Lewat kebelakangan ni, selalu ajer terlewat meng
update. Malas? Bukan. Cuma masa tak mengizinkan. Ruang masa yang terluang begitu terhad. Pulang ke rumah selewat 9, 10 pm, masak & makan, ngantuk terus tidur. Pagi pula, kena ke lab awal-awal. Begitulah rutin yang diulang-ulang semenjak dua menjak nih. Takper,
first things first!
Tadi, selesai seminar mingguan terus memacu kereta ke
Mito. Dapat surat pemberitahuan yang visa sudah siap. Haaa... Terpaksa lalu Route 6 lagi... 30 minit baru boleh keluar dari
Hitachi nih. Sampai di pinggir bandar
Mito, jam dah pun ke pukul 12:05 tgh. Dah masuk waktu rehat lunch. Terus ambil jalan ke kanan ke
International House, ke rumah junior 1st year, Epol yang masih di main campus. Ziarah dan tumpang solat Zohor. Sementara menunggu pejabat imigresen buka semula, mengajak 2 orang junior lunch di
Saizeriya. Sambil tu boleh berborak-borak tanya khabar.
Habis melantak, kembali ke
International House menghantar junior-junior ni pulang. Di pertengahan singgah sekejap di 100 yen shop. Kenapa ya namanya 100 yen shop? Dah barang yang dijual semuanya 100 yen. Dari alatulis hinggalah ke barangan interior rumah. Semua barang-barang ni didatangkan dari China. Itu pasal boleh jual murah! Junior berdua ni ajer yang borong. Aku?? Hah, nak menyemak rumah?...
Menghantar pulang
kohai (junior) berdua ni dan terus ke pejabat Imigresen. Alhamdulillah, orang tak ramai. Ambil nombor dan terus duduk. Tengok pada nombor, senggang 3 orang sahaja lagi sebelum nombor sendiri. 2 kaunter yang dibuka. 10 minit kemudian muncul
Bro. Hisham dan isteri (
Mesir). Bro ni dulu buat PhD kat sini, tapi sekarang dah pun bekerja dengan sebuah syarikat
Jepun (dulu dia pernah bagitau, terlupa plak) di
Mito nih. Sempat bertegur sapa sekejap sahaja,
Bro Hisham perlu bersegera. Kembali ke tempat duduk menunggu giliran. Tunggu punya tunggu setengah jam juga sebelum nombor dipanggil. Hmmm...
Yatta! Visa disambung 3 tahun lagi. Status visa pun dah bertukar. Dulunya sebagai
international student, dan sekarang....ehem... alhamdulillah. 3 tahun?? Ntah, dah dia bagi sampai 2007. Tapi kontrak yang baru ditandatangani dengan
company sekarang hanya setahun. Ya, takper, itu lebih selesa bagi Mat. Lama-lama ni berserabut jugak. Hehe... Wait & see!
Daiku-machi yang pernah Mat ceritakan dalam entri terdahulu
Malamnya tengah asyik dengan experiment, dapat call dari
Kyusai. Opss, hari Rabu ya. Hari tadarrus. Terlupa... Sebenarnya ada agenda yang lebih utama malam ni selain tadarrus, iaitu
meeting pasal surau yang disewa sekarang nih. Wajar diteruskan atau diberhentikan sahaja sewaan, atas sebab-sebab kewangan. Hmmm... Dulu sebelum mula menyewa, semuanya bersetuju untuk keluarkan sedikit derma bulanan bagi membiayai duit sewa surau. Tapi sekarang, apa dah jadi? Ada juga meminta bantuan dari
Islamic Institute di Tokyo dan dari saudara-saudara yang bermurah hati dari
Tsukuba. Tapi lama mana mampu bertahan?? Itulah, ingat balik semua janji-janji kita... Kalau kita menderma dengan niat lillahi ta'ala, InsyaAllah Allah akan membalas lebih dari itu lagi. Percayalah! Tidak di dunia, di akhirat nanti InsyaAllah...
Bimbang, apa akan jadi di masa akan datang, jika surau sudah tidak ada??...
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu (keadaan hidupnya yang kurang bernasib baik berbanding dengan kamu) dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu (keadaan hidupnya lebih bernasib baik daripada kamu) kerana tindakan sedemikian adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu tidak memandang rendah terhadap nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).