Tuesday, August 31, 2004

Utusan Hari Kemerdekaan dari bumi ajnabi...

Assalamualaikum dan salam Isnin buat semua saudara-saudaraku di Malaya dan di seluruh dunia! Banyak entri-entri dan gambar-gambar lawatan Mat ke beberapa tempat dalam masa yang terdekat ini berbaris menunggu untuk diposkan di blog nih, tapi Mat terpaksa ketepikan kesemuanya buat seketika demi memberi laluan pada entri hari merdeka!

Pertama-tamanya, ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat orang-orang yang terdahulu. Kerana merekalah kini kita bergelar anak Melayu yang 'merdeka'. Jiwa dan raga mereka telah dipertaruhkan untuk sebuah kemerdekaan, demi melihat anak-anak bangsa mereka tidak lagi dihunus senapang panjang di kepala untuk patuh pada setiap arahan anjing-anjing putih dari sini. Agar yang terkemudian tidak lagi diheret-heret bagaikan guni baja, seolah-olah lebih hina dari anjing kurap di tepi jalan.

Mat Kilau, Lebai Deraman, Tok Janggut, Mat Saleh, kalaulah kalian diberi peluang untuk celik buat seketika, tentu kalian bangga melihat cucu-cicitmu ini punyai menara berkembar yang menjulang ke langit tinggi, punyai lapangan terbang yang gah indah dan antara yang terulung di dunia. Mereka tidak lagi di belakang kerbau mahupun lembu. Mereka berMercedes, berBMW!!

Mereka tidak lagi gemar kopi/teh 'O', minuman kegemaranmu dulu. Ketinggalan zaman fikir mereka agaknya. Sebab itu mereka lebih rela melanggah air-air kencing setan tanpa malu tanpa segan. Mereka kini lebih senang memanjangkan kaki ke disko, pub, bistro dan seangkatannya dari mengimarahkan rumah Allah. Kitabullah pula hanya menjadi barang dagangan, barang perhiasan di rumah-rumah. Anak-anak muda, sebahagian besar dari kalangan mereka celik Roman, tapi buta alif ba ta. Hukum-hakam, sunah dan hadis bagaikan dongengan seangkatan dongeng Pak Pandir. Bisa dipinda, diterima dan ditolak mengikut citarasa sendiri. Dan yang paling menyedihkan, artis dan celebriti kini lebih disanjung mulia dari alim ulama, pewaris para anbiya...

Perpaduan Melayu masakini jika nak dibandingkan dengan zaman kamu dulu, huhh, terlalu rapuh. Mereka lebih suka melihat bangsa lain maju ke hadapan, tetapi kalau ada bangsa sendiri yang berjaya, cepat betul mereka iri hati. Penyakit yang sudah sebati dalam darah daging mereka! Mereka seolah-olah tiada mata dan memekakkan sahaja telinga, bilamana ada di kalangan kami yang tergelincir dari landasan agama. Kebebasan beragama kata mereka.

Kami masih ingat lagi cerita-cerita dari terdahulu. Cerita tentang bagaimana bersatunya orang-orang Melayu dalam menangani kes-kes murtad. Masih ingatkah lagi pada nama itu? Ya, Natrah! Satu semenanjung dilanda amarah hanya kerana keluarga si Natrah ingin mengkristiankan kembali si puteri yang suci terdidik dengan ajaran Islam. Ya, hanya kerana SEORANG! Tapi kini, beribu-ribu sudah berjaya dimurtadkan. Reaksi mereka, huhhh terlalu hampa!!!

Mat Kilau, Tok Janggut, Lebai Deraman, wahai pahlawan-pahlawan kami, sudah puaskah kalian dengan cerita-cerita dari generasi yang dikatakan sudah 47 tahun merdeka ini? Kalaulah, Mat kata kalau. Kalaulah kalian dapat meramalkan beginilah kesudahannya, beginilah laba yang kami dapat hasil pengorbanan generasi terdahulu, tentu kalian berkata begini; "Lebih baik dijajah anjing-anjing putih itu. Lebih baik menghabiskan masa menganyam tikar mengkuang, lebih baik menjaga ayam dan itik di reban, dari berjuang menuntut sebuah kemerdekaan."

