Aku pun sebenarnya tak berminat sangat nak ambil tahu politik Jepun ni. Tapi ada sebabnya yang membolehkan aku tahu menahu serba sedikit mengenai politik Jepun. Seawal semester satu (1st year), aku terpaksa mengambil subjek luar fakulti (social science subjects). Antara pilihan yang diberi, subjek Constitution..., Law, Philosophy, Sociology dan Politics. Pening aku memilih. Sebelum datang ke sini, tak pernah aku belajar vocab benda-benda ni semua. Macam manalah nak belajar ni?? Atas nasihat senior-senior maka aku pun ambil lah subjek Politics. Huhuhh...
Ingat lagi aku masa masuk ke kelas Politics pertama kali. Dah la dengan senseinyer speaking Japanese macam Shinkansen. Tambah pulak masa tu vocab yang aku tahu mengenai Politics berapa kerat la sangat. Senkyo (election), seiji (politics), seitou (parti). Tu jer lah kot... Kalau aku duduk di barisan belakang tak per la jugak, kurang-kurangnya boleh aku
Nota yang diberi bertimbun-timbun. Masuk minggu ke-5, orang lain (Japanese) baca nota baru, aku baru habis
*Berbalik kepada cerita pilihanraya* Adoiii, bosan. Sungguh bosan! Semua channel membuat liputan terkini pilihanraya, kecuali channel 3 (channel TV pendidikan...hmmm, nak tengok aper??). Proses pengiraan undi berjalan begitu pantas. Keputusannya, Liberal Democratic Party (LDP) berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan walaupun jumlah kerusi yang dimenangi berkurangan. The Democratic Party of Japan gagal menyekat LDP dari menguasai majoriti 2/3 jumlah kerusi. Namun ada banyak peningkatan yang telah ditunjukkan oleh DPJ dalam bilangan kerusi yang dimenangi. Terdapat juga beberapa ahli Parti Bebas yang melompat parti (ke LDP) sebaik saja keputusan diumumkan. Taktik nak hidup???... Tak kurang juga beberapa nama-nama besar yang tewas mengejut di kawasan masing-masing. Adat pertandingan kan!!
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada al-Harith bin Malik r.a katanya: Pada hari pembukaan Kota Mekah aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:
Selepas hari ini Kota Mekah ini tidak akan diperangi lagi sehingga ke hari kiamat.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
