Sunday, May 30, 2004

Checkmate!

Aktiviti apakah yang kalian lakukan untuk rekreasi/mengasah minda?? Ada orang lakukannya dengan menjawab soalan-soalan IQ, teka-teki, atau dengan permainan RPG. Sesetengah pula melalui pembacaan. Dan ada juga melalui hafazan kalam-kalam Allah & hadis-hadis Rasulullah, masya-Allah! Banyak cara sebenarnya, bergantung pada minat masing-masing...

Salah satu kegemaran Mat dalam berekreasi minda ialah dengan bermain chess. Ya, cinta pada sukan (indoor game) chess telah lama berakar umbi dalam diri Mat, sejak dari umur 8 tahun lagi. Pada mulanya main sekadar suka-suka saja. Tetapi atas dorongan dan galakan yang kuat dari jurulatih peribadi (abah), maka Mat pun dengan seriusnya bergiat aktif lah dalam sukan chess ni. Bukan sahaja Mat, adik beradik yang lain pun turut sama aktif berkecimpung dalam dunia yang kurang glamornya nih. Hehehe... Di sekolah, kami digelar family chess. Mana taknya, asyik-asyik muka tu jer, macam dah takder orang lain dah. Huhuhhh...

Penglibatan Mat dalam chess ni terbantut sebaik sahaja selepas meninggalkan alam persekolahan. Mungkin disebabkan ketiadaan rakan sparring gamaknya.. :D Dan terus lenyap sesudah menjejakkan kaki ke bumi makhluk mata sepek nih. Hahaha... Japanese main syougi (chess Jepun), mana main chess. Itu la pasal. Huhuhh...


Manyak rindu sama lu...

Tadi entah tiba-tiba hati tergerak untuk mencari chess set. Kes gian la nih. Hehe.. Memacu kereta ke Toy's r Us di Numadzu, alhamdulillah ada jual pun. Tapi hanya ada 2 jenis. Kayu dan glass. Sambar yang murah je lah, sang kayu! Yoshh, chess set sudah ada, opponentnya??... Oppss, yer tak yer jugak. Adoii, mana nak cari???...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Sofiyyah, daripada beberapa orang isteri nabi s.a.w, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
Sesiapa yang datang kepada tukang ramal kemudian bertanyakannya tentang sesuatu dan dia mempercayainya, dia tidak akan diterima sembahyangnya selama empat puluh hari.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Saturday, May 29, 2004

Lambaian Athens

Sejak kebelakangan ni (2, 3 minggu), sudah menjadi seakan-akan rutin sekitar jam 7:20 pm, mengadap TV menonton Liputan Volleyball (Pusingan kelayakan ke Olimpik Athens). Haa, Mat ni memang minat sesangat program-program sukan nih. Kecuali rugby! Ntah apsal sampai sekarang pun tak leh nak minat dengan sukan nih.

2 minggu lalu pasukan kebangsaan wanita Jepun telah melayakkan diri ke Athens dengan menjuarai pusingan kelayakan di sini. Kini giliran pasukan lelakinya pula turun ke gelanggang memerah keringat dalam merebut satu tiket (dari dua), mengiringi pasukan wanitanya ke kota Olimpik, Athens.

Kekadang terasa seperti menyokong pasukan negara sendiri pulak. Huhuhhh! Ya, bukan sahaja volleyball, malah sukan-sukan yang lain juga, tiap kali pasukan Nippon turun ke gelanggang, ntah kenapa hati ini sering tersorak Nippon, Cha Cha Cha (trend Japanese sokong team diorang)... Tidak, bukan Mat sudah lupa akan tanahair, cuma ingin menumpang gembira, kekadang teringin merasa bagaimana hangatnya sebuah semangat kesukanan!

Ya! Memang banyak kelainan yang dimiliki pasukan Nippon kalau nak dibandingkan dengan pasukan kebangsaan Malaya. Sudah acap kali mereka buktikan, yang teknik, skill, kekuatan bukanlah pertaruhan semata-mata untuk sebuah kemenangan. Sebaliknya disiplin, semangat bertarung yang tinggi, semangat setiakawan, semangat berpasukanlah yang menjadi teras ataupun kunci untuk itu. Bertuahnya mereka, memiliki penyokong-penyokong setia yang senantiasa memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi! Biar menang, biar kalah...

Sebenarnya pintu ke Athens buat pasukan volleyball lelaki mereka sudahpun tertutup rapat sebaik sahaja tunduk kepada Canada pada perlawanan semalam. Tadi, pertarungan dengan pasukan kebangsaan France, ranking ke-4 dunia! Kebiasaannya, jika jalan di hadapan sudah pun tertutup dan tiada lagi erti untuk bertarung, semangat juang bisa luntur... Ya! Mat sendiri pernah mengalami situasi begini. Tetapi mereka telah membuatkan pasukan France yang tidak pernah kalah walau satu set hingga match semalam tersentak seketika, bila mengheret lawan hingga ke set penentuan (set ke-5, setelah kedudukan 2-2)!

