Thursday, September 30, 2004

Kerana seorang pakcik, habis jam satu bandar!

Kalau aku panas, orang lain lagilah kot. Haha, gini kisahnya. Eden terperangkap dalam jam satu jam semalam (tak pernah-pernah terjadi) gara-gara seorang pakcik yang parking keretanya sesuka hati. Akibatnya laluan kebiasaan bas bernombor 18 dari Universiti (melintasi Pulteney Bridge, laluan utama (sehala pada satu-satu masa)ke pusat bandar)tersekat dan secara tidak langsungnya menjejaskan kelancaran pada jalan-jalan lain.


Kerana kereta silver itulah...

Bandar Bath secara tiba-tiba bertukar menjadi pesta hon-mengehon. Masa tu Mat dalam perjalanan nak ke universiti. Huhh bukan sahaja Mat, tetapi orang ramai mula 'panas' dalam cuaca England yang sudah sejuk ini.


Bas ulor ni tersekat

Puas menunggu, tuan punya kereta tak muncul-muncul. Seketika kemudian datanglah parking attendant ke tempat kejadian. Orang ramai pun berkerumunlah mengadu kat mamat nih. Tapi, apa dia boleh melainkan menempek surat saman pada cermin kereta. Kemudian, datang pula dua orang pegawai polis, juga seakan mati kutu mereka berdua nih. Warkah saman kedua dari polis pun tertempeklah pada kereta silver tadi.


Pesta hon Bath

Sejam menunggu, barulah muncul tuan empunya kereta. Ala, pakcik rupa-rupanya. Sangkaan Mat, pakcik nih akan menerima makian sehabis-habisnya (mereka tak sudah-sudah memaki dari tadi) dari pengguna-pengguna jalan raya, tapi tidak. Satu tepukan gemuruh diberikan untuknya sebaik sahaja menerima surat saman dari pegawai polis tadi.


Masing-masing sudah panas beb...


Inilah tuan empunya silver jaguar tadi

Tahniah pakcik. Buatlah 4,5 kali lagi!

p/s: Gambar-gambar KEJA GILA 2004 hingga ke hari ke-4 boleh didapati di sini.

Monday, September 27, 2004

Gambar yang dinanti-nantikan!!

Gambar-gambar Part 1 KERJA GILA 2004 sudah diupload. Sila lawat ke
 sini
!

Saturday, September 25, 2004

Gambar

Gambar-gambar sepanjang KERJA GILA 2004 dalam proses untuk diupload. Harap bersabar.

Friday, September 24, 2004

Memori 2004

Bath - London - Brussels - Berlin - Praha - Frankfurt - (Milan) - Rome - Florence - (Genova) - Barcelona - Paris - (London) - Edinburgh - London - Bath


Alhamdulillah, selamat kembali ke Bath jam 11:30 am Khamis lepas dari Edinburgh. Sejuk benar kota Edinburgh. Seakan sudah menjengah winter. Sewaktu Mat tiba di sana, suhu sekitar 4-5 darjah. Fuhh, mencengkam hingga ke tulang hitam!

Sebelum balik ke Bath tempohari, seakan beriya-iya sangat nak berposting, bercerita pasal perjalanan Mat melihat bumi tuhan, tapi terasa janggal la pulak sekarang, buntu tak tahu apa yang hendak dicoretkan. Huhh, aku kepelingungan!!

Rasanya terlalu panjang untuk bercerita (malas menaip sebenarnya) pengalaman-pengalaman yang Mat lalui satu persatu sepanjang perjalanan 15 hari tu. Bayangkan inilah kali pertama Mat berkelana keseorangan (sebelum ini kesemuanya berteman) ke daerah-daerah yang terlalu asing, yang tidak pernah dijejaki seumur hidup, tanpa sebarang buku panduan, hanya berbekalkan 2 keping kertas catatan-catatan hasil sedikit kajian dari internet dan sebuah peta ihsan dari kaunter pertanyaan setiap tempat, kepayahan berkomunikasi dengan penduduk setempat (bagaikan itik dan ayam), sentiasa diburu penyangak-penyangak, penyeluk saku, 'pencekik darah', pertarungan dengan masa (Mat hanya di sesuatu destinasi tidak lebih dari 2 hari), pertaruhan keringat pada jasad... Alah, sekelumit baru tu Mat!