Wahai cucu-cicit yang mewarisi darah pahlawan-pahlawan terbilang, wahai anak-anak Malaya, wahai Mat, jadilah kamu anak Malaya yang MERDEKA, dalam erti kata sebenar...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-47 BUAT SEMUA!

Friday, August 20, 2004

Ciao!

Selesai Jumaat, ke Somerfield mencari-cari barang untuk dimasak buat tetamu-tetamu malam ni. Semalam menjemput Anais, Fernando, In-Young, Oliver dan Maria ke dapur tingkat 4 teratak Conygre sekali lagi untuk jamuan leaving party!

Sampai di bilik sempat beradu 40 minit gitu, penat sangat sih! Gara-gara jadual harian yang terlalu padat lah nih. Huhuhh! Bangun dan menyingsing lengan besar-besaran lagi buat kali kedua dalam minggu nih. Member punya pasal!

Jam 7:45 pm gitu, Oliver datang dengan sebeg plastik barang-barang yang hendak disedekahkan kepada eden (of course la barang-barang makanan yang halal), memandangkan dia akan berangkat pulang esok pagi. Spaghetti, makaroni, segala macam sos-sos dia bawa. Huhh, eden kasi idea cantik punya kat Oliver, suruh dia masak semua pasta yang ada tu untuk menjamu tetamu-tetamu malam nih. Muahaha... Simpan pun macam aku rajin jer nak masak.


Nice to meet all of you!

Selesai aktiviti makan-makan, maka bermulalah sesi permainan UNO (siap dengan hukuman untuk siapa yang kalah) sambil berbual-bual buat kali terakhir. Dekah ketawa dari dapur tingkat 4 membelah sunyi malam di Bath University. Ketawalah, bersoraklah sepuas mungkin, kerana selepas ini belum tentu kita akan bertemu dan bergurau-gurauan seperti begini lagi. Selamat jalan buat semua... Ciao!

Wednesday, August 18, 2004

...sambungan (Lacock)

Pekan Lacock letaknya kira-kira 50m dari Lacock Abbey. Sebuah pekan mati yang begitu lengang. Sekali-sekala kelihatan kelibat beberapa warga emas yang lalu lalang bersama tongkat di tangan. Anak-anak muda? Entah, langsung tiada bayang!


Lengang!

Baru 5 minit berjalan, lintang pukang Mat, Oliver dan Maria mencari tempat berteduh. Hujan panas maa. Ya! Cuaca yang agak tipikal di sini. Hujan turun dan akan berhenti secara tiba-tiba, tanpa sebarang isyarat. Mirip bangat dengan cuaca di tanah Malaya!


Jauh dari hiruk pikuk kesibukan...

Tiada yang menarik untuk dikunjung sekitar pekan ini. Hanya berjalan-jalan menawaf pekan sambil-sambil menghirup udara segar selepas hujan. Ada menerima cadangan dari pemandu pelancong untuk ke gereja lama yang terdapat di sini. Huhh, terima kasih ajer lah pakcik. Jaga elok-elok gereja tu, nanti sekurang-kurangnya boleh juga dibuat stor baja gandum!


Sejarah yang tak akan berulang



Potret-potret kehidupan...

Begitulah kisahnya setengah hari Mat di sebuah countryside di timur Bath, pekan kecil penuh nostalgia, Lacock! Ikuti kisah selanjutnya, leaving party buat teman sekelas dan percutian (hujung minggu) Mat di kota London...

Mari mengembara bersama Harry Potter!

Aktiviti petang Rabu minggu ni ialah lawatan ke Lacock, satu kawasan yang agak terpencil, tak jauh dari Bath (sekitar 20km) yang pernah menjadi lokasi penggambaran beberapa scene dalam filem Harry Potter beberapa tahun yang lalu.


Di sebuah koridor dalam Lacock Abbey

Lokasi-lokasi penggambaran tersebut letaknya dalam bangunan Lacock Abbey yang telah dibina pada tahun 1229. Asalnya sebuah gereja hinggalah ke tahun 1539 apabila bangunan ini telah berpindah kepada William Sharington yang telah menukarnya kepada rumah untuk seisi famili dan diwarisi cucu-cicit-piutnya selama 405 tahun sebelum diserahmilik kepada National Trust.