Para penyokong tetap tidak berganjak walau match point sudah berada di tangan France, dan laungan 'ganbare' para penyokong tidak putus-putus hinggalah ke saat-saat akhir permainan, serta kesungguhan setiap pemain untuk membalas asakan-asakan lawan inilah yang menjadikan kunci buat Nippon untuk bersaing di mata dunia! Ya, mereka juga dari Asia, sama seperti kita!

Keputusannya, mereka tewas... Tetapi, tiada cemuhan yang mengiringi kekalahan. Sebaliknya kata-kata, 'Yoku yattayo!' (Kamu sudah buat yang terbaik!)...

Sembang-sembang: kulat: duit tk leh makan chek..nanti terlekat! huhuhh.. abrar: awalnya kome ngadap PC :D .. kak Sri Diah: erkkss..betul tu akak, jimat mmbawa berkat :D tp kekadang mudah trtewas dgn nafsu .. ahaks! .. kumpul duit, pas ni blh la beli novel akak byk2.. :) .. Mely: salam..kome tk nk tumpang dua2 kaki beli tingkap? :D ..cam pekan koboi? ermm, tk pernah pegi la pulak koboi punyer pekan..hehe..tp lawa la tmpt dia.. Op: rasanya bukan last minute nih..mungkin awal trlampau..huhuhh :) .. chubbychan: hmm, mungkin, 5,6 thn akan dtg, tk mustahil kan?..bolehla bukak kilang kotak pas ni yer..hihihi.. :D .. kulat: bknnya apa, aku ni hanya nk bantu utk bankrupkan kilang2 wire..muahahaha..aik, bukan aku dah serahkan kebun2 tu kat APEK ker?? .. cik lebah: haloo..aku kt sini ler cik lebah..main sorok-sorok ngan mung..hehe..

Wednesday, May 26, 2004

Nama; Jepun vs Malaya

Pernah tak kalian dengar manusia yang bernama Batu Terbang, Kampung Tengah, Hutan Kecil??... Ya, Mat bertanyakan kalian mengenai nama ORANG, bukannya nama tempat. Tak pernah er?.. Hehehe, yalah, di Malaya siapalah yang akan berikan nama anak mereka sebegini. OK lagi kalau nama-nama di atas tadi tu. Kalau Longkang Dalam, Kedai Kertas??? Hahhhh? Kesian anak nanti jadi bahan kutukan. :D

Mat di sini, hampir setiap hari mendengar nama-nama seperti tadi. (Ishitobi = Batu Terbang, Nakamura = Kampung Tengah/Dalam, Kobayashi = Hutan Kecil, Fukawa = Sungai Dalam, Kamiya = Kedai Kertas...)

Di Malaya, kebanyakan ibu bapa beri nama pada anak-anak dengan nama-nama yang membawa maksud sifat-sifat yang baik (walaupun ada trend baru pada ibu bapa zaman moden beri nama pada anak yang panjang lebar, susah nak eja, susah nak sebut). Begitu besar harapan para ibu & ayah mudah-mudahan anak itu nanti berpekerti, bersifat seindah pada maksud nama tadi. Contohnya, Abdul Rahim = Hamba yang penyayang, Abdul Halim = Hamba yang penyantun, Abdul Hakim = Hamba yang bijaksana dll. Manakala di Jepun, mereka menamakan anak-anak mereka dengan objek-objek yang terdapat pada alam sekitar. Mereka mesra alam! Hehehe... :D

Rasulullah s.a.w. sendiri telah menganjurkan supaya kita memilih nama yang baik untuk anak-anak kita. Sabda baginda (maaf tak pasti perawinya): "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu".

Contoh nama-nama Jepun yang lain; Furuta = Sawah padi lama, Koike = Tasik Kecil, Yamashita = Bawah Gunung, Yamaura = Belakang Gunung, Takahashi = Jambatan tinggi, Kinoshita = Bawah Pokok... Hmmm, macam-macam!!

Bagaimana pula dengan nama kome??...

