Wednesday, April 28, 2004

Golden week

Tamat saja waktu kerja tadi, hati terus meruntun senyum. Mulai esok Mat akan bercuti golden week selama seminggu hingga Rabu depan. Saat yang ditunggu-tunggu nih. Kalau masa zaman student dulu, tak perlu fikir sangat apa yang nak dibuat sepanjang cuti kerana cuti memang banyak. Lain ceritanya bila dah bekerja. Cuti panjang hanya hadir 3 kali setahun dengan yang terpanjang cuti Syougatsu (New year) selama 10 hari. 244 hari yang lainnya kerja, kerja dan kerja.

Cadangnya nak balik ke kampung terchenta (kampung di Jepang), Ibaraki sana. Tapi tak sure lagi hari apa mau balik. Rindu benar 'awek' yang ditinggalkan sebulan. Ntah apa khabarnya mung di sana yer???... Usah risau, aku akan pulang segera. Huhuhh... Makan tak tambah, tidur tak ngigau.


Apa khabar mu di sana??...

Reply: Melor: ni sorang lagi. jalan tak bawa peta, haa kan dah sesat. :D ... student_tua: terima kasih atas nasihat yang berguna. alhamdulillah setakat ni, tak ader sebarang halangan untuk Mat bersolat, dan InsyaAllah mudah2an berterusan hingga ke akhir tugasan. di mana bumi di pijak, di situ Islam dijunjung. :D ... ct_cute: cemerlang, gemilang, insyaAllah mudah2an, tapi terbilang, hmmm....??? :) ... azell: kerja? setakat ni alhamdulillah, tak lah berat sangat sbb baru di peringkat practical. akan datang nanti tak tahulah... syukran jazilan buat semua :D

Tuesday, April 27, 2004

Di kaki gunung

Kali ni Mat nak ceritakan mengenai tempat baru Mat. Letaknya di Shizuoka prefecture, hampir 300 km dari prefecture terdahulu Ibaraki. Bersebelahan Kanagawa prefecture (di sini letaknya bandar Yokohama & Kawasaki) di sebelah timur bersempadan dengan Aichi prefecture (letaknya kota Nagoya & bandar Toyota) di barat sana, juga bersebelahan Nagano prefecture & Yamanashi pref di bahagian utara.


Hidangan setiap pagi

Terkenal dengan hasilnya unagi (belut), teh (pengeluar terbesar di Jepun) dan mikang (limau). Juga glamer di kalangan peminat-peminat onsen (hot spring) terutamanya di bahagian timur prefecture, Izu hantou (semenanjung Izu). Juga diketahui umum sebagai salah satu spot menarik untuk para penggemar surfing. Merupakan pemilik bersama Fuji-san (gunung Fuji) dengan Yamanashi pref (bahagian selatan letaknya dalam Shizuoka pref dan utara dalam Yamanashi pref).

Letaknya tempat Mat berada sekarang betul-betul di bawah kaki Fuji. Dua perasaan bercampur baur. Suka & risau. Suka kerana pemandangan di sini cukup menyejukkan hati dan risau kerana Fuji-san ni gunung berapi pendam. Tawakkal tu 'alallah... Doa-doakan moga-moga tiada perkara yang tak diingini berlaku.


Hidangan setiap pagi

Gambar di atas telah dirakamkan pada pagi pertama Mat di sini. Diambil dari tingkap bilik hostel yang Mat tinggal sekarang. Subhanallah! Terlalu hebat ciptaan-Mu ya Allah. Alhamdulillah... Terasa betapa besarnya nikmat dapat melihat, kurniaan-Mu ya Allah.

Sunday, April 25, 2004

Bersua kembali...

Semalam ke metropolitan Tokyo. Menyusuri kota Shinjuku walhal tujuan asalnya nak ke bandar elektrik, Akihabara. Semuanya terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab cuaca yang kurang baik (mendung seakan nak hujan ditambah dengan suhu yang tetiba menjunam) dan kesuntukan masa. Misi utama, nak mendapatkan device yang menyambungkan PHS (kad untuk kemudahan internet wireless) ke USB drive. Di 'kampung baru' tempat Mat bermukim sekarang, dah puas mencari, tapi tak ketemu. Hmm, nasib badan, dapat kerja di tempat ceruk-ceruk begini.


Jauh berjalan mencari natang nih

Ades, tak ada idea nak menulis. Sebulan tak merepek, janggal jadinya. Line internet pun dah 'pulih', jadi InsyaAllah lepas ni boleh la terus menulis merapu lagi. Hmmm, stop di sini dulu.

Terima kasih kepada para pembaca yang tak jemu-jemu berkunjung ke sini walaupun dihidang dengan hidangan yang sama hampir sebulan. Maaf.

Friday, April 23, 2004

Tenggelam timbul

Reply: cik lebah: thanks. alhamdulillah, skrg Mat sedang bekerja dgn sebuah company di sini...cari pengalaman sket. :D.. cell phone jepun tu mmg tak leh pakai pung kt Msia... Mely: salam... etake: takper, pelan2 etake. tak lama mana dah pun tu. dugaan yg menyapa tu biasalah, rencah seorg student. ganbatte!... zett: i-allah zett. kome dah dapat keja ke belum? krys: aik, main cuk cak ngan Mat plak.. hehe... farah: tu la pasal. ko celik takyah la pejam2. ko terpejam tu yg terasa kejap tu. huhuhh... azell: thanx, i-allah tgh berkobar2 semangat nih..hehe...doa2kan Mat... Mely: thanx mely, tak jemu2 melawat. apa citer skrg?... emma: yaaa, awatnya cik emma? :) ... hanyasayang: salam..thanks akak. mudah2an. amin... chubbychan: makaseh.. selalu selekeh jer, sekali sekala, nak jugak bergaya kita..heheh.. jojo: lorr, kalu kamu bawak peta tadi tentu tak sesat. :D .. syanana: alhamdulillah, baik2 aja.. semua pakat dok tanam anggur jer. try la tanam buah lain pulak.. buah oren ke buah kelapa ke.. :D ..semoga cepat dilamar kerja!.. cik lebah: itu la pasal.. tuannya lari ntah ke mana.. suram la jadinya.. insyallah Mat cuba mencoret sesuatu moga tak trkubur AZIMAT nih..huhuhh... thurayya: makaseh nana krn memahami..hehe..haa ni Mat dah mai balik nih. Mely: weekend yg sepi...

Saturday, April 10, 2004

Pengumuman

Assalamualaikum semua. Mat masih lagi tiada kemudahan internet untuk mengupdate blog ni. Ini pun menumpang akses dari rumah member. InsyaAllah nanti bila semua dah OK, Mat akan reply semua message kalian.