Bertolak pulang kali ni bertemankan 'awek' kesayangan, si Curren. Tak sanggup lagi untuk berjauhan dengannya. Huhuhhh... Jam 12:40 pm kelihatan sebuah kereta putih yang datang dan berhenti di belakang kereta Mat. Bro Qusai, sis Arwa (isteri) dan Mohannad rupanya. Datangnya mereka nak mengucapkan selamat jalan buat musafir ini. Alhamdulillah dan syukran kerana bekalkan Mat sebiji pizza. :D ... Tak sudah-sudah kalian taburkan budi. Dapatkah Mat membalasnya nanti???...
Berat sungguh meninggalkan tanah permainan ini. Tanah halaman yang menyimpan seribu satu nostalgia, kisah suka duka seorang anak rantau. Jam 2 pm bergerak perlahan meninggalkan bumi Hitachi. Sampai di Mito, menurunkan si Ariff (junior 1 st year) dan menyambyung perjalanan ke selatan. Sempat tersesat dalam Tokyo 40 minit sebelum jumpa kembali laluan asal yang nak dituju. Melihat ke arah meter perjalanan dan jam di tangan. 5 jam setengah untuk hanya 200 km. Aduss!! Perjalanan solo yang membosankan! Puas bersengkang mata alhamdulillah jam 9:45 sampai di perkarangan ho
Ngantuk arr, nak tidur...
Thanx to Bobuk tumpangkan rumah seminggu dan sahabat-sahabat lain Kulat, Musa, Apek, Din, Epol & others di Ibaraki. InsyaAllah bila-bila nanti aku sampai lagi. Yoroshiku...