Namun, alhamdulillah, segala puji bagi Allah segala rintangan dan halangan sepanjang berkelana telah dipermudahkan oleh-Nya sehinggalah ke hari terakhir semalam seketika melangkah masuk ke bilik di Bath. Berkat doa dari sahabat-sahabat semua, barangkali...

Program jalan-jalan terakhir zaman bujang kot nih. Erkkk...

Monday, September 20, 2004

Salam dari kota tanah kelahiran Napoleon

Salam Isnin buat semua. Mat berada di Paris sekarang setelah 2 hari bermesra dengan kota Catalunya, Barcelona. Lagi beberapa jam akan berangkat ke destinasi terakhir 'projek gila' nih, Edinburgh. Terasa kejap benar masa berlalu. InsyaAllah Mat akan ceritakan lebih lanjut berserta dengan gambar-gambar sepanjang ekspedisi kali ni sekembalinya Mat dari destinasi terakhir nanti...

Friday, September 17, 2004

Dari kota Roman menuju ke kota Catalunia

Salam, salam buat semua. Puas sudah meredah kota Rome! Banyak benar tinggalan sejarahnya. Sebahagiannya masih utuh, yang lain sudah tumbang menyembah bumi. Ramai betul pengunjung ke Rome. Sudah adat, kalau berduyunnya manusia, banyak juga lah ragamya. Antaranya kota ini agak kotor (mana-mana kota besar sebegini pun sama rasanya), kalau diteliti. Tak ubah seperti apa yang berlaku di kota London. Sarang pengemis, sejak awal pagi. Kes-kes seluk saku, menjadi perkara biasa.

Romantik benar Piazza di Spagna (Spanish Steps)...huhuhh

Dari Rome, Mat bergerak ke utara, ke kota Firenze (Florence). Bermalam di Michelangelo Camping Site yang letaknya di atas bukit di mana pemandangan malam Firenze dapat dilihat dengan jelas dari sini. Bagi Mat, kota ini mirip dengan kota Praha yang Mat kunjungi beberapa hari lepas. Cantik, Firenze...

Dan pagi ni, Mat menjejakkan kaki ke Barcelona. Kota Catalunia... Permisi!

Monday, September 13, 2004

Auf Wiedersehen Praha!

Alhamdulillah, Mat selamat sampai di Frankfurt (masuk kembali ke Germany) jam 5 pagi tadi dari Praha. Macam mana ya hendak dikhabarkan keindahan kota Praha (Prague)? Mmmmuahhhh... Cantik betul kota yang antara tertua di Eropah ni. Terutamanya bila dilihat dari puncak menara di mana letaknya Prague Castle.

Tapi, di mana-mana tempat pun, ada pro ada kontranya. Aku naik rimas dengan orang-orangnya di sini. Eh, silap! Orang-orang asing yang menagih nasib di sini, terutamanya dari Pakistan sana dan pak-pak arab (ambil perhatian, bukan semua, segelintir dari mereka). Ya, banyak kecurian, kes samun dan seangkatannya, dan juga kes-kes menipu pelancong dengan berlagak sebagai spy, dan menyoal siasat serba-serbi hingga ke wang yang di bawa (memudahkan geng-geng yang lain pilih sasaran).

Mat terserempak dua kali dengan orang-orang begini. Pertama kali (3 orang - seorang muka mcm Pakistan, seorang muka arab dan lagi sorang muka omputih), Mat betul-betul tertipu. Taktik mereka mudah, seorang berjalan sambil membawa peta dan datang ke arah Mat tanya jalan. Tiba-tiba dari belakang datang lagi 2 orang berlagak sebagai polis yang menyoal siasat atas alasan menjalankan perniagaan pertukaran wang secara haram. Yelah melawan kang alih-alih polis betul, tak pasal jer eden kena angkut ke balai Praha.

Alhamdulillah, tiada apa-apa yang mereka sempat ragut dari Mat. Kemudian, Mat terus ke balai untuk mencari kepastian. Sah, mereka penipu! Kali kedua, seorang yang gayanya memang betul-betul macam pelancong, minta Mat ambilkan gambarnya di sebuah tempat. Musykil juga sebab tempat yang disuruhnya ambil jauh dari jalan utama dan hanya berlatarkan dinding bangunan biasa. Mat sudah perasan ada orang datang dari arah belakang Mat, dan memang bersiap sedia untuk berambus. Nak bertumbuk, bukan lawannya kot. Hehe... Mereka berdua masing-masing berbadan tegap, tinggi antara 180-190. Itu belum datang geng yang lain lagi. Grrr, ngeri!!

