Lagi 2 minggu sebelum April melabuhkan tirainya. Memandangkan entri untuk bulan April belum ada lagi, maka merajinkan diri menekan punat-punat papan kekunci nih. Tiada apa pun sebenarnya yang nak diceritakan. Bukan tiada cerita, tapi semakin hari semakin kurang bernafsu untuk berbicara. Ditambah pula keterbatasan capaian internet buat masa sekarang. Entahlah...
***Tiada lagi awan-awan salju yang menghamburkan cebisan-cebisan putih di kala ini. Rata-rata
skiing ground di sini pun dah ditutup pada penghujung Mac lepas. Bagi Mat, dengan ini bermakna tamatlah sudah musim sejuk yang selalu sangat dinanti-nantikan kehadirannya. Hmm, apalah yang menarik sangat dengan musim sejuk ini melainkan hanya sengsara kesejukan. Ya, seksa badan! Tapi buat penggian-penggian
snowboarding macam Mat pasti tahu betapa nikmatnya akan
winter bila berada di atas
board dan meluncur laju membelah salji-salji putih.
Saikou darou!
Winter 2005 - Credits to Apek
***Cairnya salji di
yukiguni (
negeri-negeri yang kebiasaannya diselaputi salji tebal sepanjang winter terutamanya di bahagian utara dan di bahagian laut Jepun), disusuli kembangnya putik-putik sakura yang menjalar perlahan dari daerah-daerah selatan ke utara bermakna muncul lagi
haru (musim bunga) setelah setahun menghilang. Ya, musim bunga ke-6 sepanjang Mat bermukim di tanah asing ini.
Namun kembangnya sakura di musim pertama dengan musim yang keenam ini sedikit berbeza rasanya. Tidak, bukan maksud Mat sakura sudah kurang serinya, tapi... Mungkin tempoh 5 tahun agak panjang bagi Mat untuk berjauhan dari tanahair. Atau mungkinkah keinginan untuk terus menumpang hidup dengan rakyat mata sepek ini sudah semakin tawar???
Eden mahu pulang, tapi bukan sekarang. Nantilah bila selesai misi
itu nanti... Ya Allah, permudahkan segala urusan.