Sembang-sembang: kinky: yup! mcm manalah nasib kita nanti pada usia sebegitu ya??..i-allah, mudah2an tak terbiar :D ... Op: oo, US pun ader gak er orang cam gitu??..tk tahu pulak Mat :) rakel: salam..ni lav er? ke org lain? Jamal: salam..wow, jauhnya kome pegi makan angin :D ..CH? ermm, rasanya pernah sampai..tp masa kecik2 dulu lah..masa belum mumaiyiz..hehe..mak la bgtau..sebenarnya, di negara kita sendiri pun ramai yg bernasib begini..tp jarang didedahkan kpd umum..tk cayer, pergilah tengok kat setinggan berhampiran kerinchi ker pantai dalam ker..sure jumpa! apa kata kalau Jamal amik nenek tu jd nenek angkat??.. :D .. student tua: itu la, bersyukurlah kalau punya anak yang soleh, yang boleh jaga kita nanti di kala tua :) etake: thanx..oo, gitu pulak yer..mesti ko bosannyer g kedai makan/convenience er?? hehehe..mcm mana servisnya?..sama mcm org muda jugak? ker standard umur diorg? :D ...

Monday, May 24, 2004

Di kala senja

Sekembali dari cafeteria Y-City, solat Asar dan menyemak ringkas berita-berita mutakhir dari tanahair. Haa, ini tanda Mat sungguh sayang akan tanah kelahiran, Malaya. Hehe... Buat masa sekarang, Mat masih lagi menggunakan perkhidmatan internet wire-less, dan kelajuannya pun tersangatlah lembab! (Mentang-mentanglah sebelum ni internet dia laju...) Sementara menunggu habis satu page didownload, rasanya sempat untuk mengkhatam lagu NegaraChek. Hehehe...

Sambil menunggu masuknya Maghrib, menjenguk ke luar jendela, pada langit senja yang setiap hari hadir dengan wajah yang berbeza. Ntah apa ya tarikan pada langit senja. Sungguh! Tak jemu mata memandang. Mungkin pada mainan dan tarian warnanya...


Mentari senja HITACHI...


Senja di kaki FUJI...


Langit senja di MITO...

Nah, tak terasakah lagi Maha Hebatnya, Maha Kuasanya, Maha Agungnya tuhan pencipta?? Kalau belum, pasti ada something wrong dalam jiwa anda!!

Sembang-sembang: Wawa: haa, lama tk dengar ceghiter Wawa..dengar kata dah sampai UK??..selamat bermusafir & kautlah ilmu sebanyak mungkin di sana... MBA: apa xtvt utama MBA di hari-hari minggu?.. Mat, bottosuru..hehe..

Saturday, May 22, 2004

Mari membeli tingkap

Sudah mati kutu ke mana mahu memanjangkan kaki pada hujung minggu ni. Mahu menghirup udara segar sambil merakamkan panorama indah di kaki gunung Fuji. Tetapi keadaan cuaca tak mengizinkan. Pelawaan seorang teman untuk ke Gotemba Premium Outlet perabihkan duit diterima tanpa berfikir lapan kali. Haha... Tak lama katanya, jam 12 pm akan bertolak balik. OK, set!

Bertolak awal dari Y-City, untuk mengelak dari terpaksa menaiki shuttle bus yang ditempatkan di parking lot tambahan 2,3 km dari tempat sebenar. Sebenarnya ni kali kedua Mat ke sana. Pertama kalinya, sampai di sana dah pun jam 12pm. Mak aiii, dah la jam panjang, lepas tu kena park kereta jauh-jauh pulak. Ambil pengajaran. Hehe... Tiba sekitar pukul 10 am. Alhamdulillah, parking lot masih banyak kosong dan kelibat manusia pun masih sedikit.


Dah terasa aura duit mahu terbang...

Di sini terdapat lebih dari 150 buah deretan kedai-kedai branded dari seluruh dunia dan berpuluh buah restoran. Jangan tak tahu yang Japanese ni gila branded goods (perempuan la terutamanya). 2 tahun lepas masa Prada (kalau tak silap) buka cawangannya di Harajuku, Tokyo, perghh 2 hari sebelum buka dah ada orang yang pergi beratur. Bengong! Haa, kan dah kena bengong dengan aku. Huhuhhh... 150 ++ kedai, penat la kalau nak masuk dari satu kedai ke satu kedai. Jadi masing-masing berpecah mengikut citarasa sendiri.


Deretan kedai harga tak patut

Apa yang istimewanya ya di sini? Hmm, takderlah spesel sangat pun cuma mungkin harganya lebih murah berbanding dengan harga di department store yang lain. Ala, apa yang murah di Jepun ni. Semuanya cekik darah. Kereta dan barangan letrik jer kot harganya kadang-kadang tak masuk akal. :D... Nak kata barang-barang reject, tak jugak. Ermmm, usha-usha 'sendiri punya poket' dan buatlah pilihan... Huhuhhh...


Promosi???

Sebenarnya tak derlah sangat pun kemahuan nak menyambar sesuatu. Cuma sekadar usha-usha kot-kot ada 'barang baik'. Sedikit persediaan sebelum bertolak ke...... Opss, takleh bagi tau lagi. Nanti insyaAllah bila dah confirm Mat bagitau. Tungguuu...


