Saturday, July 31, 2004

Cardiff, bandar pelabuhan menawan

Lagi dengan perjalanan cuti-cuti Bath. Hari ni, Mat dengan students yang lain bertolak awal dari universiti, sekitar jam 9 gitu, dalam rangka lawatan ke Museum of Welsh Life St. Fagan's dan kota Cardiff.

Mat, seperti biasa akan setia memandang ke luar tingkap bila menaiki bas, melihat akan pemandangan di luar sana, kecualilah kalau aku letih kecipanan ataupun di luar sana gelap gulita. Sudah menjadi tabiat, mungkin! Ya, tapi aku lebih suka dengan cara begini. Melupakan seketika segala senak di kepala, biarkan perasaan terbang bebas ke mana sahaja ia mau pergi. (Lagi best kalau dengan iringan instrumental, Another You - Cromok). Baca buku / lain-lain bahan bacaan?? Huhh, bukan aku tak suka. Tapi, nanti aku naik loya! Mabuk...

Pada langit, pada sang bayu, pada kepulan awan, pada makhluk-makhluk Allah yang lain di luar sana, terima kasih kerana selalu menemani, meminjamkan aku kekuatan, untuk meneruskan hidup, untuk terus tabah melolosi jalan yang penuh liku. Dan, terasa betapa kerdilnya diri di kala begini...

Hahaha, jangan ingat Mat ni hepi sentiasa orangnya, hanya kerna catatan-catatan pada entrinya di sini bagaikan dialah orang yang paling bahagia dalam donia. Mat ni sebenarnya mahkluk yang banyak memendam rasa dan jarang sekali diluahkan pada sesiapa. Mungkin aku lebih selesa begini... Simpan sahajalah Mat, yang pahit-pahit itu. Telan, mudah-mudahan ianya menjadi obat yang mujarab! :D

Tengah asyik aku mengelamun, tiba-tiba bas berhenti. Bas rosak, kata si driver tua. Cess, potong stim betul!


Tersadai di sempadan

Pandai pulak bas ni rosak betul-betul di sempadan antara Wales dan England. Lebih kurang 45 minit juga 'melengung' di situ sementara menunggu bas gantian datang. Malang yang berbau hangit ini telah menjejaskan kelancaran program, di mana masa yang tinggal untuk melawat Museum of Welsh Life hanyalah berbaki sekitar 45 minit.


Mari menyodok...

Muzium ini telah dibina pada 7 July 1948 berhampiran St Fagans Castle, dan merupakan muzium tak berbumbung yang terbesar di UK (kalau tak silap). Mempamerkan segala macam artifak dan gaya hidup masyarakat Welsh dahulu kala. Dan inilah attraction (???) pertama yang Mat lihat. Cess!! Cipan, kau lebih mulia...


Huhh, mana mau pigi sih??

Dengan masa yang terhad, dan tersesat pula ke hutan begini, ke mana harus aku melangkahkan kaki pergi?? Mana castlenya??


Salah satu rumah tradisional Welsh

Snap and go! Hmm, aku sudah kebosanan sih...

Bas kemudiannya bergerak menuju Cardiff, capital city of Wales. Bandar moden, berpopulasi 320,000 orang, antara capital yang termuda dan salah satu bandar maritim terbaik Eropah.


Jalan ke Cardiff Castle


Kekadang aku diserang cemburu, masyarakat Muslim di sini tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan makanan halal, tidak seperti di Jepang sana. Hasil pengorbanan orang terdahulu barangkali. Wahai Paki-paki, berduyun-duyun berhijrahlah kalian ke negara matahari terbit sana... Kami memerlukan anda!


Cardiff Castle

Cardiff Castle sebenarnya merangkumi beberapa struktur yang dibina dalam abad yang berlainan, seperti benteng / tembok Rom dan beberapa menara di sekeliling kawasan sekitarnya.


Pemandangan dari Tower

Beginilah gamaknya pemandangan yang dapat dilihat oleh Raja-raja dahulu kala. Melihat ke bawah sana, amat kecilnya mereka itu semua, tanpa sedar yang orang di bawah juga nampak dia terlalu kecil pada pandangan mereka... :D


Downtown

Baki sejam sebelum berangkat pulang, sempat pusing-pusing sekitar pusat bandar Cardiff, keluar masuk gedung membeli-belah, tapi hanya sebotol jus oren yang aku beli. Hahaha, tak bernafsu aku nak menghabiskan pound. Aku haus!


