Hampeh. Sememangnya hampeh!! Kerja sudah siap, orang yang nak 'melihat'nya tiada. Prof outstaion ke Osaka.
Sekembali dari lab tadi, menyiapkan dinner dan sempat menjenguk ke laman group alumni sekolah. Terjumpa ID seorang senior yang beralamat di Toyama, Japan. Sempat juga bertegur sapa. Senior 7 tahun lebih tua. Bercerita itu dan ini, berkongsi pengalaman hidup di bumi kafirun, sambil mengimbas kisah silam zaman remaja ribena.
Lalu terimbas dalam memori satu kisah lucu. Kenakalan masa zaman sekolah....
Sekolah aku ni agak asing dari kawasan penempatan manusia. Tengah-tengah sawah padi, dalam 3,4 km dari
Nak dijadikan cerita, minggu tu giliran boys outing. Peluang untuk keluar dari kawasan sekolah dua minggu sekali sememangnya susah untuk dilepaskan begitu saja. Sekali terlepas jenuh menunggu 2 minggu berikutnya. Seperti biasa menunggu bas Ba di bawah pohonan rendang depan sekolah. Oleh kerana Ba ni hanya ada sebuah bas untuk mengangkut kami semua, terpaksalah menunggu dalam tempoh yang agak lama. Latihan kesabaran... Kelihatan juga beberapa buah teksi yang mundar-mandir mengambil dan menurunkan penumpang di depan pintu masuk sekolah. Aku dan beberapa teman anak-anak rakyat jelata lebih rela bermandi peluh menunggu bas Ba. Tambangnya murah!
Setelah lama menunggu, akhirnya sampai juga bas kuning tu terkedek-kedek pada kelajuan 40 km/j. Terkedek-kedek pun, banyak jasa oo bas tu kat aku nih. Sesampai di perkarangan sekolah, si Ba ni pun terus buat U-turn dan park di bawah pokok rendang hampir dengan tempat kami semua menunggu. Dalam kalut si Ba ni buka pintu turun dan berlari anak ke toilet Dewan Besar Sekolah. Dah tak tahan agaknya si Ba nih. Yang menunggu masa tu tak la ramai sangat sebab hari dah menjengah ke tengahari, ramai yang sudah keluar awal-awal lagi. Agaknya. So, tak perlu lah berebut-rebut seperti selalu. Masa tu Mat keluar dengan beberapa orang teman se-form (form 5).
Si Ba masih belum kunjung tiba (ada dlm toilet lagi). Haha, mulalah syaitan cucuk jarum time nih. Ada la sorang member aku nih nakal sikit. Tak jahat, nakal. Lain tu! dari seat belakang berjalan ke seat driver dan dengan selambanya menghidupkan enjin bas. Haha, Ba ada tinggalkan kuncinya. Hah, apa lagi, kelam-kabut si apek tu keluar dari tandas bila dengar enjin basnya menderum. Dah berbelas, mungkin berpuluh tahun setia, takkanlah tak cam bunyi bas sendiri kan. Huhuh... Apa lagi, berdekah-dekah budak dalam bas ketawakan si Ba. Kalut, memang kalut!
Cerita ni tak habis di situ. Member aku ni pun masukkan gear dan menggerakkan bas sedikit. Lagilah kalut Ba dibuatnya. Adehhh, bila terbayang balik, sakit perut aku..... Ada la dalam 3,4 meter bas tu bergerak member aku ni pun stopkan enjin dan lari ke seat belakang balik. Tercungap-cungap si Ba ni buka pintu bas dan maki kami semua (dia tak dapat cam sebenarnya siapa yang buat kerja nih, so logiklah semua kena maki. huhuhhh...). Aku pun dah lupa apa yang dia makikan. Logik la kena maki, atas sikap
Bila terbayang wajah Ba yang kelam-kabut berlari keluar dari toilet mengejar bas sendiri tu, terasa seperti nak putus urat perut nih. Adoii, jahatnya aku!
Dalam gambar tu ialah alat untuk mengukur kerataan/ketebalan sesuatu substrate yang unitnya dalam mikro. Terkejut juga aku masa mula-mula lihat pada label harganya. 3,000,000 yen ++ (sekitar RM 100,000 ++)! Gilo!
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang mengambil hak orang Islam dengan sumpahnya, Allah mewajibkan neraka baginya dan diharamkan syurga untuknya (sekiranya mati sebelum bertaubat dan mengembalikan hak orang lain tersebut). Sahabat bertanya: Walaupun benda yang diambil itu sesuatu yang amat sedikit wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Walaupun sekecil batang
kayu sugi.
(Hadis riwayat Imam Muslim).