Ke east zone.. Eh, nak beli tingkap ker nak melawat sungai??

Pusing-pusing 2 jam dan tersambarlah 3 helai T-Shirt. Ala, T-Shirt murah jer. Test sekali dan terus berkenan. Kacchatta! Hahaha... Hai, melayang ana punya fulus.

Thursday, May 20, 2004

Demi sesuap nasi... (2)

...Sambungan

Berbalik kepada cerita nenek tu, Mat sebenarnya tertanya-tanya ke manakah perginya anak-anak dia. Adakah mereka juga berhempas pulas membanting tulang demi menyara keluarga sendiri? Atau pergi entah ke mana menghilangkan diri? Atau anaknya sudah mati kerna bunuh diri (statistik kes bunuh diri di sini amat tinggi!)? Pelbagai andaian yang berlegar di ruang fikiran. Cuba pula bersangka baik. Adakah hanya sebagai hobi??... Pada hemat Mat, mungkin tidak...

Tanpa disedari, air mata sudah pun bergenang, panas sahaja pada kelopak ini. Opsss, jangan biarkan ianya tertumpah. Control Mat! Control... Entah mengapa, sebak jadinya. Walhal, dia langsung tiada pertalian darah dengan Mat. Mungkin inilah naluri atau fikrah makhluk yang bernama insan! Ntahlah... Langsung tak berniat untuk menjadi busy body. Tetapi perasaan simpati ini lahir semulajadi tanpa diundang. Sungguh, Mat amat lemah bila melihat nasib insan-insan seperti ini. Apakah bantuan yang bisa Mat hulurkan buat kalian yaa??...

Merenung akan nasib sendiri bila mana berada pada usia yang sama. Nauzubillah, minta disimpang perkara-perkara yang tak diingini...

Sembang-sembang: abrar: kenapa mat tk join KLD? mana berbaloi balik ke Malaya 2 hari semata2 utk itu :D..kalau kome nk sponsor tiket kapal torebangnya, lainlah ceghiter..hehe..i-allah, di masa2 akan dtg mudah2an kita dipertemukan :) ... Jamal, Kulat, Atiq, Op: terima kasih buat kalian semua..all of u are my pren! ... zuril: oo, ngko mengeksploitasikan angin utk dtg ke sini yer.. :D ..hehe. terbang2 lah slalu dgn angin yg lalu itu... farihah: salam ukhuwwah buat enti juga :) ... Mely: salam..kenapa jerebunyer ada byk tanda soal?..ker ngko mmpertikaikan kejerebuan di sini berdasarkan gambar tu??? ghajin benor kome salin kulit er..mcm ulor..hehe..itulah, kalau tiada yg meminggir, tkkan ada yg trpinggir :D ..Mat, SEKADAR DI PINGGIRAN (macam penah dengau jer ayat nih..hehe)..mcm mana ya rupa Mely bila 65 nnti..eh eh, ke situ pulak..sorry, trkeluor tajuk..hihihi... :)

Wednesday, May 19, 2004

Demi sesuap nasi... (1)

Di tangan kanannya tergenggam erat sebatang penyapu & penyodok (org panggil 'cam' kan??..arghh bedal ajer..hehe) dan di kirinya pula setia membimbit plastik sampah yang agak besar. Sekali sekala datang ke arah tempat Mat bekerja. Menjenguk ke arah bakul sampah di sisi Mat dan menuangnya ke dalam plastik besar tadi di kala berisi.

Kemudiannya bergerak ke meja rehat para pekerja di sini. Dari satu meja ke satu meja, mengelap rapi, seolah-olah tak rela walau sezarah habuk bertenggek di situ. Seterusnya berlalu pergilah makcik ni sambil perlahan-lahan menolak sebuah troli dengan muatan sampah-sampah tadi.

Hahh, panjang benar mukadimah cerita. Hehehh... Sebenarnya sudah seminggu lebih Mat peratikan sorang makcik nih. Serba salah juga sebenarnya mahu dipanggil makcik atau nenek, kerana melihat pada zahirnya, pada bongkoknya, anggaran usia sekitar 65 ke atas. Pun begitu masih tekun, gigih membanting keringat, selagi kudrat masih bersisa pada jasad. Apa boleh buat, kalau itu sahaja pilihan yang ada untuk meneruskan hayat.

Ya! Di negara maju seperti Jepun ni, semuanya memerlukan wang untuk terus hidup. Hatta untuk membuang sampah untuk dikitar semula (seperti TV, peti ais & barangan elektrik yang lain). Oppss, hampir terlupa. Beg plastik khas (dikeluarkan oleh setiap majlis daerah tempatan) mengisi sampah itu pun KENA BELI! Apatah lagi benda-benda lain. Semuanya DUIT! Dah la mahal nak mampos! Haha, jangan tak tahu yang taraf hidup di sini antara yang tertinggi di dunia!

