Semalam pukul 1:30 am baru balik dari lab. Aku berbaju tebal yang kurang tebalnya terketar-ketar berjalan pulang di bawah suhu yang menjunam 5 degree (
Etake, tempat ngko lagi sejuk aku rasa... :) ) . Masak untuk sahur, bereskan kerja itu dan ini selepas Subuh (around 6 am) baru dapat me'landing' berehat sebarang dua. Mimpi baru jer habis mukaddimah, jam loceng dah pun berbunyi. Pukul 9 am sudah kena bangun. Terlalu banyak
duties yang perlu dilangsaikan sebelum pulang bercuti hujung minggu ni. Sebolehnya aku ingin selesaikan satu persatu, tanpa kelam-kabut, takut nanti kepala aku berserabut!
Semalam juga aku telah merosakkan sebuah mesin yang harganya sekitar RM 50,000. Cuak! Memang cuak! Member aku minta tolong padamkan suis mesin pukul 7 pm semalam, sebab katanya mahu pulang ke rumah mengisi perut yang kosong. Tulah aku, ambil lewa semasa mamat ni terangkan cara mematikan mesin. Ada 3 suis yang perlu aku matikan. Dengan konfidennya, aku pun buatlah seperti yang diajar. Tiba-tiba terjadilah perkara yang tidak ingin kita lihat...hehehe... Aku tersalah butang! Suis apa ntah yang aku tekan (memang tak pernah guna pun mesin ni sebelum ni). Tetiba terdengar satu letupan kecil. Argggghhhh....
Pagi ni bergegas segera ke lab kena bantu
repair mesin tu. Sebab letupan dah dikenalpasti. Sebaik saja aku
switch off suis
vacuum (tanpa terlebih dahulu menutup laluan udara ke
piston, masa tulah udara dari luar bertindak balas dengan bahan bakar dalam
piston dan........ Nasib baik Prof tak minta ganti rugi (bukannya rosak semua pun). Huhhh. Kalau tidak mana aku nak cekau??
Jadi, pagi ni beban tugas aku bertambah lagi satu. Buat eksperimen sambil-sambil me-
repair mesin hingga ke malam. Berbuka seperti semalam hanya dengan setin
caffe au latte.
Tsuchiya mengajak dinner di
Gusto. Alamak!! Takder tempat lain ker?? Dekat tu memang la dekat. Tapi apalah sangat yang boleh aku jamah di situ. Perut dah
hyper lapar ni. Pukul 10 pm ke sana. Memesan nasi berlaukkan tuna (raw) yang telah dicincang dan
udon (mee Jepun). Perlu mengisi lebih sebab malam ni pun belum tentu pukul berapa baru boleh pulang.
Mood masak? Memang dah hilang. Sudahnya, pukul 11 pm kembali ke lab menyambung kerja-kerja. Dah 2 hari berturut-turut terlepas jemaah tarawikh ni. Ruginya!!! Kalau berjemaah habis satu juzu' tapi kalau solat sendiri, hmmm ayat lazim pendek-pendek ajer yang dibaca. Erkkk...
Tadi dapat surat dari company Y. Surat tempahan baju/uniform kerja. Mak aiii!!! Awalnya... Aku kena isi ukur lilit badan, pinggang, dada dan yang sewaktu dengannya. Tak pernah-pernah pulak aku ukur badan sendiri ni. Macam mana nak buat yer??? Bingung! Sudahnya aku letak ke tepi sambung mengarang, merangka draft untuk present esok pagi. Pukul 0:30 am sampai di rumah dan tidurnya pukul 6 am. Pukul 8 am kang dah nak kena bangun ni. Dua hari 5 jam tidur. Adoiii, sakit kepalaaa... Biarlah rentak hidup begini ditamatkan di zaman degree ni sahaja. Tak sanggup lagi!
Menanti masa untuk menjadi togel!
Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
Apabila salah seorang di kalangan kamu lupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan dan minum, dia hendaklah meneruskan puasanya kerana sesungguhnya dia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.a.w.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).