Masuk minggu ke-2 meneruskan rutin tidur hanya selepas selesai Subuh. Parah ni! Hari ni ada
baito (part time job) di kilang, jadi
setkan alarm tadi. Langsung tak sedar. Bumi pun bersimpati gamaknya, lalu digoncangkan dirinya untuk kejutkan Mat. Huhuhhh,
quake! Magnitud 5.2 skala
Richter. Boleh tahan kuat. Diikuti dengan satu gegaran kecil beberapa minit kemudian. Hah,
alarm ni cukup?? Cukup, cukup... Lebih dari cukup.
Terserempak dengan
Iwamoto-san (pernah Mat ceritakan dulu dalam entri) di kilang tadi. Khabarkan padanya yang esok adalah hari terakhir Mat akan ber
baito di situ. Wajah ceria terus bertukar duka. "Betul ker ni??", mencari kepastian. "Ya! Kan sudah menjadi kelaziman di hujung sebuah pertemuan...", dan tetiba
mood kerja aku terus hilang.
Samishii naa... Dan seterusnya memaklumkan pada rakan-rakan sekerja yang lain. Semuanya terkejut. Yalah, secara tiba-tiba. Pelbagai kata perangsang yang aku terima. Terima kasih semua!
Selesai kerja, berehat di satu sudut sambil mata merenung ke setiap ruang dalam kilang. 4 tahun ya membanting tulang mencari rezeki tambahan di sini. Sejak di tahun pertama berulang-alik dari
main campus Mito (40 km jaraknya) hinggalah ke saat-saat terakhir sebelum
graduation. Pantasnya masa! Kotak ingatan cuba mengimbas semula kenangan-kenangan silam di sini. Lalu tersengih
kambing Mat seorang diri.
Kemudian, datang pakcik
Takahashi-san, nak bersembang gamaknya. Tapi, malang! Daripada celotehnya yang agak panjang, hanya berapa kerat sahaja yang aku dapat tangkap dan faham. Mana tidaknya, cakap dalam loghat
Ibaraki pekat! Jangankan aku, orang Jepun yang tinggal di Tokyo sana pun, kalau dengar mungkin sama, tak faham! Apa nak buek, dulu
sensei-sensei ajar bahasa baku sajer. Takder pung loghat-loghat nih. Lalu, Mat yang kebingungan itu pun angguk-angguk sahajalah buat-buat faham, dan balas mengikut budi bicara sendiri. Huhuhhh... Maafkan Mat yer pakcik!
Reply: Genny: Bila Mat online, kome pulak sibuk..aduss amyz: ishh, tak sampai lagi tahap nak buang..marah-marah sayang jer..hehe..tu la, ingat nk upgrade sket la :) Mely: w'salam..erm, cuaca di sini semenjak dua menjak ni tak menentu, cepat berubah..kadang mendung, kadang cerah, dan kadang sejuk melampau, kadang nyaman gitu2.. farah: sejak bila ko jadi penyimpan mohor-mohor besar ni farah?? Turismo: mmg payah, tapi tiada pilihan :(( syanana: sedih lagu ni? tak nak sedih, tutup speaker..hehehh..lawak jer, jgn marah yer cik syanana..ke nk suruh Mat gantikan dengan lagu Negaraku?? chubbychan: tu la, lenkali kena ikuti perkembangan cerita2 Mat dengan lebih kerap..huhuhh..insyaAllah hujung bulan ni Mat akan mula bekerja di satu company si Shizuoka (300 km dari sini)..curi ilmu diorg sket, pas tu balik menabur bakti di tanahair terchenta!