Aku sebagai salah seorang di kalangan rakyat marhaen yang terlalu kerdil, hanya mampu melihat dan berdoa moga-moga kesejahteraan dilimpahkan buat kita semua, khususnya umat Islam di Tanah Malaya. Selamat bertugas Pak Lah, terima kasih dan selamat bersara buat Che Det.
Mat: Merindukan kegemilangan sistem pemerintahan khalifah. Ya Allah, menangkanlah tentera-tenteraMu di Palestin, di Afghanistan, di Iraq, di Syria, dan di seluruh pelosok dunia dalam menghadapi musuh-musuh yang Kau laknati, sepertimana kau berikan kemenangan buat tentera Badar...
Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung!
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah s.w.t berfirman: Semua amalan anak Adam (manusia) adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa adalah untuk Aku dan Aku sendirilah yang akan memberikan ganjarannya. Puasa merupakan perisai. Apabila salah seorang daripada kamu berpuasa, janganlah dia bercakap dengan kata-kata yang kotor dan janganlah dia bertengkar. Jika seseorang memakinya atau memusuhinya, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