Saat-saat mengucapkan selamat tinggal kepada kota Praha, hati dilanda serba salah. Terlalu cepat rasanya untuk Mat meninggalkan kota bersejarah yang unik senibinanya nih. Belum puas lagi untuk menjelajah ke segenap ruang dalam kota ini. Tapi, bila memikirkan orang-orang gila itu, terasa pahit untuk terus berada di sini...

Mat akan berada di Frankfurt sekejap sahaja, sebelum membelah banjaran Alps di selatan Swiss, menuju ke kota Rome (transit di Milan) jam 7:30 petang nanti.

NOTE: Kepada sesiapa yang berhajat untuk berkunjung ke kota Prague ini, anda dialu-alukan untuk datang ke sini, memang cantik tempat nih. Tapi Mat nasihatkan jangan datang secara bersendirian. Lainlah kalau anda hero hindustan, boleh kasi KO sama itu seploh lawan satu...

Friday, September 10, 2004

Salam dari Berlin

Alhamdulillah selamat sampai di Berlin pukul 12 tengahari tadi (merentasi Netherland dari Brussles) walaupun terlewat 3 jam dari jadual. Sedikit hancus program jalan-jalan Mat di Berlin hari ni gara-gara driver bas tu. Dah la lambat, lepas tu kena saman dengan polis Germany pulak. Ish, ish. Nak kena lepuk nih...

Opss, perlu bersegera. Tak sempat nak bercerita panjang. Nantilah kalau lapang-lapang (balik dari tour ni nanti la kot. hehe..) Mat ceritakan pengalaman jalan-jalan seharian di sini. Lagi 2 jam, Mat akan bertolak ke Prague, ibukota Republik Czech. Doakan agar Mat selamat sampai di sana!

Semalam mabuk dengan French, hari ni mabuk dengan German pulak. Esok, hmm lagi mabuk la aku dibuatnya...

Thursday, September 09, 2004

Salam dari Brussels

Alhamdulillah, tiba di Brussels tepat jam 9 malam semalam, selepas perjalanan jauh dari London yang memakan selama 8 jam. Eh belum campur lagi perjalanan dari Bath ke London yang memakan masa selama 4jam (Kebiasaan 2 jam setengah, tetapi pagi semalam driver bas tu mengangkut orang di setiap ceruk campur lemas dalam rush hour London. Huhuhh...)!

Pengalaman merentasi 3 negara (UK, France dan Belgium) semalam memang indah! Pertamanya ketidakbiasaan dengan jalan yang dipandu sebelah kanan. Ya! Janggal benar setelah coach mendarat di Calais (pelabuhan yang menyambungkan France dengan England-Dover)! Bertambah-tambah terasa bila hendak melintas jalan di Brussels. Belum biasa lagi kanan kiri kanan (kalau di Malaya kena tengok kiri kanan kiri).

Kemudian, terkejut dengan gaya orang Perancis memandu. Ganas benar mereka! Setanding la dengan orang Malaysia. Nanti boleh la buat kerjasama Malaysia-France dalam pembikinan TAXI 4. Jalan lagi dalam sejam gitu, huhh lagi seram. 5 buah kereta 'selamat' dalam adegan 'kereta siapa paling kuat'. Panjang juga jalan jadi jam dibuatnya.

Dari Lille (bandar di France yang bersempadan dengan Belgium), memasuki Belgium. Selagi lagi dihidangkan dengan pemandangan yang sedikit berbeza dengan di UK & di France. Kiri kanan terbentang luas ladang-ladang jagung yang amat tersusun, sejuk mata memandang. Jalanrayanya juga agak luas. 3 laluan sehala tanpa sebarang tol. Bahagianya mereka...

Hari ni program jalan-jalan keliling ibukota negara pengeluar cokelat nih. Ramai juga rupanya umat Muhammad di sini. Di mana-mana sahaja boleh dilihat pemandangan wanita-wanita yang bertudung. Mat rasa kebanyakan muslim di sini ialah Egyptian dan Pakistani (Paki lagi, jauh benar mereka ni merantau). Seharian berjalan di Brussels, mabuk French Mat dibuatnya. Aku tanya dalam English, diorang balas dalam French. Huk aloo... Esok nak kena cakap German plak nih. Risau, risau!

OKlah, Mat sudah naik bengong menaip dengan keyboard French nih. Tekan A keluar Q, tekan M keluar '?'! Mat akan bertolak ke Berlin malam nih. Nantikan lintas langsung seterusnya dari Berlin!

