Saturday, July 31, 2004

Cardiff, bandar pelabuhan menawan

Lagi dengan perjalanan cuti-cuti Bath. Hari ni, Mat dengan students yang lain bertolak awal dari universiti, sekitar jam 9 gitu, dalam rangka lawatan ke Museum of Welsh Life St. Fagan's dan kota Cardiff.

Mat, seperti biasa akan setia memandang ke luar tingkap bila menaiki bas, melihat akan pemandangan di luar sana, kecualilah kalau aku letih kecipanan ataupun di luar sana gelap gulita. Sudah menjadi tabiat, mungkin! Ya, tapi aku lebih suka dengan cara begini. Melupakan seketika segala senak di kepala, biarkan perasaan terbang bebas ke mana sahaja ia mau pergi. (Lagi best kalau dengan iringan instrumental, Another You - Cromok). Baca buku / lain-lain bahan bacaan?? Huhh, bukan aku tak suka. Tapi, nanti aku naik loya! Mabuk...

Pada langit, pada sang bayu, pada kepulan awan, pada makhluk-makhluk Allah yang lain di luar sana, terima kasih kerana selalu menemani, meminjamkan aku kekuatan, untuk meneruskan hidup, untuk terus tabah melolosi jalan yang penuh liku. Dan, terasa betapa kerdilnya diri di kala begini...

Hahaha, jangan ingat Mat ni hepi sentiasa orangnya, hanya kerna catatan-catatan pada entrinya di sini bagaikan dialah orang yang paling bahagia dalam donia. Mat ni sebenarnya mahkluk yang banyak memendam rasa dan jarang sekali diluahkan pada sesiapa. Mungkin aku lebih selesa begini... Simpan sahajalah Mat, yang pahit-pahit itu. Telan, mudah-mudahan ianya menjadi obat yang mujarab! :D

Tengah asyik aku mengelamun, tiba-tiba bas berhenti. Bas rosak, kata si driver tua. Cess, potong stim betul!


Tersadai di sempadan

Pandai pulak bas ni rosak betul-betul di sempadan antara Wales dan England. Lebih kurang 45 minit juga 'melengung' di situ sementara menunggu bas gantian datang. Malang yang berbau hangit ini telah menjejaskan kelancaran program, di mana masa yang tinggal untuk melawat Museum of Welsh Life hanyalah berbaki sekitar 45 minit.


Mari menyodok...

Muzium ini telah dibina pada 7 July 1948 berhampiran St Fagans Castle, dan merupakan muzium tak berbumbung yang terbesar di UK (kalau tak silap). Mempamerkan segala macam artifak dan gaya hidup masyarakat Welsh dahulu kala. Dan inilah attraction (???) pertama yang Mat lihat. Cess!! Cipan, kau lebih mulia...


Huhh, mana mau pigi sih??

Dengan masa yang terhad, dan tersesat pula ke hutan begini, ke mana harus aku melangkahkan kaki pergi?? Mana castlenya??


Salah satu rumah tradisional Welsh

Snap and go! Hmm, aku sudah kebosanan sih...

Bas kemudiannya bergerak menuju Cardiff, capital city of Wales. Bandar moden, berpopulasi 320,000 orang, antara capital yang termuda dan salah satu bandar maritim terbaik Eropah.


Jalan ke Cardiff Castle


Kekadang aku diserang cemburu, masyarakat Muslim di sini tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan makanan halal, tidak seperti di Jepang sana. Hasil pengorbanan orang terdahulu barangkali. Wahai Paki-paki, berduyun-duyun berhijrahlah kalian ke negara matahari terbit sana... Kami memerlukan anda!


Cardiff Castle

Cardiff Castle sebenarnya merangkumi beberapa struktur yang dibina dalam abad yang berlainan, seperti benteng / tembok Rom dan beberapa menara di sekeliling kawasan sekitarnya.


Pemandangan dari Tower

Beginilah gamaknya pemandangan yang dapat dilihat oleh Raja-raja dahulu kala. Melihat ke bawah sana, amat kecilnya mereka itu semua, tanpa sedar yang orang di bawah juga nampak dia terlalu kecil pada pandangan mereka... :D


Downtown

Baki sejam sebelum berangkat pulang, sempat pusing-pusing sekitar pusat bandar Cardiff, keluar masuk gedung membeli-belah, tapi hanya sebotol jus oren yang aku beli. Hahaha, tak bernafsu aku nak menghabiskan pound. Aku haus!


