Assalamualaikum dan salam Isnin buat semua saudara-saudaraku di Malaya dan di seluruh dunia! Banyak entri-entri dan gambar-gambar lawatan Mat ke beberapa tempat dalam masa yang terdekat ini berbaris menunggu untuk diposkan di blog nih, tapi Mat terpaksa ketepikan kesemuanya buat seketika demi memberi laluan pada entri hari merdeka!
Pertama-tamanya, ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat orang-orang yang terdahulu. Kerana merekalah kini kita bergelar anak Melayu yang 'merdeka'. Jiwa dan raga mereka telah dipertaruhkan untuk sebuah kemerdekaan, demi melihat anak-anak bangsa mereka tidak lagi dihunus senapang panjang di kepala untuk patuh pada setiap arahan anjing-anjing putih dari sini. Agar yang terkemudian tidak lagi diheret-heret bagaikan guni baja, seolah-olah lebih hina dari anjing kurap di tepi jalan.
Mat Kilau, Lebai Deraman, Tok Janggut, Mat Saleh, kalaulah kalian diberi peluang untuk celik buat seketika, tentu kalian bangga melihat cucu-cicitmu ini punyai menara berkembar yang menjulang ke langit tinggi, punyai lapangan terbang yang gah indah dan antara yang terulung di dunia. Mereka tidak lagi di belakang kerbau mahupun lembu. Mereka berMercedes, berBMW!!
Mereka tidak lagi gemar kopi/teh 'O', minuman kegemaranmu dulu. Ketinggalan zaman fikir mereka agaknya. Sebab itu mereka lebih rela melanggah air-air kencing setan tanpa malu tanpa segan. Mereka kini lebih senang memanjangkan kaki ke disko, pub, bistro dan seangkatannya dari mengimarahkan rumah Allah. Kitabullah pula hanya menjadi barang dagangan, barang perhiasan di rumah-rumah. Anak-anak muda, sebahagian besar dari kalangan mereka celik Roman, tapi buta alif ba ta. Hukum-hakam, sunah dan hadis bagaikan dongengan seangkatan dongeng Pak Pandir. Bisa dipinda, diterima dan ditolak mengikut citarasa sendiri. Dan yang paling menyedihkan, artis dan celebriti kini lebih disanjung mulia dari alim ulama, pewaris para anbiya...
Perpaduan Melayu masakini jika nak dibandingkan dengan zaman kamu dulu, huhh, terlalu rapuh. Mereka lebih suka melihat bangsa lain maju ke hadapan, tetapi kalau ada bangsa sendiri yang berjaya, cepat betul mereka iri hati. Penyakit yang sudah sebati dalam darah daging mereka! Mereka seolah-olah tiada mata dan memekakkan sahaja telinga, bilamana ada di kalangan kami yang tergelincir dari landasan agama. Kebebasan beragama kata mereka.
Kami masih ingat lagi cerita-cerita dari terdahulu. Cerita tentang bagaimana bersatunya orang-orang Melayu dalam menangani kes-kes murtad. Masih ingatkah lagi pada nama itu? Ya, Natrah! Satu semenanjung dilanda amarah hanya kerana keluarga si Natrah ingin mengkristiankan kembali si puteri yang suci terdidik dengan ajaran Islam. Ya, hanya kerana SEORANG! Tapi kini, beribu-ribu sudah berjaya dimurtadkan. Reaksi mereka, huhhh terlalu hampa!!!
Mat Kilau, Tok Janggut, Lebai Deraman, wahai pahlawan-pahlawan kami, sudah puaskah kalian dengan cerita-cerita dari generasi yang dikatakan sudah 47 tahun merdeka ini? Kalaulah, Mat kata kalau. Kalaulah kalian dapat meramalkan beginilah kesudahannya, beginilah laba yang kami dapat hasil pengorbanan generasi terdahulu, tentu kalian berkata begini; "Lebih baik dijajah anjing-anjing putih itu. Lebih baik menghabiskan masa menganyam tikar mengkuang, lebih baik menjaga ayam dan itik di reban, dari berjuang menuntut sebuah kemerdekaan."
Wahai cucu-cicit yang mewarisi darah pahlawan-pahlawan terbilang, wahai anak-anak Malaya, wahai Mat, jadilah kamu anak Malaya yang MERDEKA, dalam erti kata sebenar...
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-47 BUAT SEMUA!
Tuesday, August 31, 2004
Friday, August 20, 2004
Ciao!
Selesai Jumaat, ke Somerfield mencari-cari barang untuk dimasak buat tetamu-tetamu malam ni. Semalam menjemput Anais, Fernando, In-Young, Oliver dan Maria ke dapur tingkat 4 teratak Conygre sekali lagi untuk jamuan leaving party!
Sampai di bilik sempat beradu 40 minit gitu, penat sangat sih! Gara-gara jadual harian yang terlalu padat lah nih. Huhuhh! Bangun dan menyingsing lengan besar-besaran lagi buat kali kedua dalam minggu nih. Member punya pasal!
Jam 7:45 pm gitu, Oliver datang dengan sebeg plastik barang-barang yang hendak disedekahkan kepada eden (of course la barang-barang makanan yang halal), memandangkan dia akan berangkat pulang esok pagi. Spaghetti, makaroni, segala macam sos-sos dia bawa. Huhh, eden kasi idea cantik punya kat Oliver, suruh dia masak semua pasta yang ada tu untuk menjamu tetamu-tetamu malam nih. Muahaha... Simpan pun macam aku rajin jer nak masak.