Ruang di tengah-tengah Lacock Abbey

Ingat lagi scene di mana Harry merenung akan nasibnya (dalam salji) yang bersendirian menjelang winter break? Di sinilah penggambaran scene tersebut diambil.


Sebuah bilik di tingkat bawah Lacock Abbey

Pernah menjadi lokasi kelas Harry dan rakan-rakannya. Nampak seperti ciri-ciri senibina dari timur tengah. Adakah ianya dicilok dari sana??


Papan kenangan...



Pemandangan dari luar

Satu benda yang Mat tertarik pada bangunan-bangunan di sini, warna pada bangunannya. Nampak asli gitu! Dan hampir sama kesemuanya. Habis pusing-pusing Lacock Abbey, bersiar-siar pula sekitar pekan koboi Lacock...

...bersambung

Sunday, August 15, 2004

Sinsing lengan!

Semalam, dalam perjalanan pulang dari Stradford ada mengajak Oliver, Charlotte dan Maria dinner bersama malam esok (malam ni). Mat janji nak masak masakan Malaysia. Jadi, hari ni keluar ke bandar membeli belah bahan-bahan keperluan, sambil-sambil memikir apa yang hendak di masak ini malam...

Pulang ke bilik kepenatan. Lagi 2 jam ke pukul 7 pm. Ikutkan hati nak baring-baring kejap, tapi kang ada yang dinner dengan air paipsi. Hampir 2 jam menyinsing lengan di dapur, maka terhidanglah dinner malam ni, ayam masak madu, hamburger (dari kedai Paki), ayam tandoori, sup sayur dan dessert (cocktail mandarin) buat tetamu-tetamu dari Swiss, England dan Spain. Hilang rasa penat bila melihat tetamu-tetamu berselera makan, sampaikan licin periuk-periuk diorang bedal!

Selamat menjamu selera!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Amr bin Syu'aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).

(Hadis riwayat Abu Daud).

Saturday, August 14, 2004

...sambungan

*** Stradford upon Avon ***


Penat eden menaip, tiba-tiba habisy hilang. Tensen betul! OKlah, letak gambar jerlah...


Kawasan sekitar River Avon


Berderetan motorsikal berkuasa tinggi

Khabarnya hari ni ada festival mat-mat rider nih.


Jalan menghala ke rumah kelahiran Shakespeare

Beriya-iya benar aku pegi rumah dia, padahal satu buku dia pun aku tak pernah baca. Muahaha...


Inilah gambaran Shakespeare tekun menghasilkan karya-karyanya



Dalam rumah Shakespeare

Dilarang mengambil gambar sebenarnya sepanjang berada dalam rumah Shakespeare, tapi biasalah kan, Mat dengan skill paparazzinya. Huhuhh...


Dari halaman rumah



Sahabat alam di taman Shakespeare



River Avon


Begitulah kisah percutian Sabtu Mat di Cotswold dan Stadford upon Avon...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Takutlah kamu sekalian terhadap kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu merupakan kegelapan pada hari kiamat. Seterusnya takutlah kamu sekalian terhadap kebakhilan kerana sesungguhnya kebakhilan itu telah membinasakan orang-orang yang terdahulu daripada kamu di mana ia mendorong mereka untuk menumpahkan darah dan menghalalkan semua perkara yang telah diharamkan ke atas mereka.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Cotswold & Stradford upon Avon

Saban hari berkunjung, hidangan TARAN basi yang menanti kalian, ribuan kemaafan! Ntah apa alasan yang Mat boleh berikan yaa... Hmm, baik berterus terang saja. Mat diserang penyakit segen lagi. Seminggu ke hulu ke hilir mencari vaksinnya, namun tiada ketemu jua. Dan hari ini, alhamdulillah ianya dapat dinyahkan jauh-jauh. Harap-harap penyakit tu tak akan kembali ke Bath lagi...

*** Cotswold ***

Kali ni Mat nak membawa kalian ke 2 tempat di utara Bath yang masih mengekalkan ciri-ciri ketradisionalan England, iaitu Cotswold dan daerah kelahiran sasterawan terkenal William Shakespeare, Stradford upon Avon.

Perjalanan ke utara kali ni mengambil masa yang agak panjang. Jadi, bas rasmi (RYAN) yang telah membawa kitorang ke Avebury & Stonehenge, Cardiff (yang telah mencampak eden dan kengkawan di sempadan England dan Wales -rujuk entri terdahulu), dan khidmat terakhirnya mengangkut kami ke Windsor Sabtu lepas setia menanti di bus stop seawal 7.50 am.

