Thursday, October 14, 2004

Bangkit soq!

Ramadhan muncul lagi buat ke sekian kalinya. Sama-samalah kita ambil kesempatan untuk bersihkan jiwa/hati di bulan yang penuh barakah ini. Kikis-kikis mana yang karat, kilat-kilatkan mana yang pudar. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa dari Mat untuk sahabat-sahabat di mana jua anda berada.

Sunday, October 10, 2004

AZIMAT yang sepi...

Setelah pulang dari berkelana sempena projek KERJA GILA 2004, ntah kenapa mood berblogging semakin pudar. Nak kata tiada apa yang nak diceritakan, rasanya terlalu banyak yang berlaku dalam tempoh 3 minggu ini. Cerita berpindah ke rumah mohamad saleh (2 kali dalam masa 2 minggu), cerita sesi temuramah dengan General Manager Business West, cerita bertemu dengan sahabat-sahabat Melayu yang baru pulang dari percutian panjang di tanahair, banyak sebenarnya...

Tapi itulah, 'keghairahan' menaip semakin hilang. Semakin haus dek kesibukan harian. Pandang keyboard dan jeling-jeling gitu, tiada entri, jariku kaku. Bisu tanpa bicara. Hmmm... Sudah hampir tibakah saat-saat mengucapkan salam terakhir pada AZIMAT? Uhhh, tidakkk. Sayang beb aku pada AZIMAT. Gedung koleksi kisah suka duka hidup di rantau orang. Tapi, kalau begitu suratan takdir, maka akan terkuburlah kisah gila anak Malaya yang bernama Mat (orangnya waras). Dan tidak tercapailah hajat awal untuk menjadikannya Hikayat 1111 Malam.

Tidak, katakan tidakkkk...

AZIMAT : Kembalikan Mat aku yang dahulu!!

Monday, October 04, 2004

Di penghujung Syaaban

Suhu sekitar 8-14 degree pada awal Oktober rasanya agak sejuk jika dibandingkan dengan di Jepang sana. Ditambah pula dengan hembusan angin yang kekadang menggila di luar sana membuatkan aku rindu pada cuaca di tanahair. Biar panas bermandi peluh dari kesejukan yang membawa penyakit malas. Bersungut ker ni Mat?? Bukan. Rindu pada tanahair barangkali... Huhuhh.

Gambar-gambar KERJA GILA hari ke-5 boleh didapati di
 sini