Wednesday, February 04, 2004

Hati-hati !!

E-mail dari mai pren;

assallammualaikom

terima kasih bebanyak
senang senang dengar laaa lagi
promote kat kengkawan

coz u are my friend

ismahalil hamzah


***

Memandangkan pelawat yang datang berkunjung ke sini hampir separuh dari Jepang, di sini Mat ingin memaklumkan satu perkara. Pernah tak order pizza NEW FISHER dari Pizza-La? Jika sahabat-sahabat baca ingredients dalam pamhplet menunya, mungkin anda semua rasa selamat (halal) untuk memesan. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, ruiyu sos, yang terdapat dalam pizza tersebut dihasilkan dari sumber yang haram (terdapat daging di dalamnya)!! Maklumat ini saya dapati melalui pertanyaan terus kepada chef di sana. Harap dapat ambil perhatian! Ingat! Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging dalam badan kita. Kiotsuketene...

Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak ada amalan anak Adam (manusia) yang dilakukan pada Hari Raya Korban yang lebih disukai oleh Allah s.w.t lebih dari penumpahan darah (penyembelihan binatang korban). Binatang-binatang tersebut akan didatangkan pada hari Kiamat nanti lengkap bersama tanduk, bulu dan kukunya. Darah yang mengalir dari binatang korban tersebut akan mendapat kedudukan yang sangat baik di sisi Allah, sebelum ia jatuh ke bumi menyebabkan hati mereka menjadi tenang dengan korban tersebut.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Monday, February 02, 2004

Tragedi... ( 'Korban' Eidhul Adha)

Korban 1: 251 jemaah haji terkorban dalam satu kejadian rempuhan di Mina. Al-fatihah... InsyaAllah syurgalah yang selayaknya buat mereka.
Tanah suci bumi ujian.

Korban 2: Pagi ini, seluruh warga kampus dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang pelajar perempuan tahun dua fakulti pertanian (kampus Ami, 70 km dari sini). Hahh, 'virus' jenayah bunuh sudah merebak ke sini. ????...

***

Dapat panggilan dari majalah varsiti, C-MAIL. Pemberitahuan tentang sesi temubual. Haaa??? Apa yang nak ditemu apa yang nak dibualkan??? Tertanya-tanya...

Reply: salina:subhanallah! :D Mely:Mat maintain cool..makaseh..sejuk2an hati anda :) azell: silakan..thanx azell..rajin2lah jenguk ke sini :) azimah: pinjam you punya nama yer.. :D bro ep: Mat tengah menghantor nelayan2 ke laut lepas..mencangkung tu sbb batu tu sejuk sesgt..nanti beku ponggong..hehe :D thurayya: manusia merintih bila dah terjelepuk..masa tu barulah trkenang akan maha PENCIPTA..slamat hari raya qorban..liza:insyaAllah, doa2kan keselamatan saya di sini yer :D bro Rudy: sama2 kasih. am: salam..cuaca di sini baik saja, cuma suhunya sahaja kadangkala terasa spt berada dlm peti ais!! ijan: thanx. leyha, mely, bro basrie, leal ley:salam eidhul adha.. daun: haha, seram ooo... doa2kan saya. laili: hehe, hikmat meringankan badan tahap maut! tapi sukan negara kita tak maju2 pung..??? leal ley: mcm penah dengar bunyi tu..tp di mana yaaa??? mely: raya di sini?? "ehh, ahad lepas hari raya ker...", mcm tu suasananyer..hehe...sabo jelah..

Sunday, February 01, 2004

'Eidul Adha tanpa korban

Tahun ke-3 beraya 'Eidhul Adha di perantauan (2001 sempat beraya di Malaya). Tiada apa yang menarik sangat untuk diceritakan. Suasananya, hanya seketika cuma terasa. Semasa berkumpul untuk solat sunat 'Eidhul Adha.

Petang semalam, usai berjemaah Maghrib, bertiga dengan Musa & Qusyairi bertakbir memuji kebesaran Ilahi di musolla. Dan sekali lagi sesudah berjemaah Isya', kali ini berlima, ditambah pula dengan Izuddin & Syed. Seterusnya berjaga hingga ke pagi, 'sibuk' dengan aktiviti HED (Hal Ehwal Duniawi). Lagho...

Paginya berenam ke dewan Civic Centre, untuk solat sunat 'Eidhul Adha. Dari jauh lagi kelihatan saudara-saudara se-Islam yang lain sudah berkumpul di sana. Jika kami pemuda-pemuda berbangsa Melayu dengan baju melayunya, pemuda-pemuda berbangsa Pakistani segak dengan baju teluk belanganya (betul ker arr??) dan pemuda-pemuda berbangsa Afrika hensem dengan pakaian tradisi mereka. (Tak kurang juga yang berbaju ala-ala Eropa.) Panorama yang tak akan dapat dilihat jika beraya di kampung aku, muslimin dari merata pelosok dunia, berbilang bangsa berkumpul menjadi satu atas dasar akidah yang sama.

Takbir raya tahun ini nampak lebih teratur berbanding tahun-tahun lepas. Selama ini, Pakistani dengan lenggok lagu mereka, pak-pak Arab dengan tanpa lagu, pak-pak Afrika dengan rentak yang berbeza pula, dan pak-pak Malaya jadi bingung nak ikut rentak yang mana. Hehehe... Alhamdulillah, pagi tadi Bro Ismael (imam) berjaya menyatukan kesemuanya. Yang pastinya bukan lenggok gaya orang kitalah. ( 1 round kita baru bertakbir, pak-pak Arab dah pun habis round ke-2. :D )

Memandangkan adik-adik junior yang lain sekarang di musim exam, berjamu selera di restoran sahaja. Restoran India Muslim yang baru dibuka, Namaste. Hanya nan dan tandoori pengganti juadah lemang & ketupat. Alhamdulillah, bersyukurlah...

Tabahnya hati Ibrahim & Ismail dalam menyahut seruan Ilahi


Kita bersaudara!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak ada suatu hari di mana amalan soleh lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (iaitu sepuluh hari pertama bulan Zulhijah). Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Walaupun berjuang di jalan Allah?. Baginda bersabda: Walaupun berjuang di jalan Allah kecuali seseorang yang keluar dengan mengorbankan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali dengan membawa sesuatupun dari apa yang telah dia korbankannya (mati syahid).

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).