Civic Centre

Dalam perjalanan pulang ke bus stop, sempat singgah sebentar di Civic Center. Berehat ambil angin 5 minit gitu, sambil melayan karenah orang-orang di Cardiff yang nampak seakan-akan mahu bertelanjangan, meraikan panas yang datang. Musim buah-buahan, kata si Rizal di Bath sana. Muahaha... Gilo!!

Dan di bawah ini, beberapa tempat yang Mat tak berkesempatan singgah untuk trip kali ini... Nak datang lagi ker tak?? Hmmm...


Millenium Stadium


Cardiff Bay

Selamat tinggal Cardiff. Aku beransur dulu...

Friday, July 30, 2004

Pertemuan, permulaan sebuah perpisahan...

Alhamdulillah, dapat berJumaat di masjid Bath setelah 2 minggu 'lemas' dalam universiti. Dan hari ni juga, berjaya ketemu kerabat Malaya di sini selepas hampir 2 minggu lebih hanya berglobal dengan masyarakat asing. Tetapi hanya 5,6 orang sahaja yang bersisa di sini memandangkan majoritinya pulang bercuti di Malaya. Syukur...

Sebenarnya dah bertemu beberapa hari lepas dengan salah seorang daripada mereka, Bro Rizal. Tetapi hanya 3,4 minit sempat berbual ringkas kerana Mat tergesa-gesa waktu tuh.

Di samping bertemu muka dengan diorang nih, ada agenda lain hari ni. Sertai diorang ke Bristol untuk mendapatkan ayam/daging halal. Huhh, menyenget eden bimbit ayam stok sebulan dan barang-barang dapur yang lain. Nasib badan, minoriti di bumi kafirin...

Jazakallah buat sahabat-sahabatku warga Malaya di Bath.

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Wahai sekalian manusia, ucapkanlah salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali persaudaraan dan dirikanlah sembahyang ketika manusia sedang tidur nescaya kamu sekalian akan memasuki syurga dengan selamat.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Thursday, July 29, 2004

Turun ke rink

Mengikut student helper, Chris dan Charlotte bersama beberapa student lain ke Bristol petang tadi. Pelawaan untuk ber-ice-skating di sebuah rink di Bristol.

Jam 7:30 pm, bertolak dari universiti ke Bath Spa Sta. bersama 11 yang lain (separuh darinya Russian). Kemudiannya menaiki train ke Bristol Temple Meads Sta. Rupanya dekat sahaja Bristol dari Bath nih. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa 15 minit.

Bristol merupakan antara salah satu bandar yang agak besar juga di England selepas London, Birmingham, Manchester dan Liverpool. Kalau di Bath, rata-rata rekabentuk bangunannya mengekalkan senibina tradisional England, di Bristol pula apa yang Mat dapat perhatikan, terdapat gabungan antara senibina tradisional dan moden. Cantik!


Bristol Temple Meads Station

Dari Bristol Sta. menapak lebih kurang 15 minit juga untuk ke Rink. Sampai di sana pula, terpaksa menunggu sekitar 30 minit sementara menunggu budak-budak kecik habis bermain ICE-KARTING. Guess what? Haha, tahukan go kart? Bebudak ni main go kart atas ais. Hebat tu!!


Huhuhh, mari kita tengok siapa yang tergolek dok!

Bayar 4 pound main sejam 15 minit saja. Cess, buang karan betul! Agak kekok juga mulanya. Dah lama tak turun meluncur. Hehh, ayat macam power jer?? Muahaha... Sekali sekala Mat beraksi macam orang kena sawan babun, terpusing-pusing kehilangan imbangan, dan sekali terjelepuk ke atas ais! Opss, bangun, bangun! Control macho... Mamat-mamat dan minah-minah Russia tu, faham-faham jerlah. Orang dunia ais, power nak mampus!