Nice to meet all of you!
Selesai aktiviti makan-makan, maka bermulalah sesi permainan UNO (siap dengan hukuman untuk siapa yang kalah) sambil berbual-bual buat kali terakhir. Dekah ketawa dari dapur tingkat 4 membelah sunyi malam di Bath University. Ketawalah, bersoraklah sepuas mungkin, kerana selepas ini belum tentu kita akan bertemu dan bergurau-gurauan seperti begini lagi. Selamat jalan buat semua... Ciao!

Wednesday, August 18, 2004
...sambungan (Lacock)
Pekan Lacock letaknya kira-kira 50m dari Lacock Abbey. Sebuah pekan mati yang begitu lengang. Sekali-sekala kelihatan kelibat beberapa warga emas yang lalu lalang bersama tongkat di tangan. Anak-anak muda? Entah, langsung tiada bayang!

Lengang!
Baru 5 minit berjalan, lintang pukang Mat, Oliver dan Maria mencari tempat berteduh. Hujan panas maa. Ya! Cuaca yang agak tipikal di sini. Hujan turun dan akan berhenti secara tiba-tiba, tanpa sebarang isyarat. Mirip bangat dengan cuaca di tanah Malaya!

Jauh dari hiruk pikuk kesibukan...
Tiada yang menarik untuk dikunjung sekitar pekan ini. Hanya berjalan-jalan menawaf pekan sambil-sambil menghirup udara segar selepas hujan. Ada menerima cadangan dari pemandu pelancong untuk ke gereja lama yang terdapat di sini. Huhh, terima kasih ajer lah pakcik. Jaga elok-elok gereja tu, nanti sekurang-kurangnya boleh juga dibuat storbaja gandum!

Sejarah yang tak akan berulang

Potret-potret kehidupan...
Begitulah kisahnya setengah hari Mat di sebuah countryside di timur Bath, pekan kecil penuh nostalgia, Lacock! Ikuti kisah selanjutnya, leaving party buat teman sekelas dan percutian (hujung minggu) Mat di kota London...
Baru 5 minit berjalan, lintang pukang Mat, Oliver dan Maria mencari tempat berteduh. Hujan panas maa. Ya! Cuaca yang agak tipikal di sini. Hujan turun dan akan berhenti secara tiba-tiba, tanpa sebarang isyarat. Mirip bangat dengan cuaca di tanah Malaya!
Tiada yang menarik untuk dikunjung sekitar pekan ini. Hanya berjalan-jalan menawaf pekan sambil-sambil menghirup udara segar selepas hujan. Ada menerima cadangan dari pemandu pelancong untuk ke gereja lama yang terdapat di sini. Huhh, terima kasih ajer lah pakcik. Jaga elok-elok gereja tu, nanti sekurang-kurangnya boleh juga dibuat stor
Begitulah kisahnya setengah hari Mat di sebuah countryside di timur Bath, pekan kecil penuh nostalgia, Lacock! Ikuti kisah selanjutnya, leaving party buat teman sekelas dan percutian (hujung minggu) Mat di kota London...
Subscribe to:
Posts (Atom)