Civic Centre

Dalam perjalanan pulang ke bus stop, sempat singgah sebentar di Civic Center. Berehat ambil angin 5 minit gitu, sambil melayan karenah orang-orang di Cardiff yang nampak seakan-akan mahu bertelanjangan, meraikan panas yang datang. Musim buah-buahan, kata si Rizal di Bath sana. Muahaha... Gilo!!

Dan di bawah ini, beberapa tempat yang Mat tak berkesempatan singgah untuk trip kali ini... Nak datang lagi ker tak?? Hmmm...


Millenium Stadium


Cardiff Bay

Selamat tinggal Cardiff. Aku beransur dulu...

Friday, July 30, 2004

Pertemuan, permulaan sebuah perpisahan...

Alhamdulillah, dapat berJumaat di masjid Bath setelah 2 minggu 'lemas' dalam universiti. Dan hari ni juga, berjaya ketemu kerabat Malaya di sini selepas hampir 2 minggu lebih hanya berglobal dengan masyarakat asing. Tetapi hanya 5,6 orang sahaja yang bersisa di sini memandangkan majoritinya pulang bercuti di Malaya. Syukur...

Sebenarnya dah bertemu beberapa hari lepas dengan salah seorang daripada mereka, Bro Rizal. Tetapi hanya 3,4 minit sempat berbual ringkas kerana Mat tergesa-gesa waktu tuh.

Di samping bertemu muka dengan diorang nih, ada agenda lain hari ni. Sertai diorang ke Bristol untuk mendapatkan ayam/daging halal. Huhh, menyenget eden bimbit ayam stok sebulan dan barang-barang dapur yang lain. Nasib badan, minoriti di bumi kafirin...

Jazakallah buat sahabat-sahabatku warga Malaya di Bath.

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Wahai sekalian manusia, ucapkanlah salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali persaudaraan dan dirikanlah sembahyang ketika manusia sedang tidur nescaya kamu sekalian akan memasuki syurga dengan selamat.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Thursday, July 29, 2004

Turun ke rink

Mengikut student helper, Chris dan Charlotte bersama beberapa student lain ke Bristol petang tadi. Pelawaan untuk ber-ice-skating di sebuah rink di Bristol.

Jam 7:30 pm, bertolak dari universiti ke Bath Spa Sta. bersama 11 yang lain (separuh darinya Russian). Kemudiannya menaiki train ke Bristol Temple Meads Sta. Rupanya dekat sahaja Bristol dari Bath nih. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa 15 minit.

Bristol merupakan antara salah satu bandar yang agak besar juga di England selepas London, Birmingham, Manchester dan Liverpool. Kalau di Bath, rata-rata rekabentuk bangunannya mengekalkan senibina tradisional England, di Bristol pula apa yang Mat dapat perhatikan, terdapat gabungan antara senibina tradisional dan moden. Cantik!


Bristol Temple Meads Station

Dari Bristol Sta. menapak lebih kurang 15 minit juga untuk ke Rink. Sampai di sana pula, terpaksa menunggu sekitar 30 minit sementara menunggu budak-budak kecik habis bermain ICE-KARTING. Guess what? Haha, tahukan go kart? Bebudak ni main go kart atas ais. Hebat tu!!


Huhuhh, mari kita tengok siapa yang tergolek dok!

Bayar 4 pound main sejam 15 minit saja. Cess, buang karan betul! Agak kekok juga mulanya. Dah lama tak turun meluncur. Hehh, ayat macam power jer?? Muahaha... Sekali sekala Mat beraksi macam orang kena sawan babun, terpusing-pusing kehilangan imbangan, dan sekali terjelepuk ke atas ais! Opss, bangun, bangun! Control macho... Mamat-mamat dan minah-minah Russia tu, faham-faham jerlah. Orang dunia ais, power nak mampus!

Satu yang Mat kurang suka dengan public transportation di sini, ketidaktepatan waktunya dan keputusan membatalkan train suka-suka dia saja. Semalam, kitorang terkena! Terpaksa balik naik bas ke Bath bila diberitahu train jam 10:45 pm dibatalkan perjalanannya. Huhhh... Itupun setelah bertanya pada pekerja di platform, dengan muka separuh poyo kepenatan berlari ke station dan terpinga-pinga menanti train yang tak kunjung tiba. Buatlah pengumuman 18 kali che mat saleh oii!!

Kongsi Ilmu: Diriwayatkan daripada Miqdam bin Ma'di Kariba katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak ada sesuatu bekaspun yang lebih berbahaya diisi oleh anak Adam selain dari perutnya tetapi memadailah beberapa suap makanan bagi anak Adam untuk menguatkan tulang sulbinya. Jika tidak ada halangan, peruntukkanlah satu pertiga dari bahagian perut untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu lagi untuk bernafas.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).