Jepun negara maju! Ya, tak dinafikan. Dan mungkin ramai yang menganggap yang rata-rata Japanese ni kaya-kaya belaka. Hehe.., tak semua. Yang melarat pun tetap ada. Pergilah ke kota-kota besar, Tokyo, Osaka, Nagoya (yang kurang besar pun boleh tengok juga) dan perhatikanlah pada taman-taman bunga, di bawah jambatan di sungai-sungai ataupun sekitar eki (stesen komuter), insan-insan (homeless) yang hanya ber'banglo'kan kotak, bertilam helaian-helaian akhbar, dan itulah realitinya! Status negara maju bukanlah satu kebanggaan, tetapi satu penderitaan, buat insan-insan ini...

Bersambung...

Sembang-sembang: MBA: 85-90% gambar-gambar yang terdapat dalam blog Mat ni adalah karya Mat (cameraman amatur) sendiri. Jadi, jika ada yang berkenan di hati, silakan, douzo :D... Jamal: salam..alhamdulillah, masih diberi kesihatan walau selepas disiram hujan..kome nak enjoy mandi hujan??..toksah la kot, nanti org kata kome buang tebiat pulak..hehe..itulah, kecik-kecik dulu tk nk mandi hujan, kan dah rugi..hehehe..gurau jer, jgn marah yer Jamal :)..tujuan blog ni ditulis pertamanya peringatan utk tuan empunya..alhamdulillah, syukurlah kalau ianya brguna pd insan yg lain..kan ad-deen itu nasihah.. Mely: ni lg sorang nak mandi hujan..mandi shower udah ler Mely..hehe... abrar: meredah hujan??..selalu dah..tp meredah salji lg best!..huhuhh... azell: salam..alhamdulillah baik..kerja??..setakat ni boleh la..hehe..tapi rindu la pulak kat tanah Malaya :D honey744: salam..kome nk menjengah lelamer pun mat tk kesah honey oii..hehe..harap ko beroleh lebih dari satu..sedua, tk pun selapan! huhuhh.. :D ... kak Inai: alahai, semua dah nak balik..sunyilah nnt Mat kt sini :( nokori no jikang oo taisetsu ni shitene!

Monday, May 17, 2004

Jerebu

Tempat Mat berjerebu teruk hari ni. Jarak penglihatan hanya sekitar 50m. Khabar dari teman yang berkereta ke tempat kerja, lalulintas bergerak terlalu perlahan. Ada hutan terbakor ker??... Hehe, tu kalau jerebu di Malaysia la. Sini disebabkan keadaan geografinya yang terletak betul-betul di kaki gunung Fuji, maka fenomena begini amat mudah berlaku terutamanya selepas hujan.


Dari jendela 4503

Dalam jerebu pagi, hati Mat pun sedikit berjerebu. (Note: Jerebu bukanlah penyakit berjangkit) ... Sepanjang hari terkenang akan insan-insan yang disayangi yang telah 'pulang'. Seorang demi seorang...

Tempoh yang telah diberikan kepada mereka untuk berkebun di dunia fana telahpun tamat. Hanya menunggu masa untuk menuai hasil dan menerima penilaiannya. Dan kita pula bila??... Ya, sampai masanya akan ke sana juga...

Walau jasad, walau kelibat mereka sudah hilang dari pandangan, namun raut wajah, buah nasihat, bibit-bibit kenangan, budi & jasa yang telah ditabur insyaAllah sentiasa segar dalam kotak memori Mat insyaAllah :D... Maaf kerana tak berkesempatan untuk membalas segalanya. Hanya doa dari seorang hamba yang hina ini sahaja yang dapat dikirim, untuk kalian di sana...

Menangislah...
Agar tangisan itu
Dapat mengingatkan kita
Pada hari-hari mati
Hidup sementara, dunia hanya pinjaman...

