 47 mm lebar dan 22 mm tebal. Boleh dijadikan sebagai TV remote controller (banyak juga model Do Co Mo yang bercirikan begini). Dilengkapi dengan camera yang bukan sahaja untuk kegunaan bergambar, malah boleh digunakan untuk membaca kod bar pada barang-barangan dan kod-kod 2 dimensi.

Kemudian, dengan menggunakan infrared ray, pengguna dapat bertukar-tukar data sesama sendiri, hanya dengan menghalakan port di handset masing-masing secara bertentangan. Hebat! Fungsi tambahan yang lain, seperti boleh dijadikan stop watch/timer, boleh bermain game dengan paparan gambar bermutu tinggi (tak perlu kot yang ni bagi Mat. hehe...) dan sebagainya. Bangganya kalau semua ini hasil penyelidikan teknokrat-teknokrat muslim. Tapi hakikatnya...


Tosh, jasamu dikenang...

Mat: Terasa hebat benar manusia-manusia yang sepintar begini. Tapi yang pasti, lagi hebat Allah taala yang menciptakan manusia dan mengurniakan akal kepada kita. :D

Reply: laili, syanana, genny, zett: terima kasih semua...tp konvo di sini tidaklah segrand seperti di Malaya...serba ringkas semuanya :( ...tak berpeluanglah Mat mengenakan jubah serta topi tudung saji tu...huhuhhh... heart: silakan...lawa pemandangan?? Subhanallah, maha suci Allah! genny: thesis?? apa itu thesis?? hahaha, Mat sudah lupa!

Monday, March 15, 2004

Responsible


Sekadar pesanan buat diri terutamanya dan sahabat-sahabat samada yang akan pulang ke tanahair tercinta mahupun berpindah ke tempat baru nanti. Pertamanya, langsaikanlah segala hutang piutang kiranya masih ada. Janganlah nanti, hutang kita walau sekecil 1 yen itu yang akan mengheret kita ke neraka sana. Na'uzubillah... Tak simpati ke kita kepada kawan-kawan kita yang telah bersimpati kepada kita suatu masa dulu meminjamkan wang di kala kita terdesak. Kalau hutang-hutang kita itu sudah dihalalkan mereka, alhamdulillah. Selamat lah kita. Tapi, kalau tidak... ???

Keduanya, pastikan tiada tunggakan-tunggakan bil yang masih belum berbayar. Jangan pandang enteng perkara sebegini. Takut nanti, sahabat kita yang tertepuk dahi, terpaksa keluarkan duit poket sendiri. Huhuhhh... Kes naya! Dan pastikan anda telah memotong segala perkhidmatan yang telah dilanggan, gas, elektrik, air, telefon dan sebagainya, bagi mengelak dari bil-bil tersebut masih dihitungkira sedangkan anda sudah tidak menggunakannya.

Dan yang terakhir, pulang/berpindah lah tanpa memalitkan lumpur pada nama baik agama dan negara kita. Janganlah kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Fikir-fikirkanlah akan nasib yang akan menimpa kepada adik-adik kita yang sedang atau akan bermukim di sini pula di hari-hari mendatang.

Friday, March 12, 2004

Omiyage lagi...

Hari terakhir baito di Hitachi Cable. Menghabiskan kerja-kerja seawal yang mampu. Beralih dari satu mesin ke satu mesin, merakamkan detik-detik terakhir bersama teman-teman sekerja. Dalam ramai-ramai tu, paling susah untuk disnap, pakcik Takahashi-san. Puas dipujuk, baru akur. Huhuhhh... Orang lama begini kot agaknya...

Terima kasih buat Iwamoto-san yang menghadiahkan Mat sehelai kemeja dan tali leher. Arghh, bukan ini yang Mat pinta. Cukuplah sahaja dengan persahabatan tulus ikhlas yang telah dihulurkan, aku puas! 'Tsumaranai mono' (barang yang tiada nilainya), katanya. Tidak, bagi aku ianya terlalu berharga! Harga sebuah persahabatan yang sejati!