Satu yang Mat kurang suka dengan public transportation di sini, ketidaktepatan waktunya dan keputusan membatalkan train suka-suka dia saja. Semalam, kitorang terkena! Terpaksa balik naik bas ke Bath bila diberitahu train jam 10:45 pm dibatalkan perjalanannya. Huhhh... Itupun setelah bertanya pada pekerja di platform, dengan muka separuh poyo kepenatan berlari ke station dan terpinga-pinga menanti train yang tak kunjung tiba. Buatlah pengumuman 18 kali che mat saleh oii!!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Miqdam bin Ma'di Kariba katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak ada sesuatu bekaspun yang lebih berbahaya diisi oleh anak Adam selain dari perutnya tetapi memadailah beberapa suap makanan bagi anak Adam untuk menguatkan tulang sulbinya. Jika tidak ada halangan, peruntukkanlah satu pertiga dari bahagian perut untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu lagi untuk bernafas.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Tuesday, July 27, 2004

Menyelami sejarah purba

Kelas dah bermula semalam (dapat ramai member sih hari nih). Huhh, dah hampir setahun tak masuk kelas, dan kini Mat kembali semula! Terasa best la pulak jadi student nih. Tambah pulak belajar benda ringan-ringan, tak perlu fikir berat-berat.

Oh yaa, mungkin ramai tertanya-tanya apalah yang eden buat kat Bath ni. Hehe, ni nak kasi tahu nih. Company Mat campak eden ke sini suruh belajar tentang British Culture khususnya dan European Culture amnya dan sedikit kelas English.  Haha... mudah bukan!

Sebenornya program ni dicipta khas untuk pekerja-pekerja baru Japanese. Memandangkan mereka nih agak kecut bila berada di luar negara dan akan menggigil-gigil untuk berkomunikasi dengan orang luar, maka company pun mengambil inisiatif lah untuk menghantar semua pekerja baru ke oversea selama 6 bulan / setahun (optional). Sebab nanti mereka akan  banyak deal dengan pelanggan-pelanggan dari eropah dan US. Jadi, masalah lah kalau masih kelam kabut gitu. Dan lagi satu, untuk menjadikan mereka ni lebih berdikari...

Oleh kerana Mat pun pekerja baru, maka secara langsungnya terlibat samalah dengan program nih. Orang di bahagian Human Resource ada menyindir, "Eh kamu tak payah pegi la kot (ala English aku pun bukannya power sangat pakcik, tapi kalau dibanding ngan Japanese OK banyak lah)..." dan mat pun menjawab, saya tak kira, saya nak pergi juga. Hahaha... Bukan senang nak pegi beb!

Nampaknya aktiviti jalan-jalan terpaksa diperlahankan. Apapun, Mat pergi ronda-ronda lagi tadi. Ke Avebury dan Stonehenge. Lawatan ini merupakan salah satu dari agenda dalam program Mat. Bertolak dari universiti jam 1:30 pm. Duduk bersebelahan minah Italy (mcm biasa, Mat lupa nama..muahaha), eh bukan, dia terhegeh-hegeh datang duduk sebelah aku.

Berborak panjang lebar dengan Italian guys yang lain (sorang jer aku ingat nama, Fabbio - tu pun sebab sama kelas) dan seorang mamat dari Swiss, Oliver. Best lepak-lepak dengan diorang nih semua. Rasanya satu kapla dengan Mat.

Setengah jam kemudian sampailah ke Avebury (terletak dalam daerah Wiltshire). Di sini terdapat banyak batu-batu yang disusun mengikut formasi tertentu, yang masih misteri akan fungsinya. Tetapi ramai yang mengaitkan ianya mungkin berkait rapat dengan aktiviti keagamaan orang dulu-dulu (pra-sejarah).


Pintu masuk muzium di sini

Fuiyooo, sejarah di sini bermula 6000 tahun yang lalu! Mat masa tu darjah berapa er?? Tak ingat... Jadi, mengikut teori yang paling kuat, batu-batu ini digunakan oleh orang-orang Neolitik untuk aktiviti penyembahan. Boleh caya ker nih??...


Batu-batu purba di Avebury

Kemudian, bergerak ke selatan, tempat di mana letaknya satu lagi artifak bersejarah, Stonehenge. Binaan ini sebenarnya bukan batu-batu ini sahaja, tetapi seperti ada salingkaitan antara beberapa artifak misteri (bukit, rumah pelik berbentuk seperti colesseum dll) sekitar batu-batu ini.

