Hujung minggu ni terlalu istimewa buat Mat. Sabtu hari ulangtahun
Saturday, November 13, 2004
Eid Mubarak & 13 November
Terimalah kad yang langsung tak canggih ini (buat pakai Power Point tadi..huhuhh, tiada kemudahan di library nih). Biar sempoi, tapi dalam maksudnya. Berlatarbelakangkan Masjidil Aqsa. Mudah-mudahan Syawal yang menjelma membawa kemenangan bersama buat tentera-tentera Allah di Palestin, di Fallujah, di selatan Thailand dan kepada saudara-saudara kita yang ditindas di seluruh pelosok dunia. Kirim-kirimkanlah doa buat mereka...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
***

Sannah khilwah to me...
Hujung minggu ni terlalu istimewa buat Mat. Sabtu hari ulangtahunkeputeraan kelahiran dan Ahad pula 1 Syawal, Eidul Fitr. Harapnya angin Syawal ini menjadi titik tolak perubahan pada Mat, berislah betulkan langkah. Tahun-tahun berikutnya nanti pula bakal menjadi tahun-tahun terpenting rasanya dalam hidup. Tahun menukar status. Bersiap sedialah untuk menerima tanggungjawab yang lebih...
Hujung minggu ni terlalu istimewa buat Mat. Sabtu hari ulangtahun
Wednesday, November 10, 2004
Raya ke-4 di rantau orang
Rasanya ketika ini, sudah ramai warga kota yang berpusu-pusu pulang ke desa, kampung halaman tercinta. Dari Padang Besar ke Johor Bahru, ke Kuching mahupun Kota Kinabalu nun di sana, berhati-hatilah memandu, jangan terlalu ikutkan nafsu. Maklum sahajalah, musim raya di negara kita saban tahun seolah-olah bagaikan 'pesta' kematian, berlumba-lumba untuk dapatkan batu nisan. Nauzubillah...
Mat tahun ni insyaAllah akan beraya bersama-sama sahabat-sahabat di Bath ni saja. Hajat di hati mau pulang ke pangkuan keluarga terchenta, tapi cuti dua hari terlalu panjang rasanya untuk itu. Nasib badan... Tak apalah, sekurang-kurangnya dapat merasa juga bagaimana suasana beraya di UK.

Balik kampung oiii... (Lokasi: Berlin)
Dan, di kesempatan ini Mat nak ucapkan kepada semua memember GEJU, sahabat-sahabat dan para pembaca, selamat meniti hari-hari terakhir Ramadhan dan Happy Eid Mubarak! Maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa dan sama-samalah kita panjatkan doa mudah-mudahan dapat ketemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Friday, October 29, 2004
Second half
Dari universiti ambil bas terus ke Lower Oldfield Park. Mendapat jemputan beriftar di rumah Jibam & Din tadi. Kadang-kadang naik segan pulak sebab selalu sangat ke rumah diorang nih. Terima kasih bebanyak, mudah-mudahan kalian dimurahkan rezeki...
Terpandang pada langit malam semalam. Cerah benar langit setelah sepanjang harinya hujan mencurah-curah. Oh, bulan dah penuh rupanya. Sudah 2 minggu Ramadhan berlalu ya. Pantas benar!

Bulan mengambang??
Selamat beribadat di separuh masa kedua Ramadhan. Jangan terpedaya dengan nafsu dalam membuat persiapan menyambut raya. :D

Subscribe to:
Posts (Atom)