Tuesday, September 07, 2004

Promosi cintai bahasa ibunda!

Jumaat lepas, sebagai kenang-kenangan pada hari terakhir kelas, kami diminta untuk mendeklamasikan sebuah puisi dalam bahasa masing-masing. Mat sebenarnya bingung juga dalam memilih puisi mana yang hendak dideklamasikan di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Yalah, Mat ni bukannya arif sangat dalam bidang-bidang sastera nih. Bukannya tak berminat, tapi mungkin sebab kekurangan bakat. Hehe...

Cari punya cari, terjumpalah puisi Ke Makam Bonda karya Usman Awang. Rasanya semua sudah maklum akan puisi ini. Puisi ini antara puisi terawal yang Mat pernah kenali. Masih segar lagi dalam ingatan. Tak pasti dalam darjah 4 atau darjah 5, tapi yang pastinya di sebuah perhimpunan pagi, penolong kanan ko-kurikulum Mat masa tu, Cikgu Mat Shah telah mendeklamasikan puisi ini dan ianya cukup menyentuh hati! Hinggakan beberapa bait dalam puisi ini telah terngiang-ngiang dalam kepala Mat selama beberapa minggu.

Berbalik kepada cerita tadi, Mat memang kurang berpengalaman dalam mendeklamasikan puisi nih. Jadi, Mat tak kisah la sangat macam mana bunyi yang keluar nanti ,asalkan Mat dapat mendeklamasikannya dengan penuh penghayatan setiap bait-bait dari puisi ini. Dan, rasanya Mat berjaya. Fuhhh, meremang bulu roma sih, terutamanya di bait-bait terakhir (...begitu bakti kami berikan, tiada sama bonda melahirkan...), hampir-hampir air mata jantan ini tumpah dari kelopak mata!

Marian (pensyarah) dan mereka yang lain kata, "bahasa kamu memang romantis!" (ke suara Mat yang romantis, uhukss). Walaupun mereka menafsir hanya dari sebutan, bukan dari pemahaman, tapi bagi Mat ianya merupakan satu pengiktirafan buat bahasa kita. Samada mereka ikhlas atau tidak dalam memuji, itu belakang kira, yang penting bahasa ibunda kita ada daya tarikannya tersendiri dan memang berpotensi untuk dikembangluaskan. Masih belum yakin?? Macam mana nak yakinkan orang lain kalau kita sendiri kurang yakin? Sejarah kan pernah membuktikannya!!

Kempen cintailah bahasa kita

*** Lagi-lagi kerja gila! ***

Esok pagi, seawal jam 5:30 am Mat akan meninggalkan sementara bumi Bath ini, dan akan berangkat memulakan perjalanan jauh meneroka beberapa kota di benua Eropah ini. Kalau lapang dan ada kemudahan, insyaAllah Mat akan (Mat cuba sedaya yang mungkin, tapi tak janji) buat lintas langsung dari setiap tempat yang Mat jejaki.

Misi ini merupakan misi gila (kata rakan-rakan di sini)!! 10 bandar (6 negara) dalam masa 15 hari dan kesemua perjalanan (dari satu bandar ke bandar yang lain) adalah dengan menggunakan perkhidmatan bas (coach) eurolines. Destinasi pertama esok, Brussels (Bath - London - Brussels), ibu negara Belgium. Doakan keselamatan perjalanan Mat yaa...

*** Lagi edisi-edisi tertunda (Bradford & Prior Park) ***


Pekan kecil Bradford

Bradford merupakan sebuah pekan kecil yang letaknya tak jauh dari Bath. Terdapat beberapa peninggalan kerajaan Saxon di sini.


Sebuah lorong di Bradford


Peninggalan berusia 300 tahun

Rumah di atas bukit tu dulunya villa peribadi seorang hartawan di sini (Prior Park), tapi sudah bertukar rupa menjadi sebuah sekolah berasrama penuh sekarang.


Sebuah rumah di tepi tasik di Prior Park


Jauh dari kebisingan kota

Saturday, September 04, 2004

TARAN lagi...

Tahun ni memang layak dinobatkan sebagai TARAN. Mat MENDAPAT ARAHAN untuk berpindah lagi. Kali ni dari Conygre ke Quarry. Taik betul!! Kan dah kena taik dengan aku. Sabo jelah...