Bas dijadualkan bertolak jam 8 am. Hahaha, satu ujian juga buat student non-muslim yang lain setelah semalaman mereka berdansa senggol-senggolan, berpesat-pestaan, parti-partian dan melanggah sakan air kencing setan semalam. Ada yang berjaya gagahkan kaki ke bus stop, dan ada yang kecundang...

Dua jam perjalanan, tibalah ke destinasi pertama sebuah desa kecil, agak lain wajahnya berbanding tempat-tempat yang Mat pernah jejaki sebelum ini di Britain (ceh, berapa tempat sangat ko pernah pegi Mat??). Mat suka dengan suasana di sini. Udara yang nyaman, tenang sahaja tanpa bingit, deru enjin kereta. Mungkin inilah gambaran sebuah desa tradisional England yang keadaannya kekal tanpa diusik, biarpun kawasan sekitarnya bertukar wajah dek Revolusi Industri satu tika dulu.


Sebuah desa di Cotswold

Kami diberi masa satu jam suku untuk bersiar-siar sekeliling tempat nih. Berempat bersama 2 sahabat akrab dari France, Anais dan Veronique (berkerusi roda), dan seorang student helper, Charlotte menyusuri denai bersebelahan sebatang anak sungai. Selesai bersnap-snapan, Mat mengambil alih tugas Anais untuk menolak kerusi roda Veronique. Huhh, pengalaman baru dalam hidup nih...


Rumah berhampiran anak sungai

Charlotte memberi cadangan untuk mencari MAZE yang terdapat di kampung ini. Mat mengikut saja. Jangan sampai sesat udah ler...


Windsor Royal Station

Masa yang tinggal untuk berkumpul di bas semula, 45 minit dan masa purata untuk mencari jalan keluar dari MAZE, 25-30 minit. Fuhhh, berkira-kira dan terus berkira-kira. Kang ada yang kena tinggal nih... Berempat sebulat suara, menyahut cabaran untuk masuk juga ke MAZE. Alang-alang dah sampai kan...

Hahh, melihat digit-digit pada jam yang menunjukkan masa yang tinggal hanyalah sekitar 15 minit, masing-masing mula naik gelabah. Tugas mencari jalan keluar Mat serahkan pada Anais dan Charlotte sepenuhnya. Mat hanya mengekori dari belakang dengan menyorong kerusi roda Veronique yang betul-betul muat dengan lorong-lorong MAZE yang dibina.

Orang kata, insan yang kurang sifatnya dari manusia biasa ni selalunya ada kelebihan tersendiri. Contohnya, orang buta, walau pada zahirnya mereka buta, namun mata hati mereka terlalu terang berbanding kita. Mat rasakan, si Veronique ni pun sama. Walaupun badannya lumpuh, tetapi tetap memiliki keistimewaannya tersendiri. Dengan kata nasihat dari dia, dapatlah kami cari jalan keluar dari MAZE tu dan dapat kembali ke bas tepat jam 11:15 am. Kagum!! Bukan pada Veronique. Pada Pencipta!!...

...bersambung

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Khaulah al-Ansariyah r.a katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya orang-orang yang menyalahgunakan harta Allah (baitulmal) tanpa hak, di hari kiamat nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Monday, August 09, 2004

TARAN...???

Tahun kelahiran nabi Muhammad rasul junjungan dinamakan Tahun Gajah disebabkan serangan tentera Abrahah ke atas kota Mekah. Tahun 1957 dinamakan Tahun Kemerdekaan (ada ker nama nih??) setelah Tanah Melayu bebas dari cengkaman penjajah.

Tahun 1980 dinamakan Tahun Monyet, bukan sebab serangan monyet ke atas Tanah Malaya, juga bukan disebabkan kelahiran monyet dengan kadar yang luar biasa, tetapi hanyalah berdasarkan kitaran kalendar Cina. Tahun 2000, digelar Tahun Millenium, dan tahun 2004, tahun ini, rasanya sesuai Mat namakan sebagai TARAN. Muahaha...