Reply: ayares151: tq..seronok dok sini?..bagi Mat, di Malaysia lah paling best dalam dunia :) ..insyaAllah semoga termakbul impian awak untuk ke sini :D... chubbychan: memang masjid di sini hanya boleh dibilang dgn jari..kebanyakan yang ada hanyalah musolla2 kecil yang disewa tempatnya..masjid dalam gambar tu ialah Tokyo Mosque (tak ingat nama betulnya), sumbangan kerajaan Turkey..bersyukurlah dapat solat dengan mudah di Malaya, sbb pergi memana pun i-Allah paling kurang surau ada utk bersolat..kalau di sini, celah lorong, tepi jalan, bawah tangga, parking lot, sebelah convinience store, hehe.. cobaan!... abrar: harap tak ambil hati..Mat hanya berjenaka pasal meredah hujan tu..hehe..:D..tq atas kunjungan balas :) ... Op: kome punyer blog lagi bagus dari Mat! :D..rasanya nanti nak kena tukar BG music lain pulak kot..takut nanti korang naik jemu dgn lagu ni..hehe... cik lebah: maaplah cik lebah..hari tu tak update sbb takder kemudahan internet ditambah pula dlm minggu orientasi company :D... Pak wattan & sri diah: salam juga buat kalian... Mely: salam..a'a..jgn tak tau Mat ni penyegan orgnya..hehe..vacancy utk GM??..ada,ada! Gosok Meja..bley?..kalu berminat nanti hantor resume..hehehe... etake: alhamdulillah, mudahnya mamat tu dapat hidayah.. kak Salina: bau rentung 5, 6 tahun lepas dgn 1,2 bulan punyer mana lagi kuat??..hehe.. :D.. bau diri sendiri yg rentung kot tu..huhuhuhh..

Saturday, May 15, 2004

Salam terakhir...

Jam 0:21 am, berdering cellphone dan tertera pada skrin "Not support". Tak syak lagi ni mesti panggilan dari tanahair. Hati begitu berdebar. Selalunya family Mat akan membuat panggilan dari Malaya hanya ketika 'ada sesuatu yang tak kena'.

Kak: Mat, tok (nenek) dah takdak dah.....................
Mat: Innalillahi wainna ilaihiraji'un. (Hati gelisah, keluh kesah). Tok mana ni? (Mencari kepastian padahal aku hanya ada seorang tok.)
Kak: Tok Jah (nenek sebelah abah), baru tadi................


Terdengar esakan kakak, dan bunyi gagang diletak. Kelu, terkelu yang amat...

Belum habis dengan kesedihan 15 September lalu, hari ini Mat kehilangan seorang lagi insan yang tersayang. Ya Allah, kuatkan hati aku ini...

15 minit, mengumpul segala kekuatan yang ghaib secara tetiba untuk membuat panggilan semula ke tanah Malaya. Mak & abah mengiyakan berita, aku terus hilang bicara...

Al-fatihah buat tok... Semoga rohmu ditempatkan di kalangan para salihin, di kalangan orang-orang yang beriman, di al-jannah, syurga idaman.

InsyaAllah, semoga kita dipertemukan semula, di alam sana...

Berikan Mat sedikit masa lagi untuk reply semua msg2 dari kalian. Harap maaf...

Wednesday, May 12, 2004

Musim panas kelima

Kira-kira sebulan sebelum masuknya musim panas. Tetapi bahangnya sudah terasa sejak dua tiga hari ni. Bagi Mat, summer adalah musim sempoi! Hehe, kenapa ya?? Sebabnya, tidak perlu untuk memikirkan baju mana yang hendak dipakai, berapa helai yang perlu untuk membungkus badan, tak perlu berstokin tebal, juga tak perlu berlilitan muffler di leher. Cukup dengan pakaian seperti mana yang dipakai di Malaya. Simple!

Tapi satu benda sajalah yang kena sabar sikit. Panas di sini tak sama macam di Malaya. 'Panaih berkuap', dalam bahasa Kedah yang sebutannya ala-ala bahasa France. Hehehe... Berteduh la bawah pokok rendang pun. Nanti lencun bermandi peluh juga! 4 tahun bersummer di Ibaraki, kira bertuah la jugak. Sebab Ibaraki merupakan prefecture yang paling rendah suhunya sepanjang summer dalam kawasan Kantou (Kantou ni kiranya kalau di Malaysia macam lembah Klang la lebih kurang. Kawasan elit! :) Hihi, kang orang di luar Kantou mesti cakap, 'Ceh, perasan ler tu Mat nih!'). Jarang-jarang melepasi 30 celcius. Ditambah pula dengan hembusan bayu Lautan Pasifik. Huhhh, nyaman...


Khabarnya summer di daerah baru ini begitu menguji keimanan :D


Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Wahai sekalian manusia, ucapkanlah salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali persaudaraan dan dirikanlah sembahyang ketika manusia sedang tidur nescaya kamu sekalian akan memasuki syurga dengan selamat.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Monday, May 10, 2004

Butiran mutiara dari langit

Salam Maulidur Rasul!

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah S.A.W. Kurniakan kekasih-Mu kedudukan tertinggi dan terpuji seperti yang telah Engkau janjikan.
Ya Rasululullah, kami menagih syafaatmu di hari Mizan kelak...

***

Hujan gerimis dari petang semalam berlarutan hingga ke malam ni. Kadangkala lebat, kadangkala romantis gitu. Huhuhh... Lencun seluar Mat masa balik ke hostel untuk solat Zohor tengahari tadi. "Haha, sekali sekala apa salahnya main hujan Mat", bisik deretan pokok di tepi denai ke hostel. "Inilah rezeki yang kami tunggu-tunggu dari langit". Kan hobi engkau dulu-dulu.