Opss, tawaran hebat! Sukacitanya diumumkan, ada 2 lagi poskad dari UK bakal sampai ke peti pos rumah anda. Cepat, jangan terlambat!!

Friday, September 03, 2004

Bertamu ke Selat Inggeris, Weymouth (edisi tertunda 28 Ogos)

Lagi edisi tertunda. Lawatan ke Weymouth yang mengambil masa kira-kira 2 jam setengah dari Bath. Terletak di selatan England. Tiada masa untuk mencoret panjang, sebagai ganti Mat taruk 13 gambar untuk tatapan. Adios!


Kalau ada sumur di England


Boleh hamba menumpang mandi


Istana pasir ku musnah


Saringgit, saringgit, mari mari mari...


Kudamu lari gagah berani


Nya in sung mate kaji, sema rengi


Seng!


Jangan jampi weh, aku atas jambatan nih!


Kaki pancing


Weh, maghi maghi maghi...


...tughung lauk weh


Budak-budak sekolah memancing ketam


Lautan api, tak sanggup beb nak renang!

Dyrham Park (edisi tertunda 24 Ogos)

Gambar-gambar yang Mat ambil buat tatapan mai pren semua. Tak sempat nak berbicara panjang, Mat kesuntukan masa. Secara ringkasnya, kawasan ini telah ditukar rupa dari Tudor house kepada mansion peribadi dari tahun 1692-1704. Rekabentuk dan hiasan dalaman rumah ini banyak dipengaruhi seni ukir dan seni hias Belanda. Cantik gak, malangnya fotografi tak dibenarkan dalam bangunan.


Pemandangan di anjung luar rumah di mana terdapatnya tea house


Gerbang pintu masuk


Pemandangan halaman rumah utama dalam Dyrham Park


Rumah utama


Tenang...


Di atas bukit sana


Berakhirnya lawatan singkat

Thursday, September 02, 2004

Mari me-London (edisi tertunda 21 Ogos)

London, aku datang lagi! Seperti biasa, bas RYAN mengangkut Mat dan rakan-rakan, menurunkan kami di tepi jalan dan berlalu pergi. Perjalanan dari Bath memakan masa hampir 3 jam (jam teruk tadi)! Dan sekarang, sudahpun jam 12 tengahari. Fuhh, 5 jam untuk menawan London. Mana cukup sih...

Apabila pelajar-pelajar lain berpecah kepada beberapa kumpulan (mengikut student helper), Mat mengambil keputusan untuk menjelajah London secara solo. Lebih bebas untuk ke mana-mana, lebih menjimatkan masa dan tak perlu keluh-kesah menunggu budak-budak lain. Mungkin sudah terbiasa dengan tempo orang Jepun gamaknya. Uhukss...

Di pertengahan jalan ada dua mamat Jepun (Sunao & Akira, sama course) menegur Mat bertanya nak ke mana. Mat cakap nak ronda-ronda secara solo, dan mereka bagitahu nak tumpang sekaki. OKla, okla, meh jom jom!!


Pemandangan London Eye dari Houses of Parliament

Dari Westminster, menuruti Circle Line ke South Kensington Station. Destinasi pertama hari ni, National History Museum. Mat dah buat keputusan hari ni nak masuk tempat-tempat free sahaja. Kena berjimat-cermat sebab selepas ni ada projek besar!

Besar juga muzium ni. Tak tahu dari mana hendak mulakan. Kalau Mat datang sorang-sorang, senang sahaja buat keputusan. Tapi dah mamat berdua tadi tu ada sekali, terpaksa tanya pendapat masing-masing bahagian mana yang mahu dilihat.


Dari luar muzium

Secara ringkasnya,muzium ini menempatkan pelbagai artifak mengenai kajian alam haiwan, tumbuhan, galian, manusia dan pelbagai. Mat mulakan penerokaan ke bahagian arkib mengenai serangga dan dinosaur. Dan kemudiannya ke bahagian human biology (lebih kurang gitulah namanya, tak ingat). Mat dah dapat rasakan yang 2 mamat yang beriya-iya sangat nak ikut Mat tadi tu macam tak suka jer muzium nih. Buat muka sebek jer. Huhhh...


Mereka baru saja makan dinosaur nih. Tengok tu, tinggal tulang jer!

