Thursday, December 02, 2004

Pulang Marilah Pulang

Pertamanya terima kasih dan maaf kepada pengunjung yang datang ke sini dan hampa & bosan dengan hidangan basi AZIMAT. Hidup segan, update tak mahu. Entah terasa kerugian yang amat kerana tak dapat berkongsi banyak pengalaman-pengalaman yang sempat Mat kutip sepanjang berada di bumi Bath ini.

Pengalaman hidup dengan famili British, persekitaran yang dikelilingi mohamad-mohamad saleh dengan budaya mereka yang agak asing bagi Mat, dan juga pengalaman bercampur dengan komuniti Melayu di Bath yang agak berbeza dengan apa yang pernah Mat alami di Jepang sana. Apa boleh buat, hambatan tugas menidakkan hajat.

Belum puas rasanya mengenali tempat ini secara lebih mendalam, belum puas menatap binaan-binaan sejarah warisan Rome dan Gregorian, belum puas bermesra dengan orang-orangnya di sini, belum sempat menambah koleksi memori-memori manis di sini.


Bisakah untuk menatap langit senja di sini lagi...
(Lokasi: dari perkarangan library University of Bath)

Tapi apakan daya, yang manis-manis itu tidak pernah sirna. Nama pun makhluk, sifatnya sementara belaka. Dan kini sudah tiba detik-detik untuk menghitung hari, menghitung saat sebelum melabuhkan tirai kisah pengembaraan 153 hari Mat di benua Eropah...

Baki: 11 hari lagi

Saturday, November 13, 2004

Eid Mubarak & 13 November

Terimalah kad yang langsung tak canggih ini (buat pakai Power Point tadi..huhuhh, tiada kemudahan di library nih). Biar sempoi, tapi dalam maksudnya. Berlatarbelakangkan Masjidil Aqsa. Mudah-mudahan Syawal yang menjelma membawa kemenangan bersama buat tentera-tentera Allah di Palestin, di Fallujah, di selatan Thailand dan kepada saudara-saudara kita yang ditindas di seluruh pelosok dunia. Kirim-kirimkanlah doa buat mereka...


Selamat Hari Raya Aidilfitri

***


Sannah khilwah to me...

Hujung minggu ni terlalu istimewa buat Mat. Sabtu hari ulangtahun keputeraan kelahiran dan Ahad pula 1 Syawal, Eidul Fitr. Harapnya angin Syawal ini menjadi titik tolak perubahan pada Mat, berislah betulkan langkah. Tahun-tahun berikutnya nanti pula bakal menjadi tahun-tahun terpenting rasanya dalam hidup. Tahun menukar status. Bersiap sedialah untuk menerima tanggungjawab yang lebih...

Wednesday, November 10, 2004

Raya ke-4 di rantau orang

Rasanya ketika ini, sudah ramai warga kota yang berpusu-pusu pulang ke desa, kampung halaman tercinta. Dari Padang Besar ke Johor Bahru, ke Kuching mahupun Kota Kinabalu nun di sana, berhati-hatilah memandu, jangan terlalu ikutkan nafsu. Maklum sahajalah, musim raya di negara kita saban tahun seolah-olah bagaikan 'pesta' kematian, berlumba-lumba untuk dapatkan batu nisan. Nauzubillah...

Mat tahun ni insyaAllah akan beraya bersama-sama sahabat-sahabat di Bath ni saja. Hajat di hati mau pulang ke pangkuan keluarga terchenta, tapi cuti dua hari terlalu panjang rasanya untuk itu. Nasib badan... Tak apalah, sekurang-kurangnya dapat merasa juga bagaimana suasana beraya di UK.


Balik kampung oiii... (Lokasi: Berlin)

Dan, di kesempatan ini Mat nak ucapkan kepada semua memember GEJU, sahabat-sahabat dan para pembaca, selamat meniti hari-hari terakhir Ramadhan dan Happy Eid Mubarak! Maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa dan sama-samalah kita panjatkan doa mudah-mudahan dapat ketemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.