...sambungan
Masih dengan cerita jalan-jalan semalam. Perjalanan dari Ryuujin Ootsuribashi ke Mito mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai. Setibanya di Mito, terus mencari 100 yen shop. Mencari-cari pembalut yang sesuai untuk kain batik yang aku bawa dari Malaya semasa pulang bercuti Eidul Fitr yang lepas. Haha... Ya! Omiyage (cenderahati) untuk diberikan pada Kanemoto sensei. Terjumpa sebuah beg yang diperbuat dari washi (kertas tradisional Jepun) dan terus sambar. Kiut la!
Kemudian seperti arahan Kanemoto sensei, terus park kereta di International House, memandangkan hari ini di Kairakuen masih berlangsung Ume Matsuri (perayaan Ume). Oh ya, rumah sensei ni memang sebelah sahaja dengan Kairakuen ni. Jadi kebanyakan jalan di sana ditutup untuk kenderaan luar. Setengah jam menunggu akhirnya muncul sensei dengan kereta Honda barunya. Fuiyooo, serius lawa! Kereta limited edition katanya. Hanya 200 buah sahaja yang dikeluarkan di seluruh Jepun. Hmmm, memang padan untuk wanita berkarier seperti sensei nih!
Setibanya di kediaman sensei, masing-masing menyerahkan omiyage. Ada yang dibawa dari Malaya dan ada yang baru dibeli di air terjun tadi. Dari Mat, hanyalah sehelai kain batik biasa yang nilainya sudah tentu tidak terbayar untuk membalas segala budi yang telah dicurahkan selama ini. Hutang budi dibawa mati!
Sembang sakan Mat dengan sensei. Almaklumlah lama sudah tidak ketemu. Dihidangkan milk tea dan sepotong kek, dan kemudiannya dibawa bersiar-siar ke Kairakuen melihat ume yang sudah mangkai (kembang sepenuhnya).
Subhanallah, lawa benar bandar Mito kalau lihat dari sini. Tak hairanlah kalau beribu-ribu yang bertandang ke mari sekian hari. Mesti lagi cantik kalau sakura di pesisir Senba-ko (tasik Senba - dalam gambar atas tu) kembang nanti! Hmmm, masa tu mungkin Mat sudah berada di Shizuoka gamaknya... Melepas!
Terpaksa mengalah dengan
Dan sekali lagi terima kasih atas pelawaan dinner bersama di restoran mewah pada sebelah malamnya. Sedikit janggal bila ke tempat begini. Maklumlah, kita ni rakyat biasa sahaja. Tak pernah termimpi nak menjamu selera di tempat begini. Kedai sushi 100 yen pun tak apa, janji kenyang! Hehehh...
Iro-iro, hontouni doumo oseiwa ni narimashita. Mata itsuka aimashou... InshaAllah.
Mudah-mudahan kau dilimpahkan hidayah dari-Nya.