Stonehenge ini telah dibina dalam 3 fasa dan pembinaan fasa pertamanya sekitar 5000 tahun yang lalu (boleh caya ker??..). Binaan ini pula dikaitkan dengan aktiviti keagamaan dan aktiviti bagaimana masyarakat dulu kala mengukur masa (kalendar pra-sejarah).


Struktur yang masih bersisa

Khabarnya mereka membahagikan masa mengikut musim dengan melihat kedudukan matahari dari batu-batu tersebut. Macam mana? Eden pun tok tohu...

Dan di bawah ni ada gambar-gambar yang Mat cilok, tentang batu misteri nih.


Pandangan dari udara

Batu-batu ini telah diangkut orang dulu-dulu dari tempat yang letaknya sekitar antara 30 hingga 200 km dari sini. Batu yang paling berat, 60 tan! Diorang angkut macam mana ya...??


Teori: wajah sebenar struktur nih

Atau pun mungkin binaan ni dibina masa saiz manusia semuanya besar-besar dulu nuh (sebab nabi Adam pun 70 hasta tingginya)?? Misteri Stonehenge...


 Klik di sini untuk fakta yang lebih terperinci.

Sunday, July 25, 2004

Hujung minggu


*** Jumaat ***

Patut la musolla di universiti lengang bila waktu solat Jumaat. Tiada solat Jumaat di situ rupanya. Solat Jumaat diadakan di bandar. Dapat tahu benda ni dari bro Hassan dari Kuwait.

Jumpa dia tadi masa tengah menunggu 'ahli Jumaat' lain datang. Mat dengar dia azan, dia qamat pas tu dia terus nak solat. Aikk, Jumaat ekspress ker nih?? Terpelingung seketika. Tanyalah dia, nak solat apa? Dia cakap nak solat Zohor. Oooo... gitu ceritanya. Mat pun 'Jumaat ekspress' sekali lah. :D Cakap la siang-siang...

Petangnya ke bandar, ke office Julian bersama beg besar. Nak angkut pinggan, mangkuk, periuk belanga dan seangkatan dengannya. Alhamdulillah jimat lagi pound. Tapi nak kena cari tanah la lepas nih. Kena samak dulu barang-barang ni semua! Perjalanan balik masa naik bas, tum tam tum tam pinggan mangkuk ngan periuk tu berlaga. Orang lain pandang-pandang, Mat buat muka tarak papa yeh. Huhuhh..

Islam itu mudah!

*** Sabtu ***

Program hari ni, mencari 2 lagi supermarket yang belum dijumpa, Sainsbury & Safeway, khabarnya agak murah. Harap lepas ni boleh mengatur perbelanjaan dengan lebih bijak! Opss dan terjumpa satu lagi kedai makan halal tadi, lagi satu Southern Fried Chicken. So, sekarang dah ada 3 kedai makan halal dalam list Mat (selepas Kebab & Southern Fried Chicken sebelah barat bandar).


Sebuah rumah sekitar Victoria Park


*** Ahad ***

Ahli social programme ada menjemput Mat untuk sertai rakan-rakan yang lain beriadah di Royal Crescent Park semalam. Sepak-sepak bola, baling-baling frisbee, dan beberapa permainan badut sarkas kepala dongga. Jadi tiada program yang menarik sepanjang hari ni melainkan 'layan' mamat-mamat ni semua. Fuhhh, bosannya hidup!

Rohaniku dahaga untuk diisi...


Sekitar Crescent Park

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada al-Miqdam r.a, daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda:
Seseorang yang memakan dari hasil usaha tangannya sendiri itu adalah lebih baik. Sesungguhnya Nabi Daud a.s memakan dari hasil usaha tangannya sendiri.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).


Wednesday, July 21, 2004

Selasa dan Rabu


*** Selasa ***

Agak bosan juga tinggal di hostel nih. Tanpa internet, TV, radio, fuhh, gila aku dibuatnya sih! TV, kalau nak beli tak berbaloi rasanya. Bukannya sampai setahun pun Mat di sini. Kalau di Jepun rasanya habis kemaruk pun, pergi cari ajer TV buangan. Untung-untung dapat DVD player sekali. Tapi, mau rajin cari laa...

