Kurang dari sebulan lagi, maka genaplah usia AZIMAT setahun. Huhh, hampir setahun sudah aku mengarut di sini yaa??.. Sebenarnya aku sendiri pun masih kepelikan, bagaimana Mat yang satu tika dulu amat meluat dengan aktiviti karang mengarang, tulis menulis nih mampu bertahan ke saat ini. Pokcik heran...
Barangkali, semuanya atas sokongan kalian. Terima kasih, dan terima kasih...
Permulaannya hanyalah menjadi pembaca blog-blog sahabat lain, dan dari situ mula menanam azam untuk cuba berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini sambil berkongsi pengalaman hidup sebagai anak rantau, jauh dari kampung halaman tanah kelahiran. Mengasah bakat? Ohh, kalau dalam bidang sastera ni, mintak maaplah, bakat aku memang tak terasah. Hehe... Dan di situlah titik tolak kewujudan AZIMAT ini. Terima kasih kepada penaja, BLOGSPOT! (Jek sikit. Macam mat saleh tu paham jer..)
Rata-rata entri yang dipaparkan di sini hanyalah berkisar pada kisah kehidupan seharian Mat, ringan-ringan, amat kosong isinya, tiada mesej, kurang ilmu untuk diambil iktibar, dan tiada apa yang istimewanya. Ya, seperti Mat beritahu tadi, aku mahu berjinak-jinak dahulu dengan dunia penulisan. Dan mungkin kerana Mat jadikan aktiviti
posting entri-entri di sini sekadar riadah di waktu senggang.
Masih terfikir-fikir sebenarnya, sambutan sempena hari ulangtahun debut AZIMAT nih. Mahu ditukar layoutnya, tapi tiada kemudahan di sini (alasan) dan sukar untuk berhubung dengan
sifu Mat untuk dapatkan sedikit bimbingan. Mungkin perlu menukar BG muziknya. Tentu ramai dah bosan dengan lagu Jepung nih. Hehe.. Atau pun sebagai tanda penghargaan kepada sahabat-sahabat di sini, mungkin Mat akan mengirimkan poskad dari Bath untuk anda di serata ceruk dunia. Mungkin juga AZIMAT perlu diubah gaya penulisannya, serba-serbi ligat di kepala.
Dan juga terfikir-fikir, sampai bila aku akan menulis di sini??...
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
Apabila seseorang membelanjakan harta untuk keperluan keluarganya dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dia akan dicatat sebagai pahala sedekah.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Ke Bristol lagi hari nih. Eh, rajin pulak Mat gi sana. Masuk kali ke-3 dah sih. Kali ni mengikut Vicky & Charlotte ( student helper), dan beberapa student yang lain ke sana. Sempena Bristol Harbour Festival yang berlangsung hari nih.
Banyak gambar yang Mat upload tadi, tapi imbas-imbas balik kesemuanya, hanya sekeping ini sahaja yang lulus untuk dipaparkan di sini. Yang lain, tidak menepati piawaian. Muahaha, maklumlah sekarang musim buah-buahan ( sekali lagi pinjam words dari si Rizal). Huhuhhh... Mat, jaga pandangan!!!
Pelabuhan Bristol
Antara banyak-banyak persembahan tadi, hanya pertunjukan parachute saja rasanya yang berada pada kelas tersendiri. Yang lain, hambar... Malas nak bercerita panjang. Buhsan!
Mat lebih banyak memerhatikan gelagat anak-anak muda Britain tadi. Huhhh, habisy rosak! Remaja mentah (baik lelaki, baik wanita) dengan rokok dan botol/tin minuman alkohol di tangan, berlaku sumbang tanpa segan silu, nampak seakan-akan langsung tiada batasan, tiada ketamadunan. Huhh, senak mata memandang. Di Bath, di Cardiff, di London dan di Bristol. Sama sahaja... Nampaknya masalah sosial di kalangan remaja ni bukanlah penyakit kronik negara kita sahaja, dan bukan sahaja di Jepun, tetapi masalah sejagat! Gamaknya, beginilah rupa manusia di akhir zaman. Sudah tidak boleh diubat, jika terus menerus mengenepikan tuntutan syariat...
Pulang ke universiti dengan kepala yang sendat. Angin kuskuskah ini?...
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-As r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Beruntunglah orang yang telah memeluk Islam, diberi rezeki secara mencukupi dan berpuas hati dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepadanya.
(Hadis riwayat Imam Muslim)
|