Pengalaman hidup dengan famili British, persekitaran yang dikelilingi mohamad-mohamad saleh dengan budaya mereka yang agak asing bagi Mat, dan juga pengalaman bercampur dengan komuniti Melayu di Bath yang agak berbeza dengan apa yang pernah Mat alami di Jepang sana. Apa boleh buat, hambatan tugas menidakkan hajat.
Belum puas rasanya mengenali tempat ini secara lebih mendalam, belum puas menatap binaan-binaan sejarah warisan Rome dan Gregorian, belum puas bermesra dengan orang-orangnya di sini, belum sempat menambah koleksi memori-memori manis di sini.
Tapi apakan daya, yang manis-manis itu tidak pernah sirna. Nama pun makhluk, sifatnya sementara belaka. Dan kini sudah tiba detik-detik untuk menghitung hari, menghitung saat sebelum melabuhkan tirai kisah pengembaraan 153 hari Mat di benua Eropah...
Baki: 11 hari lagi