Petang ni Mat merayau-rayau lagi sekitar Bath. Bath ni tak der lah besar sangat, tapi boleh tahan jugak kalau berjalan. Mencari-cari perkhidmatan internet pree. Opss, ada jumpa satu tadi. Di Central Library. Jimat pound aku! Yerlah cc di sini mahal-mahal belaka. Mana tahan sih...


Mari mengusha


Roman Baths

Kemudian lepak-lepak di jalan berdekatan Roman Baths, layan perfomance street entertainers. Macam-macam gaya. Agak kreatif mereka nih.


Kalau gitar, guitarist, kalau gergaji, Sawist???...haha..

Terpegun dengan mamat sorang nih. Main gergaji ajer, tapi bunyinya fullamak mendayu-dayu. Amazing! Mungkin ada yang lagi pelik yang Mat belum jumpa. Musician dengan ketam kayu ker, drummer pakai hammer ker... Akan ku jejak hingga ke lobang arnab!


Living statue

Aku rasa nak pelangkung jer minah ni. Mat ingatkan patung, alih-alih dia sergah aku. Cess... Nasib baik ususku tak terbelit. Sumpah jadi patung betul baru tahu! Pandai orang yang warnakan kostum yang dipakainya tu. Marvelous!

*** Rabu ***

Masih lagi berputar-putar sekitar Bath. Hari ni berjalan ke sebelah utara bandar, di mana letaknya Royal Crescent dan Circus.


Circus

Bangunan yang berbentuk bulatan. Yerlah, nama pun Circus. Iyer dok?? Tapi satu per empat sahaja yang eden boleh tangkap. Besau sangat.


Circus dari udara

Gambar yang dicilok dari website ntah mana-mana. Inilah rupa Circus sebenar! Arkiteknya John Wood dan siap dibina pada tahun 1754. Terdapat 528 simbol yang setiap satunya berlainan yang diukir pada dinding Circus nih, dan sejumlah 108 bucu/tanduk pada bumbungnya. Kenapa? Sayo pun tok tohu...


Royal Crescent

Bersebelahan Circus, tersergam indah satu lagi struktur menarik, Royal Crescent. Corak bangunan mirip kepada Circus, tetapi bentuknya seperti bulan sabit (dah nama pun crescent!) Kalau tak silap, proses mereka bentuk bangunan ni disiapkan oleh anak mamat yang bina Circus tadi, John Wood Jr dan siap dibina pada tahun 1767 gitu.


Dari sini pun tak muat laie??

Bangunan ni pun lagi satu, panjang benor! Penat berjalan cuba tangkap dari jauh, tapi hasilnya tak berapa menarik. Maka Mat pun menciloklah sekeping lagi gambar dari website mengenai Bath tanpa sebarang kebenaran bertulis. Muahaha... Pinjam kejap yer!


Royal Crescent dari udara

Dan inilah gambaran Crescent dari udara. (Macam pemandu pelancong ler pulok eden...). Merujuk pada sumber yang Mat baru jumpa tadi, Circus mewakili matahari dan Crescent mewakili bulan, itu yang mahu digambarkan oleh John Wood. Sebab apa? Tanyalah dia!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Othman r.a katanya: Daripada nabi s.a.w, baginda bersabda:
Orang yang paling baik dari kalangan kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran kemudian mengajarnya.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Monday, July 19, 2004

Ahad dan Isnin

*** Ahad ***

Semalam, Bro Faisal ada ajak untuk ke carboot sale pagi nih. Huhh, pengalaman pertama ke carboot sale. Selalu dengar orang-orang di UK ni suka benda nih. Terbayang-bayang la dalam kepala, macam mana rupanya natang alah ni.


Kabutsel

Ooo, cenggini rupanya carboot sale. Penjualan barang-barang terpakai. Eden ingat barang-barang baru, tapi dijual dengan harga tak patut. Heheh... Ada juga la barang yang terlintas nak beli, maklumlah dah sampai tempat baru ni, itu tak ada ini tak ada. Tapi memikirkan yang Mat akan meronggeng-ronggeng sekitar kota London esok hari, maka peramkan sahaja hasrat tu.

