Alhamdulillah solat Jumaat hari ni bertambah ahlinya. Imam di Mito, Brother Ismail (Saudi Arabia) pun turut serta. Selesai solat, seperti biasa sempat berbual seminit dua dengan sahabat-sahabat lain sebelum masing-masing beredar ke bilik kuliah maupun ke tempat kerja. Hari ni berbincang dengan Qusai & Rameez mengenai buah persimmon ('kaki' dalam Japanese) yang dijual di pasaraya. 2 hari lepas dapat artikel dari Qusai mengenai kebenaran buah persimmon ni. Terdapat 2 jenis persimmon, satu yang memang asli rasanya dan satu lagi yang direndam dalam alkohol utk menambah rasa manisnya. Tapi yang pasti sukar untuk membezakan kedua-dua jenis ni, kecuali cuba try test rasanya. Tergamam aku seketika!...
Mudah-mudahan persimmon yang aku beli selama ni adalah persimmon yang asli rasanya. Ampunkan dosaku Ya Allah jika aku pernah termakan yang satu lagi tu. Nauzubillah... InsyaAllah lepas ni aku akan ambil jalan yang paling selamat, yang tidak syubhah, dengan tidak membeli lagi buah persimmon ni. Banyak lagi buah lain yang boleh dimakan. Kan??
Ingat nak balik lunch di rumah dulu sebelum sambung experiment, tapi tetiba jer hilang selera makan memikirkan kerja-kerja di lab yang masih bertimbun. Nanti-nantilah kalau aku rasa kebulur kang aku balik.
Member-member lain sorang sorang beransur pulang, last sekali tinggal la aku dengan Sakurai jer yang masih bersengkang mata mengadap alat-alat ntah aper-aper dalam lab tu. Belek jam, dah pun pukul 11:45 malam. Aku tinggalkan Sakurai keseorangan dengan dunianyer. Nak balik tido! Perut pun tak berisi dari tengahari tadi lagi ni... Sampai di rumah ingat nak masak something (dinner ke supper ni??). Tapi kalau makan berat-berat nanti lambat pulak nak boleh tidur. Lastly aku capai 3 keping roti cecah dengan sup daging. Dah! Tangguh pagi esok la yer dinner malam ni... Boleh ke? Bedal je lah labu!... Sampai bila aku nak hidup begini?? Dunia, dunia!
Esok aku nak rest satu hari. Freshkan otak balik...
Kongsi Ilmu: Kata Amirul Mukminin Ali b. Abi Talib:
Ambillah daripadaku lima perkara:
Pertama: Jangan engkau mengharapkan seseorang selain dari Tuhan engkau sendiri.
Kedua: Jangan engkau takuti sesuatu pun, selain dari kemurkaan Ilahi.
Ketiga: Jangan engkau segan mempelajari yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja.
Keempat: Hendaklah engkau berani mengatakan; belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya.
Kelima: Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman.