TARAN = TAhun Pindah RANdah!! Ya! Petang Jumaat lepas Mat (semua student) dapat arahan dari orang pejabat penyeliaan hostel supaya berpindah ke hostel bersebelahan berikutan masalah fire alarm yang gagal berfungsi. Huhh! Mari menghitung, sudah berapa kali Mat pindah randah tahun ni;

1. Villa kesayangan ke rumah Bobuk (menumpang)
2. Rumah Bobuk ke Y-City
3. Y-City ke Fujisawa Training Center
4. Training Center ke Y-City
5. Y-City ke Shimidzu
6. Shimidzu ke Y-City
7. Y-City ke Bath (Mendip)
8. Bath (Mendip) ke Bath (Conygre)

Fuhh... 8 bulan, 8 kali dah rupanya aku berpindah. Best?? Sekali sekala OKlah. Tapi, selalu cenggini, menyampah! Penat maa... Aku bukan Badwi, jauh sekali puak nomad Mongol! Agaknya ke mana pulak selepas ni yaa??? Kalau ditakdirkan berpindah ke 'negeri abadi'? Aku pasrah, jika itu suratan Ilahi. Tapi, tapi, tapinya aku belum cukup persediaan untuk ke sana...

Ya Allah, berkatilah usia kami. Lindungi dan jauhkan kami dari menjadi hamba-Mu yang kufur...

Saturday, August 07, 2004

Windsor, simbol di raja

Entah kenapa, pagi Sabtu kali ni agak suram, tidak seperti minggu lepas. Mungkin kerna aku kehilangan beberapa teman akrab di sini. Ya, kalau 2 minggu lepas aku bahagia kerana dapat ramai kawan dalam sekelip mata, tapi hari ni, semuanya telah hilang dari pandangan.

Dimitri dan Alexander dari Russia, Fabbio, Marco, Paulo & Alessia dari Itali, telahpun pulang pagi tadi, Alfredo dan teman-teman Spanish yang lain akan berangkat pulang petang nanti. Dan beberapa lagi teman akan menyusul pergi esok hari. Dan nampaknya Isnin nanti, aku terpaksa mencari pengganti-penggantinya. Kawan, sahabat, teman datang dan pergi...

Suasana dalam bas dalam perjalanan ke Windsor tadi, terlalu berbeza dengan trip-trip sebelum ini. Tiada lagi helai ketawa, gurau senda dari mamat-mamat Spanish, tiada lagi ngilai-ngilai bebudak Russia, tiada lagi telatah lucu rakan-rakan dari Itali. Yang ada, hanyalah perbualan cho che cho che cho che... Rata-rata pelajar baru yang baru sampai dari sana asalnya. Buhsan!! Nasib baik ada Miki (Japanese) di sebelah, ada juga member untuk berborak.


Windsor Royal Station

Windsor Castle (lebih dari 900 tahun usianya) merupakan kediaman rasmi kedua selepas Buckingham Palace dan merupakan istana yang didiami yang terbesar di dunia.


Jalinan tembok dalam castle

Sebenarnya, sebahagian dari ruang dalam istana ini telah pun musnah dalam kebakaran besar pada 1992. Banyak juga barang-barang bersejarah yang ditempatkan di sini musnah dalam kejadian tersebut. Tapi, kalau ianya milik nenek moyang mereka yang telah datang memperkosa tanahair kita satu tika dulu, padan muka dari aku. Muahaha...


Kawasan larangan

Banyak isu yang timbul kebelakangan ini melibatkan famili istana. Semuanya bermula sejak krisis hubungan dingin antara keluarga Charles dan Mendiang Princess Diana terbongkar setelah kematiannya beberapa tahun dahulu. Ada di kalangan rakyat yang sudah mula menunjukkan rasa benci pada famili di raja ini, kerana kewujudannya yang bagi mereka hanyalah menghabiskan wang rakyat, tiada kerja yang dibuat.

Lecturer Mat, Mr Martin antara salah seorang darinya. Hehe.. Tapi tak kurang juga yang masih menjunjung setia. Iaitu bagi mereka yang berpendapat sistem beraja dan Britain adalah begitu sinonim sejak zaman berzaman dan patut dipelihara. Tapi, mereka takderlah sampai berampun-ampun macam orang kita :D ...


