Saturday, November 01, 2003

Nasi Beriyani

Lauk dan nasi sudah dimasak. Tomyam ayam special, tunggu hanya untuk dijamah. Tunggu punya tunggu (niat nak melambat-lambatkan sahur), akhirnya aku terlelap. Bangun celik mata 5:00 am... Dah Subuh! Hehehe, nasib kau la labu... Ikut rasa binasa. Sejam yang aku tunggu kalau diisi dengan bacaan Kalamullah, solat Tahajjud / solat sunat, berzikir, maupun mentelaah lembaran-lembaran ilmu, InsyaAllah tak terbuang begitu saja dan sahur pun tak melepas!...
Pengajaran berguna buat hari-hari mendatang!

Sabtu pagi, mengikut perancangan akan ke padang hari ni menyepak-nyepak benda yang boleh disepak. Pukul 9 pagi, perutku mengalunkan irama sumbang bak orkestra yang kehilangan pengemudi. Ermmm...cancel! Akhirnya aku menarik mofu (selimut tebal) membungkus diri, menunggu sang mentari terpacak terik di langit tinggi. Enak sungguh tidur ditemani dingin pagi.

Iftar jemaah di surau petang ni. Bro Qusai memesan awal-awal lagi jangan menjamah apa-apa sebelum sampai ke musolla (tahukan kalian kenapa?...). Aku patuh, lalu bergegas ke surau awal sebelum masuknya waktu Maghrib. Dihidangkan kurma 'istimewa' dari Jordan. Meneguk air secawan dua, dan terus qiyam solat Maghrib. Selesai Maghrib dilayan pula dengan nasi beriyani Jordan. Mmmpphhh... sedap! Berselera aku, 2 pinggan menjadi mangsa! Ya, aku melantak!
Jazakallah buat Bro Qusai. Hanya Allah yang layak memberi ganjaranNya buatmu...

Usai solat tarawikh, para Malaysian masih tidak berganjak. Mahu ditambah lagi ke rakaatnya? Oh, tidak. Sesi fotografi Salam Aidilfitri. Haha... Berposing sakan, snap 3 keping, akhirnya satu pun tidak berkenan di hati. Tak per, esok kita berposing lagi. Kali ni bukan dalam surau, kat luar sana pulak. Biar mata Japanese tercangak hairan melihat gelagat kita dengan baju melayu / baju kurung yang berwarna-warni...


Gambar World Cup 2002 (3)-Penyokong-penyokong Croatia & Germany

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang mendirikan sembahyang sunat pada waktu malam di bulan Ramadan kerana keimanan kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t, dia diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Friday, October 31, 2003

Pertukaran Baton

Satu lagi lembaran baru tersingkap dalam siri sejarah tanah Malaya. Perdana Menteri ke-5 menggantikan yang sedia ada. Pertama kali seumur hidup aku melihat pertukaran baton dijalankan (pertukaran baton yang ke-2 sebenarnya). Tapi 22 tahun yang lalu, aku masih lagi di alam Ribena, mumaiyiz, bayi!

Aku sebagai salah seorang di kalangan rakyat marhaen yang terlalu kerdil, hanya mampu melihat dan berdoa moga-moga kesejahteraan dilimpahkan buat kita semua, khususnya umat Islam di Tanah Malaya. Selamat bertugas Pak Lah, terima kasih dan selamat bersara buat Che Det.

Mat: Merindukan kegemilangan sistem pemerintahan khalifah. Ya Allah, menangkanlah tentera-tenteraMu di Palestin, di Afghanistan, di Iraq, di Syria, dan di seluruh pelosok dunia dalam menghadapi musuh-musuh yang Kau laknati, sepertimana kau berikan kemenangan buat tentera Badar...
Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung!


Artikel mengenai persaraan Che Det dalam Asahi Shinbun

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah s.w.t berfirman: Semua amalan anak Adam (manusia) adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa adalah untuk Aku dan Aku sendirilah yang akan memberikan ganjarannya. Puasa merupakan perisai. Apabila salah seorang daripada kamu berpuasa, janganlah dia bercakap dengan kata-kata yang kotor dan janganlah dia bertengkar. Jika seseorang memakinya atau memusuhinya, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).



Thursday, October 30, 2003

Kari Sri Lanka

Pengumuman: Tawaran Hebat!!! Kepada sesiapa yang berminat nak kumpul setem/kad raya dari bumi rakyat mata sepek, sila tinggalkan alamat anda dalam gesbuk. InsyaAllah anda akan menerima sepucuk kad raya dari Mat. :) So, tunggu apa lagi??...

***

Pagi ni bersahur special sikit. Nasi berlaukkan ayam masak madu. Penambah selera. Maklumlah pagi-pagi ni memang susah betul nak suap nasi ke mulut. Selera lambat bangun... Dessert, tamar beberapa biji. Pembekal tenaga!

Hari ni balik awal dari lab. Ada jemputan berbuka di rumah Bro Rameez. Berkira-kira berapa orang yang akan sertai. Satu, dua... Aik, dua ajer?? Mana yang lain? Sian la kalau hamba Allah tu masak banyak-banyak. Call dan terus call. Memujuk, memaksa... Ada yang masih belum habis kelas lagi. Ada yang tengah menunggu kiriman barang. Ada yang dengan alasan termasak kari banyak semalam, nak habiskan kari... Pelbagai ragam! Orang nak bagi makan free pun taknak...

Puas memujuk, alhamdulillah sampai sebuah kereta, 4 orang lagi. Bukannya apa, aku kesiankan tuan rumah. Memang banyak yang diorang masak. Takut terbuang begitu saja. Juadahnya, nasi kari ayam & ikan Sri Lanka ++... Sedap! Full course malam ni (sampai ke dessert), membuatkan aku termengah. Erkkk... Bahaya ni. Takut perut menjadi sauh ketika tarawikh nanti. Berhenti sebelum kenyang / Tak nak kecilkan hati tuan rumah??...


Mohannad & Reezna

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana keimanan kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t, maka dia diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).