Ingat lagi masa zaman kanak-kanak ribena. Pantang hujan lebat. Kenduri sakan satu kampung. Hehe, dengan abang, kak dan adik cukup satu korum ditambah dengan kawan-kawan yang berjiran lari keliling rumah macam nak sambut raya. Abah pulak tak pernah melarang. Kadangkala macam memberi galakan pulak. Hehe... "Biaq antibodi depa kuat sikit..." abah pernah backing kami adik beradik bila dimarah mak. Lagipun hujan di kampung insyaAllah mana ada asid-asid yang berbahaya. Tapi mungkin betul cakap abah tu. Alhamdulillah antibodi Mat sekarang rasanya boleh tahan la kuat. Hehehh... Tapi itulah, kesian mak. Kena musim hujan, berbaldi baju kitorang nak kena sental. Maafkan Mat yer mak, selalu saja menyusahkan...


Makhluk-makhluk Allah yg dahagakan mutiara dari langit

Cantik Mat tengok pokok-pokok dalam Y-City (kawasan company Mat, agak luas) lepas disiram hujan. Makhluk-makhluk Allah yang banyak tertogel dek penangan sejuk winter ni dah menghijau kesemuanya. Pernah tak kome tengok pokok yang berdaun muda? Haa, kaler tu laaa... Lawa kan??

Ironisnya, kita hamba Allah di muka bumi ni, semuanya dah ditentukan rezeki masing-masing. Ada yang dapat sedikit, ada yang dipermurahkan, dan ada yang dilebihkan. Rezeki tak semestinya disandarkan pada wang ringgit. Rezeki kesihatan, rezeki kebahagiaan, rezeki ketenangan jiwa, rezeki anak dan bermacam-macam lagi rezeki yang Allah limpahkan buat hambanya. Dan setiap rezeki yang dikurniakan ini hanyalah sementara sifatnya dan merupakan ujian semata-mata buat kita.

Jadi, tak perlulah kita merasa cemburu, iri hati atau pun berdengki kalau ada insan lain menerima lebih dari kita. Syukur sahajalah apa yang kita dapat. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang taat! Apa guna punya harta bergunung, tapi jiwa ingkar dan sering lupa pada yang Maha Agung... Mungkin hari ini hari mereka, ntah esok lusa siapa tahu giliran kita pula... InsyaAllah. :D

Tapi janganlah pula mengharap rezeki jatuh ke riba, tanpa berusaha...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang ingin diselamatkan oleh Allah dari kesulitan pada hari kiamat, dia hendaklah merungkaikan kesusahan orang miskin atau dia menghapuskan (membebaskan) hutang orang miskin.

(Hadis riwayat Imam Muslim).


Saturday, May 08, 2004

Kerja kosong

Iklan: Beberapa hari lepas Mat ada menerima satu e-mail dari Toshiba. Tawaran kerja kosong untuk jawatan engineer (tidak dinyatakan pula bahagian mana). Syarat kelayakan ialah graduan Electric & Electronic, fasih bertutur dan kebolehan menulis dengan baik dalam Japanese. Jadi kepada rakan-rakan yang sudah pulang ke tanahair, masih belum ketemu kerja yang sesuai dan berminat untuk mencuba nasib, bolehlah menghubungi Mat. InsyaAllah nanti Mat akan forwardkan e-mail tersebut dengan seberapa kadar segera. :D

Reply: Mely:alhamdulillah, baik ajer ly...baru jer sebulan kerja...belanja?..i-allah nanti kalau ada rezeki :) .. MBA: silakan bro MBA...right click mmg tak boleh...caranya gerakkan mouse ke gambar dan nanti akan keluar satu bar dan klik pada icon disket untuk save...tp rasanya hanya untuk pengguna windows XP...yang lain tak sure.. :D Kinky: Malaysia memang kaya dengan cuti...orang berdeepavali kita cuti, org bergong xi fa chai pun kita bercuti, hari raya dah tentu dah cuti...birthday agong, wesak, thaipusam, bla bla bla, haii banyak sungguh...kinky tak balik kampung ke cuti ni? Mack: w'salam...i-allah mudah2an...sunyi, mmg sunyi...mcm tercampak di tengah pulau...hehe... muring-wien: salam maulidur rasul juga buat bro muring :D wkdin: salam wkdin...alahai janganlah dibandingkan odyssey dia dgn kereta buruk Mat...kereta Mat ni tunggu masa jer nak luruh enjin...huhuhh... kak Inai: kerja, kerja dan kerja...hai, tak tercapai jugak hajat Mat nak ke sana winter baru2 ni...hmmm...maaf yer akak :) chubby_chan: a'a...tgh menimba pengalaman la nih...harap2 timba tak tembus/berlubang...hehehe... etake: ooo...bestnya!...apa yg boleh ngko buat kat narita??...hmmm, usha awex, ada ker awex yg melepak sana...hmm, ko angguk jerlah kalu ada saper2 yg datang angguk kat ngko...yaaa, mari mengangguk...hait, hait!...hehe Mely: salam hujung minggu :D