St. George's Hall

Hanya kawasan-kawasan di luar bangunan sahaja yang dibenarkan bergambar. Kawasan sekitar dalam bangunan istana, ada sahaja pak pacak yang sentiasa mengawasi pergerakan paparazi-paparazi seperti Mat nih. Huk aloo. Kemut! Nampaknya mereka masih kurang terlatih untuk berpacak. Haha... Buktinya, ni ha sekeping gambar yang Mat ambil dalam St. George's Hall. Muahahaha...


Senja di Windsor (gambar cilok)

***

Selesai tawaf istana, berehat untuk lunch dan meneruskan perjalanan ke sebelah utara istana, ke Eton. Ermm, makcik eton kot yang buka tempat ni dulu.


Jambatan menyeberangi River Thames, menghala ke Eton

Sebut Eton, apa yang terlintas di minda anda?? ... Ya! Eton College. Sekolah elit yang telah melahirkan tidak kurang dari 18 perdana menteri Britain (sila betulkan kalau eden silap). Dan tidak lupa juga kepada Etonian terbaru, Prince William, putera sulung kepada Princess Diana yang telah menamatkan pengajiannya dari sini.


Pintu masuk

Di sini pun kena bayar untuk masuk. Huhh, jenuh la semua nak kena bayar jer nih. Mat ajak bebudak dari Taiwan, Hong Kong dan China masuk sekali, tapi diorang semua tak nak masuk. Maka, Mat pun tak masuklah ke situ. Hanya lepak-lepak di garden di luar bangunan sekolah dan mengintai-intai dari luar sahaja. Jadilah kan. Janji sudah sampai...


Beginilah pemandangan Eton College dari lensa paparazi Mat

Begitulah ceritanya cuti-cuti Mat di Windsor. Sabtu minggu depan, ke tanah kelahiran Shakespear, Stadford pula. Tunggu...

Friday, August 06, 2004

Jumaatku yang serba cacat...

Minggu lepas, aku antara orang terakhir yang sampai ke masjid. Aku terlepas khutbah. Orang lain dah pun mula solat. Tapi aku dapat saf pertama, alhamdulillah... Tadi, aku sampai agak awal dan khutbah pun baru saja bermula. Tapi, aku di saf paling belakang! Ish ish...

Pintu masjid di sini agak pelik. Letaknya berhampiran kedudukan imam. Minggu lepas tatkala aku sampai, jalan untuk ke belakang tertutup sama sekali. Jadi kerana tiada pilihan, aku terus masuk ke saf pertama, walaupun kedudukan aku sudah tidak selari dengan saf. Kali ni, aku terpaksa ke belakang sebab saf di hadapan semuanya penuh dan aku terpaksa mengisi saf-saf kosong di bahagian belakang.

Minggu depan, nampaknya aku kena memikirkan strategi, untuk tidak terlepas khutbah dan tidak tercampak ke belakang lagi. Untuk tidak terlepas khutbah, aku kena datang awal. Tapi khutbah mula awal dan kelas aku tamat pukul 1 pm. Perlukah aku cabut awal juga? Untuk dapatkan saf depan, nampaknya aku terpaksa duduk terus (walaupun terpaksa berhimpit) sebaik sahaja melangkah masuk ke masjid. Tapi, aku akan terlepas sunat tahiyatul masjid. Ish ish, bingung, bingung...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busrin r.a, sesungguhnya seorang A'rabi (orang Arab yang sering mengembara dan berpindah-randah) berkata: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda:
Orang yang panjang umurnya serta elok amalannya.


(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Wednesday, August 04, 2004

Bila Mat malas menaip...


Bristol, Rabu 3 pm.


Istana di atas bukit


Clifton Bridge (since 1860)


Di bawah sana...


Royal Art College


Bristol University


Bristol Station, jom balik...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
Perempuan dikahwinkan berdasarkan empat perkara: Kerana harta, kedudukan, kecantikan dan agamanya. Oleh yang demikian utamakanlah perempuan yang mempunyai agama, nescaya kamu beruntung.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Tuesday, August 03, 2004

Menjelang detik itu...

Kurang dari sebulan lagi, maka genaplah usia AZIMAT setahun. Huhh, hampir setahun sudah aku mengarut di sini yaa??.. Sebenarnya aku sendiri pun masih kepelikan, bagaimana Mat yang satu tika dulu amat meluat dengan aktiviti karang mengarang, tulis menulis nih mampu bertahan ke saat ini. Pokcik heran...