Terima kasih daun keladi!

Reply: thurayya: alhamdulillah, berkat doa dari nana mungkin..InsyaAllah mudah4an kebahagian juga dilimpahkan buat nana :D.. selamat beristirehat dan lapangkan fikiran yang baru ber'tempur' sakan :D syanana: Dan terima kasih juga buat syanana yang tak jemu-jemu menjenguk ke sini :D .. alam pekerjaan benar2 mendebarkan saya.. huhuhh.. Mat doakan moga awak cepat dapat kerja :) .. graduasi insyaAllah 23 mac ni.. lav: salam.. alhamdulillah, baik2 saja :D

Thursday, March 11, 2004

Loghat

Masuk minggu ke-2 meneruskan rutin tidur hanya selepas selesai Subuh. Parah ni! Hari ni ada baito (part time job) di kilang, jadi setkan alarm tadi. Langsung tak sedar. Bumi pun bersimpati gamaknya, lalu digoncangkan dirinya untuk kejutkan Mat. Huhuhhh, quake! Magnitud 5.2 skala Richter. Boleh tahan kuat. Diikuti dengan satu gegaran kecil beberapa minit kemudian. Hah, alarm ni cukup?? Cukup, cukup... Lebih dari cukup.

Terserempak dengan Iwamoto-san (pernah Mat ceritakan dulu dalam entri) di kilang tadi. Khabarkan padanya yang esok adalah hari terakhir Mat akan berbaito di situ. Wajah ceria terus bertukar duka. "Betul ker ni??", mencari kepastian. "Ya! Kan sudah menjadi kelaziman di hujung sebuah pertemuan...", dan tetiba mood kerja aku terus hilang. Samishii naa... Dan seterusnya memaklumkan pada rakan-rakan sekerja yang lain. Semuanya terkejut. Yalah, secara tiba-tiba. Pelbagai kata perangsang yang aku terima. Terima kasih semua!

Selesai kerja, berehat di satu sudut sambil mata merenung ke setiap ruang dalam kilang. 4 tahun ya membanting tulang mencari rezeki tambahan di sini. Sejak di tahun pertama berulang-alik dari main campus Mito (40 km jaraknya) hinggalah ke saat-saat terakhir sebelum graduation. Pantasnya masa! Kotak ingatan cuba mengimbas semula kenangan-kenangan silam di sini. Lalu tersengih kambing Mat seorang diri.

Kemudian, datang pakcik Takahashi-san, nak bersembang gamaknya. Tapi, malang! Daripada celotehnya yang agak panjang, hanya berapa kerat sahaja yang aku dapat tangkap dan faham. Mana tidaknya, cakap dalam loghat Ibaraki pekat! Jangankan aku, orang Jepun yang tinggal di Tokyo sana pun, kalau dengar mungkin sama, tak faham! Apa nak buek, dulu sensei-sensei ajar bahasa baku sajer. Takder pung loghat-loghat nih. Lalu, Mat yang kebingungan itu pun angguk-angguk sahajalah buat-buat faham, dan balas mengikut budi bicara sendiri. Huhuhhh... Maafkan Mat yer pakcik!

Reply: Genny: Bila Mat online, kome pulak sibuk..aduss amyz: ishh, tak sampai lagi tahap nak buang..marah-marah sayang jer..hehe..tu la, ingat nk upgrade sket la :) Mely: w'salam..erm, cuaca di sini semenjak dua menjak ni tak menentu, cepat berubah..kadang mendung, kadang cerah, dan kadang sejuk melampau, kadang nyaman gitu2.. farah: sejak bila ko jadi penyimpan mohor-mohor besar ni farah?? Turismo: mmg payah, tapi tiada pilihan :(( syanana: sedih lagu ni? tak nak sedih, tutup speaker..hehehh..lawak jer, jgn marah yer cik syanana..ke nk suruh Mat gantikan dengan lagu Negaraku?? chubbychan: tu la, lenkali kena ikuti perkembangan cerita2 Mat dengan lebih kerap..huhuhh..insyaAllah hujung bulan ni Mat akan mula bekerja di satu company si Shizuoka (300 km dari sini)..curi ilmu diorg sket, pas tu balik menabur bakti di tanahair terchenta!

