Mungkin pernah berlaku begini berpuluh tahun dahulu, ketika motivasi/disiplin Japanese berada di kemuncaknya. Zaman di mana anak-anak mudanya dikatakan terlalu gigih & tekun dalam menerokai khazanah-khazanah ilmu. Tapi, itu cerita dulu...
Dan, sekarang??? Ya, jika nak dibandingkan kebersihan negara mereka dan negara kita tentulah masih tak terbanding. Tapi, hampir genap 4 tahun di sini, adegan-adegan dalam cerita dari guru besar aku dulu (bila mereka terjumpa sampah) rasanya masih belum kelihatan. Seakan-akan sebuah mitos!
Macam mana, terlintas idea nak tulis entri pasal ni?? Tadi, semasa dalam perjalanan dari Surface Treatment Lab ke Electronic Material Lab, ada mamat Japanese ni berjalan depan Mat dengan sebatang rokok di tangan. Habis hisap, dengan selamba dicampaknya ke bawah, pijak (padamkan api) dan blah gitu ajer. Ini bukan pengalaman pertama. Sudah berkali-kali. Kalau diamati betul-betul, dalam kawasan sekolah (universiti) memang tak terbilang banyaknya puntung-puntung ni.
Kalau di Malaysia pemandangan seperti ni, rasanya tidak ada apa-apa yang janggal. Maklumlah kesedaran masyarakat kita tentang kebersihan masih rendah berbanding negara maju lain. Tapi bila berlaku di negara Jepun yang kununnya kebersihannya disebut-sebut top in the world, hmm, sedikit terasa canggung...
Annazhofatu minal iman...
Bangun pagi tadi, terasa susah benar nak duduk. Terasa sakit pada bahagian belakang. Mungkin penangan kerja-kerja berat di kilang malam tadi (semalam ada buat part time). Lalu, mengambil keputusan berehat lebih sedikit (tak cukup tidur sebenarnya), tengoklah tengahari nanti selepas solat Jumaat baru ke lab kot. Alhamdulillah, kalau ianya kifarah dosa-dosaku...
Petang tadi, semasa berbual sambil bereksperimen dengan Keita, aku tersilap langkah, mengadu letih dengan kerja-kerja final project. Yerlah, mana tak letihnya, setiap hari pukul 10 pm lebih baru boleh beransur pulang, kadang-kadang terlajak sampai 1,2 pagi! Lalu dibalasnya, "Tuhan tahu yang ngko ni boleh tahan, boleh sabar dengan ujian ni, itu yang dia pilih ngko tu..." Erkkk, terkedu bila kata-kata ini keluar dari insan yang tak beragama seperti Keita nih. Tak terbalas aku... Tu la, fikir dulu sebelum berkata-kata!
Mat cuba melencongkan sedikit topik perbualan. Cuba mengorek rahsia-rahsia lifestyle remaja-remaja Jepun. Panjang lebar jugak mamat ni bercerita. Kesimpulan dari penerangan yang Keita berikan, mereka terlalu bebas! Sudah tahu sebenarnya, cuma nak cari lubang bagaimana untuk menyelit dan mengaitkan sedikit dengan Islam. Kemudian aku mengambil giliran bercerita, tentang batas-batas sosial dalam Islam. Nampak seperti tertarik juga mamat nih. Banyak juga soalan yang diajukan.
Jam sudah pun ke pukul 7 pm, perut berpantomin minta disumbat. Mengajak Keita mencuba masakan India di Restoran Namaste. InsyaAllah halal! Sebenarnya belum puas berbicara dan memberi penerangan tentang Islam. Mungkin kesempatan sambil makan-makan ni boleh dipergunakan... Alhamdulillah, mamat ni dapat menerima segala penjelasan dari Mat. Kalaupun masih tak terlintas di benaknya untuk memeluk Islam, mudah-mudahan paling kurang benih-benih iman tersemai dalam sanubarinya. Aku berdoa moga si Keita yang otaknya cukup geliga (salah seorang top student dalam department), akhlaknya indah pada suatu hari nanti akan bersaksi yang TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN RASULULLAH ITU PESURUHNYA... InsyaAllah, hidayah itu milik Allah.
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
Apabila ada dua orang Islam yang bertengkar dengan menggunakan pedang masing-masing, orang yang membunuh dan orang yang terbunuh sama-sama akan memasuki neraka. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Orang yang membunuh sudah sepatutnya dia memasuki neraka tetapi kenapa orang yang terbunuh juga memasuki neraka? Baginda menjawab: Kerana dia terlalu berkeinginan untuk membunuh kawannya.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