Kemudian, tengaharinya pulak si Man (housemate Bro Faisal ni) ajak untuk ke carboot sale yang satunyer lagi pulak, dekat Hertford. Mat, beres ajer...


Tuan rumah

Terima kasih buat tuan rumah kerana sudi menumpangkan eden 2 malam. Ojamashimashita... Sudi-sudi la datang ke Bath nanti :D

*** Isnin ***

Bertolak dari Hertford (rumah Bro Faisal) ke London jam 9:30 am, dengan menaiki bas 757 (kot..??), yang warnanya (hijau kuning) mengingatkan Mat pada tanah halaman. 5 pound untuk satu jam perjalanan. Perghh, kenapa transportation di sini semua mahal-mahal belaka er?? Tak patut, tak patut!!


Sekitar Hyde Park Corner

Turun di Hyde Park Corner, terus ke embassy. Mak aii, rameynya orang! (Mostly Chinese). "Pukul 4 nanti datang ambil yer." Perghh, lamo benor!!

Terjumpa geng Melayu di embassy tadi. Bro Hawari dari Gilford. Dia ajak Mat ke masjid kat tengah London nih. Haa, elok sangat la tuh. Jom!


London Central Mosque


Beza betul masjid di sini dengan di Tokyo. Kalau di Tokyo, selain dari solat Jumaat, bilangan saf hanyalah satu dan jemaahnya sekitar 5-6 orang (Zohor dan Asar), tetapi di sini, berduyun! Kagum!! Terasa lain benar persekitarannya. Tokyo, kamu masih asing barangkali...

Selesai jamak, Mat dibawa ke Edgware Road, kawasan Paki-paki. Lunch kebab hari ni. Kemudian kembali ke embassy, sambil mengharap semua urusan sudah beres. Setengah jam jugaklah menunggu tapinya...


Tube di sini cute la!

Disebabkan Mat dah terbeli one day ticket untuk zon 1 & 2 tadi, maka rugi benarlah kalau tak merayau-rayau sekitar London nih. Bas ke Bath jam 7 pm nanti. 2 jam setengah lagi. Dari Hyde Park Sta. bergayutan antara Picadilly line dan Northern line ke Tottenham Court Road Sta. Eden nak gi British Museum sebenornya. Nampak dalam gambar macam best jer. Besar, pree plak tu. Beres!


Depan muzium


Bahagian anjung muzium

Hampes benar! Muzium ni tutup awal. Baru setengah jam eden pusing-pusing dah kena halau suh keluar.


Buckingham Palace

Mat pun membawa dirilah ke Buckingham Palace sementara menunggu jam 7 pm. Sempatlah snap beberapa keping. Puas menunggu Elizabeth keluar jemput eden masuk ke dalam, tak keluar-keluar pung. Ish orang datang jauh-jauh nih. Takperlah rambut sama hitam (eh, rambut dia putih), urat kentut lain-lain, Mat bersungut dan berlalu pergi.


Dari kiri, cepat jalan...

Begitulah kisah Ahad dan Senin Mat sekitar London.

Saturday, July 17, 2004

Ke kota London

Passport Mat dah hampir tamat tarikh sahlakunya. Tinggal lagi 2 bulan. Julian suruh siapkan segera yang mungkin sebelum kelas bermula 26 hb nanti. Jadi, Mat ambil keputusan untuk ke embassy Isnin ni. Sementara tu, 2 hari cuti ni boleh la jalan-jalan ziarah senior (masa sekolah dulu) di Hertfordshire.

Tepon Bro Faisal, dan dia bagi green light, Mat pun tanpa berlengah terus ke Bath bus station. Buat kad diskaun (untuk penumpang bawah 26 tahun) National Express, untuk diskaun tiket 30%. Banyak tu, 30%! Kenapa Jepang takder sistem cenggini yer??



Pinggiran kota London

Mat suka cuaca summer di England, tak terlalu panas seperti di Jepun. Tetapi mungkin sedikit sejuk kalau berlengan pendek. Yang kurang menarik, langitnya selalu mendung. Agak sukar berfoto.