Monday, March 08, 2004

Perjalanan Semalam


...sambungan

Masih dengan cerita jalan-jalan semalam. Perjalanan dari Ryuujin Ootsuribashi ke Mito mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai. Setibanya di Mito, terus mencari 100 yen shop. Mencari-cari pembalut yang sesuai untuk kain batik yang aku bawa dari Malaya semasa pulang bercuti Eidul Fitr yang lepas. Haha... Ya! Omiyage (cenderahati) untuk diberikan pada Kanemoto sensei. Terjumpa sebuah beg yang diperbuat dari washi (kertas tradisional Jepun) dan terus sambar. Kiut la!

Kemudian seperti arahan Kanemoto sensei, terus park kereta di International House, memandangkan hari ini di Kairakuen masih berlangsung Ume Matsuri (perayaan Ume). Oh ya, rumah sensei ni memang sebelah sahaja dengan Kairakuen ni. Jadi kebanyakan jalan di sana ditutup untuk kenderaan luar. Setengah jam menunggu akhirnya muncul sensei dengan kereta Honda barunya. Fuiyooo, serius lawa! Kereta limited edition katanya. Hanya 200 buah sahaja yang dikeluarkan di seluruh Jepun. Hmmm, memang padan untuk wanita berkarier seperti sensei nih!

Setibanya di kediaman sensei, masing-masing menyerahkan omiyage. Ada yang dibawa dari Malaya dan ada yang baru dibeli di air terjun tadi. Dari Mat, hanyalah sehelai kain batik biasa yang nilainya sudah tentu tidak terbayar untuk membalas segala budi yang telah dicurahkan selama ini. Hutang budi dibawa mati!

Sembang sakan Mat dengan sensei. Almaklumlah lama sudah tidak ketemu. Dihidangkan milk tea dan sepotong kek, dan kemudiannya dibawa bersiar-siar ke Kairakuen melihat ume yang sudah mangkai (kembang sepenuhnya).


Panorama sebahagian bandar Mito dari Kairakuen

Subhanallah, lawa benar bandar Mito kalau lihat dari sini. Tak hairanlah kalau beribu-ribu yang bertandang ke mari sekian hari. Mesti lagi cantik kalau sakura di pesisir Senba-ko (tasik Senba - dalam gambar atas tu) kembang nanti! Hmmm, masa tu mungkin Mat sudah berada di Shizuoka gamaknya... Melepas!

Terpaksa mengalah dengan bayu sepoi-sepoi language angin dari selatan yang bertiup kencang. Kembali semula ke rumah sensei. Surprise dari sensei, sebatang sudu perak tulen untuk Mat. Waduh!!! Berat untuk menerimanya... Cukuplah sudah dengan budi yang ditabur selama ini. Itupun tak terbalas. Inikan pula diberikan hadiah. Aduss... Arigatou gozaimasu. Itadakimasu. Kata sensei, "Sudu perak tu kena gilap selalu. Kalau tidak warnanya cepat pudar". Simbolik ajer tu. Maksudnya, otak kita ni pun kenalah selalu digilap. Kalau tidak ianya berkarat! Hahaha, fahamlah Mat...

Dan sekali lagi terima kasih atas pelawaan dinner bersama di restoran mewah pada sebelah malamnya. Sedikit janggal bila ke tempat begini. Maklumlah, kita ni rakyat biasa sahaja. Tak pernah termimpi nak menjamu selera di tempat begini. Kedai sushi 100 yen pun tak apa, janji kenyang! Hehehh...

Iro-iro, hontouni doumo oseiwa ni narimashita. Mata itsuka aimashou... InshaAllah.

