Wednesday, March 03, 2004

Hidup menumpang

Mulai hari ni hingga ke suatu tarikh yang belum diketahui, aku akan menumpang berteduh di rumah Syed. Kini aku sudah tiada rumah. Muahahaha. Homeless arr... Hehehe... Dan secara tidak langsung mengambil ruang yang agak besar di rumah Musa untuk menempatkan barang-barang yang lain. Yoroshiku yer Musa...

Mimpi apakah aku hari ni?? Si Poji & Maru (adik-adik pompuan tahun 2) tetiba ajak dinner di luar. Ooo, wujud lagi rupanya diorang di sini. Huhuhh... Ingatkan tinggal aku & Musa ajer yang masih setia menjaga kampung nih. Ke mana lagi kalau tak ke Namaste. Aduhh, selalu pergi nanti familiar pulak muka aku nih. Dan nanti diorang terperasan pulak aku ni pelanggan tetap kedai diorang. Tapi memang sedap pung! Thanx Poji & Maru atas souvenir kenang-kenangan tu. Aku pakai benda tu nanti mesti teringat kat korang, InsyaAllah... By the way, pandei la korang pilih warna. Wa minat kaler tu. Hehehe... Dan arigatou belanja! Terbalik nih. Sepatutnya aku yang kena belanja. Lenkali lah.

Selesai makan-makan, sembang-sembang bawa adik 2 orang nih keliling bandar Hitachi. Di sini tiada senior pompuan, jadi jarang benor la kot diorang nih berjalan. Nampak macam belum 'kenal' lagi dengan Hitachi nih. Nak harap aku bawa kome gi jalan-jalan, jangankan kome berdua, aku pun naik segan. Hehehh... Tetiba pulak snow turun dengan agak lebat. "Macam winter sonata", kata diorang. Romantik??? Grrr, sejuk! Jom balik!


Bunga ume dah pun mula kembang

Hujung minggu ni ingat nak berjalan ke Mito. Ke rumah orang yang banyak berjasa dengan Mat semasa di tahun pertama pengajian dahulu. Rumah Kanemoto sensei (lecturer Bahasa Jepun & Kebudayaan Jepun). Sensei ni ala-ala keibuan sikit. Tu yang baik & suka dengan dia tu. Huhuhh! Sambil-sambil tu boleh la berjalan-jalan ke Kairakuen (antara 3 taman ume yang terkenal di Jepun).

Note: Bunga ume dengan bunga sakura ni lain-lain sebenarnya. Ume nih kembang sebelum kembangnya sakura.

Tuesday, March 02, 2004

Sayounara VILLAku...

Sekali lagi Mat ke bus stand depan SunGarden Hotel pagi ni. Kali ke-4 dalam masa 2 minggu. Kali ni giliran menghantar adik bongsu Ibaraki, si Sheeda pulak. Menghantar orang pulang bercuti benar-benar membuat sendiri terasa mahu terbang pulang juga. Sungguh!

Kemudian bergegas semula ke VILLA permai. Banyak lagi urusan untuk diselesaikan. Meminjam kereta si Roy untuk mengangkut peti ais & mesin basuh. Tidak. Bukannya aku nak bawa sekali benda-benda nih ke Shizuoka, tapi mengangkutnya ke perumahan Shimizu sana. Mesin basuh si Sheeda, dan peti ais si Epol dah 'tempah'. Baguslah dari terbuang begitu sahaja.

Jam 10 am, tercegat di kawasan parking kereta menunggu kedatangan landlord. Fuhh, jarang-jarang orang Jepun ralat dengan masa nih. 7 minit lewat! Menyerahkan kunci rumah. Dengan ini segala isi perjanjian yang terkandung dalam MoU ketika masuk rumah dulu terbatal sudah. Terpegun lanlord melihat keadaan rumah yang aku tinggalkan kekal seperti ketika aku masuk awal-awal dulu. Dia puji lawa, pandai jaga rumah la tu. Huhuhh... Kembang seketika... Heheh...


Doumo oseiwa ni narimashita...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Qatadah, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
Ketika aku sedang sembahyang (mengimami sembahyang), aku bercadang ingin memanjangkan bacaannya, tiba-tiba aku mendengar tangisan anak kecil, lalu aku percepatkan sembahyang (membaca surah yang pendek) kerana tidak mahu mengganggu sembahyang ibunya.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Monday, March 01, 2004

Pindah randah

Setelah hampir sebulan menghilangkan diri, pagi ni awan salji kembali menghamburkan isi-isinya. Renyai-renyai gitu. Suram suasana. Awal pagi ke lab sebentar. Ada perjumpaan dengan prof Takeuchi. Tak lupa dibawa bersama kamera kesayangan. Seorang demi seorang rakan se-lab aku snap pos menarik mereka.

Aduh, tetiba hati dirundung sayu. Mengenangkan semakin hampir tiba waktu berpisah. Pewaris darah-darah penjajah yang pernah mendarat di Kelantan dan seterusnya mem'perkosa' Malaya tanahair terchenta suatu masa dulu terlalu banyak budi yang mereka hutangkan padaku & terlalu banyak yang telah aku pelajari dari mereka sepanjang 4 tahun berkelana mencari ilmu di bumi asing ini.

Terharu, begitu mudahnya mereka menerima seorang pendatang seperti aku sebagai sahabat pada 'chapter pertama' pertemuan 4 tahun yang lalu. Kerana, jangkaan aku, akan dilayan sepertimana Bangla & Indon yang datang ke Malaya. Dan kemudiannya biji benih yang disemai sudah pun menjadi sebuah pohon persahabatan yang utuh. Banyak sudah warna-warni bunga-bunga muhibah yang telah mekar & tak terbilang buah-buahan kenangan yang telah bercambah dari dahan-dahan pohon ini. Tetapi kita ni kan makhluk sahaja, yang segalanya bersifat sementara cuma dan mustahil akan kekal. Usah persalahkan 'masa' mencemburui kita. Tak berdosa pun 'masa' nih. Kelipok-kelipok ('pejam celik'), rupanya sudah masuk ke 'chapter penghabisan' pertemuan ini. Biarlah perpisahan melengkapkan cerita sebuah pertemuan, tetapi janganlah ditebang pohon persahabatan yang utuh itu...

*** Adus, apa jiwang sangat ayat nih... Tukar, tukar! ***

Sekembali dari lab, meneruskan aktiviti pindah-memindah barang-barang ke rumah Syed. Hampir 60% barang-barang telah pun dipindahkan. Yang tinggal semuanya barang-barang besau. TV, mesin basuh, peti ais dan sekerabat dengannya. Mesin basuh & peti ais angkut pagi esok la kot. Mana terangkat maa sorang-sorang. Perlukan seorang lagi menolong. Tapi sian pulak tengok Musa yang nyenyak tidur. Lagipun perlu pinjam kereta yang lebih besar. Kereta eden tak muat nak sumbat.

Hajat untuk melayari mimpi terakhir di VILLA ini, tak tercapai gara-gara aktiviti pindah randah yang berlanjutan hingga ke awal pagi Selasa... Arghh, ngantuk, ngantuk!!!

Baru terperasan dah genap setengah tahun eden mengarut di blog nih. Attoiumaa da...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Ansariy r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura. Kemudian baginda menjawab:
Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang lalu.

(Hadis riwayat Imam Muslim).