Rumah orang-orang kaya di London mungkin.



Victoria station

Seperti arahan yang diterima, sesampai sahaja di Victoria Coach Station, terus terkebil-kebil mencari Victoria Station (tube). Nasib baik jalinan tube di London ni tak berselirat dan serabut macam di Tokyo. Tak terlalu sukar untuk mencari.



Hampstead sta.

Kemudian, ke Warren Street sta. dengan Victoria line sebelum bertukar ke Northern line dan meneruskan perjalanan ke Hampstead station.



Sekitar Hampstead

Dalam sepuluh minit menunggu, Bro Faisal datang menjemput dan terus ke rumahnya di Hertford. Malamnya ke Luton ke pekan pak-pak Paki, dan dinner di sana. Mak aii, ingatkan satu dua kedai saja hakmilik Paki, rupanya hampir satu pekan! Dari kedai makan hinggalah kedai-kedai menjual sari segala mak nenek. Hebat! Di Jepun pun tak lama lagi macam gini lah kot jadinya...??

Pak-pak Paki dah pun tunjukkan buktinya. Rajin, gigih berusaha dan berani mencuba, kunci segalanya. Modal dan pengalaman, semuanya boleh dicari. Tak perlu menunggu ruyung pecah dengan sendiri untuk menikmati sagunya. Pak-pak Melayu pun tak kurang hebat kalau dibuang LAYUnya dan kalau pemerintah tidak terlalu banyak songeh berbirokrasinya dan tidak mendahului kepentingan mengisi poket sendiri dari memikirkan nasib bangsa seagama. Itulah, banyak yang kita perlu pelajari dari Paki-paki nih. Lihatlah kaum mereka, sudah berjaya dimana-mana. Di US, UK, Jepun dan tak lama lagi mungkin di Malaya. Empayar perniagaan yang mereka bina di seantero dunia tak kurang hebat seperti bangsa hidung kontot itu...

Dan kita, masih nyenyak dibuai lena...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ibadat Umrah yang dikerjakan sehingga ibadat Umrah yang dikerjakan berikutnya merupakan kifarat terhadap segala dosa yang dilakukan di antara kedua Umrah tersebut. Manakala ibadah Haji yang Mabrur pula ialah ibadat Haji yang tidak ada ganjarannya kecuali Syurga.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Friday, July 16, 2004

Ronda-ronda

Penat juga mencari umat Muhammad di sini. Yup! Kan hari ni hari Jumaat. Kenalah cari umat Muhammad, nak solat Jumaat. Cari di internet Muslim Society di Bath Univ., memang ada tapi perlukan password untuk masuk ke dalam musolla. Hmm, kalau e-mail sekarang pun rasanya esok lusa baru diorang reply.

Arghh, buntu! Kemudian pergilah Mat tunggu depan pintu musolla tu, mana tahu kalau-kalau ada terserempak dengan sesiapa. Tapi, hmmm hampa... Cuti summer baru saja bermula, bebudak lain pulang bercuti / berziarah ke tempat lain barangkali. Mat yang kehampaan akhirnya hanya bersolat Zohor dan terus ke pusat bandar Bath. Haha, biasalah Mat ni bukan spesis yang reti duduk diam.

Inilah gambar-gambar yang sempat Mat rakamkan petang tadi...


Pump House

Mat pun tak berapa pasti, tapi rasanya pam ini dibina untuk kegunaan Roman Baths, tempat mandi-manda semasa kerajaan Rom dahulu.


Rekabentuk menarik!

Jalan ni agak lengang. Mau taknya, jam dah pun ke pukul 8 malam. Kebanyakan premis perniagaan dah tutup laa...


Seragam!

Pemandangan sekitar Pulteney Bridge. Apa yang dapat Mat perhatikan, bangunan-bangunan di sini agak seragam dari segi reka bentuknya dan cat dindingnya. Cantik!


Hotel

Agak sukar untuk mengenal pasti bangunan-bangunan di sini tanpa membaca papan tandanya. Semuanya kelihatan sama. Hatta bangunan pejabat polis pun sepesen dengan bangunan-bangunan lain.


Pulteney Bridge

Jambatan bersejarah yang di atasnya terdapat kedai, restoran dan rumah. Canggih!