Mudah-mudahan kau dilimpahkan hidayah dari-Nya.

Sunday, March 07, 2004

Hisashiburi ni...

Agenda hari ni, bawa adik-adik junior jalan-jalan. Sejak masuk ke final year, jarang-jarang punya masa terluang. Sentiasa dibatasi dengan pelbagai tugasan di lab. Jadi, waktu-waktu beginilah kalau nak bawa diorang jalan-jalan keliling sana sini mengenal lebih dekat negeri Ibaraki nih.

Destinasi pertama, ke Fukuroda-no-taki. Air terjun yang Mat pernah ceritakan dalam entri 9 Januari lalu. Merujuk pada tarikh hari ini dan keadaan cuaca semasa, peluang untuk melihat air terjun ni beku sepenuhnya agak tipis! Tapi, kalau tak hari ni, bila lagi nak bawa diorang nih...??? Hanya tinggal 2 minggu lebih sahaja lagi untuk menumpang berteduh di daerah permai ini. Lagipun rasanya Mat lah generasi terakhir yang pernah sampai ke sana. Takut nanti cerita tentang Fukuroda-no-taki ni berkubur begitu sahaja...

Bergerak dari Hitachi jam 8:40 am. Perjalanan yang jaraknya 40 km dengan laluan yang berliku-liku mengambil masa hampir sejam 20 minit untuk sampai. Suhu semasa dianggarkan di paras beku. Sejuk! Kelainan pada air terjun di sini berbanding di tempat-tempat lain ialah anda perlu menyusuri terowong khas yang dibina sepanjang 270 meter untuk sampai ke dalam. Yang lecehnya, berbayar (300 yen - seingat Mat masa datang mula-mula dulu hanya dikenakan bayaran 100 yen sahaja)! Bukan free. Anggap jerlah itu upah untuk kerja-kerja maintenance...


Taki tak beku sepenuhnya.

Selesai berposing dan menghirup udara nyaman di sini (oppss, harus diingat yang air terjun di sini hanya untuk disnap pemandangannya sahaja, bukan untuk mandi-manda!) bergerak ke satu gerai ayu bakar.
Ayu ni bukan nama orang ya! Tapi, sejenis ikan sungai yang boleh ditangkap dalam satu tempoh tertentu sahaja, bukan sepanjang tahun. Kerana apa? Ntah, itu yang termaktub dalam akta. Mungkin untuk tujuan mengelak kepupusan gamaknya...


Itadakimasu... Fuhhh, sodap bonar!

Demi mengejar masa, meneruskan perjalanan ke Ryuujin Ootsuribashi, jambatan gantung untuk pejalan kaki yang panjangnya 375 m iaitu yang terpanjang di Jepun. Ketinggian jambatan ini dari paras permukaan air empangan di bawahnya ialah 100 m! Ish, apsal diorang tak buat banjee jump arr?? Nak try la! Huhuhh...


Tak muat utk sekeping gambar

Langit yang tadinya cerah gemilang bertukar mendung dan kemudiannya tiba-tiba menurunkan butir-butir salji. Waduh!! Ditambah pula angin yang bertiup kencang. Sejuknya mencengkam hingga ke tulang hitam! Selesai jamak & qasar terus lari bersembunyi dalam kereta, sementara menunggu si Maru & Poji menghabiskan sesi fotografi atas jambatan sana.

Jam sudahpun ke pukul 1 pm. Perlu bersegera kerana ada temu janji untuk ke rumah Kanemoto sensei di Mito hari ni. Menyusuri jalan-jalan kampung yang kiri kanannya terbentang sawah padi, luas saujana mata memandang. Terkenang sejenak akan kampung halaman terchenta.

Bersambung...

Friday, March 05, 2004

Willkommen!

Selamat datang diucapkan kepada Bro. S (masyaAllah, boleh terlupa namanya) dari Bangladesh yang baru tiba di Hitachi. Sempat berbual ringkas tadi, selesai solat Jumaat. Katanya dulu pernah di UKM Malaya, untuk program Master & PhD. Aiwah...