Beberapa minit kemudian, Akira 'hilang' (orang ramai sangat sih). Tak tahulah kalau-kalau saja menghilangkan diri. Kawannya (Sunao) tersedar dan diajaknya Mat mencari. Berpecah 2 haluan pusing-pusing keliling muzium mencari mamat tu. Alih-alih dua-dua ekor hilang. Cess... Merosakkan majlis betul la. Mat bukannya tak suka berjalan dengan orang lain. Kalau tak buat perangai tak apa, tapi kalau dah jadi begini, kadang-kadang sakit hati beb...


Bahagian arkib galian

Cuba tenangkan hati bersangka baik. Tapi sampai bila boleh tahan beb?? 30 minit Mat menunggu (di tempat yang Mat janji dengan Sunao nak jumpa balik selepas mencari Akira), bulu hidung pun tak nampak dan Mat yang sudah separa panas ni pun buat keputusan tinggalkan ajer mamat-mamat nih. Mat terus ke tingkat atas muzium, ke bahagian galian meneruskan kembali penerokaan yang tergendala.

Habis jelajah muzium, Mat pun bergegas keluar untuk ke destinasi seterusnya. Jauh di satu tempat, di tepi jalan luar muzium Mat nampak kelibat 2 mamat nih. Tersengih-sengih kambing. Mat bertanya, pergi mana tadi? Diorang cakap pergi cari restoran untuk lunch. Hahh... Kalau lapar sangat pun bagitahu la ke mana nak pergi, tak la aku penat, mati kutu menunggu diorang dalam muzium...

Selesai berfotografi di luar muzium, Mat pun menyusuri Cromwell Road sambil diekori 2 mamat nih. Singgah di satu restoran, pesan makanan dan Akira buat hal lagi. Dia ajak kitorang lunch sambil berjalan ke Buckingham Palace. Kalau setakat cekelat Hacks tak kesah la cik oii. Ini berkepit dengan kentang, air, kameranya lagi, huhhh kang ada yang kena jentik hidung nih. Mat bertegas nak makan dalam restoran tu, dan membiarkan dua mamat Jepun tu berlalu pergi. Peluang untuk meloloskan diri nih. Tapi aisey, tersilap berjanji dengan mamat-mamat ni pulak nak jumpa balik depan Buckingham Palace 20 minit kemudian. Hmmm, masalah dunia betul la...


Harrods

Selesai makan, Mat bergegas keluar menuju ke Buckingham. Dah berjanji, kena tepati beb! Sampai di sana, sepuluh minit mencari tak jumpa-jumpa dan Mat pun angkat kaki. Dah la tu, aku dah meluat! Bahaya kalau lebih lama Mat berjalan dengan bebudak ni, kang ada yang balik dengan telinga sebelah jer. Huhuhhh...


Buckingham Palace


Berpatah balik ke Westminster. Program hari ni dah rosak habisy, masa yang tinggal (sejam sebelum ke pukul 5pm) harus digunakan sebaik mungkin. Sekali lagi menyusuri Circle Line, tapi kali ni ke arah timur ke Tower Hill Station. Hanya mahu bergambar sekitar London Bridge dan Tower of London.


Berhampiran Westminster Station


Kali ni Mat terpaksa berhati-hati agar tak tersilap langkah. Setibanya Mat di Tower Hill Station, masa yang tinggal (untuk kembali ke bas RYAN) hanyalah sekitar 45 minit gitu. Naya sih tertinggal dek RYAN.


Tower of London

Selesai berfotografi, berehat sejenak di tebing River Thames. Dengan harapan hati yang 'panas' terbakar tadi disejukkan kembali. Mana tak panas beb, program dah rosak, aktiviti lawat-melawat bertukar menjadi aktiviti '2 Japanese Hunt', hajat nak ke Madam Tussaud's tak tercapai, tiket satu hari tube yang dibeli hanya dipakai 2 kali. Hmmm...


London Bridge

OK, hati dah pun sejuk, jom balik!!

Maaf, entri yang agak emosi kali nih.

Saguhati buat mai pren!

Opss, hampir terlupa. Mat ada janji nak umumkan sesuatu sempena ulangtahun kelahiran AZIMAT yang pertama. OK, buat mai pren semua, eh bukan semua. Hanya kepada insan-insan yang bertuah. Mat nak kasi ole-ole, poskad comey-comey dari England kepada 5 pembaca terpantas yang meninggalkan alamat mereka di AZIMAT. Pantas, pantas!!!

Wednesday, September 01, 2004

Genap setahun!

SELAMAT ULANGTAHUN AZIMAT YANG PERTAMA