Berhampiran River Avon

Terasa mahu sahaja Mat berkhemah di tengah-tengah taman ni. Tidur menemani hutan-hutan batu cun-melecun nih... Eh, lambat pulak malam di sini (Maghrib 9:30 pm). ZzZZzZZ...

Sembang-sembang: Wawa: Moga-moga Doneeh tidak sakit lagi. Apa-apa hal, selamat menggunakan Doneeh.
Harap2 gitulah wawa..takper, baru talak satu..lepas ni bleh talak 6 juta kali lagi..huhuhh..benda pree ginilah..
Op: aik tukar doneeh / kembali kpd doneeh. doneeh bagus sbb boleh reply kat bwh komen. tp xstable. :(
Itu pasal la Bro Op..nk stabilkan doneeh, kena banyak mendermalah gamaknya..hehe..
hana: askum...dah slamat?alhamdulillah!smoga mat dpt menikmati keindahan Bath dgn sepenuh jiwa...
salam..alhamdulillah, berkat doa sahabat2 semua..Bath terlalu cantik la hana!
chubbychan: semoga mat sehat slalu..!!jalan baik-baik noo..heheh
InsyaAllah, moga2 nikmat sihat ini tak ditarik-Nya..alamak, tersepak batu! ;)

Thursday, July 15, 2004

London, here eden come...

Salam dari bumi ajnabi...

Lama betul semalam punya malam. Buka mata, masih gelap, buka lagi, masih juga gelap. Pas tu terus tutup mata, senang sikit. Lagi la gelap!


Daerah asing

Sampai Heathrow jam 5:30 am tadi. Terpelingung sekejap mencari-cari CC. Alamat dan nombor telefon si Julian, counselor Mat di UK hilang dalam simpanan. 1 pound untuk 20 minit! Perghh, kering la ana punya pound kalau gini. Alhamdulillah, nasib baik Mat belum delete mail yang diterima dari si Julian tempohari.


Macam mana nak pegi Bath ni???...
 
Agak sejuk pagi di Heathrow. Tak seperti pagi summer di Ibaraki & Shizuoka. Lebih kurang suhu pagi di Hokkaido.


Yes, I'm here. Jet lag!

First impression Mat nengok kota London ni, hmm agak kotor sikit berbanding Tokyo. Maklumlah rakyat England berbilang bangsa, tak seperti rakyat Jepun, satu negara satu bangsa. Lain bangsa, lainlah budayanya, dan lainlah fe'elnya. Mungkin itu puncanya...


Central bus station

Agak lama juga menunggu bas ke Bath datang. Hampir 3 jam! Nak cepat pun boleh, kalau naik train, tapi harga 2 kali ganda lah. Murah punya pasal, tak apa, 3 jam pun 3 jam lah...

Cuba untuk tak tidur sepanjang perjalanan. Hari pertama di tempat barulah katakan. Tapi hakikatnya, mata sudah mula kuyu. Penat berjalan jauh gamaknya.

Jalan di sini luas-luas belaka. Tak macam di Jepun yang keretanya besar-besar tapi jalan sempit ya amat. Dah ler tak ada tol pulak tu di sini. Ishh, ni yang jeles nih.

Kira-kira 30 minit perjalanan, terbentang luas ladang gandum dan ladang tenusu kiri dan kanan. Perghh, lawa siot! Teringat kenangan masa ke Hokkaido 4 tahun lepas. Tapi sini lagi lawa la rasanya... Subhanallah!


Pinggiran Bath

Selepas sekitar 2 jam setengah perjalanan dari Heathrow, sampailah Mat di mukim persinggahan baru, Bath. Terpegun sungguh pada deretan rumah-rumah dan premis-premis perniagaan di sini. Serius lawa!!! Kelas gitu. Nantilah pelan-pelan kita kongsi kecantikannya yaa...

Kerja-kerja mengangkut barang-barang ke universiti agak mudah kerana Julian datang menyambut Mat di Bath bus station. Haha, mari kita kerah tenaga dia. Muahaha...

Sampai di universiti, selesaikan semua pendaftaran, diberi sebuah NOKIA, dan aku pun terus beradu, kepenatan yang teramat!...