Wednesday, January 28, 2004

Sukanya dalam hati...

Entah terasa syok hari ni. Sebab?? Sebab hari ni merupakan hari terakhir presentation mingguan. Lepas ni dah tak payah lagi dah kelam kabut untuk siapkan draft sebelum menjelang pagi Rabu. Hitung-hitung, tinggal hanya sekali sahaja lagi akan berpresent di madrasah ilmu ini. Iaitu viva yang dijadualkan pada 17 Februari nanti. Erkk, dan tinggal 3 minggu sahaja lagi bergelar student... Yoshhh!!!

Prof outstation lagi hari ni. Jadi, macam biasa present pun dihabiskan secepat yang mungkin. Hehe... Sebab kitorang ada plan baik punyer hari ni. Minggu lepas dah booking dewan, untuk riadah.

Acara Penthatlon hari ni. Dari badminton, ke ping pong, bertukar ke basketball, kemudian volleyball & akhir sekali sepak-sepak bola. Semangat kesukanan mengalahkan nenek cipan!


Warm up dulu!


Pergerakan sepantas kilat, cameraman pun tk sempat...

Selesai beriadah ke library solat Maghrib, sertai me-member Japanese lain ke cafeteria dinner & terus beransur pulang. Mengantuk! Rasanya tak sampai 30 minit mata bertahan melayan berita perdana. Nikmat betul tidur ketika penat + kantuk nih. Sedar-sedar dah pun jam 11 pm. Fuhhh, lamonyer tidur. Terjaga itupun sebab perut dah terasa lapar balik. Nafsu, nafsu! Makan banyak, badan tak berisi jugak. Bangun supper roti bakar + telur + cheese + susu (minuman ruji).

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Bersedialah untuk mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi diri kamu, serta pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu merasa lemah. Sekiranya kamu ditimpa sesuatu, janganlah kamu mengatakan: Jika aku berbuat begini sudah tentu akan terjadi begitu dan begini. Tetapi katakanlah: Apa yang telah ditentukan oleh Allah dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi kerana kata-kata "jika" itu boleh membuka laluan kepada syaitan.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Tuesday, January 27, 2004

Bumi merintih

Berderetan gempa melanda. Bermula petang semalam sekitar jam 5 pm, skala 4.1 Richter berpusat di bandaraya Sendai, Miyagi Prefecture. Kemudian dikejutkan dengan gegaran yang agak kuat berskala 4.7 Richter seawal 2 pagi. Dan sekali lagi pada jam 3 pm skala yang sama berpusat di wilayah jiran, Fukushima.

Bumi merintih, bumi menangis, betapa seksa, betapa derita, menjunjung manusia-manusia berpalit lumpur dosa. Manusia yang terlupa, akan amanah yang telah diberi, sebagai khalifah di muka bumi. Manusia yang tanpa segan tanpa malu pada PENCIPTA, berbuat mungkar dan bermacam angkara...


Alhamdulillah, dipanjangkan usia sehari lagi

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a, daripada nabi s.a.w baginda meriwayatkan sebuah Hadis Qudsi yang diterima daripada Allah s.w.t sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:
Wahai hambaKu! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diriKu dari berlaku zalim dan Aku juga mengharamkannya kepada kamu, oleh yang demikian janganlah kamu saling menganiayai di antara satu sama lain. Wahai hambaKu! Kamu semua adalah orang yang tersesat kecuali orang yang telah Aku beri petunjuk kepadanya, oleh yang demikian mintalah petunjuk kepadaKu nescaya Aku akan berikan petunjuk kepadamu.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

Sunday, January 25, 2004

Fajar di ufuk timur

Tengahari semalam berlima (Syed, Musa, Keita & Kim) ke dewan serbaguna Taga, main badminton. Best kat sini, tiada bayaran, percuma! Mat ni bukan boleh duduk diam kalau lama-lama tak bersukan. Duduk tak kena, berdiri tak kena, menonggeng lagi tak kena. Haha... Naik rimas!

Petang, selewat 4:30 pm (dah dekat Maghrib dah tu) baru beransur pulang. Selesai Maghrib, melompat dari satu channel ke satu channel, arghh bosan! Hampir satu minggu topik utama berita-berita perdana berkisar pada krisis penipuan seorang ahli politik dari The Democratic Party of Japan (Minsyutou) dalam kelulusan akademiknya. Beliau mengaku telah grad dari Pepperdine University, US. Tetapi setelah pihak universiti menyemak semula rekod-rekod lama, didapati sememangnya beliau dulu pernah menuntut di sana, tetapi tidak dapat menamatkan pengajian atas sebab-sebab tidak memenuhi syarat (jumlah kredit) yang diperlukan. Hmmm, macam-macam!

Kemudian, dalam kepenatan aku terus tertumbang, tanpa sedar. Buka mata jam dah pun menghampiri 12 tgh malam. Astaghfirullahal 'azim... Lama benor eden tidur. Buat sedikit revision, sambil-sambil melayari alam siber. Sementara menanti masuknya Subuh, membuka lembaran-lembaran kalam-kalam suci Allah, dan sedikit reciting (the Quran). Alhamdulillah, berkat didikan mak & abah, aku dapat mengenal tulisan jawi / arabic character terlebih dahulu dari rumi. Buktinya, hasil 'karya seni' pertama aku pada dinding rumah adalah alif, ba, ta. Bukannya A B C. Sayangnya 'artifak bersejarah' tu dah luput, tiada satu pun yang tertinggal! Haha...

Ya, dulu aku dan kakak (beza umur hanya setahun) tak pernah ke tadika atau ke taski. Abang sulung aku, ke tadika ketika umurnya 6 tahun dan setiap kali balik ke rumah hanya 'melalak' yang dia tahu. Huhuhh... Itu yang mak & abah tak menghantar aku ke sana. Sebaliknya aku telah dihantar ke masjid berdekatan, join budak-budak darjah 2 & 3 belajar kelas quran tajwid. Ketika itu aku baru 5 tahun. Terasa kerdilnya diri masa tu. Subject yang diajar Fekah, Tajwid, Tauhid & Al-Quran. Semuanya dalam jawi.

Fikir-fikir balik sekarang, alhamdulillah. Tepat keputusan mak & abah! Arigatou... Tapi sayangnya walaupun sudah lama aku mengenal jawi, mampu membaca kitabullah, tapi masih belum dapat memahami dengan baik the Quranic Arabic, masih bergantung pada tafsir. Sayang, seribu kali sayang...

Selesai Subuh, mata masih segar-bugar. Capai kunci kereta, kamera & tripod, memacu ke arah Pantai Ose, hanya 1 km dari rumah. First time ni nak ambil gambar sunrise dekat sini. Sebelum ni langsung tak tergerak pun hati. Dan inilah hasilnya, not so bad bagi cameraman shiroutou (amatur) seperti aku. Huhuhh... Subhanallah, cantik!


Soba hal khair - Selamat Pagi Hitachi

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Barzah al-Aslamiy katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak akan bergerak kaki seseorang itu (di hari kiamat kelak), sehinggalah dia ditanya tentang umurnya, ke manakah ia dihabiskan. Tentang ilmunya, bagaimanakah dia menggunakannya. Tentang hartanya, dari manakah ia diperolehi dan untuk apakah ia dibelanjakan dan tentang tubuhnya, untuk apakah ia digunakan.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).