Bersarapan di Jepun, makan tengahari di ruang udara Taiwan, makan malam di Putrajaya dan bersarapan pagi esok harinya di London. Perghh, macam iklan DunHiLL (kata Kulat)... huhuhh...
Thanks kepada Bobuk, Kulat, Din & Kadek yang bersengkang mata dari awal pagi menghantar eden ke Narita. Sakit perut + beberapa masalah bangang yang lain, merosakkan habisy program! Sorry er mai pren...
Family Mat buat surprise plak di KLIA. Keluar dari balai ketibaan, dah siap menunggu di luar. Haritu masa dalam tepon, dah cakap dah tak payah datang, maklum lah semua sibuk dengan program lain. Lagipun macam tak berbaloi pulak, datang jauh-jauh dan jumpa hanya beberapa jam saja. Anak punya pasai... (adoii, syahdu betul dengar kata-kata mak). I lap U all!
Sempat merasa makan buah rambutan & langsat tadi, dan sedikit bekalan lempuk deghian untuk dibawa ke Bath. Mak bawakan dari Kedah sana nuh. Kasih ibu membawa ke syurga!...
Kemudian, bermulalah satu kisah malam yang sungguh panjang!!!
Sembang-sembang: alia: thanx.. chubbychan: alahai, siannya..che abe tengah bermanja dengan famili dulu tu..sabor yer chubby noo..program sepanjang transit??..ermm..nantikan cerita penuhnya dari Mat.. hana: dah sampai dah pun..hehe.. honey_aqua: alhamdulillah, baik..thanx.. alia: silakan.. kulat: ajak pung mcm korg reti jer nk datang.. ayares: alhamdulillah dah sampai Bath..berkat doa kengkawan.. Mely: salam..singgah kejap jer di M'sia Mely..20 jam, mati segala kutu!..ole2? i-allah kalau poket berisi :D junaidix: thanx.. Jamal: salam..nanti lapang2 Mat balas mail mung tu.. kak G: salam..lama tk dengar cerita dari kak G :D .. wawa: salam..mcm mana study wawa?..ker dah start bercuti??.. rakel: salam..alhamdulillah, baik.. Op: hilang penat?..masih tercungap2..hehehh.. pakcik latip: rumah ni cantik pun atas bantuan hiasan dari teman :) ..cuba untuk mencantikkan isinya pula.. zaquan: pier??..alhamdulillah dah selamat sampai, makaseh..budu oxford??..huhhh, budu pun dah mengalami proses globalisasi er?? Mely: salam..samat pagi Mely :) .. Op: bila tak bergaji setengah tahun ni, kenalah bijak berbelanja :D
Wednesday, July 14, 2004
Tuesday, July 13, 2004
Diari Ringkas
Ahad:
Ahad hari ni bermula seawal jam 2 pagi. Sempat lelap sejam, sebelum bangun bersiap-siap untuk memandu jauh. Plan asal untuk bertolak seawal jam 2-3 am tertangguh ke pukul 4 am. Mayhem!
Mengambil masa hampir 5 jam untuk sampai di Ibaraki. Sekor-sekor masih tidur, masa Mat sampai sana, kecualilah big boss, si Kulat. Agenda pertama di Ibaraki, ke swimming pool yang terletak di atas bukit Kamine-Kouen. Bukan setakat berenang, bersynchronize sampai hidung ni penuh ngan air. Huhuhh...
Selesai berenang, balik bersiap-siap untuk BBQ. Ayam semuanya adik-adik di sini sudah perapkan. Thanks minna, oishikatta.
Isnin:
Mandom satu hari.
Selasa:
Persiapan-persiapan terakhir sebelum bertolak ke UK esok. Keluarkan duit, stopkan sementara servis keitai (handphone) dan matikan perkhidmatan internet.
BerUNO semalaman dengan adik-adik. Qusai datang join sekaki...
Berakhir sudah percutian ringkas 3 hari 3 malam di Ibaraki sementara menunggu saat-saat berlepas. Thanx semua!

Saturday, July 10, 2004
Lagi-lagi kerja gila!
Jam 1:15 am, panaskan enjin kereta. Haha, sudah nekad tadi akan ke Shimada juga malam ni. Fikir-fikir balik tadi, ke Shimada, pergi balik dah 190 km. Malam ni pulak Mat nak berangkat ke Ibaraki, ada la dalam 280 km gitu. Arkkk... Hmm, semoga Allah selamatkan perjalanan eden. Huhuhh...
Alhamdulillah, keadaan lalulintas agak lancar. Tiba di Shimada jam 3 am. Bersubuh di sana, dan sempat berehat sekitar 20 minit gitu sebelum pulang semula ke Y-City. Perjalanan balik, dalam asyik melayan keindahan langit pagi dengan iringan alunan melodi-melodi indah, tetiba kelepekkkkk.... Jatuh tepat pada cermin hadapan kereta Mat. Cinabeng punya gagak (Dalam hati menyumpah). Potong stim betul la! Gagak berlalu, tersenyum puas...
Sebenarnya ada hikmah yang besar di situ. Mata Mat yang tadinya layu, terus bugar! Terima kasih gagak. Tapi lain kali kalau nak melepas, ko pergi cari la kereta yang lain pulak yer. Muahaha...

Alamak, jauh lagi ker???...
Akhirnya setelah penat mengerah kudrat, alhamdulillah selamat kembali ke Y-City. Jam sudahpun pukul 5 am. Matahari sudahpun terpacak, aku baru nak bermanja dengan selimut. Oyasumi...
Hanya kerana sepasang kasut... Ish, ish...
***
Tengahari dapat call dari junior, nak datang bershopping di Gotemba (Outlet) katanya. Menggagahkan diri, melawan kantuk dan bersiap-siap untuk ke Outlet. Alahai, orang datang pun bukannya selalu...
Pulang dari Outlet, meneruskan kerja-kerja packing barang. Menghitung kira apa yang perlu dan apa yang tidak. Jam 12 malam, tiga beg siap sedia untuk dibawa. Hanya 1 jam yang tinggal untuk Mat tidur sebelum memandu 'pulang' ke Ibaraki...

Subscribe to:
Posts (Atom)