Dan akan bermukim di sini untuk tempoh setahun lagi bagi menyiapkan sebuah research ujarnya. Begitulah resam dunia. Baru dan lama, datang dan pergi. Sesetia siang dan malam yang silih berganti... Harap dapat tabah menjalani hidup di bumi yang penuh dengan ujian ini. InsyaAllah...

Ganbatte!

Patah tumbuh hilang berganti...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
Orang mukmin tidak akan tersesat (terjerumus) ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Wednesday, March 03, 2004

Hidup menumpang

Mulai hari ni hingga ke suatu tarikh yang belum diketahui, aku akan menumpang berteduh di rumah Syed. Kini aku sudah tiada rumah. Muahahaha. Homeless arr... Hehehe... Dan secara tidak langsung mengambil ruang yang agak besar di rumah Musa untuk menempatkan barang-barang yang lain. Yoroshiku yer Musa...

Mimpi apakah aku hari ni?? Si Poji & Maru (adik-adik pompuan tahun 2) tetiba ajak dinner di luar. Ooo, wujud lagi rupanya diorang di sini. Huhuhh... Ingatkan tinggal aku & Musa ajer yang masih setia menjaga kampung nih. Ke mana lagi kalau tak ke Namaste. Aduhh, selalu pergi nanti familiar pulak muka aku nih. Dan nanti diorang terperasan pulak aku ni pelanggan tetap kedai diorang. Tapi memang sedap pung! Thanx Poji & Maru atas souvenir kenang-kenangan tu. Aku pakai benda tu nanti mesti teringat kat korang, InsyaAllah... By the way, pandei la korang pilih warna. Wa minat kaler tu. Hehehe... Dan arigatou belanja! Terbalik nih. Sepatutnya aku yang kena belanja. Lenkali lah.

Selesai makan-makan, sembang-sembang bawa adik 2 orang nih keliling bandar Hitachi. Di sini tiada senior pompuan, jadi jarang benor la kot diorang nih berjalan. Nampak macam belum 'kenal' lagi dengan Hitachi nih. Nak harap aku bawa kome gi jalan-jalan, jangankan kome berdua, aku pun naik segan. Hehehh... Tetiba pulak snow turun dengan agak lebat. "Macam winter sonata", kata diorang. Romantik??? Grrr, sejuk! Jom balik!


Bunga ume dah pun mula kembang

Hujung minggu ni ingat nak berjalan ke Mito. Ke rumah orang yang banyak berjasa dengan Mat semasa di tahun pertama pengajian dahulu. Rumah Kanemoto sensei (lecturer Bahasa Jepun & Kebudayaan Jepun). Sensei ni ala-ala keibuan sikit. Tu yang baik & suka dengan dia tu. Huhuhh! Sambil-sambil tu boleh la berjalan-jalan ke Kairakuen (antara 3 taman ume yang terkenal di Jepun).

Note: Bunga ume dengan bunga sakura ni lain-lain sebenarnya. Ume nih kembang sebelum kembangnya sakura.

Tuesday, March 02, 2004

Sayounara VILLAku...

Sekali lagi Mat ke bus stand depan SunGarden Hotel pagi ni. Kali ke-4 dalam masa 2 minggu. Kali ni giliran menghantar adik bongsu Ibaraki, si Sheeda pulak. Menghantar orang pulang bercuti benar-benar membuat sendiri terasa mahu terbang pulang juga. Sungguh!

Kemudian bergegas semula ke VILLA permai. Banyak lagi urusan untuk diselesaikan. Meminjam kereta si Roy untuk mengangkut peti ais & mesin basuh. Tidak. Bukannya aku nak bawa sekali benda-benda nih ke Shizuoka, tapi mengangkutnya ke perumahan Shimizu sana. Mesin basuh si Sheeda, dan peti ais si Epol dah 'tempah'. Baguslah dari terbuang begitu sahaja.

