Sunday, February 29, 2004

Mata aoune... (Jumpa lagi)

Hajat untuk mengqada' tidur terpaksa ditangguhkan. Dari pagi semalam sibuk berkemas & packing barang-barang. Ya, Mat janji nak keluar rumah hari ni. Tapi, nampak gayanya macam tak sempat ajer. Kena mintak extend lagi sari nih.

Hmmm... Naik hairan jugak ya...??? 4 tahun lepas semasa datang ke sini dulu, hanya 3 buah beg sahaja yang dibawa bersama. Satu beg berisi pakaian, kalau tak silap hanya 6, 7 helai sahaja yang Mat bawa dari Malaya. Itupun atas nasihat para senior yang kata mereka baju-baju yang biasa dipakai di Malaya tak sesuai dengan keadaan cuaca di sini. Dan 2 beg yang lain berisikan segala macam rempah ratus, perencah Pak Berahim dan Mek Adabi, bawang, belacan serba mak nenek serta lesung batu. Oppss, kisah benar ni. Ada senior setahun ke 2 tahun atas dari Mat yang dikesan membawa lesung batu setelah didapati berat begnya berlebihan semasa ditimbang. Huhuhh, tak pernah terlintas aku nak bawa lesung batu ke mari. Nanti senget kapal terbang tu... Heheh!

Dari asalnya 3 buah beg tu, kini menjadi separuh kontena. Waduh... Dari mana datangnya barang-barang lain ni haa??? Sendiri beli, sendiri mau tanya kaa? Semalam ke supermarket Sanyu mencari kotak untuk mengisi barang-barang nih. Ada ke patut dia kasi kotak kobis?? Sampai di rumah baru terperasan yang kotak tu tetap ternganga walau setelah ditutup. Huk alorr... Kemudian bergegas ke Maruto pulak. Nasib baik Maruto ada stok kotak kosong yang banyak. Kalau tidak alamat mengangkut barang berpindah dengan beg plastik lah. Huhuhh...

***

Pagi tadi, seawal 4:40 am sekali lagi ke bus stand depan SunGarden Hotel menghantar si Izuddin pula yang akan pulang ke Malaysia. Hah, awang Malaya tinggal 2 orang jadinya. Aku dan Musa. Ore mo kaeroukana, tinggalkan Musa... Heheh... Izuddin-san, 4 nenkang iroiro arigatou, otsukare-san. Maaf atas segala salah dan silap. Korekaramo ganbarimasyou. Sayounara to iitakunai na... Mata aou!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Friday, February 27, 2004

Thank You Allah

Dalam tempoh 3 hari, hanya sempat lelap 4 jam (2 1/2 + 1 1/2 + 0). Fuhhh, macam tak percaya...Livita, Kopi Tongkat Ali, semuanya habis dibalun! Patutlah boleh bertahan! Nope! Semuanya dari Allah.

Dan alhamdulillah, tepat jam 9:50 am tadi segala penat lelah, pengorbanan menahan ngantuk, lapar, dan segala-galanya setahun ini terasa berbayar dengan tersubmitnya sebuah thesis. Thank you Allah... Sujud syukur pada-Mu ya Allah!

Di kala ini masih tak percaya, masih tak dapat menerima kenyataan yang jawatan Mat sebagai mahasiswa telah dengan sendirinya 'terlucut' sudah. Biar benor??... InsyaAllah jika dimurahkan rezeki akan menyambung semula ke peringkat Master pulak nanti. Nampaknya sedikit masa diperlukan untuk men'stabil', releasekan semula diri yang seakan penat bertarung dalam pertarungan yang agak panjang (6 tahun untuk sebuah degree, 2 tahun di UM + 4 tahun di sini).

Di sebelah malamnya membawa tetamu-tetamu yang bertandang dari jauh di negeri Iwate nun utara sana ke Namaste, dinner ramei-ramei. Dan seterusnya terus ke Crane Bowl 'bertarung'. Tahniah kepada Izuddin atas permainan terakhir di bumi Jepang yang begitu memberangsangkan! Jika diberi kesempatan, nanti kita bertarung semula di Malaya, insyaAllah. Owaranai revenge...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
Permudahkanlah dan janganlah kamu menyulitkan, gembirakanlah dan janganlah kamu menakut-nakutkan.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Thursday, February 26, 2004

Mendatar...

Hari ni dah 5 Muharram kan? Kalaulah usia dibilang dengan kalendar Hijriyah, maka hari genaplah Mat 2* tahun. Setahun tua dari kalendar Masihi. Tapi, dunia mutakhir ini, siapalah yang peduli akan kalendar Islam... ??? Kalau ada pun, Ramadhan, Syawal & Zulhijjah sahaja lah kot.

Berterusan bersengkang mata menyiapkan thesis. Semalam sempat lelap 2 jam setengah sahaja. Hari ni ntah sampai bila pula mampu bertahan. Pukul 4:40 am gitu ke rumah Adam. Lagi sorang dari ahli keluarga yang akan pulang bercuti. Seperti biasa menghantar mereka yang mahu ke Narita Airport menunggu bas di depan SunGarden Hotel. Aduss, sejuk bukan kepalang pagi nih. Takper, demi adik-adik.

Rasanya dah masuk hari ketiga berjuadahkan telur dadar sahaja. Hampir seminggu lebih tak pekena sayur-sayuran. Makanan tak seimbang! Tapi nak buat macam mana, tiada pilihan. Tak makan, kang melidi. Huhuhh! Ishh, bestnyer kalau ada orang tolong masakkan di saat-saat begini...

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abu ad-Darda' r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci kepada orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan yang kotor.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).