Friday, October 29, 2004

Second half

Dari universiti ambil bas terus ke Lower Oldfield Park. Mendapat jemputan beriftar di rumah Jibam & Din tadi. Kadang-kadang naik segan pulak sebab selalu sangat ke rumah diorang nih. Terima kasih bebanyak, mudah-mudahan kalian dimurahkan rezeki...

Terpandang pada langit malam semalam. Cerah benar langit setelah sepanjang harinya hujan mencurah-curah. Oh, bulan dah penuh rupanya. Sudah 2 minggu Ramadhan berlalu ya. Pantas benar!


Bulan mengambang??

Selamat beribadat di separuh masa kedua Ramadhan. Jangan terpedaya dengan nafsu dalam membuat persiapan menyambut raya. :D

Wednesday, October 27, 2004

Tahun bencana

Gerun bila menatap berita-berita malapetaka dari bumi Jepang sana. Taufan, gempa bumi, bencana melanda silih berganti. Risau juga kekadang memikirkan akan keselamatan sahabat-sahabat Mat di sana. Yalah, benda-benda begini selalunya terjadi tanpa sebarang isyarat tanpa alamat. Kun fayakun! Moga-moga mereka selamat...

***

Semalam selepas Maghrib menghadiri majlis iftar anjuran persatuan pelajar-pelajar Islam di sini. Berbuka dengan juadah nasi beriyani dan ayam masak kurma. Meriah benar! Ada dari Oman, Pakistan, Jordan, juga beberapa orang warga Britain, dan pak-pak Malaya. Berbual sepatah dua dengan pak Arab kemudian terus ke kelompok pak-pak Malaya. Rindu nak sembang dengan orang Melayu sih. Jarang jumpa diorang nih.

Usai iftar, bergerak ke Sports Village. Budak-budak ni ajak main badminton. Main badminton berjeans dan casual shoes. Huh pengalaman baru nih. Main lepas iftar, bagus punya idea!! Dapat rasa ayam melompat-lompat dalam perut mematuk-matuk nasi.

Agak bernasib baik rasanya di Bath ni sebab komuniti Melayunya agak kuat, tak seperti di beberapa tempat sekitar sini. Nampak jelas keakraban antara satu sama lain. Syukur...

Friday, October 22, 2004

Relakah kita dipijak-pijak?

Pertamanya ucapan takziah buat penghuni-penghuni sekitar Selayang, TTDI, Serdang dan kawasan sekitar yang berkenaan sekitar Lembah Klang yang menjadi mangsa penipuan ayam yang khabarnya dicampur dengan daging babi sebelum dijual di pasaran. Mudah benar kita tertipu...

Lihatlah betapa mudahnya bangsa yang satu ini memperdayakan kita. Kalau setakat barang-barang yang dijualkan dengan harga yang berlipat kali ganda kepada kita, itu rasanya boleh bersabar lagi. Tapi kalau ke dalam makanan yang akan menjadi darah daging kita dan seterusnya bakal diwarisi zuriat kita pun mereka sanggup buat begini, ini sudah KURANG AJARRR namanya. Nampak benar mereka sudah tidak hormat pada agama kita. Mereka ni benar-benar sudah besar kepala!!!

Pelik, amat pelik. Bilangan Melayu (yang secara amnya Muslim) di bumi Malaya katanya 58% dari populasi merangkap kaum majoriti. Tidak hairan kalau kita bergantung harap pada mereka untuk membeli barang-barang berkos tinggi, barangan elektrik, kereta umpamanya kerana nyata mereka memonopoli perniagaan ini dalam negara. Tetapi kalau sampai AYAM pun bekalannya kita terima dari mereka, huhh apa sudah jadi dan apa yang tak kena dengan kita yaa...

Bernasib baiklah kerana sindiket ini berjaya dihidu pihak penguatkuasa. Bayangkan apa akan jadi kalau si 'bangsat-bangsat' ini beroperasi tanpa dapat dikesan? Maka jamahlah kita, nasi ayam babi, ayam babi masak merah, ayam babi golek dan makanan-makanan inilah yang akan menjadi darah daging kita dan zuriat kita nanti. Nauzubillah, nauzubillah... Maka kita pun naik hairan bila anak-anak kita kaki botol, kaki disko, kaki zina jadinya...

Saudara-saudaraku, cukup sudah kita dijajah. Kita ini bukanlah bangsa yang lemah. Perjuangkanlah nasib kita dan saudara seagama. Bukakan minda, celik-celikkan mata.

Ntah-ntah banyak lagi 'bebangsat' begini di Malaya, cuma tak dapat dikesan...

Mat: Berniagalah ayam ya, bukan jadi bapa/ibu ayam!