Friday, May 07, 2004

Saudara baru

Pantas betul seminggu berlalu. Dah pun masuk Jumaat semula. Hari ni kerja, esok bergumbira. Yeay! Hehehe... (Ish, ish sian betul nengok budak mat ni...). Dan setiap kali datangnya Jumaat, sayu jadinya hati ni. Aik, kenapa pulak?... Yerlah... Sedih tak dapat solat Jumaat. Macam mana nak bersolat kalau Muslim yang ada hanya 2 orang??... Huhuhuhhh... Rasanya dah sebulan lebih tak termasuk dalam senarai ahli Jumaat. Sadis, sadis...


Ketenangan yang dicari...

Jumaat lepas, ketika mengambil wudhuk untuk jamak taqdim Zohor dan Asar di Tokyo Mosque, terdengar suara tersekat-sekat seorang Japanese melafazkan kalimah syahadah di bilik bersebelahan bilik berwudhuk. Tetiba sahaja meremang bulu roma jadinya. Kali pertama seumur hidup mendengar ucapan pengisytiharan Islamnya diri seorang hamba-Nya, meninggalkan agama nenek moyang yang karut marut untuk mengabdikan diri pada yang Esa. Terbatu seketika. Alhamdulillah syukur tak terhingga, dilahirkan sebagai seorang Muslim, mewarisi dari mak & abah, datuk & nenek. Apalah nasib Mat ya kalau dilahirkan bukan dalam situasi begini?... Adakah mungkin akan dimurahkan hidayah juga atau ... Na'uzubillah. Syukur pada-Mu Tuhan... Dan Kau peliharalah iman 'saudara baru' ku ini. Janganlah diperbolak-balikkkan...


...ada di sini

Itulah kekadang cemburu melihat sahabat-sahabat lain mudahnya berjaya menarik non-Muslim untuk beriman pada agama Allah. Memang benar hidayah itu milik Allah. Tapi itulah... Aduhai, terasa betapa kurangnya usaha diri ini untuk itu... Kurniakan aku kekuatan ya Allah untuk menyebarluaskan agama-Mu ini...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang bermurah hati sewaktu menjual, bermurah hati sewaktu membeli dan bermurah hati sewaktu meminta hutang.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Wednesday, May 05, 2004

Kejapnya cuti

Nak menunggu kedatangannya punyalah lama. Penat bercountdown. Tapi, pemergiannya sekelip mata. Begitulah perihalnya cuti. Belum puas rasanya bercuti, bermesra, bergelak ketawa dengan adik-adik yang lain di Ibaraki. Sedar, sedar hari ni dah pun nak kena kembali ke Shizuoka. Hmm, menghadapi situasi begini rasanya mahu terus bergelar mahasiswa...

Bertolak pulang kali ni bertemankan 'awek' kesayangan, si Curren. Tak sanggup lagi untuk berjauhan dengannya. Huhuhhh... Jam 12:40 pm kelihatan sebuah kereta putih yang datang dan berhenti di belakang kereta Mat. Bro Qusai, sis Arwa (isteri) dan Mohannad rupanya. Datangnya mereka nak mengucapkan selamat jalan buat musafir ini. Alhamdulillah dan syukran kerana bekalkan Mat sebiji pizza. :D ... Tak sudah-sudah kalian taburkan budi. Dapatkah Mat membalasnya nanti???...

Berat sungguh meninggalkan tanah permainan ini. Tanah halaman yang menyimpan seribu satu nostalgia, kisah suka duka seorang anak rantau. Jam 2 pm bergerak perlahan meninggalkan bumi Hitachi. Sampai di Mito, menurunkan si Ariff (junior 1 st year) dan menyambyung perjalanan ke selatan. Sempat tersesat dalam Tokyo 40 minit sebelum jumpa kembali laluan asal yang nak dituju. Melihat ke arah meter perjalanan dan jam di tangan. 5 jam setengah untuk hanya 200 km. Aduss!! Perjalanan solo yang membosankan! Puas bersengkang mata alhamdulillah jam 9:45 sampai di perkarangan hostel.

Ngantuk arr, nak tidur...

Thanx to Bobuk tumpangkan rumah seminggu dan sahabat-sahabat lain Kulat, Musa, Apek, Din, Epol & others di Ibaraki. InsyaAllah bila-bila nanti aku sampai lagi. Yoroshiku...