Wednesday, July 07, 2004

Kekupu keluar dari kepompong...

Penantian yang mendebarkan sudahpun berakhir. Mat akan pergi meninggalkan bumi sakura ini buat sementara waktu. Meneruskan kembara di bumi Tuhan. Tiket sudah pun ditempah tadi. Gembira kerana dapat singgah sebentar ke tanahair.

TOKYO/NARITA 14 JUL 04 WED 1030 MALAYSIA MH 89
KUALA LUMPUR 1640

KUALA LUMPUR 14 JUL 04 2340 MALAYSIA MH 2
LON / HEATHROW 15 JUL 0550


20 jam perjalanan!! Fuhh... 7 jam dari KLIA ke sini pun sudah jemu. Boleh naik kematu punggung sih. Pertama kali seumur hidup akan keluar dari benua Asia! Bumi Eropah, terimalah kedatanganku ini...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Seseorang hamba Allah berada paling dekat dengan Tuhannya ketika dia sujud, oleh itu perbanyakkanlah doa ketika sujud.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Sunday, July 04, 2004

Animal instinct

Hari ni, tercapai sudah impian Mat masa kecil-kecil dulu (zaman sekolah rendah), untuk menjejakkan kaki ke Safari Park. Dulu, Mat suka tengok program-program dokumentari seperti National Geographic dan membelek-belek ensiklopedia mengenai binatang-binatang nih (Eh, sekarang pun suka jugak). Sampaikan ada satu ketika pernah memasang angan-angan nak jadi ranger, masuk hutan kaji benda-benda nih. Nasib baik angan-angan tu dah lama mati. Kalau tidak sekarang ni ntah dok berkawan dengan beruk la gamaknya. Hehehe...

Sesampai di tol pintu masuk, diserahkan pamhplet mengenai peraturan-peraturan yang mesti dipatuh, sepanjang berada dalam zon Safari Park. Antaranya, dilarang sama sekali buka tingkap kereta!! Laa, baru ingat nak belai-belai rimau. Tak bleh er?? Huhuhh...


Raja rimba

Masuk saja dalam kawasan singa, terkejut pokcik, ada sekumpulan singa tengah dok melepak jer tepi jalan. Usha kereta yang lalu lalang. Sekali dia datang satu geng pecahkan tingkap kereta, naya jer nih... Semua sekali ada la dalam 30-40 ekor gitu!! Satu saja yang tak puas hati. Tak dapat tengok macam mana gaya singa memburu. Diorang ni pun satu hal. Letak jerlah rusa dalam tu sekor. Boleh jugak tengok diobinatang main kejar-kejar. Kemut betul!!


Cute tak gue??


Hai, nak ke mana tu??

Rasanya dalam banyak-banyak binatang, tok rimau nilah yang paling Mat cuak. Harimau Siberia. Bosar siot! Lalu betul-betul sebelah pintu Mat.


Konvoi dengan cheetah


Haiwan dalam perlindungan

Binatang lain semuanya di luar sangkar. Satu spesis ni jer yang ada kat dalam...


Baghal!

Keldai ini menyahut hasrat kerajaan Jepun untuk terlibat sama dalam kempen kitar semula dengan menjamah najis-najis yang ditinggalkan binatang lain. Kimoii...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila seseorang anak Adam (manusia) mati, segala amalannya akan terputus kecuali tiga perkara (yang akan sentiasa sampai pahalanya ketika dia berada di dalam kubur): Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Saturday, July 03, 2004

Akihabara

Seminggu kebelakangan ni, Mat banyak habiskan masa dalam bilik, selesaikan tugasan-tugasan, menyiapkan plan perjalanan program akan datang, dan berlingkaq ataih katil. Tujuan utama, untuk mengelakkan dari keluar berfoya-foya ke sana-sini dan secara tidak langsungnya akan menipiskan poket Mat yang sudah dan tak akan bergaji selama 6 bulan ni. Huhh, kena berjimat cemat!

Minggu lepas Si Rasuldeen ajak temankan dia ke Tokyo. Masih asing lagi, katanya. Alamak, terbang lagi duit pokcik...

Pukul 8:20 am, terpacak di Iwanami station. Naik train menuju ke Gotenba Station sebelum berangkat ke Tokyo (Shinjuku) Bas Ekspres Odakyu. Sekitar jam 11 am, tiba di kota Shinjuku, perut pun berokestra. Seperti biasa, ke Restoran Karachi, pekena naan, tandoori dulu. Dah nama buffet, bedal la cukup-cukup. Huhuhhh!!


Tekun mendengar penerangan

Kemudian dari Shinjuku mengambil train ke Yoyogi-Uehara, hajat nak berjamak di Tokyo Mosque. Sampai di pintu masjid, fuishhh banyaknya kasut pompuan! Dan kelihatan sekelompok perempuan yang agak janggal mengenakan skaf ala Turki tu. Ooo, datang melawat lah ni.

Ya! Saban hari, lebih-lebih lagi pada hujung minggu, Tokyo Mosque menerima kunjungan demi kunjungan dari Japanese non-Muslim. Tak kesah la, tujuan dia datang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Islam ataupun saja-saja melawat sambil snap beberapa keping gambar, itu bukan urusan Mat. Yang penting kalau pun tak banyak sikit pun jadilah, mudah-mudahan mereka celik dari kekaburan mengenai Islam, dan insyaAllah mudah-mudahan Allah campakkan Nur Iman ke dalam hati mereka.


Luar Akihabara Station

Selesai berjamak, terus ke Akihabara, bandar elektrik yang dikenali umum. Di sini, sepanjang jalan berderet-deret kedai elektrik. Pemandangan yang jarang dapat dilihat ditempat-tempat lain.
Mamat Rasuldeen tu nampak macam nak borong sakan jer hari ni. Mat, tiada apa sangat yang hendak dibeli. Tengah berjimat satu, lagipun tiada barang yang perlu buat masa ni.


Tawar menawar, kena pandai!

Keluar sahaja dari Akihabara Station, terasa bagaikan tersesat ke kota Beijing. Ramainya orang China di sini! Suara-suara dari perbualan sesama mereka, mahupun iklan-iklan dari kedai-kedai, semuanya cho-che cho-che... Ya Allah, berduyun betul la mamat-mamat ni bertebaran di seluruh muka bumi. Tak kurang juga dengan pak-pak India, dan mat-mat Saleh.


Subway

Rasuldeen memang borong sakan hari ni. Penat juga mengikut, berjalan ke hulu ke hilir, ke atas ke bawah. Mat hanya beli converter (transformer) sahaja, sebab dengar kata di UK, voltan yang diguna 240V, padahal barang-barang elektrik yang Mat ada semuanya 100V. Mau terbakor, hancus kalau tak pakai natang nih.


Bandar elektrik terbesar di Jepun

Puas juga memujuk mamat Rasuldeen ni balik. Kalau turutkan dia, mahu sampai ke malam Mat di Akihabara tu. Pokcik ponat oii. Pagi tadi tidur 2 jam ajo... Jam 7:30 pm, bertolak balik dan tiba di Y-City sekitar jam 9:45 pm gitu. Pokcik ponat!!!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda:
Sembahyang satu waktu di masjidku ini adalah lebih baik dari mendirikan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid yang lain kecuali Masjidilharam.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).