Barangkali, semuanya atas sokongan kalian. Terima kasih, dan terima kasih...

Permulaannya hanyalah menjadi pembaca blog-blog sahabat lain, dan dari situ mula menanam azam untuk cuba berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini sambil berkongsi pengalaman hidup sebagai anak rantau, jauh dari kampung halaman tanah kelahiran. Mengasah bakat? Ohh, kalau dalam bidang sastera ni, mintak maaplah, bakat aku memang tak terasah. Hehe... Dan di situlah titik tolak kewujudan AZIMAT ini. Terima kasih kepada penaja, BLOGSPOT! (Jek sikit. Macam mat saleh tu paham jer..)

Rata-rata entri yang dipaparkan di sini hanyalah berkisar pada kisah kehidupan seharian Mat, ringan-ringan, amat kosong isinya, tiada mesej, kurang ilmu untuk diambil iktibar, dan tiada apa yang istimewanya. Ya, seperti Mat beritahu tadi, aku mahu berjinak-jinak dahulu dengan dunia penulisan. Dan mungkin kerana Mat jadikan aktiviti posting entri-entri di sini sekadar riadah di waktu senggang.

Masih terfikir-fikir sebenarnya, sambutan sempena hari ulangtahun debut AZIMAT nih. Mahu ditukar layoutnya, tapi tiada kemudahan di sini (alasan) dan sukar untuk berhubung dengan  sifu Mat untuk dapatkan sedikit bimbingan. Mungkin perlu menukar BG muziknya. Tentu ramai dah bosan dengan lagu Jepung nih. Hehe.. Atau pun sebagai tanda penghargaan kepada sahabat-sahabat di sini, mungkin Mat akan mengirimkan poskad dari Bath untuk anda di serata ceruk dunia. Mungkin juga AZIMAT perlu diubah gaya penulisannya, serba-serbi ligat di kepala.

Dan juga terfikir-fikir, sampai bila aku akan menulis di sini??...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
Apabila seseorang membelanjakan harta untuk keperluan keluarganya dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dia akan dicatat sebagai pahala sedekah.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Sunday, August 01, 2004

Bristol Harbour Festival

Ke Bristol lagi hari nih. Eh, rajin pulak Mat gi sana. Masuk kali ke-3 dah sih. Kali ni mengikut Vicky & Charlotte (student helper), dan beberapa student yang lain ke sana. Sempena Bristol Harbour Festival yang berlangsung hari nih.

Banyak gambar yang Mat upload tadi, tapi imbas-imbas balik kesemuanya, hanya sekeping ini sahaja yang lulus untuk dipaparkan di sini. Yang lain, tidak menepati piawaian. Muahaha, maklumlah sekarang musim buah-buahan (sekali lagi pinjam words dari si Rizal). Huhuhhh... Mat, jaga pandangan!!!


Pelabuhan Bristol

Antara banyak-banyak persembahan tadi, hanya pertunjukan parachute saja rasanya yang berada pada kelas tersendiri. Yang lain, hambar... Malas nak bercerita panjang. Buhsan!

Mat lebih banyak memerhatikan gelagat anak-anak muda Britain tadi. Huhhh, habisy rosak! Remaja mentah (baik lelaki, baik wanita) dengan rokok dan botol/tin minuman alkohol di tangan, berlaku sumbang tanpa segan silu, nampak seakan-akan langsung tiada batasan, tiada ketamadunan. Huhh, senak mata memandang. Di Bath, di Cardiff, di London dan di Bristol. Sama sahaja... Nampaknya masalah sosial di kalangan remaja ni bukanlah penyakit kronik negara kita sahaja, dan bukan sahaja di Jepun, tetapi masalah sejagat! Gamaknya, beginilah rupa manusia di akhir zaman. Sudah tidak boleh diubat, jika terus menerus mengenepikan tuntutan syariat...

Pulang ke universiti dengan kepala yang sendat. Angin kuskuskah ini?...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-As r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Beruntunglah orang yang telah memeluk Islam, diberi rezeki secara mencukupi dan berpuas hati dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepadanya.

(Hadis riwayat Imam Muslim)