Jam 10 am, tercegat di kawasan parking kereta menunggu kedatangan landlord. Fuhh, jarang-jarang orang Jepun ralat dengan masa nih. 7 minit lewat! Menyerahkan kunci rumah. Dengan ini segala isi perjanjian yang terkandung dalam MoU ketika masuk rumah dulu terbatal sudah. Terpegun lanlord melihat keadaan rumah yang aku tinggalkan kekal seperti ketika aku masuk awal-awal dulu. Dia puji lawa, pandai jaga rumah la tu. Huhuhh... Kembang seketika... Heheh...


Doumo oseiwa ni narimashita...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Qatadah, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
Ketika aku sedang sembahyang (mengimami sembahyang), aku bercadang ingin memanjangkan bacaannya, tiba-tiba aku mendengar tangisan anak kecil, lalu aku percepatkan sembahyang (membaca surah yang pendek) kerana tidak mahu mengganggu sembahyang ibunya.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Monday, March 01, 2004

Pindah randah

Setelah hampir sebulan menghilangkan diri, pagi ni awan salji kembali menghamburkan isi-isinya. Renyai-renyai gitu. Suram suasana. Awal pagi ke lab sebentar. Ada perjumpaan dengan prof Takeuchi. Tak lupa dibawa bersama kamera kesayangan. Seorang demi seorang rakan se-lab aku snap pos menarik mereka.

Aduh, tetiba hati dirundung sayu. Mengenangkan semakin hampir tiba waktu berpisah. Pewaris darah-darah penjajah yang pernah mendarat di Kelantan dan seterusnya mem'perkosa' Malaya tanahair terchenta suatu masa dulu terlalu banyak budi yang mereka hutangkan padaku & terlalu banyak yang telah aku pelajari dari mereka sepanjang 4 tahun berkelana mencari ilmu di bumi asing ini.

Terharu, begitu mudahnya mereka menerima seorang pendatang seperti aku sebagai sahabat pada 'chapter pertama' pertemuan 4 tahun yang lalu. Kerana, jangkaan aku, akan dilayan sepertimana Bangla & Indon yang datang ke Malaya. Dan kemudiannya biji benih yang disemai sudah pun menjadi sebuah pohon persahabatan yang utuh. Banyak sudah warna-warni bunga-bunga muhibah yang telah mekar & tak terbilang buah-buahan kenangan yang telah bercambah dari dahan-dahan pohon ini. Tetapi kita ni kan makhluk sahaja, yang segalanya bersifat sementara cuma dan mustahil akan kekal. Usah persalahkan 'masa' mencemburui kita. Tak berdosa pun 'masa' nih. Kelipok-kelipok ('pejam celik'), rupanya sudah masuk ke 'chapter penghabisan' pertemuan ini. Biarlah perpisahan melengkapkan cerita sebuah pertemuan, tetapi janganlah ditebang pohon persahabatan yang utuh itu...

*** Adus, apa jiwang sangat ayat nih... Tukar, tukar! ***

Sekembali dari lab, meneruskan aktiviti pindah-memindah barang-barang ke rumah Syed. Hampir 60% barang-barang telah pun dipindahkan. Yang tinggal semuanya barang-barang besau. TV, mesin basuh, peti ais dan sekerabat dengannya. Mesin basuh & peti ais angkut pagi esok la kot. Mana terangkat maa sorang-sorang. Perlukan seorang lagi menolong. Tapi sian pulak tengok Musa yang nyenyak tidur. Lagipun perlu pinjam kereta yang lebih besar. Kereta eden tak muat nak sumbat.

Hajat untuk melayari mimpi terakhir di VILLA ini, tak tercapai gara-gara aktiviti pindah randah yang berlanjutan hingga ke awal pagi Selasa... Arghh, ngantuk, ngantuk!!!

Baru terperasan dah genap setengah tahun eden mengarut di blog nih. Attoiumaa da...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Ansariy r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura. Kemudian baginda menjawab:
Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang lalu.

(Hadis riwayat Imam Muslim).